Laman Webantu KM2A1: 3449 File Size: 11.1 Kb * |
Mahathir Dan Umno/BN - Desperado Politik Yang Tersepit By Amin Sapiro 19/12/2000 9:24 am Tue |
Amin Sapiro (Cuma mengingat kawan-kawan lamo)
[Saya kira ini satu rencana yang amat baik dari Wak yang
seharusnya dikategorikan sebagai MESTI BACA dan MESTI SEBAR.
Belum pernah dalam sejarah tanah air seorang perdana Menteri
memberi gelaran yang tidak sopan (biadap) kepada rakyat sendiri
yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pemilu.
Makin biadap lagi bila ucapan itu dipancar ke seluroh negeri
di hari ulangtahun kemerdekaan. Tidak syak lagi hanya seorang
yang tidak berdarah pribumi sahaja sanggup melakukan demikian.
Mahathir dengan jelas telah menghina rakyat sendiri dan dia
telah mengkastakan rakyat yang berbakti untuknya dikertas undi.
Memang sahlah Mahathir tidak mengenang budi... dia mencuri
tanah di Langkawi, dan dia sudah merampas kedaulatan raja dan
permaisuri. Putra Jaya sudah bukan milik kita lagi - ia menjadi
hadiah khas abad ini untuk kroni. Selamat membayar wahai rakyat
yang dijajah kembali! -Editor] MAHATHIR DAN UMNO/BN - DESPERADO POLITIK YANG TERSEPIT
PEPATAH orang Melayu menyebut: "Hanya Pelanduk lupakan
jerat, tetapi jerat tidak akan melupakan pelandok!".
Tanyalah orang Melayu, samada yang berpendidikan
maupun yang tidak - mereka pasti tahu maknanya.
Mungkin kerana Mahathir 'pendatang haram' dari Krala,
pepatah itu tidak ada dalam perbendaharaan pribahasa
keturunan beliau. Tak taulah! Kaum Cina Sudah Kenal Siapa Mahathir
Hari ini kita nampak terang dan jelas bahawa punca
kacaubilau politik rakyat di negara ini berakar umbi
dari kerakusan kuasa Mahathir, anak-bini dan
kuncu-kuncu proksi dan kroni beliau yang pelahap.
Kerana itu, rakyat semua kaum sudah tidak lagi peduli
sebarang alasan Mahathir dan pemmpin UMNO/BN. Cakaplah
sampai tercabut nyawa, orang gelak melihat kebangangan
mereka. Apa yang jelas, itulah dia. Sebenarnya, Mahathir mahu
terus berkuasa mutlak. Anak-bini dan kuncu-kuncu
proksi dan kroni beliau mahu beliau terus menguatkan
kedudukan bagi mencengkam tanpa sebarang alasan -
walaupun Mahathir terpaksa 'jual maruah' secara
murahan! Mahathir sudah lama mencari satu 'fall-back position'
bagi meningkatkan kemampuan beliau mengalih pandangan
orang Melayu. Harapannya semata-mata untuk meraih
sokongan rakyat terhadap beliau. Selama 2 tahun kebelakangan ini, pengaruh Mahathir dan
UMNO sebagai sebuah parti sudah ketandusan strategi
dan budibicara. Malah, kaum Cina dan India juga sudah
tidak lagi memberi sokongan padu kepada parti komponen
BN. Sebagai ikhtiar meraih undi dalam P/raya November 99,
Mahathir secara terbuka menyokong tuntutan Suqiu
dengan memberi kenyataan bahawa Kabinet regim beliau
menerima '17 Perkara' cadangan kumpulan itu. Akhirnya,
kaum Cina memberi sokongan!! UMNO/BN mendapat majoriti
2/3 di Parlimen. Tetapi hari ini, kaum Cina tahu
bahawa Mahathir adalah 'raja segala yang palsu'..!!
