Laman Webantu KM2A1: 3454 File Size: 9.2 Kb * |
Umno/BN Dan Regim Mahathir Menanti Ajal..!! By Amin Sapiro 20/12/2000 6:07 pm Wed |
Amin Sapiro (makin merenung semakin nampak)
[Firaun adalah lambang sistem perhambaan yang amat
dahsyat dalam sejarah peradaban manusia. Namun dia hanya
hebat kerana dipagari oleh orang dan binatang yang berada
disekelilinginya. Dia membina struktur yang besar-besar
belaka, tetapi mengapakah hanya kuburnya sahaja yang begitu
menonjol sampai bila-bila? Bukankah itu satu tanda agung
dari tuhan bahawa tiada seorang pun manusia mampu hidup
dan berkuasa selama-lamanya. Kekejaman mereka akan
menjadi satu cerita yang akan semakin merendahkan
imejnya dulu, kini dan selama-lamanya. Dan itu termasuk
keturunannya yang ada di mana-mana. Alangkah malunya
mereka semua... - Editor] UMNO/BN DAN REGIM MAHATHIR MENANTI AJAL..!!
KITA tidak menyangka TPM Abdullah Bedawi begitu bebal
dan hina fungsinya. Menurut beliau di Utusan Malaysia:
[["...ahli UMNO tidak akan membenarkan kepimpinan UMNO
dipermainkan, diperkecilkan dan dihina, malah kekuatan
UMNO adalah kerana ahlinya yang setia kepada pemimpin.
Pembangkang merasakan dengan menyerang Dr. Mahathir
(character assassination) secara berterusan, ahli UMNO
akan meninggalkan atau menyingkirkan beliau.."]]
Hamman Berkongsi Darjat Dengan Firaun
Teringat kita kepada kesah Firaun yang memerentah
Mesir 4,500 tahun dulu. Waktu itu keagungan diri si
Firaun itupun berpunca dari nafsu rakus yang mahukan
umat manusia mengakui dirinya sebagai tuhan.
Digunakanlah bala tentera dan pengintip dikalangan
puak upahan untuk mencari sesiapa yang tidak mentaati
perentahnya. Hamman yang menjadi ketua penyebar 'PR' beliau begitu
peka dengan arahan itu. Beliau berkhutbah dan
menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dengan
maksud memaksa rakyat mengakui bahawa Firaun itu
adalah tuhan mereka. Didirikanlah piramid sebagai
lambang kemegahan dan keegoan bagi mengabadikan
Firaun yang dikuburkan disitu. Andainya didapati sesiapa yang engkar dan cuba tidak
patuh dengan menidakkan 'ketuhanan' Firaun, mereka
akan diseksa dengan kejam sebelum dibunuh tanpa
dibicarakan dengan sempurna. Kita dengar bagaimana keluarga Masyitah menerima
hukuman Firaun kerana membantah kemahuan tuhan palsu
itu. Satu keluarga digorenng dalam minyak panas yang
menggelegak - termasuk seorang bayi yang belum pandai
berkata-kata dipangkuan si ibu. Dengan izin Allah swt. yang maha berkuasa, maka si
bayi itu telah memperkuatkan keimanan si ibu yang
berbelah bagi hatinya sewaktu mereka akan ditolak ke
dalam kawah minyak yang panas mendidih.
Berakhirlah satu episod kezaliman sebuah pemerentahan
angkuh sombong lagi riak yang cuba menegakkan
kemungkaran paling terkutuk dalam sejarah manusia.
Allah swt sengaja menurunkan cerita itu kepada umat
manusia bahawa diakhir zaman akan berlaku jua
pemerentahan seumpama itu. Hari ini kita sudah nampak pelbagai contoh menyerupai
episod seumpama itu berlaku di tanahair kita. Kita
nampak sekarang bagaimana 'Si Hamman' sudah mulai
menjalankan aturcara karenah puaknya. Sudah
diwarwarkan paksaan keatas rakyat dengan maksud
menegah umat manusia supaya jangan mempermain,
memperkecil dan menghina ketua 'Nombor Wahid' mereka.
Dihasut dan diyakinkanlah rakyat jelata kununnya
kekuatan puak mereka adalah kerana kaum mereka adalah
setia kepada pemimpin yang disanjung setinggi langit.
Tidakkah ini membayangkan zaman Firaun sudah berulang
di negara ini? Sama-samalah kita berfikir!
