Laman Webantu KM2A1: 3488 File Size: 17.3 Kb * |
TJ MT MGG: Vincent Tan Tarik balik Kes Mahkamah By M.G.G. Pillai 24/12/2000 5:06 am Sun |
MGG163 [Pihak KM2 mengkategorikan rencana ini sebagai MESTI BACA dan MESTI SEBAR.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada Pak -MT- kerana usaha murni
membuat terjemahan rencana yang amat berharga ini. Sepatutnya pemuda
umno dan GPMS melakukan demo membantah keistimewaan kroniputra yang
amat istimewa ini, bukannya bercakap besar membantah rayuan Suqui.
Vincent Tan sudah lama mencuri, dan diktator yang sewel itu amat mudah
memberi hadiah untuknya lagi, tetapi umno masih tidak celik-celik lagi.
- Editor] Marwah Tan Sri Vincent Tan memang dikenal orang kerana dia mudah mengenakan saman malu
terhadap seseorang itu. Dia menuntut gantirugi yang besar-besar untuk menakut-nakutkan,
sehinggakan syarikat insuran terpaksa membayar wang penyelesaian di luar mahkamah.
Gelagatnya itu membuatkan dunia mengenalnya sebagai seorang peniaga yang tidak ada tolok
bandingannya. Tuntutan gantiruginya menjadi sebahagian sejarah kehakiman negara, bukan
disebabkan ketelusan kes itu tetapi kerana ketidakadilan yang dirumuskan oleh sistem
kehakiman negara. Keangkuhannya memang amat terserlah.
Tersebut kisah seorang pemberita bernama Sahathevan yang menulis mengenai adanya unsur
'insider trading' (kelentongan dalaman) yang membabitkan Tan Sri Vincent Tan dengan
salah seorang anak perdana menteri. Ketika itu Sahathevan bertugas dengan 'The Sun' yang
ketika itu dimilikki oleh Vincent Tan. Mr. Sahathevan telah diberhentikan, walaupun
cerita yang ditulisnya itu diberitahu kepadanya sendiri oleh anak perdana menteri itu.
Mr. Sahathevan menuntut keadilan melalui mahkamah industri apabila The Sun enggan melayan
tuntutannya itu. Kes itu berpanjangan walaupun Vincent tan tidak lagi memilikki akhbar
itu. Tidak lama kemudian, Mr. Sahathevan berpindah dan bekerja di Sydney. Dia melepaskan
kerakyatan Malaysia dan diberikan kerakyatan Australia. Di sana dia bekerja sebagai
seorang pemberita bebas. Dia terserempak dengan sebuah syarikat yang bernama Carlovers
yang dipunyai oleh Vincent Tan. Dia terjumpa pula cerita yang menarik kerana isu
hangatnya. Bursa Saham Australia bertindak menggantung syrikat itu daripada papan
perniagaannya. Syarikat tersebut bersama Vincent Tan menyaman Sahathevan dan mendapatkan
satu injunksi di bawah undang-undang 'fair trading laws'. Mr. Shathevan membuat
tuntutan saman balas kerana libel. Di Australia mahkamah tidak membenarkan injunksi terhadap wartawan terutama sekali dalam
kes fitnah. Kisah ini meletup sehingga memalukan. Kerajaan Negeri New South Wales
campurtangan sebagai pihak yang berkepentingan sebaik sahaja Mr. Sahathevan berindak
menolak injuksi itu. Kes ini akan dihadapkan untuk pengadilan. Minggu sudah, Vincent Tan
mengarahkan peguamnya menulis kepada Mr. Sahathevan untuk mendapatkan pesetujuan menarik
balik kes itu. Permintaan itu mengejutkan Mr. Shathevan pada mulanya. Vincent Tan bersetuju dengan
permintaan Sahathevan bahawa apa yang ditulisnya dulu mengenai Vincent Tan di Malaysia
dan di Australia adalah kisah benar. Begitu juga dengan tindakan guaman untuk
memusnahkannya dulu. Mr. Sahathevan telah berunding dengan peguamnya untuk mendapatkan
nasihat mereka. Alangkah anihnya kini Vincent Tan lebih memihak untuk mengaku kalah?
