Laman Webantu KM2A1: 3487 File Size: 11.5 Kb * |
TJ MT MGG: Reformasi Di Medan Perang By M.G.G. Pillai 24/12/2000 3:57 am Sun |
MGG 162 Penterjemah: -MT-
Ruang pejabat baru perdana menteri di Putra Jaya memang cocok dengan seorang pemimpin
dunia ke tiga: Ia terpencil kedudukannya, gah, gemerlapan dan berkilauan. Dia memang
bangga dengan apa yang ada. Anak-anaknya dan para kroni memang ramai yang membantu untuk
melakukan kerja-kerja yang mahal-mahal tetapi menghasilkan kesan kerja yang jelek-jelek.
Tempat itu memang jauh daripada hingar-bangar manusia kerana perdana menteri adalah
seorang insan yang memang curiga dengan keramaian. Kerana itu rakyat jelata mesti dibawa
berbondong-bondong ke Putra Jaya untuk melihat segala keindahan dan ketakjuan dengan
melopong sahaja, tetapi mesti tahu bersyukur kepada Allah kerana adanya seorang pemimpin
besar yang berlagak seperti yang ada. Malangnya himpunan rakyat seperti para pendidik
Cina dan Suqui tidak lagi percaya dengan apa yang keluar daripada mulutnya. Yang lebih
menekannya ialah sikap bangunan-bangunan di Putra Jaya yang mula memeluk semangat
'reformasi', tanpa memberi sebarang isyarat serta bertentangan dengan amaran perdana
menteri - sedikit demi sedikit ketulan cebisan siling di pejabatnya mula jatuh ke lantai
seolah-olah membayangkan apa yang sedang berlaku kepada siling kepala otaknya. Saluran
penghawa dingin dan saluran paip telah menjadi ahli reformasi dan bertindak pecah untuk
menolak keluar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali, daripada pejabatnya.
Seperti juga pejabat Perdana Menteri, pejabat Ketua Setiausaha Negara itu sudah semacam
satu medan perang. Seperti juga polis yang kita lihat kini, perdana menteri sudah tidak
mampu bertahan lagi. Dia naik berang melampau-lampau. Kenapa? Kerana Putra Jaya telah dibinanya mengikut
standard Malayasi Boleh yang digarapnya. Lihatlah sahaja di hospital perguruan di UKM,
di Ceras. Bangunan itu merupakan projek 'turnkey' yang dihadiahkannya kepada sorang
kroni dengan satu standard pembinaan yang sungguh tinggi. Tetapi, bangunan itu tidak pun
mempunyai saluran air hujan di bahagian cucuran atapnya. Semua orang merasa malu dengan
keaiban itu tetapi semua orang sanggup diam membatu.
Sambungan kepada lapangan terbang Langkawai telah dilaksanakan seperti konsep Putra Jaya
juga, dengan tangkas dan pantas tanpa banyak pengawasan. Terdapat banyak cacat-celanya,
kalau mahu diperbaikki, jalan yang paling cocok ialah meruntuhkan bangunan itu kembali.
Kroni yang sama telah membina Dewan Ekspo Langkawi pada 1995 dengan kontrak bernilai
RM100 juta untuk menempatkan pertunjukan peralatan perang LIMA. Dua tahun
kemudiannya, RM40 juta telah dibelanjakan untuk membaik-pulih tapak itu. Di sana juga
terdapat satu hotel bertaraf lima bintang, tetapi pembikinannya tidak dapat menandingi
hotel bertaraf tiga-bintang di Kuala Lumpur. Bangunan HICOM di sana mempunyai satu
hamparan jubin granit yang dibina dalam watku yang pantas. Kini, kepingan jubin itu
ditutupi oleh satu hamparan karpet yang lebar untuk menyungkup lelehan kelembapan yang
membolosinya. Kini, akan terbina satu dewan persidangan yang besar di Putra Jaya yang
lengkap dengan beberapa ratus villa, di tengah-tengah kawasannya, sebagai tapak yang
akan menyambut persidangan OIC pada 2002 nanti.
