Laman Webantu KM2A1: 3433 File Size: 12.5 Kb * |
Dr Mashitah Pun Nak DiGam Juga? By Dahlia 17/12/2000 12:01 am Sun |
[Satu lagi maklumat dalaman yang tentu berharga dari sdri Dahlia.
Kami berharap saudari Dahlia berhati-hati kerana maklumat sebegini
boleh membahayakan diri saudari. Kami doakan agar saudari akan dapat
terus menyumbang rencana yang tidak ternilai harganya. Dan kami doakan
juga agar 'hantu' yang mengganggu emel saudari itu lari sejauh-jauhnya.
- Editor] DR MASHITAH: SATU TARIKAN YANG TERSENDIRI
Dr Mashitah Hj Ibrahim, seorang pensyarah yang 'cun' di Universiti Islam
Antarabangsa adalah satu nama yang cukup dikenali. Beliau sering muncul
dikaca TV dan begitu menonjol dalam ceramah di sana sini. Wajah beliau yang
jelita itu memang enak dipandang mata. Tambah lagi dengan tahi lalat
menghiasi wajahnya, senyuman manis yang acap kali terukir dibibirnya itu
pasti membuatkan ramai tergoda dan terpesona. Itulah tarikan hebat seorang
penceramah yang bolehlah dikatakan sederhana (moderate) di mata sesiapa,
walaupun ia sekali sekala menusuk jauh ke dalam jiwa. Sesiapa yang memakan
cili itu tentu akan merasa pedasnya. Dan Dr Mashitah mungkin menjadi
mangsa yang seterusnya, walaupun beliau baru sahaja beroleh satu gelaran
terhormat (Datok?) baru-baru ini. Tup tup nama Dr Mashitah tiba-tiba menggegarkan dewan PWTC pada 18 November
yang lalu. Seorang tukang karut umno yang tak asing lagi, En Badruddin b.
Amiruldin (Yan , Kedah) bangun memberi pidato yang menggegarkan dewan.
Dia mahu Dr Mahathir mengambil tindakkan tegas terhadap Dr Mashitah
sebelum terlambat. Dengan lantang sekali beliau mahu Dr Mashitah diharamkan
terus dari memberi sebarang ceramah agama dimana-mana, baik untuk rakaman
kamera TV atau sekadar forum yang tidak disiar isinya.
Alahai Badruddin, kenapalah takut sangat dengan ceramah Dr Mashitah itu.
Berduyun-duyun rakyat dan beribu-ribu penonton memburu suara Dr Mashitah,
mengapa Badruddin seorang pula yang merasa curiga? Lagipun ceramah beliau
begitu sederhana isinya.. kenapakah Badrudin terasa panas. Terkena ke?
Jika itu puncanya, bukanlah Dr Mashitah yang perlu dinyahkan segera, tetapi
Badruddin sendiri yang sepatutnya dirawat di hospital gila serta merta kerana
ceramah Dr Mashitah tidak mengapa-apakan umno secara terbuka. Ia bolehlah
diterima dalam negara yang banyak pemakan lada - kerana senyuman manis
Dr Mashitah itu pasti dapat merawat jiwa yang terluka sambil menyejukkan hati
yang panas membara, walaupun besar biji cilinya.
Lagipun saya kira tidak sedikit jasa Dr Mashitah kepada negara - kalau
tidak habis semua muda mudi negara akan terikut-ikut dengan gaya dan
aksi Ninga Baizura yang teramat liar itu. Ia boleh menghidupkan budaya
sumbang di dalam minda yang mungkin terbawa-bawa sehingga mengigau.
Tentunya Badruddin tidak ingin melihat Rafidah mengigau.... atau
putri umno sendiri asyik menanggalkan seluar @#!@#$!
Saya ingin mengimbau sedikit wakil Yan yang tidak boleh duduk diam itu.
Dia sebenarnya amat kecewa kerana kecundang dalam pilihanraya tahun
lepas. Dia tumpas di tangan calon PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di
P12 Yan dengan majoriti 182 sahaja. Majoriti yang amat sedikit itu
memang membuatkan beliau geram tidak terhingga. Dia serang aja tak
kira siapa, termasuk penceramah wanita yang teramat jelita.
Menurut sumber dalaman umno, Badrudin naik berang dan melalak tak
tentu hala. semasa menghadiri sidang khas perhimpunan umno baru(a)
pada 18 November lepas. Terkejut juga beberapa pak we umno di PWTC berkunci itu
bila beliau merepek tak sudah-sudah: " bukan sahaja beliau penyokong kuat BA, tetapi semua ahli keluarganya
adalah penyokong BA". " orang macam inikah yang kita beri peluang untuk keluar di kaca TV?
