Laman Webantu KM2A1: 3476 File Size: 8.4 Kb * |
Mahathir Sedang Berhadapan Ditepi Lubang Yang Digali Sendiri..!! By Amin Sapiro 23/12/2000 9:53 am Sat |
Amin Sapiro (Laitulkadar dan petunjuk Allah swt)
[Satu lapuran disebalik pintu tertutup persidangan Umno baru(a)
di PWTC terbongkar. Perhatikan banyak harta yang bertukar tangan
sejak akhir-akhir ini. Halim Saad melepaskan sh*t kepada UEM,
Tajuddin Ramli beroleh duit raya sebelum terbang, dan penyerahan
Putra Jaya secara tergesa-gesa. Sebelum itu Jamaluddin Jarjis ditukar ke TNB supaya senang semua
urusan abang Ting. Pada ketika itu jugalah Isu Suqui timbul kembali.
Sekarang isu Suqui diapi-apikan untuk meraih sokongan orang melayu.
Tetapi ia nampaknya semakin bercelaru bila Hishamuddin bertekak
dengan Suhaimi Ibrahim. Aziz Sheikh Fadhir tidak perlu diceritakan
lagi.... dia hanya menanti panggilan kubur sahaja kerana gambar
beliau di Lunas itu begitu teruk menghancurkan sokongan pengundi
CIna di Lunas dan di seluruh Malaysia.
Sekarang BSKL sudah semakin meragam. Dana asing sudah berbilion keluar
sejak kebelakangan ini. Jejaka untuk meminang MAS pula tidak
muncul-muncul. Nampak jelas segalanya tidak menjadi. Itulah akibatnya
bila UMNO terlau mempercayai orang yang celup melayunya dari Kerala.
Mahathir hanya akan mempercepatkan UMNO rebah dan terus tidur buat
selama-lamanya. Menara H itulah batu nesan terbesar untuk diingat
pemergiannya selama-lamanya. - Editor]
SETELAH melihat pengaruh UMNO begitu jauh merosot hingga pemimpin
UMNO sendiri sudah semakin hilang keyakinan mereka untuk membaikpulih
imej, kewibawaan dan pengaruh parti itu, sambil itu karenah Mahathir dan
kuncu-kuncu Kroninya semakin pula menampakkan kerakusan yang
menggila-gila; komponen BN parti bukan Melayu telah mendesak kepimpinan
UMNO supaya bertindak segera. Disebut berulang-ulang peristiwa Lunas sebagai petanda yang sangat
memeranjatkan semua pihak. Jari-jari menuding kepada pucuk pemimpin parti.
Pemimpin parti dalam komponen BN termasuk UMNO sedar bahawa Mahathir
harus diundorkan sekiranya pemimpin semua parti dalam BN mahu melihat BN
terselamat dari ancaman sokongan rakyat yang semakin hilang. Itu penelitian
pemimpin BN pertama. Selanjutnya, mereka membuat keputusan iaitu DS Anwar wajib dibebaskan.
Segala tuduhan wajar digugurkan dan beliau dibebaskan tanpa sebarang
syarat yang menjejaskan nama baik beliau. Itu adalah keputusan kedua dan
paling penting. Mahathir Terkejut Beruk Dari sumber terperingkat, perkara ini berbangkit dalam satu mesyuarat tertutup
yang dihadiri oleh lebih dari 2/3 pemimpin UMNO dan komponen BN di PWTC.
(NB. Tidak ada sebarang laporan media dikeluarkan kerana ia adalah rahsia
terperingkat parti). Mahathir yang semasa itu menjangka ia suatu mesyuarat parti yang bertujuan
lain, perkara dalam lain-lain hal yang memeranjatkan itu yang disokong pula
oleh majoriti pemimpin BN yang hadir adalah sangat memeranjatkan beliau.
Sebagai mengalih pandangan hadirin, Mahathir yang 'terperanjat beruk' dan dalam kebingungan memberi syarat, antara lain:
Soalan itu mendapat cabaran dari hadirin. Banyak suara garang yang
menerjah keluar dari pemimpin yang hadir.
