Laman Webantu KM2A1: 3446 File Size: 10.4 Kb * |
Kemana Mahathir Dan Umno/BN Akan Membawa Lari Diri Mereka? By Amin Sapiro 18/12/2000 4:33 pm Mon |
Amin Sapiro (Mahathir dan UMNO/BN terjalin secara rapuh)
[Arus kesedaran sudah melanda negara kita tetapi Mahathir
tetap berdegil berada disinggahsana. Dia cuba menepis arus yang
kuat itu yang muncul di mana-mana tetapi imej beliau semakin
tenggelam dibuatnya. Lunas menyaksikan kawasan yang dulunya
boleh dianggap selamat buat BN sudah tidak selamat lagi. Kedah
yang makmur hutang itu sudah dibanjiri sehingga musnah tanaman
padi dan terputus bekalan air dan subsidi. Akhirnya pengundi
hantu cuba dihantar tetapi tersangkut pula. BN kalah dan
umno retak sehingga Mahathir semakin melatah. Dia berkempen
pula di IPT selepas mengungkit isu Suqui. Nampaknya itu pun
tidak menjadi kerana saham tenat kembali. Sudah tiba masanya
untuk Mahathir berundur kerana jam loceng sudah berbunyi...
Semua kaum sudah membenci diktator yang sewel ini. Lunas itulah
bukti untuk diingat sebelum mati. Di mana Mahathir dan Umno/BN
mahu lari, semuanya bakal menjadi Lunas di satu hari nanti.
- Editor] KEMANA MAHATHIR DAN UMNO/BN AKAN MEMBAWA LARI DIRI MEREKA?
DALAM satu wawancara dengan CNBC, Michael Vatikiotis,
seorang pengendali utama majalah Far Eastern Economic
Review (Asia) telah membayangkan bahawa masyarakat
negara Asia Timor sedang berhadapan bukan saja dengan
masalah ekonomi tetapi rakyat negara-negara terbabit
telah menunjukkan keadaan bahawa politik juga telah
mengambil tempat sebagai penyebab kepada keadaan yang
kian menular. REFORMASI - Tak Boleh Tidak Seorang pengamat politik yang lain berhujah bahawa
rakyat negara Asia (termasuk Malaysia) sudah mengerti
bahawa keadaan yang berlaku sekarang sudah tidak dapat
lagi diterima oleh rakyat. 'Feudalisma' dan
pentadbiran secara 'Diktator' yang sengaja
membelakangkan ciri-ciri demokrasi sudah mulai
dipersoalkan rakyat. Ia dianggap usang dan wajar
dironggah semula dan di 'Reform', kata belaiu.
Sebagai rakyat di negara ini, padangan seumpama ini
memang sudah nyata dilihat di negara jiran. Sejak dua
tahun silam, keadaan seumpama itu juga sudah mulai
dihayati oleh rakyat di negara ini. Contoh yang
ketara, Dr. Mahathir dan UMNO sudah kehilangan
sokongan rakyat umum. Malah UMNO/BN sebagai parti
terulung (satu masa dulu), hari ini cuma tinggal
'nyawa-nyawa ikan saja'. Salahnya, pemimpin Kerajaan
yang ada tidak mengikut peredaran zaman. Sudah jauh
ketinggalan dibidang poltik madani! Kita makin nampak sekarang, ahli politik Kerajaan
yang memerentah dan mentadbir negara kita sekarang
adalah mereka yang sudah jauh tertinggal dari arus
pemikiran yang berkemajuan. Hematnya, mereka sudah
wajar melepaskan kedudukan dan jawatan kepada lapisan
muda yang lebih berimaginasi dan kriatif.
Mahathir & UMNO/BN Mengahadapi 'Kepupusan'
Sebagai contoh yang nyata, Dr. Mahathir dan
kuncu-kuncu seangkatan dan se zaman dengan beliau
sedang mengelak dan mencari helah seribu daya,
bermati-matian mengelak dari menghadapi 'extinction'
(kepupusan). Walaupun ada puak yang muda seperti Pemuda UMNO dan
Puterinya, rata-rata anggota dan pemimpin mereka
sedang di 'turningover' untuk menurut sistem berfikir
cara lama. Walhal, dunia sudah lebih cenderung ke arah
globalisasi tanpa sempadan. Misalnya, tulisan penulis Laman Reformasi menulis dari
gubuk usang di Kg. Ulu Cekau, dua detik kemudian akan
terpapar di Forum FGR untuk dibaca paling kurang oleh
juta umat disekeliling dunia. (Amacam Utusan Meloya??