Cukuplah apa yang dah berlaku sebelum ini kepada kita, apabila ramai
mereka yang kita tonjolkan di dalam forum perdana, akhirnya mereka
menjadi pembangkang dan memfitnah kita pula".
Walaupun pintu dewan itu tertutup rapat, peristiwa itu telah dirakam
dengan baik oleh seorang pemerhati yang khas yang terpaksa dirahsiakan
namanya. Bagi kita pejuang reformasi, sikap Badruddin itu memang tidak kena
pada tempatnya. Sepatutnya beliau bersyukur Dr Mashitah dapat menjaga
mulut manisnya itu dari menembak umno. Kalaulah Dr Mashitah nak buat
nanya bukannya susah, beliau boleh cakap lepas sahaja dan tembak semua
pemimpin umno....LIVE kat TV... Tak ke Nanya?
Sekurang-kurangnya masih ada penceramah yang 'glamor' untuk mengisi
forum-forum umno. Kalau Dr Mashitah tak ada, mungkin dah lama
forum itu lengang dan mampos terus tidak dikunjungi sesiapa.
Jangan Badruddin buat-buat lupa, penontonnya asyik orang yang serupa...
Dr Mashitah mungkin sedikit kontroversi satu ketika dulu kerana
menganggap Siti Nurhaliza lebih sesuai dijadikan role model berbanding
dengan Ning. Kenyataan beliau itu menjadi sasaran kritikan yang agak teruk,
sehingga ramai merasa meluat terus kepada beliau. Padahal kita tidak sedar
mungkin ada sesuatu dalam diri Dr Mashitah yang memaksa beliau berkata
begitu. Siapakah lagi ulamak dalam umno yang boleh diharapkan untuk
membuka mulut mengkritik gejala yang tidak senonoh pada artis itu?
Apa yang berlaku kepada Dr Mashitah kini menampakkan bahawa keberanian
yang sedikit pun tidak mampu diterima umno. Umno hanya mampu menerima
ulamak yang membisu terus dan asyik mengampu. Dr Mashitah sudah tidak
perlu... kerana hati umno masih terasa luka walaupun sudah lama berlalu.
Hujah manakah yang amat bisa itu? Hebat juga Dr Mashitah.... semoga dibukakan hati untuk bersama Barisan
Alternatif kerana kita boleh maafkan apa yang telah lalu. Saya pasti
ceramah beliau akan bertambah hebat, mungkin boleh 'challenge' (menyaingi)
kehebatan Mat Sabu.... Jika itu berlaku, saya mahu melihat kembali
telatah puak-puak umno - terutamanya Badrudin si budak Yan tu.
Jangan menyesal.... dan selamat kena tibai!
Rencana Rujukan: KEPUTUSAN PILIHANRAYA PARLIMEN P12 - YAN
Rujukkan Editor: http://www.majalah.com/muslimah/00sep/c3.htm
Antara Ning Baizura & Siti Nurhaliza
Oleh sakinah_najiha@yahoo.com Kontroversi kata-kata Ning Baizura sukar dilupakan, terutamanya bagi kaum yang
sejenis dengannya wanita. Banyak pihak yang memberi pendapat, di antaranya ialah
Ustaz Ismail Kamus yang mengatakan bahawa Ning menghidap 'penyakit' dan
perlukan rawatan segera. Sementara itu, Mohammad Sabu pula bercadang membawa
isu ini dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.
Umum mengetahui betapa kejinya kata-kata yang diucapkan itu. Di sini saya tidak
mahu mengulas mengenai kata-kata Ning, cuma apa yang ingin saya ulas ialah
kata-kata Dr. Mashitah di dalam Warta Perdana (30 Julai 2000 ms:2). Dr. Mashitah
menyatakan bahawa beliau terkejut, kesal dan agak marah pertama kali membaca
kenyataan Ning. Tetapi dalam masa yang sama beliau memuji penampilan Siti Nurhaliza yang jauh
lebih bersopan santun. Sekali pandang memang nampak Siti Nurhaliza lebih
bersopan daripada Ning. Tetapi persoalannya, adakah tidak memakai tudung,
menyanyi di khalayak ramai dan memakai baju yang ketat sehingga menampakkan
tubuh badan itu tidak menyalahi syariat?
