Laman Webantu KM2A1: 3465 File Size: 33.2 Kb * |
Siri 29 YTDT: B1 Yang Menjerit Dan Menjerat By Marhain Tua 22/12/2000 12:18 am Fri |
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai
Bab: 29 [Satu penulisan yang amat terperinci oleh Pak -MT- yang MESTI DIBACA oleh semua
pejuang tanahair. Sebenarnya ketuanan melayu itu dinodai oleh pemimpin negara
sendiri. Merekalah sebenarnya dalang yang merompak hasil mahsul negara dan semua
projek terkini. Nasib orang melayu mereka apa perduli. Lagipun orang melayu sanggup
memberi undi dan membayar tol lagi! Orang melayu sebenarnya sedang dipisahkan dari satu kegemilangan mereka satu
masa dulu. Mereka semakin terpinggir walaupun itulah bumi tempat mereka lahir.
Ia semua bukan salah Suqui, dan bukan salah orang Cina. Tetapi pemerintah yang
telah menggadaikan segala-galanya demi cinta intimnya dengan beberapa kerat
orang Cina. Orang Cina memberi dan orang melayu yang menerima kerana ada orang
melayu yang barua yang telah memberi kepada orang cina tadi. - Editor ]
Senator Abdul Aziz Abdul Rahman telah menuduh PAS bersetuju dengan tuntuan yang dibuat
oleh Suqui supaya hak istimewa orang Melayu dimansuhkan. Senator Abdul Aziz ini telah
mengungkitkan sikap membisu PAS itu dengan kisah nasib orang Melayu di Singapura yang
diaibkan oleh kerajaan negara itu. Senator Rosli Mat Hassan pun menyelar Suqui tanpa
menyedari bahawa tuntutan mereka adalah satu rayuan sebelum berlangsungnya pilihan raya
umum 1999 dulu. Saya telah lantang bersuara bahawa Episod Suqui ini adalah satu episod yang sengaja
dilakar untuk mengalihkan bisa yang mengena Pemuda UMNO dan juga Mahathir Mohammad. Ia
sengaja diperhebatkan oleh Utusan Melayu untuk melariskan akhbar mereka. Kerana itu kita
lihat pada akhbar terbitan 20.12.200 di muka hadapan akhbar di sebelah bahagian atas ada
satu tajuk menarik yang berbunyi: Isu Suqui: Pas Masih Berdolak-dalik. Datuk Fadzil Nor,
presiden PAS difitnah sebagai pihak yang masih kabur dengan tuntutan-tuntutan yang
dikemukakan oleh jawatankuasa itu kepada kerajaan.
Di waktu yang sama mengikut akhbar itu, minggu lalu presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan
Azizah Ismail berkata: Pihaknya menolak tuntutan Suqui yang disifatkan nya sebagai
bertentangan dengan asas perlembagaan negara khususnya pemansuhan status bumiputra.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kita Siang, pula disebut meminta kabinet yang
bermesyuarat pada hari Rabu membuat keputusan supaya menghentikan kempen memburukkan
Suqui oleh UMNO untuk meraih sokongan kaum Melayu.
Kemudian kita terbaca berita bagaimana 31 NGO mengsahkan untuk menyertai perhimpunan
GPMS. Kita tahu semua NGO itu adalah tajaan UMNO, BTN dan Pertubuhan Belia. Ada juga
tulisan bertajuk "GPMS perlu kaji kesan perhimpunan". Wak Amin Sapiro telah membuat
satu artikel sebagai komen baik berdasarkan pendapat seorang bekas presiden GPMS. Yang
menarik sekali ialah kenyataan Presiden Ling Liong Sik, ketua MCA. Kenyataan itu
disiarkan sebagai pojok Utusan Melayu hari ini. Ia berbunyi "MCA Desak Suqui Tarik
Balik." Tetapi semalam ada satu berita yang merakamkan kenyataan Dr. Ling bahawa
rayuan Suqui itu mengandungi banyak perkara yang boleh dibincangkan secara terbuka.
Ada satu berita kecil yang berbunyi demikian:
... "Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatauan-Persatuan Cina (Suqui)
mmengalu-alukan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein untuk berjumpa
dan berdialog dengannya bila-bila masa. Dalam satu kenyataan di sini hari ini,
jawatankuasa itu percaya kumpulan-kumpulan berlainan dalam sesebuah masyarakat moden
harus berinteraksi dan mencari jalan yang sesuai untuk mencapai persefahaman."