Dollah Menjadi Alat Propaganda Peribadi 'MahaFIRAUN'
Sebagai TPM, tidak sangka Dollah boleh berkata:
[["Usaha pembangkang memburuk-burukkan Perdana
Menteri, Mahathir Mohamad bagi menggambarkan beliau
sebagai 'orang jahat dan beban' kepada UMNO dan
Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya. Walaupun
pelbagai cara digunakan, pembangkang akan hampa
akhirnya kerana ahli UMNO kenal siapa pemimpin yang
mereka pilih".]] Bertanya kita kepada Dollah: Apakah Firaun
diburuk-burukkan oleh Nabi Musa a.s. dengan sengaja?
Tidakkah Firaun sendiri yang berkarenah menyalahi
seruan Allah swt. dengan melakukan pelbagai kekejaman
dan kezaliman, merosakkan aqidah manusia - hingga
Jibrail diutus Allah swt dengan wahyu yang terang
kepada Musa a.s. bahawa kuasa manusia tidak sempurna
dan hayat manusia tidak sampai ke mana. Sesungguhnya
Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala-galanya!
Dengan itu, jelaslah kepada hamba Allah swt yang lahir
kemudian supaya jangan keterlaluan mengangkat manusia
yang berkuasa hingga kejahatan dirinya dibiarkan
ditafsir sebagai kebaikan pula. Jika itu dilakukan bermakna kelompok itu sudah
terang-terang menafikan ajaran nabi-nabi dan
rasul-rasul yang diutus dengan bermacam wahyu yang
memberi petunjuk dan panduan bahawa manusia harus
mengikis perasaan 'terlalu mengagungkan' ketua yang
merosakkan rakyat secara bersembunyi. Jauh Sangat Dollah Terpesong Selagi Dollah seolah-olah tidak nampak dengan sengaja
membutakan mata memekakkan telinga terhadap Kezaliman
yang dilakukan oleh 'godfather'nya (kerana beliau
diberi tugas sehina itu oleh si MahaFIRAUN yang
memberi beliau kedudukan sebagai 'orang nombor dua').
Sekaligus dengan itu, Dollah akan disamakan oleh
rakyat sebagai hamba suruhan bagi menjalankan fungsi
yang sama taranya dengan Hamman! Untuk membantu Dollah berfikir, perhatikanlah sebahagian dari puluhan kemungkaran yang diketahui rakyat, kini yang telah dilakukan pula oleh si MahaFIRAUN itu - antaranya si MahaFIRAUN ini:
Itu cuma 5 perkara saja. Jika ditanya rakyat, mungkin
jumlah kebusukan dan kejahatan si MahaFIRAUN ini
sebanyak bintang di langit. Kejahatan Pasti Akan Menerima Balasan Allah swt
Jika Dollah hendak menegahpaksa rakyat menutup mulut,
bayangkanlah banyaknya air ditakungan di empangan
Aswan di Mesir. Bayangkan juga apa akan jadi sekiranya
empang 'kemarahan' rakyat itu pecah - pasti UMNO/BN
yang semakin mengerdil itu akan tenggelam didasar
limpahannya. Firaun tenggelam menemui ajal di Laut Merah atas
kehendak Allah swt. Jika Allah swt menghendaki UMNO/BN
dan regim Mahathir musnah habis kikis di bumi bertuah
ini, tidak ada satupun pemimpin dan penyokong parti
itu akan terselamat. Dari apa yang nampak sekarang, peristiwa di Lunas cuma
'bayang-bayang' kilat yang memancar. Bagaimana jika
disekalikan dengan guruh-petir, kilat sabung menyabung
di seluruh negara; tidakkah akan gempa bumi bertuah
ini? Termampukan kuasa anda memadamkan api yang
membakar kelak, wahai pemimpin UMNO/BN?
Sesunguhnya, perancangan Allah Maha Hebat melebihi
perancangan hambanya. Regim Firaun tidak kekal hingga
kiamat. Begitu juga UMNO/BN dan Regim Mahathir
MahaFIRAUN ini, insyaAllah. Bila tiba masa hukuman
Allah swt itu dikehendakiNya berlaku, bukit batu
batan yang begitu kuat pun pecah berkecai menjadi
debu. Perancangan umat yang zalim tidak akan mendapat restu
Allah swt. Percayalah!! Amin Sapiro |