Laman Webantu KM2A1: 3489 File Size: 10.7 Kb * |
TJ MT MGG: AG Baru Jalan Melencong By M.G.G. Pillai 24/12/2000 7:23 am Sun |
MGG 164 [Peguam Negara sewajarnya mempunyai pendirian dan pandangan yang
cukup jauh. Dia perlu berfikir sebelum bertutur dan cukup arif
berbicara. Malangnya belum apa-apa dia sudah menyerlahkan sesuatu
yang kurang menyakinkan dicelah-celah bicara kata. Makin pelik lagi
bila diketahui beliau sering bertukar selera sehingga mencampak pinggan
dengan lauknya secara tiba-tiba. Kini beliau muncul kembali ketika
rakyat masih bermuram mengenang insan-insan yang teraniaya. Ucapan
terima kasih hanya melukakan lagi semua harapan yang ada. Pinggan itu
perlu dicuci terlebih dahulu, barulah makanan itu dapat dirasakan
keenakkannya.... Apakah AG baru belum membasuh lagi tangan? - Editor]
AG Baru Jalan Melencong Keupayaan Dato' Ainum memang tidak perlu dipertikaikan. Ketika dia
meletakkan jawtan di Suruhanjaya Sekurit dia telah membuat satu laporan
yang keras sehingga membuatkan pengerusi suruhanjaya itu naik jengkel.
Selepas itu dia menjadi seorang pengarah sebuah syarikat awam selama lima
tahun sebelum perlantikan terbaru ini.
Tetapi setelah mendengar wawancaranya yang pertama dengan pihak akhbar
sebaik sahaja dilantik itu, ia mencetuskan sedikit keraguan. Suasana
pembohongan yagn disogok kepada masyarakat begitu lama seharusnya membuatkan
beliau bersikap tegas untk menangani masalah yang ada. Kalau dia belum
bersedia dengan tugas itu sepatutnya dia tidak mengadakan wawancara itu
dengan pihak akhbar. Kalau kenyataannya dibandingkan dengan kenyataan yang
dibuat oleh Ketua Hakim Negara nampak sangat pendapat beliau jauh
menyimpang. Mungkin beliau masih terkejut dengan perlantikannya itu.
Perlantikannya itu bukannya perlantikan pilihan pertama. Saya diberitahu
terdapat dua orang lain yang telah menolak perlantikan yang sama kerana
mereka enggan menjadi hamba kepada kerajaan secara tidak semberono. Mungkin
ada orang lain yang melakukan yang serupa.
Kita tidak berniat mengatakan beliau tidak akan menyerlah. Tetapi, apabila
ada orang lain yang menolak jawatan itu bererti beliau akan menghadapai
masalah juga. Pendakwaan Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Mohktar merupakan satu skandal. Dia
dihantui dilema itu setelah orang Melayu tidak lagi menyokong Perdana
Menteri dan UMNO. Dato' Ainum mungkin mampu memberitahu dunia seperti juga
Tan Sri Dzaiddin, betapa dia mampu mengembalikan maruah jabatan Ketua Peguam
Negara yang sudah tercemar. Lambat laun dia akan mendapati bagaimana
masyarakat menganggap jawatan Ketua Peguam Negara itu sebagai penindas
rakyat marhaen yang memerlukan keadilan dan perlindungan yang adil.
Malangnya, keupayaan beliau banyak bergantung kepda keupayaan Tan Sri
Dzaiddin menyekat kereputan sistem kehakiman itu. Keadaan mereput itu
bukannya bermula setelah Tun Salleh Abas diaibkan pada 1988. Ia telah
berlaku satu tahun sebelum itu lagi apabila dicetuskan dalil-dalil kenapa
dia dipecat sebagai Ketua Hakim Negara. Pada 1987, Hakim Harun Hashim, yang
kemudiannya menjadi hakim mahkamah persekutuan telah mengambil alih kuasa
Pendaftar Pertubuhan untuk mengistiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan
yang tidak sah. Itulah keputusan ayng mengikut kemahuan perdana Menteri
sebagai tindakan untuk menyekat kemaraan musuh politiknya Tengku Razaleigh
Hamzah. Peguam UMNO ketika itu, yang kini menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Gopal
Sri Ram, telah menyanggah pendapat majoriti dan meminta agar UMNO
diharamkan. Tun Saleh Abas baru sahaja pulang daripada umrah. Beliau
berpendapat tindakan itu adalah salah dan akan diperbetulkan kalau ada
rayuan mengenainya. Perdana Menteri menggelabah mendengar kisah itu dan
bertindak untuk memecat Tun Salleh Abas akhirnya.
