Laman Webantu KM2A1: 3413 File Size: 4.4 Kb * |
Dua Dalam Satu - Konpius Yang Mana Satu By Amin Sapiro 14/12/2000 1:52 pm Thu |
Amin Sapiro (Konpius habis-habisan)
[Memang betul Wak.. terkeliru habis. Mahathir menodai tata susila
bicara orang melayu dengan melucah depan TV. Dia memandaikan dirinya
lebih dari Nabi, dan sekarang dia menyamakan seluruh kaum Cina yang
menuntut keadilan Suqui sebagai kominis dan ektrimis. Orang Melayu pula
dituduh tidak bersyukur seolah-olah keadaan negara itu perlu dibayar
dengan mengampu dan mengundi BN sahaja. Kita tertanya-tanya kitab
manakah yang menjadi rujukan 'fatwa' Mahathir yang sewel ini?
Sila maklum kami menggabungkan dua rencana ringkas Wak kali ini
kerana ia menyentuh isu yang hampir serupa. Mahathir banyak benar
menuduh ribuan orang, tetapi mengapa yang dihukum di mahkamah
cuma beberapa orang. Tidak ada seorangpun wakil Suqui ditangkap
dan dipenjarakan padahal mereka ini dikatakan lebih bahaya dari
kominis. Bukankah itu bermakna Mahathir cuma pandai bersandiwara
sahaja untuk mencari sesuatu yang telah pudar selama ini?
- Editor] JIKA kaum Cina dibusukkan menggunakan Suqiu hingga dicop dan disamakan
'extremists' dan 'Kominis'; isu paling baru, dan berurutan dengan isu Suqiu
itu, orang Melayu Islam yang menyebelahi Pembangkang dituduh cuba pula
melahirkan wira menyerupai 'Intifadah'.
Yang mentertawakan rakyat sekarang, tiga orang pemimpin UMNO semacam
berebut-rebut buat kenyataan 'sensasi' mengutuk Pembangkang Melayu
Islam, kununnya melahirkan wira berbentuk 'Intifadah' itu.
Kununnya lagi, pendedahan itu adalah berikutan peristiwa Ketua Pemuda
PAS, Mahfuz Omar yang dikenakan denda RM1,500 memutuskan tidak
membayarnya sebaliknya memilih untuk ke penjara. Itu saja buktinya kah?
Macamana dengan tindakan FRU? Jika diteliti, bermakna regim Mahathir sedang melengkapkan agendanya
menuduh dua kaum terbesar di negara ini dengan tuduhan liar. Kaum Cina
sebagai 'extremists' dan 'Kominis'; dan orang Melayu sebagai penyokong
setanding 'Intifadah' yang disamakan sebagai menyerang 'Zionis' Yahudi.
Kesimpulannya, memang benarlah regim Mahathir itu sebuah regim ala Zionis
Yahudi. Bukan orang Melayu yang kata demikian, tetapi Mahathir dan
pemimpin UMNO sendiri membayangkan regim Mahathir itu adalah Zionis
Yahudi - iaitu berasaskan tuduhan 'intifadah' kepada Pembangkang.
Makin nampak, regim Mahathir punya daya imaginasi yang semakin tidak
praktikal hingga terkeluar dari konteks sosial rakyat Malaysia yang aman dan
damai sesama kaum. Percubaan Mahathir memutarbelitkan fakta begini sama seperti mengarahkan
pemimpin UMNO sendiri 'to drive the last nail to UMNO/BN's coffin'.
Hohohoh? makin Mahathir mensewelkan diri, rakyat semakin bersama-sama
Barisan Alternatif. Masih UMNO nak biarkan Mahathir 'menceceh' lagi ke?
Tak kan mau tuan-tuan 'dikeranadakan' sama!!
Amin Sapiro (Gelihati UMNO sandiwara Kartun Doremon)
'SUQIU' - Agenda Mahathir Paling Mega
TELAH dijelaskan sebelum ini, Mahathir sentiasa beragenda dan berkonspirasi. Dalam
isu Suqiu, Mahathir bermain saikologi orang Melayu. Harapannya, orang Melayu akan
sama-sama menuduh kaum Cina (Suqiu) sengaja menuntut 'Perkara 17' dan
menjadikan ia satu isu besar. Jika itu berlaku, bermakna Mahathir akan tepuk tangan,
gelak ketawa besar. Sebab, agenda Meganya terjual murahan dan berjaya 'menjadi'
isu besar yang memberi manfaat kepada beliau secara peribadi. Itu sangatlah yang
diinginkan beliau. Soalnya: Mengapa Suqiu tiba-tiba saja menjadi isu oleh Mahathir. Makin
menghairankan, mengapa Mahathir dan kuncu-kuncunya kepalang bergila-gila
menuduh kaum Cina hingga menyamakan kaum Cina sebagai 'extremists' dan
'Kominis'? Kita perlu tanya Mahathir: Jika benar mereka yang terlibat itu 'extremists' dan
'Kominis', mengapa Mahathir: 1) memperakukan (approved) 'Perkara 17' itu sebagai 'legitimate requests' yang
diluluskan oleh Kabinet berasaskan perbincangan sesama mereka?
2) tidak tangkap saja mereka yang terlibat, kerana (seperti kata Mahathir) perkara
tersebut melibatkan isu perkauman yang membangkitkan isu sensitif?
Kan konpius kita kan?
|