Laman Webantu KM2A1: 3447 File Size: 7.5 Kb * |
Awas!! Isu Suqui Dan Operasi Lalang II By Cucu Datuk Bahaman 18/12/2000 4:51 pm Mon |
AWAS !! ISU SUQUI DAN OPERASI LALANG II.
Nampaknya Mahathir dah desperate benar kerana kehilangan sokongan rakyat
semua kaum di negara ini. Baru-baru ini beliau kalah teruk di Lunas. Fikir
punya fikir apa isu nak kembalikan sokongan rakyat ni supaya berdiri kembali
di belakang kerajaannya, maka dicetuskannya isu Suqui setiap hari dalam
akhbar2 merapu tu. Yang sebenarnya isu tu tak seberapa pun tapi fokus
sokongan kepada kerajaan Mahathir yang tersiratnya. Jadi, untuk
mengembalikan sokongan rakyat ni, Mahathir terpaksa mengembar-gemburkan soal
Suqui, samalah seperti tahun 1987 dulu bila dia nak buat Operasi Lallang,
dicetuskannya 'perang' antara UMNO dan MCA kat Stadium TPCA Jalan Raja Muda.
Hasilnya, pemimpin pembangkang merengkok kat Kamunting. Maka dalam soal
Suqui ni, bayangan ke arah Operasi Lallang itu telah pun dibuat oleh
Mahathir beberapa hari lepas. Jaguh 'politik' hingusan, Suhaimi Ibrahim cuba nak tunjuk hero bagi pihak
Umno selepas 'dimalukan' dengan sikap jantan Mahfuz yang menjadi hero
Barisan Alternatif sehingga sanggup masuk penjara daripada tunduk kepada
regim zionis Mahathir. Suhaimi kununnya memberi tempoh sebulan kepada Suqui
dengan amaran seperti kambing kena kasi. Apalah nak jadi dengan budak
Suhaimi sekor ni. Menguruskan GPMS pun berterabur, ni kunun nak jadi hero
pulak selepas malu alah dengan Mahfuz ( nak harapkan si Hisham awww awww
nampaknya tak kemana lah). Sebenarnya Mahathir sengaja menyuruh si Suhaimi itu supaya mencetuskan suatu
suasana tegang antara kaum Melayu dengan Cina di negara ini. Tujuannya
semata-mata untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada dirinya dan kerajaan
zionisnya. Tempoh sebulan yang diberikan oleh Suhaimi itu sebenarnya adalah
selepas hariraya Aidilfitri ini. Kemudian beberapa hari kemudian, Mahathir
membayangkan pula Operasi Lallang. Kedua-dua agenda ini ialah untuk
menangkap beberapa pemimpin pembangkang seperti Ezam, Azmin, Mahfuz, Mat
Sabu, Tian Chua dan beberapa orang lagi daripada kalangan pimpinan muda PAS.
Operasi Lalang Kedua ini akan dilakukan selepas hariraya ini dengan
menjustifikasikan isu Suqui sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan
survival Melayu. Si bengap Dollah Badawi mungkin akan dikorbankan untuk menjayakan agenda
gila Mahathir kali ini, sama seperti Musa Hitam yang menjadi kambing hitam
dalam Peristiwa Memali dahulu. Nasib Dollah sebenarnya banyak bergantung
sejauh mana beliau bijak dalam memahami tipudaya kelicikan Mahathir bermain
politik. Tak kena gaya Dollah akan menjadi lebih pendek nyawa politiknya
berbanding bekas-bekas TPM yang lain. Dalam kes Operasi Lalang yang bakal dilakukan selepas Aidilfitri ini
Mahathir mungkin bertindak lebih ganas dan kejam lagi termasuk kemungkinan
mencetuskan huruhara di bandaraya Kuala Lumpur sebagai justifikasi tegang
dan gawatnya keadaan negara ekoran 'keextrimisan' tuntutan Suqui itu.