Kalau betul laporan itu, ia membawa makna bahawa barulah sekarang Ketua Pemuda UMNO itu
dapat menggunakan kepala otaknya, yang sepatutnya sudah digunakannya lebih awal lagi.
Soalnya sekarang, kenapakah perkara ini dibiarkan berpanjangan dengan pelbagai pihak
terjerit-jerit dan melatah tidak tentu pasal sehinggakan memalukan maruah orang Melayu ?
Apakah itu sebahagian daripada "rehearsal" (latihan beraksi) yang sengaja diada-adakan
untuk meraih simpati, sokongan ataupun untuk memenuhi satu muslihat sandiwara yang lebih
besar lagi? Hishamuddin Hussin adalah menteri belia dan sukan negara dan mempunyai ramai
kenalan yang rapat di kalangan kaum Cina. Kenapakah dia tidak memikirkan awal dulu lagi
jaringan rakan-rakan dari kalangan kaum cina untuk menyelesaikan perkara ini. Lagipun
Hishamuddin berjawatan Menteri Penuh dan menjadi ahli kabinet yang meluluskan dengan
bersyarat, rayuan yang dibuat oleh Suqui itu.
Suhaimi Ibrahim juga beranggapan 'hanya perpaduan Melayu dapat mengenepikan tuntutan
Suqui itu.' Ada cerita bahawa Suhaimi mahu wujudkan Gabungan Suara Melayu. Gabungan ini
akan melancarkan perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Bukit Jalil. Kelantangan
Suhaimi ini nyata disokong kuat oleh penaung GPMS Dato Seri Abdul Rahman Maidin, seorang
peniaga yang amat rapat dengan Mahathir dan Daim. Kerana itu kita diberitahu bahawa
Gabungan Suara Melayu itu adalah diasaskan oleh anggapan bahawa:
..... "Orang Melayu harus bersatu padu, melupakan perbezaan politik, fahaman matlamat
peribadi dan tumpukan kepada matlamat utama untuk mengutamakan masa depan Melayu.".....
Huh.....huh....huh.... meremang bulu tengkok untuk seketika. Nasib baik tidak ada bulu
lain yang mengikut sama. Kalau zaman dulu-dulu kata-kata semacam ini memang mudah
menaikkan bulu kening. Kerana yang mendengar akan bertanya dalam hatinya dulu: Siapa dia
malaun yang bersuara semacam ini? Apakah jasanya kepada orang Melayu selama ini? Berapa
banyakkah nyawa musuh yang sudah dipenggalnya dan berapa banyakkah keris panjang yang
digunakannya? Kalau cakap GPMS itu mahu dijadikan ukuran, saya ingin rakamkan satu e-mel yang
dipanjangkan oleh salah seorang Pengendali Web daripada seorang insan yang nama samaranya
'rio' dan e-melnya ialah Tazam94@hotmail.com. Saya ingin rakamkan tulisannya itu dengan
menggunakan bintang kepada perkataan yang sensitif:
... "spesis makan ba** ni tengah dok nak makan kau orang pulak, kau orang masih tak
sedar diri lagi. Tunggulah nanti Ci** bangsat ni datang sembelih kau orang sekor-sekor
macam kat Bosnia ni, baru la kau nak sedar yang spesis makan b*** ni memang tak sedar
diuntung dahlah masuk negeri orang dikautnya segala harta orang Melayu. Bagi betis nak
peha lagi sebab dia tahu ada juga talibarut dan pengkhianat macam kau orang masih nak
sokong dia. Pergilah ikut dia orang ratah b*** sekor, sekor, sebab kau orang setuju dia
buka kandang ba** dalam rumah kau orang. ....."
Astagfirullah..........!!!! Apakah begini sekali dahsyatnya seorang insan yang
menggunakan e-mel TAZAM49 ini? Kita harap dia sedar bahawa tulisan seperti inilah yang
satu ketika dulu membakar semangat orang Melayu untuk bertindak sehingga tercetusnya
tragedi Mei 13,1969. Dalang yang paling utama pencetusan tragedi itu kini memegang kuasa
sebagai perdana menteri negara ini. Keceluparan manusia seperti TAZAM49 ini
menggambarkan betapa terdesaknya orang UMNO yang sedar dan kecewa betapa sokongan orang
Melayu sudah semakin berkurangan menyokongnya.