'Bapak Penipu..!!' Ditambah lagi, kununnya jawatan Perdana Menteri pun
tidak semestinya diperuntukkan kepada orang Melayu.
Dengan tak secara langsung, Mahathir dilihat bersikap
paling liberal, kunun. Seolah-olah beliau sanggup
'Menjual Melayu membeli Cina'..!! Itu satu bab.
Memang tepat seperti yang dijangka. Akhirnya, UMNO
kecundang. Jumlah kerusi di Parlimen UMNO merosot
teruk berbanding MCA. Betullah - UMNO sudah terjual
kepada MCA!! Mata Angin Sudah Beralih Pula? Mahathir dan UMNO semakin goyang. Hari ini, Mahathir
cuba mengalih putaran angin politik rakyat. Tuntutan
Suqiu dijadikan pula bahan untuk meraih sokongan orang
Melayu. Di imbaulah Pemuda UMNO supaya berdemo dan
memanjat pagar Dewan Perhimpunan Cina. Diugut kaum
Cina. Dimomokan ugutan kununnya mereka akan membakar
Dewan permai itu. Mahathir mewarwarkan supaya pemimpin UMNO membuat
kenyataan mengutuk tuntutan Suqiu yang kununnya
mewakili kaum Cina yang disamakannya sebagai
'ekstrimis' dan 'Komunis'..!!. Mahathir sendiri secara mengugut membuat kenyataan
menuduh kaum Cina sebagai 'Ekstrimis' dan 'Komunis'.
Suatu tuduhan sungguh 'manis'. Pelbagai tuduhan berunsur perkauman yang mengugut
dengan nada adu-domba dihamburkan oleh pendatang baru
dalam UMNO seperti Rais Yatim. Ini cuba dicanangkan
oleh budak-budak hingusan politik seperti Suhaimi
Ibrahim yang kununnya mengetuai klub hingusan bernama
GPMS. Harapan Mahathir cuma satu iaitu: supaya semangat
perkauman dangkal membuta tuli dijangka dapat
mempengaruhi keyakinan orang Melayu semula. Dengan
itu, Pembangkang akan tersadai tanpa sokongan.
Malangnya tidak pula begitu. Mahathir ternganga..!!
Mahathir Penyebab UMNO vs MCA Umpama dua pasukan bermain bola, UMNO (mewakili team
Melayu) dilagakan oleh Mahathir dengan MCA (team
Cina). Mahathir berharap sangat dalam hati supaya
pembangkang dan penyokong Barisan Alternatif yang
menjadi penonton akan memihak kepada UMNO. Dengan itu
Pembangkang akan ikut bersorak dan akhirnya terpecah
dua atau tiga. Malangnya tidak pula!
Pembangkang sudah cukup bijak dan lebih cenderung
menjadi penonton. Mereka bersorak tanpa mengira
pasukan mana yang menang atau kalah. Pembangkang
adalah 'neutral'. Seolah-olah Pembangkang adalah
penonton yang melihat satu sandiwara di padang
perminan sekolah 'anak-anak tadika'. Pelakun utamanya
ialah UMNO dan MCA. Mahathir adalah pengarah pentas
yang semakin sewel!! Hahaha? Mahathir tidak sedar bahawa Pembangkang sudah begitu
matang sejak dua tahun kebelakangan ini. Mereka tidak
langsung memberi riaksi terhadap permainan kotor 'team
UMNO' yang sedang diarah dibelakang tabir oleh
Mahathir. Pembangkang sudah cukup cerdik untuk ditipu
bontang. Sebaliknya Pembangkang, dengan tepukan yang
berwaspada, memberi pernyataan yang berhemah bahawa
permainan licik Presiden UMNO (merangkap Pengerusi
BN) itu adalah merbahaya kepada kesejahteraan awam dan
masa depan rakyat dan negara. Hematnya, jika rakyat terpedaya, akan semakin
terjejaslah kepentingan bernegara yang selama ini
begitu gigih dipupuk. Bersebab dari SANDIWARA Presiden UMNO yang disamakan
seperti si Luncai itu, Barisan Alternatif sentiasa
membuka ruang dan pintu depan menyambut semua kaum
yang sudah semakin hilang keyakinan menyokong BN.