Apakah dia tidak sedar pengakuannya itu akan menghinakan sistem pengadilan negara ini
lebih teruk lagi? Di Malaysia dia boleh melakukan apa saja dengan sistem kehakiman
negara sedangkan perkara yang serupa tidak dapat dilakukannya di Australia. Apakah dia
tidak sedar kesnya di Australia itu menarik perhatian ramai seperti yang berlaku juga di
Malaysia? Dia berubah sikap kerana terdesak dan kerana selama ini dia mampu mendapatkan bantuan
para kroni untuk terus berlagak. Dia tidak sedar ketika itu betapa setiap yang
molok-molok akan sampai ke garisan penamat juga akhirnya. Gambaran kata-kata yang dibuat
oleh peguamnya bahawa dialah peniaga yang tidak ada tolok bandingnya itu adalah satu
kenyatan yang penuh kepalsuan. Sedangkan dia mamu berlagak sakan selagi ada kontrak besar
yang disuapkan. Tidak ada sesiapa yang akan menghormatinya lagi selagi dia tidak berubah
sikap dan perangai. Vincent Tan adalah merupakan segelintir Super-Bumiputra. Untuk melayakkan diri dengan
gelaran itu dia mestilah seorang Cina. Walaupun ada satu dua kerat orang India dalam
kumpulan itu, kebanyakan mereka adalah orang Cina. Kalau orang Melayu dan bumiputra
mendapati kesukaran memiliki tanah, dia mudah mendapatkan peluang kawasan tanah lapang
yang luas, di kawsan yang mewah-mewah seperti di setiap negeri di negara ini. Di Penang,
dia memunyai tanah di Penang Hill, di Pahang dia punyai tanah seluas ribuan hektar
termasuk satu kawaan hutan simpan. Di Terengganu dia punyai tanah yang mahal-mahal
harganya di Pulau Redang sedangkan tanah itu dulunya merupakan tapak perumahan para
nelayan yang sudah menetap di situ berkurun lamanya. Mereka dipindahkan untuk mendudukki
lereng bukit beberap kilometer jauhnya dari tapak asal nenek moyang mereka. Di Kuala Lumpur
dia memilikki Kompleks Bukit Kiara. Itu pun sebagai contoh sahaja.
Di samping itu dia diberikan kontrak pengswastaan saluran najis. Indah Water Konsortium
yang bernilai RM6 bilion. Dia tidak pernah berniat melaksanakan projek itu, kerana
berniat untuk menjualnya dengan keuntungan yang tinggi. Kerajaan terpaksa mengambil balik
projek itu daripadanya. Dia gagal dengan projek monorel, dan begitu juga dengan projek
Linear City yang dijanjikannya dengan impian yang meninggi jalan ceritanya. Dia sedang
mencungap mencari peluang baru untuk membantunya menyelesaikan hambatan hutang bank.
Semua tekanan ini menghantui Vincent Tan, tetapi saya hanya menulis sedikit sahaja
mengenainya. Dia tidak mampu pergi ke mahkamah Australia kerana di sana dia terpaksa
menjawab soalan bagaimana dia menjadi kaya raya sambil menjawab beberapa soalan yang tidak
mungkin disebut di mahkamah Malaysia. Sudah tentu dia akan disoal bagaimana dia berantai
dengan Bekas ketua Hakim Negara bersama peguamnya dan juga bersama Ketua Peguam Negara
Malaysia. Segala jawapannya nanti akan dirakamkan di Australia dan juga di Malaysia.
Bukan semua orang berpangkat di Malaysia ini suka dengan kisah itu. Dia tidak akan
berjaya di mahkamah Australia seperti yang pernah dinikmatinya dalam mahkamah Malaysia.
Itu sebabnya dia mahu menyeleaikan kes itu di luar mahkamah. Dia tidak mahu kes itu
membebankannya lagi. Dia terjerat kali ini dan akan terus terjerut. Inilah kejayaan Mr.