Seperti yang berlaku kepada setiap bangsa yang terus maju dan mahu maju, budaya lama
sesuatu bangsa itu akan turut bertukar rupa dan bertukar cara. Sekaligus ia menukarkan
cara berfikir dan bertindak serta cara berhujah dan berlagak. Demikianlah juga yang
berlaku kepada bangsa Melayu. Sejak merdeka tercapai, bangsa Melayu terus maju ke hadapan
dengan perubahan yang besar berlaku dalam segenap segi penghidupannya. Perubahan budaya
itu berlaku tanpa disedari secara terus oleh setiap insan yang bergelar Melayu kerana
budaya selalunya bertukar rupa secara lambat dan selamba.
Contohnya:
Selepas perang dunia ke-dua itu, ramai keluarga Melayu yang berpecah-pecah kerana
keadaan ekonomi yang rendah sehinggakan ada di antara ahli keluarga merupakan bibit dan
zuriat berbakakan benih Jepun, Mancuria dan Cina. Zuriat yang tercetus disebabkan
kedaifan hidup dan kesengsaraan melayari tekanan penjajah dan penguasa kejam membuatkan
ramai keluarga Melayu hingga kini mempunyai kacokan darah Portugis, Arab, Belanda,
British, Amerika, Fiji, New Zealand, Australia, Jepun, Cina Bebas, Cina Komunis, India,
Pakistan, Siam dan bermacam lagi. Ini tidak diambil kira akan benih kacukan yang terjalin
daripada pertemuan singkat di antara bakal askar raja dengan janda askar istana di satu
ketika dulu. Kehidupan yang berbibitkan kehidupan kuno yang caca-marba inilah yang menjadi satu bangsa
yang kini dikenal sebagai orang Melayu. Cuma selepas merdeka (31.8.1957) barulah Melayu
itu dibahagi-bahagi kepada pelbagai kaum dan jenisnya, sedangkan satu ketika dulu Melayu
itu dikenal sebagai Melayu Sungai atau pun Melayu Darat. Yang di sungai ataupun laut
itulah yang dekat dengan Raja dan Sultan dan yang di darat itulah yang bernaung di bawah
Raja Sakai. Kemudian, yang menjadi perbezaan di antara dua kumpulan Melayu itu ialah
agama Islam, kerana integrasi orang Melayu Sungai/Laut dengan pedagang India Muslim dan
Arab. Melayu darat yang bernaung di bawah Raja Sakai terus dengan fahaman animisma.
Sedikit demi sedikit, penghijrahan orang Sungai memasukki kawasan pendalaman, membuatkan
semakin ramai Melayu darat itu memeluk Islam pula, hinggakan yang masih tinggal itu terus
kekal di hutan tebal. Apabila British menjajah negara ini, kumpulan Melayu darat itu terus diberikan
klassifikasi sebagai orang asli kerana mereka (British) pun mempunyai agenda besar untuk
mengawal hasil bumi negara ini bagi kepentingan empayar British sahaja. Sekaligus,
penumpuan dibuat agar orang asli itu menjadi satu kumpulan yang terkeluar daripada arus
pembangunan negara kerana muslihat penjajah semata-mata. Kumpulan yang dikawal oleh
pengaruh Tok Batin itu menjadi satu masyarakat 'buffer' (pelindung) terhadap pengaruh
komunis yang menggunakan hutan rimba sebagai medan perang untuk menentang penjajah
British. Siapakah kumpulan masyarakat Cina yang mendalangi pergerakan Komunis dulu? Mereka adalah
satu kumpulan yang datang ke negara ini sebelum Jepun masuk menyerang Tanah Melayu.
Mereka lari daripada penjajahan Jepun di Cina, Taiwan dan Hongkong. Mereka lari dengan
segala kekayaan yang ada dan pengetahuan berdagang dan bertukang. Oleh kerana mereka
sudah merasakan kepedihan di jajah Jepun, mereka lari ke Tanah Melayu dan bersedia untuk
memerangi Jepun. Mereka telah menerima bantuan British untuk melengkapkan diri dengan
senjata kerana itulah yang diberikan oleh British untuk mendapatkan kesetiaan mereka.