Mahathir mahu membina satu ibukota baru yang akan dirakam oleh sejarah sebagai hasil
otaknya. Dia mahu meniru apa yang dilakukan oleh Maharaja pra-Moghul, Tughlag di Delhi.
Pada abad ke 14 dulu maharajah itu mahu membina satu kotaraya bernama Tughlagabad.
Tetapi berbezxa dengan sikap Thuglaq, Mahathir melakar pembinaannya dengan pantas tanpa
sebarang rencana yang rapi dan persetujuan parlimen. Dia mahukan satu mahligai yang
membuatkan para sultan mengigau dan mengimpikannya sehingga mereka sedar bahawa dialah
maharajah sedangkan mereka hanya sultan biasa. Itu sebabnya dia membina satu rumah
kediaman biasa yang mempunyai empat bilik tidur sahaja, sedangkan bangunan itu mempunyai
anjung yang merupakan istana lengkap dengan 400 kamarnya. Inilah Istana Rakyat namanya.
Di waktu yang sama, yang Dipertuan Agong yang merupakan Raja Yang bertakhta dan Inan
Yang Paling Tinggi Martabatnya, dibiarkan sahaja bersemayam di sebuah istana yang dulunya
merupakan rumah kediaman seorang taukeh Cina di Kuala Lumpur.
Seperti kelakuan para firaun di zaman dulu kala, perdana menteri menggunakan pejabatnya
yang sungguh luas dan besar itu untuk memanggil segala menteri, dan segala insan yang
sepatutnya menari mengikut rentak lagunya. Sebuah masjid yang berwarna unggu memang
menakjubkan. Seperti juga istana dan pejabatnya masjid itu memang menunjukkan
unsur-unsur riak dalam pembinaannya. Air yang telah ditapis dan sepatutnya dibekalkan
kepada rakyat jelata pernah disedut untuk memenuhi sebuah tasik yang dibina khas di situ
sehingga terjadinya keputusan bekalan air di Selangor. Kisah ini mengimbau cerita lama
ketika tughland di bina. Sesiapa yang tidak berminat berpindah ke kota lama itu, ditarik
secara paksa. Malahan seorang yang tempang dan seorang lagi yang buta pernah diheret oleh
kereta kuda untuk berpindah. Perdana menteri membuatkan rakyatnya merana dengan cara
lain pula. Dia telah memaksa banyak pejabat yang kerap berurusan dengannya untuk
berpindah. Tidak kiralah kalau perpindahan itu menusuk poket kerana belanja yang besar.
Waktu ini belum ada lagi perkhidmatan pengangkutan biasa seperti bas dan tren ke Putra
Jaya . Seseorang yang tidak mempunyai pengangkutan sendirian, tentu tidak mampu untuk
berpindah. Teksi memang tidak dibenarkan bergerak bebas di kawasan itu. Bangunan
pejabat terletak beberapa kilometer daripada kawasan perumahan. Jarak yang jauh dan
kepanasan yang terik membuatkan perjalanan kaki sesuatu yang membuatkan orang mudah
serik. Lagipun bukannya ada papan tanda menunjukkan arah pejabat perdana menteri, ataupun
hala ke Putra Jaya walaupun seseorang itu sudah hampir dengan Putra Jaya.