Keadaan bergolak selepas itu. Tun Hamid Omar yang menggantikan Tun Salleh
Abas sebagai Ketua Hakim Negara telah mempengerusikan satu tribunal yang
membuat pemecatan itu. Inilah yang mencemar martabat kehakiman dan juga
beberapa keputusan politik yang menjadi pendesaknya. Peranan kehakiman
dalam menghancurkan bekas timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
telah membuatkan orang Melayu naik marah dengan cara beliau diaibkan dan
diseksa. Keadaan ini dikelamkan lagi oleh tanggapan Tun Eusoff Chin betapa
dia mampu bertindak sesuka hatinya, walaupun berlaku sesuatu yang salah. Dia
mampu menggunakan khidmat para hakim yang tidak berwibawa untuk menjadi
orang suruhannya; untuk membuat keputusan yang akhirnya memperlekehkan sistem
pengadilan negara. Dato' Ainum mesti bekerjasama dengan Tan Sri Dzaidin melakukan beberapa
perubahan untuk menggilap kembali sinar Jabatan Ketua Peguam Negara dan
melaksanakan peranan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan
pengarah kepada pendakwaan awam. Saya berharap beliau akan berjaya
walaupun beliau akan menghadapi lebih banyak kerenah yang lebih berat lagi
daripada yang dihadapi oleh insan yang digantikan jawatannya itu.
-MGG Pillai- Rencana Asal: The new Attorney-General, Datin Ainum Mohd Saaid, should not
have thanked the government and the Prime Minister for her
appointment. She is appointed, one hopes, for her
competence. By thanking both, she tells the world the she
is beholden to them for her appointment. She does not have
to parrot to the world she would, as the New Straits Times
says, "do her best to discharge her duties in the interest
of justice and fairness". Tan Sri Mohtar, when he took
office, said so too. And he is asked to leave without by
your leave. Her competence and her independence is not in
doubt. She resigned from the Securities Commission than
soften a tough report she did which angered the chairman.
She was in limbo, as director of a public listed company,
for five years before he appointment. But when her first interview with the Press after her
appointment is one she should not have, it throws doubts.
We have been taken for a ride for too long that she should
have ignored the niceties and address the task in hand. If
she was not ready for it, she should not have talked to the
press. When her remarks are read together with what the new
chief justice, Tan Sri Dzaiddin Abdullah, said, her remarks
are way off. She probably is still reeling from shock at
her appointment. She was not the first choice. I know of
two prominent Malay lawyers who rejected offers because it
meant being subservient to the government in a blatant way.
There could well have been others. A high court judge
certainly was considered. So, she is chosen in a form of
Buggin's turn. That is not to suggest she would not excel. But that
others did not want to be Attorney-General underlines her
problem. Tan Sri Mohtar's prosecution of the ousted deputy
prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, is a scandal. It
caught up with him, as the Malay ground shifted away from
UMNO and the Prime Minister. She has to tell the world that
she can be, like Tan Sri Dzaiddin, swif and intelligent to
put the shine back on the Attorney-General's chambers. She
would find the judiciary and the Attorney-General's chambers
are seen as oppressors of the public that guardians of law
and justice. Unfortunately, what she can do depends on how well Tan
Sri Dzaiddin can stop the rot in his bailliwick. The rot
began not with Tun Salleh Abas's judicial castration in
1988, when he was removed as Lord President, but what caused
his removal, the previous year. In 1987, Mr Justice Harun
Hashim, later of the federal court, usurped the power of the
Registrar of Societies to declare UMNO illegal. It was a
decision the Prime Minister wanted to stop his political
rival, Tengku Razaleigh Hamzah, in his tracks. The UMNO
lawyer, now Mr Justice Gopal Sri Ram of the Court of Appeal,
to everyone's amazement wanted his client, UMNO, to be
declared illegal. Tun Salleh, returning from Mecca after
performing umrah prayers, told his companion, a high ranking
UMNO official, that the decision was wrong and if appealed,
as it probably would, would be set right. This is not what
the Prime Minister wanted to hear. And he set up the chain
of events that eventually sacked Tun Saleh.
What happened since follows from that. Tun Hamid Omar,
who succeeded Tun Saleh as Lord President, as the chief
justice was then known, presided over the tribunal which
dismissed him. It threw into doubt the judiciary's
integrity and the obvious political decisions of that act.
The judiciary's role in destroying the former deputy prime
minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, came when Malays roiled
at how he is demonised and humiliated. That, with Tun
Eusoff's belief that he could do what he liked, even --
especially -- if wrong, and how less than competent judges
became hatchet men for those in authority all reduced the
judiciary to a shell of what it once was. Datin Ainum must
keep pace with Tan Sri Dzaiddin to make the changes she must
to return the Attorney-General's Chambers to its pre-eminent
role as legal advisers to the government and the director of
public prosecutions. I hope she succeeds but she will face
pressures more severe than her predecessor ever did.
M.G.G. Pillai
|