Kumpulan ini telah menjadi kuat apabila mereka disokong dengan kuatnya oleh masyarakat
buruh Cina yang bekerja di bawah sistem hamba abdi kepada Cina yang kaya raya di negara
ini. Masyarakat pekerja hamba abdi Cina adalah terbahagi kepada dua kumpulan. Satu
kumpulan adalah yang berhutang kerana dibawa ke Tanah Melayu oleh Taukeh Kaya. Yang lagi
satu ialah mereka yang dibawa masuk sebagai pengawal dan samseng kumpulan khas untuk
menjaga keselamatan taukeh mereka. Inilah kumpulannya yang diperangi oleh Jepun kerana
mereka sudah digunakan oleh British untuk mengganyang Jepun sebelum British datang semula
ke negara ini. Cina yang tidak menentang British adalah Cina yang tidak dimusuhi oleh Jepun. Mereka
adalah golongan Cina Baba dan Nyonya yang merupakan masyarakat Cina yang datang ke negara
ini dan mengahwini orang Melayu pada asalnya. Terdapat juga sekumpulan Cina Shanghai
yang memang masuk ke negara ini dengan kekayaan dan kepandaian yang ada ketika Jepun
baru menyerang Cina. Eloklah dirakamkan di sini, kebanyakan pekerja Cina yang datang pada mulanya ke tanah
Melayu adalah diiktiraf sebagai hamba abdi kepada golongan yang kaya. Mereka menjadi
hamba kerana ketagihan candu dan madat yang pada asalnya digunakan sebagai 'modal' oleh
British untuk mengembangkan kuasa di China. Mereka dibawa masuk ke negara ini dengan
alasan mereka boleh memulihkan tabiat buruk itu disebabkan cuaca panas di Tanah Melayu.
Nasib raja-raja Melayu selepas perang dunia kedua amat sedih sekali. Kisah ini boleh
diikuti dengan jelas kalau kita baca buku sejarah yang ditulis oleh Frank Swettenham. Ia
menjadi lebih menyedihkan kalau kita baca pula Hikayat Munshi Abdullah yang mengandungi
banyak putar belit untuk memperlekehkan orang Melayu lagi. Munsyi Abdullah ada bercerita
bagaimana Stamford Raffles mampu bertutur dengan fasihnya dalam masa empat bulan tiba di
tanah Melayu. Kini sudah ada satu kajian yang dilakukan oleh seorang sejarahwan British
yang menidakkan kenyataan itu. Disebabkan raja-raja Melayu alpa dan pelahap, negara mereka menjadi tidak terurus.
Kegemaran berjudi dan bermadat membuatkan raja-raja Melayu menjadi mangsa peniaga Cina
yang digalakkan oleh Penasihat British. British merencana untuk mengambil alih Tanah
Melayu seperti mereka mengambil alih jajahan di Afrika, Wilayah Hindi-Pak, dan Tanah
Arab. Dalam usaha melemahkan kedaulatan raja-raja, British mengambil beberapa tindakan yang
berasaskan pengalaman mereka di negara lain. Raja-raja Melayu digalakkan berjudi dan
bermadat. Inilah yang membuatkan British berjaya menguasai Hongkong dan India. Melalui
madat dan judi (sabung ayam), orang Melayu leka untuk maju kerana raja-raja pun mudah
selesa dengan cukai yang diterima. Itu sebabnya Singapura dan Pulau Pinang jatuh ke
tangan British secara mutlak. Zuriat raja Melaka tidak diberikan kuasa naik takhta,
sedangkan Melaka merupakan tapak kegemilangan raja-raja Melayu. British teruskan
perkembangan Singapura dengan rakan niaganya orang Cina dan orang Melayu bertukar menjadi
kelas hamba. Singapura dapat dibeli oleh British dengan hadiah beberapa tin 'biskut
marie' dan gula-gula 'toffieĦ'. Temenggong Johor yang termakan pujukan British itu
telah dibenarkan menukar pangkat dirajanya menjadi Maharaja dan tidak kepada sultan
sahaja. Dari situ bermulalah sejarah Johor yang bermaharajakan insan yang merasakan
dirinya lebih mulia dengan beristerikan perempuan yang sebangsa dengan kaum yang
'membeli' Singapura itu. Oleh kerana dia tidak tahu membaca dia tidak faham bahawa
sebelum itu Britih cuba membeli Hongkong daripada Maharaja Cina tetapi tidak berjaya.
