Laman Webantu KM2A1: 3468 File Size: 7.3 Kb * |
B2: Isu 'Suqui' - Agenda Mega Disengajakan Hasil Perancangan Mahathir By Amin Sapiro 22/12/2000 9:47 am Fri |
Amin Sapiro (masih hairan mengapa UMNO masih tak
insaf) [Kadang-kadang terfikir di hati kita kenapakah
rayuan Suqui ini muncul tiba-tiba selepas diperap
beberapa lama. Yang menarik ia dilambung ganas oleh
Mahathir setelah tewas di Lunas dan setelah kecewa
sandiwara Sauk tidak mengena serta hukuman kepada
Anwar memalapkan lagi hari ulangtahun merdeka.
Sekiranya Mahathir betul-betul ikhlas, dia sepatutnya
menangani isu ini dengan lebih bijak - bukannya dengan
sengaja menebak kata-kata ekstrim dan biadap ke seluruh
negara. Adab orang melayu berbudi dan berbahasa bukannya
melatah dan berprasangka tidak tentu hala. Belum apa-apa
sudah mengata - tapi sampai sekarang tidak seorangpun
wakil Suqui diapa-apa. Bukankah itu semua sandiwara 'tua'?
- Editor] ISU 'SUQIU' - AGENDA MEGA DISENGAJAKAN HASIL
PERANCANGAN MAHATHIR Bahagian 2
[Nota: Urutan bahagian Ke-2 sebagai sambungan kepada
Bahagian awal dibawah tajuk yang sama].
Mahathir Punya Agenda Mega Sejak dari mula, perkara ini sudah nampak 'cincang
tarah'nya (bak kata teman lamo saya dari N9). Beliau
adalah sekawan dengan Tan Sri Samad Idris.
Kata beliau, "Kalau pilihanraya 99 tidak disalut
dengan isu Anwar yang hampir-hampir membunuh UMNO,
Mahathir tak akan 'mengada-ada' nak buat satu imbauan
terbuka kepada kaum Cina untuk membenarkan mereka
mengusulkan tuntutan Suqiu itu. Ini terjadi kerana
Mahathir sudah nampak sokongan orang Melayu sudah
tinggal sikit. Tak sampai se sumpit..!!"
Orang NS memang sulit kita memahami cara mereka
memberi pembayangan. Mereka lebih banyak bermetafora
dan beranalogi. Tanya Pak Marhaintua, baca rencana
beliau - kita akan terpesona cara beliau memaklumkan
point-point hujahnya!! Kata teman lamo saya itu, "Mahathir memang sengaja nak
buat bising macam-macam hal. Pada mula nya dikatakan
kununnya: PM boleh kaum Cina, orang Melayu terpinggir
kerana kehebatan Cina, jika tak ada Cina berniaga dan
berusaha orang Melopong saja, orang Melayu masyarakat
subsidi? macam-macam lagi yang tak elok kepada orang
Melayu; mengikut cakap Mahathir", kata beliau. (kesian
parti Mamak Tongkang tak ada. UMNO baik hati bagi
peluang kepada geng mamak tongkang. Itu silap Melayu
UMNO..hahaha..!!) Kesimpulan, semua itu adalah suatu 'Agenda' Mahathir
nak membangkitkan semangat Perkauman yang jijik. Puak
kepimpinan UMNO pula tak sedar diri. Percaya sangat
kepada Mahathir. Sebenarnya Mahathir dah tersepit.
UMNO dah hilang kewibawaan. Pemimpin mereka dah jadi
'pelesit' tak berjinjang. Putar alam..!!
Bagi Mahathir, jika kaum Cina mengemukan satu senarai
tuntutan terbuka (pada mulanya dijanjikan akan
dirahsiakan). Tetapi bila ketika yang baik dan
keadaan yang sesuai dengan agendanya, dengan melihat
pengaruh UMNO tak kunjung bertahan; maka Mahathir pun
tak ada pilihan. Beliau pecahkan tembelang kaum Cina.
Diarah Pemuda UMNO dan pemimpin yang lain buat bising.
Buat demo. Suruh bakar Sewan Perhimpunan Cina. Hebat
Mahathir - hebat Pemuda UMNO..!! (berbakat jadi orang
perjuangan? hahaha). Bila tidak juga 'jalan', maka Mahathir pun arahkan
pula budak-budak liar dalam GPMS bikin heboh.
Tiba-tiba timbullah cerita kununnya tuntutan Suqiu itu
lebih dari 50 perkara. Dulu kononnya '17 tuntutan' aja.
Maka budak bangang macam Suhaimi Ibrahim pun
disuruhlah rangka 100 tuntutan pula. Tapi dengan
syarat hendaklah senarai itu diluluskan Mahadey pula!!
Apa Pasal Mahathir Nak Tengok dulu?
Sebabnya, Mahathir tak mau senarai itu macam senarai
tuntutan Suqiu. Suqiu banyak menuntut perkara yang
menelanjangkan UMNO/BN dan karenah Rasuah dan
Penyelewengan regim UMNO/BN yang ber'PM'kan Mahathir
yang semua orang kenal. Mengenai keistimewaan Melayu cuma satu. Itupun boleh
bincang. Tak paksa. Cuma Mahathir mahu ia disebut -
gunanya untuk membeli pengundi Cina. Rupa-rupanya yang dibangkitkan jadi isu ialah item
mengenai keistimewaan orang Melayu. Item
Penyelewengan, tuntutan ketelusan dan rasuah puak
UMNO/BN langsung tak sebut. Kabarnya itu sebab
Mahathir tak mau senarai Suqiu tak ada orang tahu.
Mahathir & UMNO/BN takut malu kepada rakyat dan
Suqiu!! (terbongkar rahsia busuk UMNO!!)
Mahathir Harap Apa? Dengar kabar, sebetulnya Mahathir dah lama rancang perkara ini. Mahathir sengaja hendak menjadikan ia sebagai 'Agenda Jangkapanjang'. Yang dimaksudkan Agenda Jangkapanjang itu ialah: Tuntutan Suqiu itu akan dijadikan 'fall back position' dengan maksud, antara lain:
Yang mentertawakan kita, bila balik KL, Mahathir
ketawa berdekah. Beliau angkat talipon, cakap dengan
Lee Kuan Yew.. "Hahaha don't you worry ma friend. I
will NOT direct Malaysian army not to attack
Singapore. What I did was to satisfy the 'stupid
Malays egoism.. You know lahhh.. Malay UMNO's mind are
all at the palm of ma hand..!! Hehehe..!!.
Soalan: Apa riaksi rakyat semua kaum dalam isu ini?
Apakah Mahathir akan berjaya 'main api' untuk
membolehkan beliau terus kekal berkuasa?
(Disambung dibahagian ke-3) |