Hahaha? tak laku sebab orang tak caya..!!).
Itu adalah salah satu 'reformasi' penyebaran maklumat
yang sukar dibunuh, dimati atau dihapuskan oleh
sebarang regim yang cuma menekan rakyat. Tidakkah
lebih elok mereka menurut saja kehendak dan tuntutan
rakyat? (Mana agaknya kepala hotak depa semua?).
REFORMASI Hayatan Rakyat Maju Rakyat Malaysia, khususnya lapisan muda yang
berpendidikan dan berminda terbuka tidak mahu lagi
satu sistem yang mengangungkan seorang Presiden parti
dan ketua Eksekutif pentadbiran negara yang cuma
bercakap seperti 'Ketam mengajar anak berjalan betul'.
Bermakna, Mahathir adalah pemimpin mengamalkan 'double
standard'. Jika sesuatu itu menguntungkan diri dan
keluarganya; segala-galanya 'halal'. Jika rakyat yang
melakukan - jika polis rasuah seringgit cuma, akan
ditangkap dan dipenjarakan. Soalnya sekarang, kalau begitu, mengapa Mahathir tidak
membersihkan diri beliau dari tuduhan rakyat bahawa
beliau terlibat dengan pelbagai rasuah jijik dan
begitu ghairah dan bernafsu melindungi perasuah orang
politik dan kakitangan awam yang rapat dan terkait
dengan beliau? Jawapan yang kita tahu: UMNO/BN dengan berpresidenkan
Mahathir tidak nampak mengwujudkan sebarang rencana
untuk meREFORMASIkan sistem, amalam dan cara regimnya
mengendalikan pentadbiran awam dan kewangan rakyat.
Dosa besar itu tidak akan dimaafkan oleh rakyat.
Percayalah! Nostaligia 'Lama' Kian Terhakis
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN wajib berfikir dan faham
dalam-dalam bahawa lebih 40% rakyat Malaysia adalah
dibawah paras usia 45 tahun. Mereka sudah terdidik dan
mengenal apa itu demokrasi, hak asasi dan kebebasan
berfikir dan bertindak. Jika Mahathir dan pemimpin
UMNO/BN masih tetap dengan nostalgia kununnya UMNO/BN
adalah parti yang unggul disokong rakyat - bermakna
UMNO/BN akan menghadapi zaman gelap yang melumpohkan
parti dan penyokong mereka yang cuma tinggal tak
berapa kerat saja lagi. Kita nampak sekarang bahawa arus poltik masa kini
bukan cukup didisplinkan dengan UGUTAN dan ADU-DOMBA
beragenda semata-mata. Rakyat muda yang berfikiran
terbuka tahu dan faham yang mana satu 'sandiwara' dan
mana 'realiti'. Kembali kita menyebut Lunas sebagai contoh paling
tepat. Tanpa 'pengundi hantu', UMNO/BN tidak mampu
memenangi pilihanraya. Bermakna, semua kaum di kawasan
DUN Lunas tidak lagi menyokong sebuah parti yang cuma
suka menabur janji (tanpa sanggup menepatinya),
pemimpin parti yang bercakap bohong dan deretan
pemimpin atasan yang lebih cederung mengadu-domba
rakyat (demi kepentingan undi semata-mata).
Mungkin, jika SPR telus di Teluk Kemang dan Sanggang,
Barisan Alternatif sudah lebih awal menguasai dua (2)
DUN tersebut sebelum Lunas. Percayalah!! (Hehehe?
mungkin bus yang berisi 'hantu' diletakkan jauh dari
kawasan terbabit, kot..!!). Konsep UMNO/BN 'Lapok' Dah Naik 'Abok'
Konsep UMNO parti Melayu, MCA parti Cina dan MIC parti
India yang tergabung dalam satu ikatan yang amat rapuh
dinamakan 'Barisan Nasional' sudah ditakrifkan sebagai
konsep politik 'Lapok'. Ia tidak dihayati rakyat lagi.