British hanya diberikan pajakan untuk satu ratus tahun lamanya. Kalaulah Temenggong Johor
boleh membaca ketika itu ataupun mempunyai sahabat karib daripada kalangan masyarakat
Cina, sudah tentu dia bertegas untuk tidak menjual Singapura. Cuma memadai untuk
memajakkannya sahaja untuk satu ratus tahun juga.
(Apakah daya, sudah nasib rakyat marhaen Johor, insan yang dianggap raja ketika itu lebih
rela tersenyum menerima pampasan beberapa tin biskut dan tofi serta salinan pakaian yang
berwarna warni. Kerana sogokan sebanyak itu dia lebih rela menjual tanah pesaka
bangsannya. Ironisnya ketika Tunku berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Malaya, Raja
Johor ketika itu tidak bersetuju dengan Tunku sehinggakan majlis Jubli Intan baginda
terpaksa dipulaukan oleh Tunku dan pemimpin Parti Perikatan. Malangnya perangai rakus
beginda itu tidak difikirkan oleh sukusakatnya yang masih bertakhta kini.)
Budaya orang Melayu pun berubah juga mengikut putaran zaman. Apabila British mahu
tubuhkan Malayan Union, raja-raja Melayu pada awalnya bersetuju sahaja. Tetapi, orang
Melayu naik marah dan memberontak dengan pimpinan Dato Onn Jaafaar, seorang anak Melayu
yang berpendidikan dan mampu mempengaruhi semua raja dan sultan.
Dato Onn Jaffar berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu menentang Malayan Union kerana
beliau menerima sokongan padu masyarakt Melayu yang berbekalkan semangat juang Dato
Maharajalela dan Datok Panglima Sagor di Perak, Rosli Dobi di Sarawak, Mat Kilau dan
juga beberapa panglima Melayu lama yang menentang British di Pantai Timur.
Persekutuan Tanah Melayu pun diwujudkan. Tetapi, kegagalan British itu telah dimanipulasi
oleh masyarakat Cina bajingan untuk melancarkan gerakan bawah tanah menentang penjajah.
Mereka mampu meraih sokongan orang Melayu yang diputar mindanya. Untuk melumpuhkan
serangan komunis itu sekali lagi British menggunakan semangat juang orang Melayu
menganggotai pasukan tentera dan polis. Namun demikian, di waktu yang sama British tidak
pernah menekan masyarakat Cina yang lagi satu yang merupakan rakan niaga mereka. Dengan
lain perkataan, British menggunakan serampang tiga mata untuk menjajah. Orang Melayu
digunakan sebagai hamba kelas atasan untuk mempertahankan kestabilan negara. Orang Cina
digunakan sebagai rakan niaga sementara sebahagian lain orang Cina itu dianggap sebagai
musuh ketat untuk dimusnahkan.
Kehadiran komunis di hutan dijadikan satu alasan untuk British meneroka hasil bumi negara
orang Melayu dan membawanya ke luar negara. Hutan dibuka untuk dijadikan ladang dengan
membawa masuk buruh daripada India. Hasil mentah dibawa keluar negara dan barangannya
dibawa masuk untuk dibeli oleh rakyat dengan harga berlipat kali ganda. Ketika kelapa
sawit mula ditanam, hasilnya tidak dijadikan minyak makan kerana minyak sawit dijadikan
bahan pencuci bijih timah ataupun diekspot tanpa diproses dulu. Minyak sawit hanya
diproses setelah berlaku kejatuhan mendadak kepada industri bijih timah dunia dan setelah
harga pasaran dunia minyak kelapa jatuh mendadak.
British tidak pernah serius untuk membasmi komunis di negara ini satu ketika dulu. Ia
lebih berminat melakukan operasi menyekat sibaran pengaruh komunis itu sahaja. Tujuannya
ialah untuk menempatkan lebih ramai tenaga tentera dan polis British di Malaya dan
Borneo. Lagipun di pertengahan tahun empat puluhan, pengaruh British di India dan
Pakistan (termasuk apa yang disebut Bangladesh sekarang ini) semakin berkurangan dan
benua itu sudah pun menghampiri ambang kemerdekaan.
