Laman Webantu KM2A1: 3427 File Size: 4.2 Kb * |
Politik Umno di IPT By Dahlia 16/12/2000 10:08 am Sat |
[Perkembangan terkini di IPT menarik minat saudari Dahlia untuk berkongsi
beberapa maklumat penting. Pelajar merupakan arus yang bakal merubah generasi
akan datang. Umno menyedari hakikat ini dan ia sudah lama cuba menapak di
universiti. Mahathir sendiri kerap mencemar duli... begitu juga pemuda umno
yang tidak bergigi. Umno sudah lama mengunakan teknik yang lebih halus untuk menguasai universiti. Ia memilih ketua atau cancelor yang boleh dipercayai dan sentiasa memantau
pensyarah atau pelajar yang dicurigai. Kini universiti sudahpun penuh dengan
kaki-kaki mereka, dan apa yang berlaku hari ini menunjukkan mereka mahu menjajah
fikiran pelajar di universiti. Para pelajar harus melihat isu sebegini dengan lebih berhati-hati. Pelajar
adalah aset penting reformasi atau revolusi. Siapa lagi yang menjadi nadi
rebahnya kerajaan zalim pada abad ini jika tidak kerana pelajar sendiri.
Merekalah pelopor revolusi di Iran, pencetus kesedaran di Korea, dan
punca Suharto turun dari takhta. Hidup ini bukan setakat buku dan menimba ilmu sahaja. Ia perlu menjalar,
barulah meresap bisanya. - Editor]
POLITIK UMNO DI IPT Tidak hairan pun kita jika ada pelajar mendakwa bahawa puak-puak umno telah
merancang dan menggunakan saluran tertentu dalam pilihanraya di IPT-IPT
seluruh negara. Mereka telah menggunakan sebahagian wang yang besar
menerusi tabung umno dengan arahan pucuk pimpinan parti bagi memastikan
"umno" menang, biarpun kalah di Lunas.
Menurut sumber (client saya), memberitahu bahawa beberapa bulan yang
lalu, satu perhimpunan tertutup diadakan di PWTC kepada para pemimmpin
umno Bahagian berkenaan dengan cadangan pindaan perlembagaan. Dalam
taklimat tersebut, Dolah Badawi secara terang-terang berkata bahawa umno
akan bekerja keras untuk memastikan calon-calon mereka akan menang di
semua pemilihan/pilihanraya IPT. Beliau juga berkata bahawa arahan telah
dikeluarkan kepada Biro Penerangan umno Pusat dan Pemuda umno supaya
gerakan secara halus dapat diadakan untuk mempengaruhi para pelajar di
semua IPT berkenaan. "Dalam pemilihan di UiTM, kita dapati bahawa ramai calon-calon kita telah
menang", kata Dolah Badawi. "Dan kita mahu ke semua pemilihan akan
datang di semua IPT akan dimenangi oleh calon kita", sambung beliau.
Maka, seperti yang kita duga, pemilihan di UPM, dan yang terbaru di UKM
serta di UIA jelas melihatkan campur tangan yang terang-terang oleh umno.
HEP di IPT berkenaan seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi
benar, umno sering menganggap para pelajar sebodoh dan sebangang ahli
umno yang ada. Maka tak heranlah kalau mereka beranggapan para pelajar
akan terpengaruh dengan taktik "tidak cerdik" yang digunakan seperti
pemberian t-shirt dan rombongan. Malah duit turut diberikan.
Saya pasti, seorang pensyarah wanita di UIA yang menurut sumber di mana
suami pensyarah berkenaan memegang jawatan penting di dalam umno turut
terlibat sama!! Info mengalir dari UIA ke PWTC dengan mudahnya.
Syabas kepada para pelajar dan rakan-rakan saya di UIA dan di UKM!!! Sdr
sekalian telah membuktikan kebijaksanaan sdr untuk memilih pemimpin dalam
kelompok intelek yang kini sudah mula dikotori oleh orang umno. Nampaknya,
siapa yang mulakan tradisi ini? Siapakah yang memulakan peperangan ini?
Siapa yang mengajar rasuah kepada golongan pelajar ?
Kita tunggu dan lihat nanti. Jangan mereka salahkan kita kalau najis yang
mereka bawa itu nanti akan terpalit ke muka mereka semula. Sedangkan
selama ini, mereka tak henti-henti menuduh PAS/BA merosak pemikiran
pelajar. Rosak? Isk Isk Isk.. ISK! Kepada Pak Lah anak Badawi, jangan ingat kamu boleh buat apa saja sesuka
hati. Pelajar bukan bodoh macam orang umno. Mereka celik mata dan hati.
Dan merekalah yang bakal menjadi pemimpin negara ini nanti! Kirim salam kat
umno! Dahlia/KL |