Laman Webantu KM2A1: 3450 File Size: 11.9 Kb * |
Suqui Yang Timbul Tenggelam By Kapal Berita 19/12/2000 10:38 pm Tue |
SUQUI YANG TIMBUL TENGGELAM Isu Suqui sebenarnya sudah selesai sebelum pemilu 1999 lagi.
Mahathir dan BN memberi kata dua yang membayangkan ia
bersetuju dengan rayuan Suqui. Kemenangan BN dalam pemilu itu
menunjukkan kaum Cina menerima janji BN itu.
Malangnya pada 31/8/2000, iaitu 8 bulan kemudiannya, Mahathir
tiba-tiba menghentam Suqui. Dia menyamakan Suqui sebagai ektrimis
dan komunis. Yang menghairankan kita tidak pula ada apa-apa
tangkapan dibuat dalam mana-mana akta terhadap anggota Suqui.
Nampak sangat Mahathir sebenarnya cuba bermain api untuk
memerhati perpecahan supaya beliau boleh menguasai pemikiran
rakyat nanti. Pemuda Umno meneruskan kebiadapan itu dengan mengadakan tunjuk
perasaan yang luarbiasa di dewan perhimpunan cina - dan Aziz Sheikh
Fadirlah yang menjadi ketuanya. Malang bagi pemuda umno.
perisitiwa ganas itu telah dirakam oleh kamera dan akhbar pro-umno
sendiri. Dan gambar yang sama itulah yang menyebabkan kekalahan
BN di Lunas, tempat Aziz menjadi ketua bahagiannya.
Ada banyak gambar yang bertebaran di Lunas, tetapi dua keping
gambar sahaja sudah cukup untuk melumpuhkan BN. Gambar Mahathir
yang tersenyum ternyata tewas dengan gambar Anwar yang lebam
manakala gambar Aziz yang mengherdik Suqui itu pula dengan mudah
dapat mengguris luka yang dalam buat BN di Lunas sebagai kenangan
yang berpanjangan. Memang BN terluka. Aziz meletak jawatan tapi menariknya semula.
Tetapi orang Cina nampak permainan itu. Umno nampaknya memang
tidak membaca mesej kaum Cina di Lunas. Sepatutnya Aziz diberhentikan
sahaja kerana lebih banyak tidak berguna dari berguna. Aziz merosakkan
sahaja maruah BN sampai bila-bila. Dan Aziz hanya akan memudahkan pemuda
menjadi bahan ketawa selama-lamanya. Suqui terdiri dari 13 persatuan Cina. Ia mendapat perakuan 2,095
persatuan sebelum pemilu 1999. Ucapan Mahathir yang amat dahsyat
itu tersebar keseluruh negara. Mahathir menyangka dia berjaya
memecahkan kekuatan BA dengan kata-kata durjana itu. Malangnya dia
lupa - orang Cina merasa amat terkilan dengan kata-kata biadap itu.
Kekecewaan mereka dapat dibaca apabila indeks pasaran saham di BSKL
merudum dengan dahsyatnya beberapa bulan lamanya sampailah sekarang!
Kita perlu bertanya mengapakah banyak berita kecelakaan dan kematian
berlaku sejak akhir-akhir ini. Yang menarik mereka ynag pergi itu
umur mereka lebih kurang dengan umur Mahathir sendiri. Malah abang
Mahathir sendiri sudah pergi. Soalnya bilakah giliran Mahathir yang
masih berdegil ini? Atau apakah beliau sebenarnya sudah mati pada
hakikatnya.... kerana lebih ramai rakyat yang memnbenci dari menyukainya,
walaupun mereka cuba dipujuk dengan poster muda yang tersenyum sahaja!
Kejahatan Mahathir kini sudah merosakkan KESEMUA jasa-jasanya selama
ini kepada negara. Malah ia jelas menunjukkan Mahathir sebenarnya tidak
ikhlas dan begitu dahsyat berpura-pura. Dia menggunakan kuasa untuk
menyahkan semua yang boleh mencabar kekuasaannya. Dia sudah menjadi
seorang DIKTATOR. Petikan akhbar Star menarik minat saya untuk membuat beberapa
terjemahan ringkas sambil mengulas rencana tersebut.
Nampak jelas Mahathir sedang menggelupur sekarang. Dia mencari nafas
yang sudah hilang dan mahu membina imej yang sudah luntur sakan.
Perhatikan isu yang menjadi pilihan beliau sejak akhir-akhir ini:
Nampak jelas beberapa kelompok masyarakat (target group) menjadi
sasaran. Umno cuba menggunakan isu yang sensitif untuk meraih
sokongan orang melayu. Untuk itu perkataan dan tuduhan yang berat
dicanang awal-awal lagi kepada kumpulan tertentu untuk tujuan politik.
Ling Liong Sik: Berpendapat Suqui tidak membincangkan secara terbuka isu yang sensitif.
Sebenarnya Suqui tidak membincangkannya... tetapi Mahathir dan GPMS yang
mengata bukan-bukan kepasa rayuan Suqui kerana kecewa orang Cina sudah
tidak menyokong BN lagi di Lunas. Suqui sendiri menemui Mahathir (kenapa
ia tidak menemui MCA?) secara tertutup satu waktu dulu.