Minat British untuk terus menguasai Malaya dan Borneo menjadi berkurangan apabila bijih
timah dan getah semakin luntur harganya. Di waktu yang sama tanah Arab menjadi kaget
setelah terjumpanya simpanan minyak yang besar. Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran gempar
dengan projek minyak. British bertindak menumpukan minat di sana kerana mahukan bahagian
besar di Oman, Yemen, Arab Emirate yang ketika itu masih belum mempunyai projek minyak
mereka. Apabila wilayah Hindi-Pak mencapai kemerdekaannya, British kekurangan hasil
mahsyul sehinggakan tidak berminat untuk terus menjajah Malaya dan Borneo.
Kemerdekaan Tanah Melayu diasaskan oleh British dengan kerjasama semua lapisan kaum di
negara ini. Ia adalah lambang kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang mengambilalih
kepimpinan UMNO daripada Onn bin Jaafar. Sebagai seorang insan yang membesar di London,
Tunku mempunyai persepsi pemerintahan ala Westminster. Sekaligus kumpulan tauke Cina dan
India menjadi rakannya dan masalah orang Melayu banyak diserahkannya kepada
kebijaksanaan Tun Razak, Tun Ismail dan Saadon Zubir. Pemerintahan negara secara
praktikalnya adalah di bawah kebijaksanaan Tun Abdul Razak. Tunku hanya berperanan
sebagai jambatan di antara rakyat marhaen dengan majlis raja-raja dan peniaga Melayu
dengan peniaga bukan Melayu. Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang dilahirkan untuk menjadi
pintar dalam dunia perniagaan. Kerana itu semua sejarah bangsa yang besar ada mencatatkan
nama 'Kepulauan Melayu' ataupun 'Gugusan Pulau-Pulau Melayu'. Hanya sesuatu bangsa
yang besar dalam dunia perniagaan dulu yang diiktiraf untuk menghiasi buku sejarah bangsa
asing. Begitu juga dengan bahasa bangsa yang diiktiraf itu. Itu sebabnya, setiap pegawai
British yang mahu kekal lama di Tanah Melayu dimestikan lulus dulu peperiksaan Bahasa
Melayu dan Budaya dan Adat Resam Orang Melayu.
Kepintaran orang Melayu berniaga dulu telah menjadikan Melaka sebagai pusat perhentian
dan pertukaran barangan dagang. Keadaan ini bertukar rupa apabila British berjaya
menakluki Pulau Pinang (Penang), Singapura dan terus melupakan Melaka untuk membina
pangkalan baru di Port Weld (Perak), Port d##kson (Negri Sembilan), Port Swettenham
(Selangor). Sekaligus kepintaran orang Melayu berniaga lesap laksana asap kemenyan yang
kehabisan baranya. Peniaga Melayu bertukar tugas menjadi pegawai kerajaan British ataupun
pekerja khas kepada peniaga Cina dan India. Perkara ini berlaku apabila raja-raja dan
para wakilnya lebih rela duduk di istana menerima elaun daripada penjajah British.
Demikianlah sejarah silam orang Melayu sehingga tercapai kemerdekaan. Sejak tercapai
kemerdekaan itu bermulalah satu usaha baru masyarakat Melayu untuk menonjol kembali
mengejar tamaddun dunia sambil perlahan-lahan menerima hakikat betapa budaya lama itu
terpaksa ditinggalkannya untuk menjadi satu bangsa yang besar. Dia sanggup meredah hutan
belantara memikul senjata sambil berjauhan daripada anak dan keluarga semata-mata mahu
menjamin keselamatan dan maruah negara. Di waktu yang sama dia proksikan anak dan
keluarga kepada saudara mara untuk mereka membesar tanpa pengawasannya sepenuh masa. Dia
meredah semudra mencari hasil lautan, melawan badai yang datang melanda dan menggadaikan
nyawa kepada pancaran suria. Tetapi harga tangkapannya adalah tertakluk kepada penentuan
taukenya kerana segala kelengkapan penangkapan ikan itu bukan kepunyaan dirinya ataupun
bangsanya. Dia terpaksa bergelar nelayan kerana berhutang budi kepada taukeh yang
memberikan sabsidi untuk dia menyara hidup keluarganya ketika tengkujuh bermusim semula.
