Laman Webantu KM2A1: 3428 File Size: 9.8 Kb * |
Mahathir Sudah Terperangkap Dalam Jerat Sendiri..!! By Amin Sapiro 16/12/2000 11:29 am Sat |
Amin Sapiro (Kali ini rakyat mesti serius bertindak..!!)
[Lunas bolehlah dikatakan sentuhan ajaib rakyat pada
abad 21 ini, Ia lebih berbisa dari lampu Aladdin si Samy
Vello yang sudah semakin kelabu. Mahathir pula melatah
habis sambil isu Rayuan Suqui timbul semula. Padahal
beliau sendiri setuju terbuka demi meraih undi pilihanraya.
Kisah Zorro tentunya mengajar kita pelbagai tauladan yang
tidak terhingga. Zorro adalah lambang reformasi rakyat marhaen
di mana-mana. Filemnya laris sehingga dua artisnya menjadi buruan
impian setiap jejaka dan anak dara. Dengan berbekal sedikit
ketabahan dan latihan di dalam gua, Zorro muncul semula.
Kini umno sudah menggelupur kerana pedang Zorro muncul merata.
Lama-lama ia terpaksa berkacamata gelap kerana satu warna
yang sukar dipadamkannya. Lama-lama Umno akan terbabas dengan
sendirinya..... kerana ia sudahpun luka.
- Editor] MAHATHIR SUDAH TERPERANGKAP DALAM JERAT SENDIRI..!!
DALAM cerita rekaan 'The Mask Of Zorro', kita boleh
tengok bagaimana seorang gubenor Spanyol bernama Don
Rafael Montero di California yang rakus dan kejam
berkonspirasi dengan licik menganiaya rakyat. Dalam
hatinya tersembunyi pelbagai agenda menipu semua orang
termasuk kawan-kawan baik yang pada satu ketika pernah
menyokong beliau. Hasutannya sangat merbahaya, kata kepada rakyat: "The
King had discarded you all, the Dons (kawan-kawannya)
had cheated you' BUT I will free you all from the
Spanish and the Mexicans. You will be the
Californians!!". Akhirnya, Don Rafael Montero itu jugalah yang membunuh
semua penentangnya termasuk kawan-kawan lamonya
sendiri. Beliau menipu raja dan rakyat dengan membeli
California dengan emas yang digali dibumi rakyat itu
sendiri. Dia apa peduli? Rakyat dan raja yang rugi.
Dia untung tanpa modal!! Terasa kita semacam membaca irony 'Delima Melayu'.
Mahathir satu masa dulu pun bersikap begitu juga.
Kununya dia akan menyelamatkan nasib buruk yang
menimpa orang Melayu dibawah Tunku dan Raja-raja
Melayu. Mahathir mengkhianati mereka dengan menggunakan
'Don-Don' UMNO yang bebal-dungu bermata satu. Mereka
dirasuah dan dibiarkan melakukan maksiat, akan diberi
perlindungan dengan syarat sokong beliau. Akhirnya,
UMNO Asal terkubur. Bila UMNO Baru ditubuhkan, maka
Mahathir spontan membaru(A)kan UMNOnya. Kita
menyaksikan, selama 13 tahun, 80% orang Melayu ditipu
bontang. Gubenur rasuah lagi rakus itu telah ditentang hebat
oleh Don Diego de la Vega - yang menyamar sebagai
Zorro. Falsafahnya, "Never attack your enemy while you
are angry. You battle your enemy when you're ready.
Ascertain the pointy end of you sword goes into the
other man's heart..!!". Nampaknya pemimpin Barisan Alternatif sudah belajar
dari falsafah Zorro itu. Tengok macamana Barisan
Alternatif menakluki Lunas "by pointing the end of
the sword into UMNO/BNs heart". MAMPOS terbongkang
parti Mahathir akhirnya..!! Sekarang kita tahu
bagaimana nak 'bersilat' dengan penyamun jenis ini.
Tangkap 'hantu raya'nya - kemudian ikat kaki
tangannya, heret keliling negeri!! Sebagai seorang manipulator yang cekap, tidak mustahil
Mahathir sebagai Perdana Menteri berkuasa mutlak tidak
bersedia menghadapi segala kemungkinan. Beliau bukan
kecil-kecil punya manipulator. Mahathir sudah 'beli
murahan' semua pemimpin UMNO/BN - dari menteri hingga
ke Ketua Cawangan. Masing-masing sudah kayaraya - tak
kira samada mereka yang bertaraf 'kucing kurap' maupun
'Ulamak Berserban Besar'..!! Semua masuk kantong si
Mamak Tongkang serba licik ini. Raja-raja Melayu diumpan dengan kesenangan, ringgit
dan emas. Tak cukup hutan simpan, anak-anak mereka,
saudara mara diagih kontrak mega sebagai ganjaran
tutop mulut. Pak Sedara mereka sebok berjudi saban
hari. Rakyat hantar 'memo' mereka simpan entah mana agaknya?
Lebih setahun tak dengar cerita. Macamlah mereka semua
tau baca 'ali be te'. Ada setiausaha peribadi, tak
taulah apa sudah jadi. Makan tidoq sepanjang masa,
cukup bulan 'kebas gaji' saja, koh? Sebenarnya, Mahathir tau, mereka rakus duit dan
tamakkan harta dunia. Semua itu adalah rasuah yang
melekakan semua pihak hingga tunduk seperti 'Ayam
basah kehujanan'. Mulut tersumbat hingga tak berani
berkokok?!! Lokos habisssss?.!! Masa itulah proses 'jual negeri' dilaksanakan oleh MB
UMNO dengan persetujuan raja-raja. Mereka lupa rakyat
sentiasa memerhatikan gelagat mereka. Berlakulah satu
manipulasi mega - Putera Jaya semacam diagih kepada
Mahathir dan anak-anaknya secara percuma. Padahal
rakyat stenggan diburu macam tikus hingga duduk di
celah gua batu. Di Putera Jaya, terbinalah pelbagai infrastruktur dan
bangunan tidak kurang kosnya RM22 bilion. Kata seorang
Wakil Parlimen BA dari Terangganu di Parlimen, "Selain
daripada kos ini, kerajaan (rakyat) terpaksa membayar
sewa kepada perbelanjaan yang telah kerajaan buat.
