Laman Webantu KM2A1: 3460 File Size: 9.9 Kb * |
Akhirnya Rafidah Mengakui Kesilapan Beliau Sebagai Menteri..!! By Amin Sapiro 21/12/2000 10:45 am Thu |
Amin Sapiro (makan warung sambal tempoyak saja)
[Kata orang tua-tua: "Makin tua makin menjadi".
Begitulah keadaan seorang menteri 'rapid-fire' yang
menjadi orang kanan Mahathir. Dia sudah lama berbau,
tetapi dibiarkan sahaja sekian lama. Pelabur mana
mahu bertandang kalau pandang muka pun dah rasa
semacam. Kalau pandang kata, harus mereka lari
jauh lebih kencang. Rafidah sudah diambang kejatuhan.
Dia cuma berpaut di dahan yang rapuh. Sampai masa dia
akan rebah dan tersungkur dalam kehinaan.
Pelabur mahukan kemesraan, bukan gangguan dan bukan
temberang. - Editor] PADA mulanya Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri telah menyeranah orang
Melayu @ Bumiputera dengan berkata: [[ Status usahawan bumiputera tidak laku di pasaran
luar negara kerana apa yang di lihat di sana adalah
dari segi kualiti dan kos yang kompetitif..]]
Eh wahhh.. sedapnya mulut si Celupar ini bercakap
macam ahli falsafah. Langsung tak tunduk bila meludah.
Akhinya bertempek ke muka sendiri. Rafidah Berselindung Disebalik Kegagalan Sendiri
Rafidah yang bermulut tempayan pekasam busuk itu tidak
akan terlepas dari berlagak ego dan celupar. Itu dah
jadi darah dagingnya. Kali ini pun 'Betina UMNO' yang sekor ini masih
mencari helah menyalahkan orang Melayu, khususnya
peniaga bumiputera. Memang 'puaka' betul si tembam
ni!! Jika diamati dengan halus dan dicerakinkan secara
terperinci, maka nampak jelas bahawa kegagalan peniaga
dan usahawan Melayu di bidang perniagaan antarabangsa
adalah berpunca dari beberapa sebab yang ketara.
Sebagai sebab mutlak, Kementerian yang diterajui oleh
Rafidah selama lebih satu dekad wajar diperakukan
oleh beliau sendiri sebagai GAGAL. Kementerian ini
tidak menepati sasaran 30% yang dihasratkan sebagai
harapan orang Melayu dan DEB seperti yang termaktub
dalam Kongres Bumiputera. Punca yang nampak ialah:
Time To 'Kick The Political Bucket'
Selepas satu seminar yang saya hadiri, seorang rakan
berkata, "Rafidah adalah contoh menteri Melayu yang
tak laku dimana-mana pasaran pun - samada pasaran
tempatan maupun pasaran antarabangsa".
Kami yang sedang berkolokium sesama sendiri ketawa
berdekah-dekah. Betul juga kata kawan lamo saya tu.
Jika diperhatikan rasionalnya, tidak ada peniaga dan
pengusaha IKS Melayu yang mendabik dada mengaku barang
dagangan mereka adalah hasil usaha bumiputera sewaktu
mempromosikannya di arena antarabangsa.
Selama ini hanya kerajaan UMNO saja yang
membesar-besarkan perkara itu dengan tujuan untuk
meraih pengaruh dan undi 'balot box' orang Melayu.
Padahal, 'abok pun tarakkk..'. Sebagai seorang pengusaha Melayu, kawan lamo saya itu
tidak pernah menyentuh isu bumiputera sewaktu
mempromosikan barang keluaran perusahaan beliau diluar
negara. Entah dari mana Rafidah dapat ide berkata
begitu. Pengusaha Melayu @ bumiputera lebih arif cara
mempromosikan dagangan mereka. Walaupun ada Maltrade atau apa juga 'Jin Aprade' yang
ditubuhkan oleh Kementerian Rafidah - yang nampak
sampai sekarang, mereka cuma sebok dengan 'working
paper' saja. Nak jumpa pegawai mesti ada appointment.
Kalau jumpa mereka sebok semanjang. Muka mereka nampak
keluh-kesah macam gaji tak cukup nak bayar intallment
rumah. Bila ditanya beberapa soalan, jawapan yang diberi
lebih tak payah tanya. Menyakit hati saja. Banyak
melopong mulut masuk langau hijau! Mereka lebih
bangang dari yang disangkakan. Cakap saja 'pung-pang,
pung-pang', tapi semua kaki temberang. Sebabnya,
pegawai Kementerian Rafidah adalah mereka yang tidak
pernah turun padang. Mereka cuma bekerja cari makan -
masuk jam 8:00 pagi, tendang fail jam 4:30 petang.