Layakkah Siti Nurhaliza dijadikan role model dalam hal ini? Seolah-olah Dr.
Mashitah menggambarkan Siti Nurhaliza lebih thiqah daripada Ning Baizura. Apakah
jika dinilai menerusi neraca pertimbangan al-Quran dan al-hadith kedua-dua ini
boleh dijadikan role model? Di sini saya memberikan aspek persamaan antara
mereka berdua dan ayat-ayat al-Quran atau al-hadith yang ditentang agar kita tidak
tersilap mengambil role model? 1) Kedua-duanya tidak menutup aurat
Ayat al-Quran yang ditentang - "Dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya/dada mereka mereka dengan tudung kepala mereka..." (sarah Al-Nuur:31)
Al-hadith yang ditentang "Daripada Aisyah r.a, beliau berkata bahama pada suatu
hari Asma' masuk dalam rumah Rasulullah s.a.w sambil memakai baju yang jarang,
lalu Rasulullah berpaling daripadanya sambil berkata: Wahai Asma', apabila
seseorang perempuan itu telah datang haid (telah baligh) maka tidak boleh dia
menampakkan anggota badannya kecuali ini dan ini sambil Rasulullah
mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya" (Hadith riwayat Abu Daud)
2) Kedua-duanya menyanyi di khalayak ramai
Ayat al-Quran yang ditentang - "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah
seperti mana-mana perempuan lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah
kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepadamu) dan sebaliknya, berkatalah dengan
kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)". (Surah al-Ahzab: 32)
Imam Al-Ghazali juga pernah berkata di dalam kitabnya Ihya' 'Ulum Al-Din bahawa
suara perempuan selain daripada menyanyi tidaklah aurat. Dengan itu, suara
perempuan yang menyanyi adalah aurat. Di sini jelas menunjukkan bahawa
kedua-dua mereka bukan sahaja menolak al-Quran dan al-hadith, tetapi juga
menolak kata-kata ulama' atau salafussoleh.
3) Kedua-duanya bertabarruj atau berhias-hias dan dipertontonkan di khalayak
ramai. Ayat al-Quran yang ditentang - "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu
serta janganlah kamu bertabarruj / berhias-hias / mendedahkan diri sebagaimana
yang dilakukan oleh orang jahiliah zaman dahulu" (al-Ahzab: 33)
4) Kedua-duanya tidak berakhlak dengan akhlak Islamiyyah
Orang yang berakhlak Islamiyyah ialah orang mentaati perintah al-Quran dan
al-sunnah. Begitu juga dengan Siti Nurhaliza, sekalipun nampak bersopan tetapi
dalam masa yang sama telah mengingkari perintah Allah dan rasulNya (kerana tidak
menutup aurat dan yang seumpama dengannya). Oleh itu kita tidak boleh katakan dia
telah berakhlak dengan akhlak Islamiyyah.
Daripada Abu Darda', Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Tidak adalah satu
perkara yang lebih berat di neraca pertimbangan nanti melainkan akhlak yang baik,
Takhrij al-hadith: 5) Kedua-duanya berbangga-bangga dengan maksiat yang dilakukan
Sudahlah kedua-dua mereka tidak menutup aurat, menyanyi di khalayak ramai
kemudian buat konsert pula di serata pelusuk negeri. Tidakkah mereka merasa malu
dengan perbuatan mereka ini? Sekalipun tidak malu dengan manusia, malulah
dengan Allah kerana Allah sentiasa memerhatikan segala gerak geri kita. Allah
anugerahkan manusia akal yang amat berharga, yang tidak dianugerahkanNya
kepada makhluk lain. Tetapi mengapa manusia tidak mampu memikirkan mana yang baik dan buruk? Yang
halal atau haram? Allah telah memberi amarannya di dalam al-Quran bagi mereka
yang tidak menggunakan akal mereka dengan firmanNya:
Ertinya: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahannam banyak daripada
jin dan manusia yang mempunyai hati, (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya
(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang paling lalai. (Surah Al-A'raf: 179)
Kesimpulannya, kedua-dua mereka tidak patut kita jadikan 'role model' kerana
perlakuan atau akhlak mereka tidak menurut apa yang al-Quran dan al-Hadith telah
gariskan... Rasulullah dan para ummul mukmin adalah contoh terbaik... jadi, ikutilah
mereka nescaya kita tidak akan sesat untuk selamanya.... Wallahu a'lam.
|