Segala-galanya tidak ada ketelusan?!!" Pakai main
pakat-pakat di belakang rakyat. Empat syarikat JV yang besar yang bernaung di bawah
'ketiak' Mahathir bernama Putrajaya Holding iaitu
Peremba, Hong Leong, SP Setia dan Malaysian Plantation
adalah Syarikat Kroni Mahathir yang diamanahkan oleh
beliau MEROMPAK harta rakyat puluhan/ratausan billion.
Perkara ini semua tidak pernah dibentangkan kepada
rakyat. Mahathir bersedia dengan Polis (PDrM) untuk
membelasah sesiapa diantara rakyat yang akan melakukan
demo membantah. Speaker Dewan diarah supaya
memendekkan masa berbincang mengenai Akta yang
dirangka secara 'hush-hush'. Mahathir telah mengarahkan Pemuda UMNO mengalih
pandangan rakyat dengan membuat bermacam-macam karenah
dalaman. Ada yang letak jawatan sebelah pagi, tapi
sebelum ghurub matahari dah menyusun jari sepulun
memohon maaf supaya dosanya diampunkan.
Isu Suqiu dibesar-besarkan. Kununnya kaum Cina adalah
'Komunis' dan 'Ekstrimis'. Padahal Mahathir yang
rancang melalui MTEN supaya semua pihak beri cadangan
terbuka semacam 'blank cheque'. Malah, Kabinet
Mahathir sendiri yang endorse tuntutan '17 perkara'
dan diperakukan sebagai sah dan halal. Kenapa pulak
mereka di 'blackmail'? Hahaha.. sekarang dah nampak agenda Mahathir!! Cuba
fikir masak-masak!! Tidakkah itu menunjukkan Mahathir
dan 'geng mafia'nya dah TERDESAK? Mahfuz Omar dan 2 orang rakannya dicop sebagai 'Wira
Intifadah' yang kununya merancang menimbulkan
kekacauan melalui keganasan. Padahal Mahfuz
'acah-acah' nak jelajah seluruh Malaysia menceritakan
perihal Yahudi sekarang sudah jadi kawan sepercumbuan
Kerajaan BN. Mahathir cuba nafi di Utusan Malaysia.
Mukanya 'boroi' sebab rakyat semua dah tahu kerja
KOTORnya!! 'Sandiwara Al-Maunah' dikatakan melibatkan
Pembangkang. Padahal, di mahkamah 27 orang yang dicop
sebagai hendak menggulingkan YD Pertuan Agung itu
langsung tak tau hujung pangkal. Kununya mereka dapat
kontrak pindahkan senjata. Tapi bila sampai atas bukit
dalam hutan, beratus senjata besar dah tersusun. Tak
pasal-pasal mereka kena aniaya!!
Yang betul-betul teraniaya ialah 23 juta rakyat
Malaysia. Itulah dia kerja Mahathir dan
kuncu-kuncunya. Dolah Bedawi memang bangang jadi Pak
Turut 'ekor gelumang taik'. Boleh sangatlah kalau
Mahathir suruh dia 'Jaga Babi Seluruh Malaysia'.
Najib sebagai menteri Pertahanan cuma ikut saja sebab
rasuah dan kes jandanya tuntut nafkah masih tertangguh
di mahkamah. Rosemah memang 'fed-up'. Kereta Kerajaan
mesti pulang ke rumah bila dah hantar Najib ke
Kementah! Sekarang, kita nampak rakyat dah mula sedar dan insaf
Mahathir punya kerakusan sudah melampaui batas!! Rais
Yatim yang pernah membakar jembatan, hari ini 'satu
badan' dah kena 'perun' dalam api neraka bikinan UMNO
Baru(A) Mahathir laknatullah. Nak buat macamana? Analoginya: Rais semacam pengedar
dadah. He can't get out of the circle no more - since
the Don Mafioso will go for his head; no matter he is
alive or dead..!! Tidak ada siapa yang boleh menyelamatkan negara,
bangsa dan agama yang semakin nampak tersingkir dari
proses globalisasi dan arus kemajuan dunia; selain
dari rakyat yang punya 'people power'!
Marcos tumbang kerana kuasa rakyat menjatuhkan hukum
kepada beliau. Soeharto dan anak-anaknya juga begitu.
Baru-baru ini Fuji Mori tersingkir dan lari ke Jepun
mencari perlindungan. Apakah kita akan membiarkan
Mahathir cabut ke Kerala atau ke Afrika Selatan dengan
wang rakyat berkapal-kapal diangkut dengan manipulasi
dan ketaksuban UMNO? Jangan lupa! Ini negara kita! Rakyat ada hak membawa
sesiapa juga yang bersalah ke muka pengadilan. Kuasa
rakyat adalah mutlak - tak kira Mahathir atau sesiapa
juga. Kalau bersalah melakukan rasuah dan pecah
amanah; Sungai Buloh boleh buat bilik-bilik extension
lagi!! Orang Lunas dah memulakan tugas dan fungsi mereka.
Kita ramai pemimpin seperti Saifuddin dan Ezam. Tak
payah tunggu 2004, kita 'boleh selesai' perkara ini.
Sonang ajo bang!! Janji kita mesti bersatu padu dan
bulatkan nawaitu!!
|