Mahathir jadi kelamkabut. Beliau meracau seperti histerikal, menggelabah
seolah-olah beliau sedang ditunggu oleh 'Black Maria' diluar Dewan. Beliau
tergagap dan kelu lidah semasa berhujah. Beliau mengugut semua orang. Tapi
ia disambut dengan serangan dan gelak ketawa sorakan dari hadirin yang
semakin 'naik darah'. Bagaimana Akhirnya? Dari sumber yang boleh dipercayai, Ku Li bangun dan berkata kepada hadirin:
Beberapa perkara lain juga dibincangkan. Keadaan kembali tenang seketika.
Mahathir tidaklah begitu gelabah lagi kerana masih ada puak-puak yang
menyokong beliau walaupun tidak sampai 10% dari jumlah sebenar.
Reda Sementara Keadaan kembali hebat apabila peristiwa kekalahan BN di Lunas betul-betul
mencabar kewibawaan UMNO/BN. Sekaligus usul mengundorkan Mahathir
timbul semula. Kali ini lebih hebat dari sebelumnya. 'Rating' sokongan
terhadap Mahathir merudum jatuh keparas 'tidak ada' (nil).
Shahril Samad sengaja mencuit keadaan dengan membangkitkan cerita
'gambar Mahathir' macam gambar 'babi' kepada pengundi di Johor.
Buktinya nampak di Lunas. Reaksi Mahathir? Memeranjatkan!! Beliau bertempik dan menangis di satu
mesyuarat MKT. Macam-macam dibangkitkannya hingga disebut kununnya
kalau bukan beliau yang mnenerajui UMNO, orang Melayu dah lama
'mampos' dikerjakan oleh Cina!!
Seorang anggita MKT bertanya, "Siapa yang api-apikan isu PM Cina?".
Mahathir terketar-ketar! Selanjutnya, Mahathir menyalahkan pemimpin UMNO memberi beliau kuasa
mutlak (kebiasaan beliau suka menyalahkan oranmg lain walau sebenarnya
beliau sendiri tamak kuasa dan beragenda).
Kata beliau, "kerana orang Melayu suka 'take things easy'" kunun, beliau
menuduh pemimpin Melayu cuma suka kepada rasuah. Seolah-olah beliau
menyedarkan pemimpin UMNO bahawa beliau 'bukan orang Melayu'..!!?
Ini membangkitkan kemarahan MKT UMNO. Kesanya, sudah timbul sekarang
satu pertentangan hebat antara Mahathir dan pemimpin UMNO secara umum.
Perkara ini sudah mulai merebak dikalangan pemimpin pelapis pertengahan
yang semakin radikal menuntut 'MENGUNDORAN' Mahathir.
Isu SUQIU Menjana Harapan Itu sebab sekarang sengaja ditimbulkan isu SUQIU. Beberapa puak telah
diumpan supaya membesar-besarkan perkara yang sepanas air dalam gelas
'teh tarik' saja. Tetapi bagi Mahathir, itu sajalah yang boleh dilakukannya
bagi meraih sokongan orang Melayu. Padahal, perkara itu tidak seperlu mana.
Tetapi kerana ini saja 'last resort' bagi beliau untuk mendapat sokongan
peribadi dari pihak yang menentang beliau habis-habisan menuntut beliau
diundurkan segera, Mahathir tidak ada jalan lain dari segaja mendapat
kerjasama GPMS yang tidak seharusnya masuk campor (kerana GPMS bukan
didaftar sebagai political organisation di Pendaftar Pertubuhan).
Ini menambah sakit hati segolongan besar pemimpin dan ahli Pemuda UMNO.
Mereka sudah mulai berkira-kira bersatu kata mencari kesepakatan dengan
pemimpin NGO kaum Cina bagi mencari kata putus dan penyelesaian.
Adakah Mahathir Semakin Ketakutan?
Bagi soalan itu, jawabnya: "YA! YA!?.." jawab seorang pemimpin Pemuda.
"Bila lagi?" bertanya seorang yang masih sayangkan kepada Anwar.
"Tengok saja muka Mahathir kalau tak keluar di TV. Kalau tak ada juga, cuma
kenyataan mengatakan beliau akan keluar negeri; maknanya Mahathir dah
cabut lari?. Suaka ke negara ke dua!!"
Menjawab seorang lagi "Alhamdulillah. Selamatlah Malaysia..!!"
(berita terkini dari sumber dipercayai - AS)
|