Sahathevan. Empayar perniagaanya di Australia turut terjerut sama. Ketua Pengarah
syarikatnya di Australia jatuh sakit dan terus meletakkan jawatan untuk menghilangkan
dirinya. Semua pemegang saham Carlovers mahukan jawapan kepada soalan yang lama mereka
sediakan. Tan Sri Vincent Tan amat mengharapkan masalah perniagannya itu dapat
diselamatkan seperti yang diterima oleh kebanyakan peniaga bumiputra. Saya berani berkata
kalau dia ditolong seperti itu, ramai orang Melayu akan membantah. Sekarang ini mereka
memeram dendam melihatkan berbilion ringgit digunakan untuk program menyelamat itu.
Program ke atas seorang Super Bumiputra tentu tidak akan disenangi.
Vincent Tan sudah ketiadaan projek baru. Tiak ada sesiapa yang sanggup membantu, dan
tidak juga ada pegawai bank yang akan datang menolongnya. Kalau dia ada kawan dalam
bidang kewartawanan, mereka tidak berani membantunya. Bukankah dulu dia bermusuh dengan
orang akhbar untuk menakutkan mereka? Kenapakah dia hairan kalau wartawan tidak mahu
membantu? Yang anihnya tiga insan yang mencabarnya dulu, melawan kes fitnah dan libel
adalah wartawan semuanya.
-MGG Pillai- Kita jangan terkejut kalau pada satu hari nanti ada satu bangkai manusia yang terdampar
di mana-mana dan mempunyai DNA yang seiras dengan penyangak ini. Buat masa ini dia
masih lagi mampu mencungap kerana masih ada lagi seorang sahabat yang bergelar Tengku di
PWTC. Inilah salah seorang yang mengeluarkan belanja besar untuk menghenyak seorang wira
rakyat. Tunggulah selepas 10 Januari 2001 nanti. -MT-
Rencana Asal: The Malaysian international business man of unquestioned
repute, Tan Sri Vincent Tan, has his business empire crumble
under him. His Berjaya Group's debts are four times its
paid-up capital of RM2 billion. His Berjaya Toto is in a
tangle over loans to his Berjaya Land, which continues to
increase by leaps and bounds with no prospect of repayment.
His Berjaya Times Square mall is the albatross it always was
around his heck. He sold his interest in the monorail
project for a fraction of the RM1 billion he insisted it
would be worth when it turns in a profit. To add insult to
injury, his Digicom mobile phones, now under Norwegian
management with a contract of non-interference, turned an
RM11 million loss into a RM90 million profit in a year. In
short, he is looking for a new godfather who could bail him
out. His present godfather cannot. How could he when he
needs godfathers to keep him afloat? But hope springs
eternal in the human breast. He was seen at the Kuala
Lumpur Turf Club with the Prime Minister in what seems an
attempt to take it over from another Prime Ministerial
crony. Tan Sri Vincent Tan's reputation is so prickly that he
sues at the drop of a hat. He sues for Croessian sums to
frighten the targets of libel and defamation, whose insurers
settle out of court for huge sums, to let the world know he
is indeed a business man of unquestionable repute. His
defamation suits have entered Malaysian legal history. Not
for the righteousness of his cause, but for the judicial
injustice the judiciary meted out. But his arrogance got
the better of him. When Mr Sahathevan, then working for him
when he controlled the Sun newspaper, wrote an article that
suggested insider trading involving Tan Sri Vincent, his
cohorts, who included the Prime Minister's son, he was
sacked. That the Prime Minister's son told him about this
did not help. Mr Sahathevan brought the case to the
industrial court when the Sun would not settle. The case
drags on. And Tan Sri Vincent Tan has lost control of the
Sun. Meanwhile, Mr Sahathevan moved on to Sydney, gave up
his Malaysian citizenship, took out Australian, and is a
free lance journalist there. He looked into the Vincent Tan
connexion there, and came up with a company called
Carlovers. And found a can of worms. The Australian stock
exchange jumped in to suspend its quotation. The company,
Tan Sri Vincent and other directors sued him for libel,
getting an injunction against him not under the libel laws
but under the fair trading laws. Mr Sahathevan counter-sued
for libel. In Australia, the courts would not allow an
injunction against journalists, especially in defamation
cases. It raised, to put it mildly, a stink. New South
Wales state government came in as an interested party when