Menurut Ling, 98% rayuan Suqui itu boleh diterima semua dan tidak perlu
sebarang pihak melatah mengenainya. Malah RAYUAN itu dilakukan dengan
penuh rendah diri dan tidak seharusnya dianggap sebagai satu TUNTUTAN
yang mesti oleh kaum Cina. Perhatikan komen Ling:
Saya tidak setuju kenyatan Ling bahawa GPMS juga mempunyai hak untuk
membuat tuntutan kerana ia seperti cuba menyerang rayuan yang lembut
itu secara berdepan. Hanya orang yang tolol sahaja yang cuba berperang
dengan 'pengemis' yang amat rendah diri. Ia menggambarkan betapa angkuhnya
penyerang itu kerana meja rundingan sentiasa terbuka. Malah Suqui sendiri
tidak membuat sebarang ugutan kasar yang kelihatan mencabar.
Saifuddin Nasution: Sikap tidak matang oleh GPMS yang mengugut Suqui hanya akan mengeruhkan
keadaan. Itu bukan satu tindakan yang cerdik. Ia hanya merosakkan lagi
keharmonian kaum di negara ini dan akan membuahkan konfrontasi perkauman.
Sewajarnya pihak Melayu terbabit melihat pandangan Suqui dengan lebih
terbuka dan bukan dengan rasa benci atau bermasam muka.
Datin Sri Wan Azizah: Beliau menyarankan pihak terbabit dalam kemelut itu berbincang dengan
sihat, bukannya dengan melatah sehingga menunjuk perasaan ganas dan liar.
"Kebanyakkan petition rayuan Suqui itu tidak ada kena mengena dengan status
bumiputra atau ketuanan melayu", kata beliau.
Lain-lain: Komen lain dari BN tidak perlu saya sebutkan kerana ia lebih bersifat
tuduhan dan prasangka yang bukan-bukan. Ia hanya akan mengeruhkan lagi
keadaan politik dan perasaan muhibbah dalam negara.
Rencana Rujukkan: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=
/2000/12/17/nation/1704asth&sec=nation
Sunday, December 17, 2000 MCA to arrange talks between Suqiu and Malay reps
If there was a need to discuss sensitive issues, it should be done behind
closed doors with the participation of all relevant parties, he said.
He said the MCA felt that 98% of the requests made by Suqiu was acceptable
to everybody and there was no need for the group to withdraw them.
"The appeals are made with a feeling of humbleness and must not be
construed as demands by the Chinese community.
"I think Suqiu has this right,'' he told newsmen here after opening the
Chin Woo sports carnival at the Leong Say Tong hall yesterday.
He said 2% of the demands which touched on the Malay rights should be
discussed behind "closed doors''. "The MCA will arrange a dialogue between Suqiu and any organisation
representing the Malays over this matter.
"There is no need for the matter to be discussed in public,'' he added.
Suqiu is made up of 13 Chinese associations. It claimed to have the
endorsement of 2,095 organisations just before last year's general
election. Dr Ling was responding to a question on the ultimatum given by Federation
of Peninsular Malay Students (GPMS) to Suqiu to withdraw its 83 requests
within a month or face action from them.
Dr Ling said as far as he was concerned, the Suqiu requests were "very
reasonable'' and made only with the intention to make the country a better
one for all Malaysian citizens. "In fact the word chiu in Suqiu represents the lowest and humblest form of
request and similar to the Malay word of begging.
"I think there is nothing wrong with this,'' he added.
He said the GPMS has every right to make their demands to the Government as
this also was its right. The MCA president also appealed to everyone to let their good sense prevail
and let the issue be tackled by the leaders of the country.
He said the people must remain calm and not be exploited by parties which
were bound to seize the opportunity. Kedah Parti Keadilan Nasional information chief Saifuddin Nasution Ismail
expressed regret over the action of the Federation of Peninsular Malay
Students (GPMS) in threatening Suqiu to withdraw its demand.
Saifuddin, who is also the newly-elected Lunas assemblyman, said the move
reflected political immaturity and an action which could only lead to
"racial confrontation.'' He said he was confident that all Malays would view the Suqiu request with
an open mind and according to true spirit of muhibbah which had been sowed
by their forefathers. In Bukit Kayu Hitam, Minister in the Prime Minister's Department Datuk
Abdul Hamid Othman described Suqiu as an organisation which was insensitive
towards Islam by asking for equal treatment for all religions in the
country. "By seeking such demands, Suqiu, in general, was asking for the same where
the preaching of Islam is concerned in the country,'' he told newsmen after
presenting dates to officers at the Bukit Kayu Hitam Immigration Complex
here yesterday. "It is going against the Constitution because religion is one of the four
things which should not be touched in public,'' he added.
In Petaling Jaya, Parti Keadilan Nasional president Dr Wan Azizah Wan
Ismail said protection of the Malay rights in the Constitution was to help
the poor bumiputra who have been left out.
She said they were disappointed with the Prime Minister Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad and other government leaders whom she claimed had
manipulated the issue and played on racial sentiments.
"Keadilan hopes all those who were involved in the anti-Suqiu demonstration
to look into the petition before reacting drastically.
"The majority of the petitions had no connections with the bumiputra status
or quota system,'' she said in a statement yesterday.
|