Tughlaqabad tidak bertahan lama selepas kematian Tughlaq. Nampaknya nasib yang sama akan
menghinggapi Putra Jaya. Tuglaqabad terbiar kerana ketiadaan bekalan air. Putra Jaya
kini mempunyai terlampau banyak air. Ia sudah menjadi satu medan perang dalam pelbagai
segi. Secara metafora, secara fisikalnya, politiknya, pentadbirannya dan dari segi
estatiknya. -MGG Pillai- Itu sebabnya rakyat marhaen lebih suka tempat itu digelar: Bandaraya Airmata Rakyat
(BAR). Semua orang tahu nama ini, kerana ia diberikan oleh pegawai yang bertugas di
Jabatan Perdana Menteri. Rencana Asal: The Prime Minister's spanking modern new offices in Putra
Jaya befits a leader of the Third World: isolated, opulent,
garish, tacky. He is proud of it. His children and his
cronies did their bit with their expensive shoddy, patchy
work. It is far from the madding crowd. As you know, he is
wary of crowds outside of Putra Jaya; so the crowds are
brought to Putra Jaya so that they can gawk and thank the
God Almighty for a leader who behaves like one. But the
crowds, like Chinese educationists and Suqui, do not believe
anything he says these days. Worse, even buildings in Putra
Jaya embrace "reformasi": without warning and against the
Prime Minister's orders, bits and pieces of the ceiling in
his office come crashing down so that it now resembles his
own befuddled mind; reformasi-minded airconductioning ducts
and burst waterpipes forced the chief secretary, Tan Sri
Abdul Halim Ali, from his well-appointed offices, which,
like the Prime Minister's, resembles a war zone. Like the
police in real life, he cannot staunch it.
He is furious beyond belief. Why? Putra Jaya is built
to Bolehland's exacting standards. Look at the UKM teaching
hospital in Cheras, built as a turnkey by an eminent crony
contractor and so advanced that it has no gutters.
Everyone is embarassed and no one talks about it. The
Langkawi airport extension is built, like Putra Jaya, at
speed and without supervision, that the only way it can be
repaired is to tear it down and rebuild. The same crony
built the Mahsuri exhibition hall on the island at speed in
1995 for RM100 million to host the Lima defence show; two
years later, RM40 million more was spent to renovate it.
And the five-star hotels there which would not pass muster
as a three-star in Kuala Lumpur. The Hicom building has
first grade granite tiles set at speed that a huge carpet
now covers the ugly patches of moisture that seeps through.
Now we build, at speed, the world's largest convention
centre in Putra Jaya, with a few hundred villas, to host the
OIC conference in 2002. He wanted a brand new federal capital that history
would remember him by. As the pre-Moghul emperor Tughlaq of
Delhi in the 14th century wanted for Tughlaqabad. Unlike
Tughlaq, he built it in stealth and speed, out of
parliamentary purview and without a plan. He wanted a
residence which the sultans could drool over and know he is
Emperor and they mere rulers. So, his is a modest
four-bedroom residence with an attached 400-room palace, the
Istana Rakyat. And to push home the point, the Yang
Dipertuan Agung, the King, the He Who Is The Highest Of The
High, is relegated to his plebian palace, a converted
Chinese mansion, in Kuala Lumpur. Besides his larger-than-life offices, where like
Pharaohs of old, he gathers his principal cabinet ministers,
all there for their fealty, absolute or pretended. The pink
mosque is out of this world, but like the palace and the
offices, the tackiness shows. Treated water meant for the
people is pumped into the artificial lake in front of his
residence to cause a water shortage in Selangor. Those who
did not move to Tughlaqabad as ordered -- two men, one lame
and one blind -- were bound and tied to horses and dragged
to the new capital. The Prime Minister makes people suffer
in another way. He has ordered moved to Putra Jaya commonly
consulted offices in Kuala Lumpur, so that it costs an arm
and a leg to do so now. There is, of course, no buses or
trains into Putra Jaya, and no way to move in it if one does
not have a car or motorcyle. Taxis, of course, are not
allowed inside. And the offices are a few kilometres away.
The distances are long, the heat unbearable, walking
impossible. And no signposts. Not in the prime minister's
offices. Not on the way into Putra Jaya. Not around Putra
Jaya. Tughlaqabad did not survive long after Tughlaq. Nor
would Putra Jaya. Tuglaqabad had no access to water.
Putra Jaya has too much of it. It is now, as I said, a war
zone. Metaphorically. Physically. Politically.
Administratively. Aesthetically. M.G.G. Pillai |