Sejumlah barua-barua dalam Pemuda UMNO (samseng yang digunakan dalam
pilihanraya lepas) dan dalam MCA akan diupah supaya mencetuskan suasana amat
tegang di beberapa lokasi tertentu di KL. Kemudian pihak polis yang
kesetiaannya tidak berbelah bagi bagai anjing Bulldog itu akan dikerah
supaya menangkap terutama pemipin-pemimpin Barisan Alternatif, sementara
pemimpin UMNO dan MCA yang mencetuskan suasana tegang itu akan pura-pura
ditangkap juga untuk menunjukkan bahawa mereka cuba mencetuskan satu lagi
Tragedi 13 Mei. Sebenarnya Mahathir sudah putus harap untuk melihat rakyat, khasnya
orang-orang Melayu akan kembali menyokong UMNO. Meskipun beliau sedar punca
segala bencana yang menimpa kerajaannya adalah daripada dirinya sendiri,
tetapi sebagai diktator, beliau tidak akan tunduk kepada apa-apa jua yang
boleh dianggap atau disifatkan sebagai sesuatu yang 'lembut' kerana ini akan
diambil kesempatan oleh 'orang dalam' untuk menjatuhkannya secara memalukan
(undi tidak percaya umpamanya). Jika diperhatikan cara seseorang diktator
mengalihkan perhatian rakyat terhadap kezalimannya, ialah dengan mencetuskan
isu-isu gempar. Sukarno dahulu sengaja mengganyang Malaysia untuk mengalih
perhatian dari kemungkinan rampasan kuasa terhadap kerajaannya.
Saya tidak faham kenapa dalam sebegitu ramai ahli-ahli UMNo, tidak ada
kelompok yang benar-benar jantan untuk menyuarakan tentangan terbuka kepada
si Mamak Gila itu. Walhal semua mereka menyedari bahawa saat-saat kehancuran
UMNo semakin dekat dan ianya berpunca dari 'berhala' tua yang tidak pernah
mahu sedar diri itu. Mereka hanya berani menyuarakan rasa marah dan tidak
puashati ketika bersembang di kedai-kedai kopi dan di anjung-anjung masjid
sahaja. Inilah dilema yang dihadapi oleh ahli-ahli UMNo akibat permainan
'sihir' Mahathir yang memakai ilmu penunduk dan pengerun itu.
Saya amat berharap dan bersyukur jika ada orang yang digerakkan hatinya oleh
Allah s.w.t. untuk menembak si Mamak Gila itu seperti yang dilakukan ke atas
Fernandez. Jika Fernandez berdosa kerana memurtadkan ramai anak-anak Melayu,
dosa Mahathir sebenarnya jauh lebih besar dari itu lagi. Beliau bukan sahaja
wajar ditembak malah mayatnya patut dibakar dan abunya dicampak ke laut
supaya bumi tidak perlu mengisi mayat manusia kejam lagi zalim seperti itu.
Berbalik kepada isu Suqui tadi, saya meminta agar pimpinan BA terutama
sekali Sdr Ezam dan rakan-rakannya sentiasa berwaspada terutama sekali
ketika mahu menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat kali kedua ini. Bukan
bermakna kita takut, tapi saya bimbang jika Sdr Ezam dan rakan-rakannya
ditahan dalam tempoh yang lama, siapa lagi yang hebat-hebat seperti beliau
akan meneruskan perjuangan ini. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar Sdr
Ezam dan lain-lain pimpinan BA sentiasa dipelihara Allah daripada makar dan
kejahatan regim zionis Mahathir itu. Sekali lagi saya tegaskan untuk pengetahuan umum bahawa Isu Suqui sengaja
digembar-gemburkan dengan cara yang begitu panas sekali semata-mata untuk
mengalih perhatian rakyat, sama seperti yang dibuat ketika Dato Shafie
mendedahkan di mahkamah mengenai rasuah Mahathir pada 13 Jun lepas.
Sungguhpun begitu, bayangan Operasi Lallang yang akan dibuat selepas
Aidilfitri ini adalah benar. Mungkin dengan pendedahan ini, niat tersebut
terpaksa diundurkan buat sementara waktu. Operasi ini tidak mungkin dibuat
sebelum Aidilfitri untuk mengelakkan tanggapan betapa kejam dan zalimnya
regim zionis Mahathir ini. Selepas hariraya nanti anjing-anjingnya akan siap
untuk mengeronyok mangsanya. Sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, saya berharap marilah sama-sama kita
berdoa agar Allah s.w.t. mematikan niat jahat regim zionis Mahathir untuk
melakukan satu lagi Operasi Lallang itu. Kepada Ezam, Mahfuz, Mat Sabu,
Azmin, berwaspadalah sentiasa dari jerangkap samar anjing-anjing regim
zionis Mahathir itu. Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi
saudara-saudara. (Nota: Ungkapan regim zionis Mahathir adalah sebagai 'penghargaan' kepada
intifadhah ala rakyat Palestine). Salam perjuangan, |