Masing-masing tu pulak sebok dengan neck-tie - dari
batang leher terjueh sampai ke celah kangkang!! Macam
tu ke nak tolong bumiputera nak berdagang? Sudahlah
tu, bang!! Tiada Penyelerasan Seimbang Seorang pengusaha bumiputera yang matang di bidang
keusahawanan pernah berkata kepada saya, katanya:
"Wak!! Jangan harap sangat dengan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa. Kementerian ini silapnya
satu saja, sebab Rafidah jadi menterinya. Sepatutnya
dia jadi menteri 'Promosi Nama Mahathir'. Antara
fungsinya ialah untuk mengagih-agih saham untuk
menantunya dan berkongsi dengan anak-anak Mahathir,
Kroni dan 'hantu-hantu raya' puak UMNO saja".
Hehehe?. Tergelak kami di coffee house tengah hari
itu. Yang menggelikan hati itu ialah, beliau adalah
usahawan dari Terengganu. Pengalaman beliau dan
kejayaan beliau sah memang tidak ada kena mengena
dengan jasabaik kementerian Rafidah. Maklumlah, dia
adalah seorang ahli PAS. Tetapi kerana sikap jati diri
dan keyakinan berniaga tanpa rasuah - cuma
bermodalkan keadilan dan ketelusan, maka hari ini
beliau tak perlu dibailout macam korporat anak-anak
Mahathir atau Halim Saad!! Bagi beliau, jika bumi putera masih harapkan menteri
UMNO menerajui kementerian berkait rapat dengan
perdagangan dan usahawan Melayu @ bumiputera, sampai
kiamat orang Melayu dan kaum bumiputara setakat
bertaraf 'peniaga Warong' sajalah nampaknya, ulas
beliau. Alasan beliau (yang saya pegang erat) ialah,
pertamanya: Selagi kementerian yang terlibat dengan
keusahawan dan perdagangan tidak 'pro-aktif' dan
mempunyai rancangan jangkapanjang yang seimbang antara
pembangunan perindustrian dengan pembangunan
keusahawan @ perniagaan/perdagangan - jangan harap
kaum bumiputera bersaing dengan kaum lain dengan
jayanya. Kedua: Jika nawaitu dasar Kementerian terbabit setakat
'melepaskan batuk ditangga' saja, sambil itu pandang
peniaga itu ahli parti mana - sampai kiamat peniaga
bumiputera akan ditakuk lamalah. Puncanya, peniaga UMNO dapat macam-macam konsesi.
Walhal mereka cuma jadi Kroni orang politik. Dapat
kontrak dan tender mereka canang-canangkan kepada 'the
highest bidder'. Siapa lagi, peniaga Cinalah pilihan
mereka!! Mereka hanya berpada kutip 'ten percent' komisyen
saja. Tak payah kerja. Goyang kaki, peniaga Cina ganti
tayar kereta. Kadang-kadang, sanggup minta
'betina'..!! Itu contoh peniaga bumiputera UMNO.
Tercengang Geleng Kepala Kata beliau, "Rafidah tak usah runsing nak pasarkan
nama bumiputera ke arena antarabangsa. Mahathir
sendiri sudah mencemar dan kasi 'spoil' nama Melayu
dan bumiputera diluar negara. Malu sangat peniaga
Melayu mengakui diri sebagai Melayu dan bumiputera."
Raifidah sebagai menteri Melayu dan bumipetara lebih
dikenali sebagai Menteri yang 'top' mengamalkan
Rasuah. Pedagang luar cukup jijik dengar nama Mahathir
dan Rafidah!! Jadi, kita sebagai peniaga dan usahawan berkulit sawo
matang, mereka merasa lebih hina jika mengakui diri
sebagai pengusaha bumiputera. Busuk sangat nama
bumiputera diluar negara. Ini bersebab dari Konspirasi
Mahathir dan disokong 100% oleh saham Rafidah. Tanya
Madeline Albright apa katanya? Memang betullah cakap Rafidah itu, iaitu 'Status
usahawan bumiputera tidak laku di pasaran luar
negara..'. Sebabnya, imej orang Melayu dan Bumiputara
sudah cukup-cukup tercemar oleh Mahathir dan semua
pemimpin UMNO!! Janganlah kita tercengang geleng kepala puak, OK?
Salah siapa sekarang? Nak sokong lagi BN?
|