Rakyat semua kaum lebih cenderung memihak dan memilih
sebuah gabungan parti 'Berhaluan Tengah'. Bentuk dan
format ini sudah ketara sekali ditunjuk dan abadikan
oleh komponen BARISAN ALTERNATIF. Contoh yang jelas: Parti Islam Semalaysia (PAS) yang
dulu sengaja ditafsir dan disalahertikan oleh pemimpin
UMNO (khusunya Dr. Mahathir) selama ini, setelah
memerentah dua negeri di Semenanjung, akhirnya sudah
mendapat sokongan rakyat. Rakyat faham. Penerangan
mereka melalui ceramah sudah mulai berkesan. Kaum
bukan Islam dan bukan Melayu sudah faham.
Soalnya sekarang: UMNO dan BN amacam? Asyik mengigau
dengan menukar Perlembagaan parti dan mengagendakan
adu-domba yang meloyakan saja? Sekarang dah dihasut pula budak-budak Tadika oleh
penyangak seperti Suhaimi Ibrahim. Kununnya nak
membodek pucuk pimpinan, tapi akhir 'cakap tak serupa
bikin'. Berita terakhir khabarnya, Suhaimi Ibrahim kena
'tengking' sampai terbit kencing!! Sebaliknya, Parti Keadilan Nasional yang cuma berusia
'setahun jagung' sudah mampu mengukir sejarah dengan
menumbangkan kubu kuat BN yang menguasai Lunas sejak
tahun 1957. Tidakkah itu membawa pengertian bahawa
Barisan Nasional dapat disamakan dengan 'PAPER TIGER'
saja? REFORMASI Akan Terus Dihayati Rakyat sudah semakin sedar dan tahu makna Reformasi
yang dilaungsarankan oleh 'Bapak Raformasi Malaysia'
- Sdr. Anwar Ibrahim. Rakyat makin sedar bahawa beliau sengaja dijadikan
korban KONSPIRASI, mangsa KEZALIMAN dan Kerakusan
Mahathir dan kuncu-kuncu politik dan Kroni
perniagaannya untuk menyambung 1001 satu kejijikan
yang menjadi teras amalan sesama mereka.
Masalah yang ditempuh rakyat dibawah regim Mahathir
bukan lagi isu tak cukup makan dan pakai, tetapi sudah
melampaui batas-batas kebebasan dan hak asasi manusia.
Mahathir Menyediakan 'Keranda' Untuk UMNO/BN
Minda rakyat Malaysia sudah maju dan terbuka. Jika
sesebuah Kerajaan dan Parti yang memerentah masih
tinggal kekal dalam nostalgia lama, adalah petanda
baik parti itu akan disumbatkan kedalam 'keranda
mayat' dan akan ditanamkan oleh rakyat kedalam sebuah
'gua batu' dengan pintunya tertutop dan sita hingga
kiamat. Nampaknya UMNO/BN, Mahathir dan pemimpin UMNO/BN
sedang menyediakan 'keranda' masing-masing dalam tahun
2004. Barisan Alternatif wajib gigih menyedarkan rakyat,
kerana wadah yang selama ini disaran oleh sdr. Anwar
bukan untuk diri beliau. Lawan Tetap Lawan Setakat ini, kita bebas menyambung perjuangan yang
beliau ilham dan amanahkan kepada kita; sementara
beliau mengorbankan diri dan kesihatan untuk masa
depan zuriat kita. Kita tidak ada pilihan lain selain
dari menumbangkan UMNO/BN dalam masa terdekat.
Itu adalah perjalanan sejarah manusia. Kepimpinan
Muhamad saw. dalam menegakkan syiar Islam
membuktikannya. InsyaAllah, akhirnya rakyat yang
berhemah dan menegakkan Keadilan dan menumbangkan
Kezaliman pasti akan menang jua..!! Tawakkal lah!!
|