Padan muka Mahathir..!! Rakyat Malaysia Bukan Rakyat 'Dangkal-Politik'
Sejak UMNO/BN kecundang besar di Lunas, penghayatan
semua kaum terhadap wadah perjuangan politik
Pembangkang, Barisan Alternatif dan parti komponennya
semakin menarik minat rakyat banyak. Sambutan bertaraf
'?overwhelming' dapat dilihat dengan kemenangan
Barisan Alternatif walaupun ribuan 'pengundi hantu'
diheret ke peti undi. Kiranya, nasib baik Pembangkang tidak terfikir hendak
menahan puluhan bas-bas pelancung yang datang ke
Sanggang dan Teluk Kemang pada malam sebelum mengundi.
Jika tidak, termasuk Lunas, sudah 3 kawasan kubu kuat
UMNO/BN ditawan mudah oleh Pembangkang.
Hematnya, postmortem UMNO/BN menunjukkan bahawa
kemampuan BN menawan DUN dengan jumlah majoriti yang
amat sedikit adalah kerana wujudnya putarbelit SPR dan
'undi hantu' yang menjadi strategi UMNO selama ini.
Peristiwa di Lunas adalah bukti! Samy Vellu berani cakap besar mengeluarkan 'temberang
paria'nya kerana dibelakangnya ada Khalil Yakob yang
mendapat mandat dari Mahathir sendiri supaya melakukan
'jenayah demokrasi' yang lazim mereka lakukan sejak
dahulu lagi. Ezam dan Azmin menasihati Khalil supaya
menghentikan perbuatan sebegitu aib dan keji ini.
Malangnya, seperti pepatah tadi - hanya pelandok yang
lupa jeratnya. Kesekian kali di Lunas, pelandok yang
lupa daratan bukan saja terjerat malah kakinya sudah
disambar buaya pula! Apa modal lagi? Mengapa UMNO/BN Tuntas Di Lunas? Jawabnya ialah:
Bermakna, regim Mahathir yang berselindung disebalik
UMNO.BN adalah 'penjenayah' yang wajib ditumbangkan!!
Nah..rasakan!! Rakyat Sudah Cukup Mengerti Sebagai rakyat yang mahu hidup harmoni, mereka lebih
mementingkan suatu keseragaman politik yang mampu
membawa negara dan rakyat kearah hidup yang lebih
sejahtera dimasa hadapan. Jika karenah Mahatir dan
regimnya masih berleluasa seperti sekarang; adalah
pasti rakyat negara ini akan mengulangi peristiwa
berdarah 13 Mei. Kerana itu, rakyat telah putuskan tekad dan
membulatkan iltizam bahawa sebaik-baik pilihan yang
ada ialah dengan berhijrah dan memihak kepada parti
Pembangkang. Barisan Alternatf memang jelas nawaitu
pemimpin mereka yang bersih. Mereka mementingan
rakyat. Orang Melayu sedar sekarang bahawa dengan menyokong
UMNO/BN, nasib kaum sendiri ibarat Pak Kadok, 'menang
sorak kampung tergadai'. Bagi kaum bukan Melayu pula, dengan menyokong BN,
'entah bila mereka dapat hidup tanpa dijadikan umpan
memancing buaya..!!'. Dengan itu, Barisan Alternatif wajib bersedia untuk
bertindak mengatasi sebarang kemungkinan diluar
jangka!! Jangan lupa 'bas pelancung' siapa
penumpangnya!! Siapa tahu - tahun 2004, mungkin
pengundi Bangla dan Myanmar diberi 'perakuan
sementara' boleh mengundi oleh SPR? Jaga-jaga. UMNO/BN
yang desperado memang panjang senarai 'jenayah'nya!
|