Demikian juga ceritanya mengenai Melayu yang bersawah padi. Dia menghambakan dirinya
kepada tanah untuk mengerjakan sawah yang menjadi haknya hanya pada namanya sahaja. Sawah
bendang itu sudah lama terpajak kepada si Ah Wong ataupun kepada Arumugam Chettiar. Dia
menjadi tuan bendang pada namanya kerana sawah itu sudah lama dipajak dan digadaikan oleh
bapanya dulu ketika dia masih anak-anak lagi. Dia mengerjakan bendang itu untuk
melunaskan janji yang dibuat berdekad dulu oleh nenek moyangnya. Kalau dia gagal
mengerjakan sawah itu, akan pupuslah kuasanya ke atas tanah yang digadai dulu. Tetapi,
apakah dayanya untuk menebus pajakan lama itu kerana faedah ataupun bunga yang dikenakan
adalah dua kali ganda daripada faedah yang digunakan oleh sistem perbankan negara?
Termampukah dia menebusnya sedangkan harga padi sentiasa menurun kadarnya setiap tahun
disebabkan sistem membenarkan pengimpotan beras keluaran negara luar secara haram?
Bagaimanakah dia mampu mendapatkan harga padi yang tinggi sedangkan di kilang memproses
padi himpunan stok lama menggunung tingginya?
Orang Melayu hari ini kebanyakannya menjadi mangsa kepimpinan yang ada. Bermula daripada
majlis raja-raja menurun kepada pemimpin politik yang berkuasa, pengaruh pimpinan yang
diturunkan kepada orang Melayu moden itu adalah satu pengaruh yang mencekik hidupnya
sehinggakan apa yang dikatakan satu kemerdekaan yang diterima di atas dulang kencana
adalah satu metos yang penuh retorik semata-mata. Orang Melayu hari ini pada
keseluruhannya tidak banyak berubah hidupnya. Inilah kerana ajaran bidalan Melayu yang
berbunyi: "Di mana bumi dipijak di situ langit di junjung." Tidak kiralah kalau yang
dipijak itu tanah yang penuh tahi dan kencing dan yang dijunjung itu adalah langit yang
penuh mendungnya. Seperti juga rakyat marhaen Melayu di zaman raja-raja dulu, yang terpaksa menyediakan
senjata sendiri dan bekalan makanan sendiri untuk pergi berperang mempertahankan wilayah
raja, Melayu hari ini pun terpaksa terus bekorban untuk menentukan raja-raja yang
memerintah terus hidup senang lenang. Tidak kiralah kalau raja itu sudah lama menyerahkan
kuasanya kepada proksi yang lebih rakus darinya.
Bidalan dan kiasan adalah ibarat dan tauladan. Hanya yang mempunyai otak masih di kepala
yang mampu memahaminya, baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Mereka yang mempunyai
otak dilutut memang sudah kehilangan kebijaksanannya. Yang ada hanya alasannya.
Bermadahlah golongan seperti ini untuk menegakkan benang yang basah, sedangkan di zaman
IT ini, orang sudah tidak bermain benang lagi. Rakyat marhaen sudah lebih pintar bermain
jaring dan jaringannya. Ketika Melayu bermain benang dulu, kalau berkilas ikan di air mereka tahu yang mana satu
jantan dan yang mana satu betinanya. Di zaman IT ini, berkilas ikan upahan di media massa
dan TV, rakyat marhaen sudah kenal mana satu yang pondannya. Dari situ rakyat fahamlah
betapa ikan yang busuk mesti bermula daripada kepalanya. Kalau ada ular yang turut sama,
dan mahu menukar kulitnya ia bermula daripada bahagian ekornya.
Demikianlah jalinan sandiwara moden Melayu yang bermula daripada skrip lakaran seorang
diktator tua dan diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk melakonkannya. Kumpulan ini gagal
dan terpaksalah skrip itu diserahkan kepada GPMS yang sepatutnya memikirkan nasib bangsa
bermula di tahap persekolahannya. Itu pun mereka gagal kerana tidak memahami apakah tema
skrip utama itu sebenarnya. Tetapi rakyat marhaen sedar, sandiwara kali ini bukan calang-calang besar matlamatnya.
Alang-alang salah tafsir, ia akan meledak menjadi satu lakonan yang menggegarkan orang
Melayu ke akar umbinya. .....bersambung.... |