Mr Sahathevan moved to vacate the injunction. That case is
about to come to trial. Last week, Tan Sri Vincent's
lawyers wrote to Mr Sahathevan's asking for permission to
withdraw his case. This is Mr Sahathevan's first surprise he was
unprepared for. What Tan Sri Vincent admits with this
request is that what Mr Sahathevan wrote about him, in
Malaysia and Australia, is right, his legal moves to silence
him a deliberate attempt to harrass. Mr Sahathevan consults
his lawyers on what he should do next. More intriguing is
why Tan Sri Vincent Tan decides cowardice is more honourable
than valour? Does he not realise that this would damage the
Malaysian judiciary more than ever? That he could get the
decision and delays he wanted in Malaysia but not in
Australia, where this case is as widely discussed as his own
libel actions in Malaysia were? So, why? He is in a financial bind, the fate of
cronies who overextended, believing the gravy train would
not end, and there was always money to keep them afloat.
He did not realise that all good things must come to an end.
His lawyer's description of him as an international business
man of unquestioned repute is untrue, his business empire
sustainable only so long as he continually gets large
contracts to keep him afloat. No one would take him
seriously as a business man if he does not get out of his
present financial and commercial mess.
He is among Malaysia's few Super Bumiputras. To
qualify for one he must invariably be Chinese; there are a
few Indians in this exalted list, but most are Chinese.
Unlike Malays and bumiputras, who can only, with difficulty,
get land in their own states, he could get prime land in
every state: in Penang, prime portions of Penang Hill; in
Pahang, several choice plots, including several thousand
hectares of forest reserve; in Trengganu, a few tens of
hectares of prime coast land on Pulau Redang, for which
fishermen who had lived there for decades were forcibly
relocated a few kilometres away up a hill; in Kuala Lumpur,
the Bukit Kiara complex; the list is endless. Besides, he
was given the RM6 billion privatisation of sewage, the Indah
Water Konsortium, which he had no intention to run but sold
for a profit so high that the government had to take it
over. He has given up the monorail, and his promise of the
Linear City is as, like so many of his projects, a promise.
He cannot expect more favours he could turn into cash to
pay his bankers to float. With all this hanging over his head -- and what I have
mentioned is but a partial list -- he cannot afford time in
an Australian court to explain how came by his empire, why
he chose defamation to burnish his reputation, and answer
questions that could not be asked of him in Malaysia court.
He would no doubt also have to explain his role in the
retiring chief justice, Tun Eusoff Chin's unusual holiday
arrangements with his counsel, and of his holiday in Italy
with his lawyer and the Attorney-General, Tan Sri Mohtar
Abdullah. What he has to say would be reported as widely
here as his own cases here were. Not many in high office
relishes what he could be compelled to answer. He could not
have appeared in an Australian court and survive politically
in Malaysia. So he decides to settle. He could not go on with the
case without adding to his manifold problems. Now he is
damned if he withdraws, and damned if he does. That is what
Mr Sahathevan has brought him to. His empire, such as it
is, in Australia, is finished. His managing director
suddenly is sick, resigns and is no more seen. The
Carlovers' shareholders want answers to questions it would
not answer. Tan Sri Vincent Tan hopes he would be bailed
out like so many bumiputra business men cronies are. But I
dare say that if he is, the Malays are not about to take
that lightly. Already, they are incensed public funds
rescue those given privatisation contracts for tens of
billions of ringgit. Another one from the Super Bumiputra
would be too much. And he is without new projects, without
help, without friends, without bankers to bail him out. If
he had friends in journalism, they dare not stand up and be
counted. Since he focusses his attention on journalists to
frighten, why is he surprised at this? Curiously, three men
who stood up to him, and fight or fought libel and
defamation, are all journalists. M.G.G. Pillai |