Laman Webantu KM2A1: 3405 File Size: 9.9 Kb * |
B1: Isu 'Suqui' - Agenda Mega DiSengajakan Hasil Perancangan Mahathir By Amin Sapiro 13/12/2000 7:40 pm Wed |
Amin Sapiro (Info dalaman dari puak UMNO/BN)
[Satu penulisan PENTING dari Wak yang MESTI DIBACA. Mahathir memang
seorang yang opportunis dalam semua keadaan. Dia sentiasa mengatur
agenda kotor yang dilapik oleh mulut yang berbelit untuk melepaskan diri
sehingga orang lain yang terkena itu boleh tamat riwayat mereka. Mahathir
adalah manifestasi satu konspirasi besar yang mempunyai campuran dua
unsur: Yahudi dan Kerala. Dia mempunyai ciri-ciri degil, beragenda dan tidak
berperikemanusiaan seperti Yahudi dan dia menipu berbelit-belit laksana
seorang pelarian yang baru sampai dari Kerala yang mengaku dia seorang
bumiputra. Hari ini pelarian Kerala ini sudah pun menjajah Malaya,
dan ia dilakukan melalui permainan minda dengan mudahnya. - Editor]
ISU 'SUQIU' - AGENDA MEGA DISENGAJAKAN HASIL PERANCANGAN
MAHATHIR Bah. 1 HARI ini, ditengah-tengah kekalutan politik UMNO semakin menempuh
detik-detik melumpohkan parti itu, Mahathir selaku Presiden UMNO mencari
bahan luaran 'non-politic' yang merbahaya untuk mendapat sokongan orang
Melayu dan bukan Melayu terhadap BN. Bagi Mahathir, cara terbaik ialah dengan membakar sentimen Perkauman dan
Agama. Taktik yang bertentangan dengan Perlembagaan ini sudah nampak
sebegitu jelas. Mahathir Bijak Merancang Agenda Mega
Sejak dari mula, Mahathir adalah seorang ahli UMNO yang paling tinggi
cita-cita. Sejak zaman Tunku, Mahathir sanggup jadi 'duri dalam daging'
kepada sesiapa saja yang memimpin UMNO. Tanyalah vetren UMNO - sama
yang bersara atau sengaja dibuang oleh Mahathir setelah beliau mengambilalih
UMNO dari Tun Hussein Onn. Agenda terbesar Mahathir adalah seperti yang termaktub dalam 'Malay
Delimma'. Kemudian beliau menyusup seperti 'tikus mondok' dengan berkepit
dicelah ketiak allahyarHam Tun Razak dan Hussein Onn.
Sikap menikus Mahathir cuma sementara beliau belum berkuasa. Setelah
pemimpin UMNO yang 'rabun siang' teralpa dan terlena, Mahathir
menjalankan pelbagai taktik kotor yang menjijikkan. Akhirnya Hussein Onn
terpaksa menyerahkan tampuk UMNO/BN kepada beliau. Itu agenda Mahathir
'Peringkat Satu'. Bermulalah pula 'Peringkat Kedua' setelah Mahathir berkonspirasi
menyingkirkan Hussein Onn. Di Peringkat ini, Mahathir beragenda untuk
menjadikan UMNO/BN sebagai tempat bertenggek beliau bagi meraih kuasa
mutlak. Sebenarnya, Mahathir tidak suka kepada sebarang persaingan dari sesiapa jua
dikalangan pemimpin UMNO - lebih-lebih lagi mereka yang berpotensi,
berpengaruh, cerdik dan sayangkan bangsa. Kerana beliau mempunyai sifat
peribadi yang 'penakut' dan 'lemah' dalam berhujah secara rasional, beliau
beragenda membuang mereka dari jawatan Kerajaan.
Kita menyaksikan beberapa pemimpin Melayu diterajang keluar dari Kabinet
kerana Mahathir ketakutan sangat agenda Mega beliau didedahkan.
Tan Sri Ghazali Shafie adalah mangsa pertama. Kemudian Mahathir merancang
pekelahian antara Musa Hitam dengan Ku Li. Setelah Ku Li tewas, Mahathir
mengagendakan supaya Musa dijadikan 'kambing hitam' dalam sebarang
kerja kotor parti dan kerajaan. Peristiwa Memali - walaupun Mahathir yang rancang tetapi Musa yang
laksanakan. Akhirnya, yang nampak berdosa adalah Musa. Mahathir senang
'berasmara' di Komunis Cina. Bila pulang, Musa beliau persalahkan. Sah
bangangnya Musa mahu jadi 'kuda tempang'.
Setelah itu, satu demi satu pemimpin Melayu disingkirkan - samada secara
bermaruah atau pun secara paksaan dan ugutan.
Sementara itu, Mahathir menunjukkan sikap kotor paling tidak beretika dengan
memerasugut (blackmail) pemimpin UMNO/BN sesuka hatinya. Beliau
membiarkan pemimpin UMNO disemua peringkat ketagih dengan rasuah dan
maksiat. Kerana majoriti mereka telah komited, akhirnya Mahathir dengan mudah
dapat 'menanjul' leher dan mencucuk hidung mereka. Budaya ketakutan
menyelebungi UMNO/BN. Mereka yang kena perangkap tidak ada pilihan melainkan terpaksa akur
dengan arahan Mahathir. Ini termasuk Raja-Raja Melayu yang punya hobby
berfoya-foya dan kaki judi di Las Vegas dan Macau.
Akhirnya, semua pemimpin UMNO/BN terkena tempias Rasuah dan
Penyelewengan. Mahathir pula memberi perlindungan sementara mereka
sanggup menurut agenda beliau. Itu 'Langkah Ke-tiga'.
Persediaan Mahathir Sebagai DIKTATOR
Mahathir tahu, UMNO adalah tunjang politik dalam Barisan Nasional. Tetapi
UMNO tanpa MCA akan lumpuh. Pengaruh Mahathir dalam MCA tidak kuat.
Dengan itu beliau 'mengumpan' pemimpin MCA dan beberapa orang Kroni
dari kaum Cina sebagai 'impact absorbers' sekiranya beliau dalam kecemasan.
Terbukti, anak Dr. Ling menjadi billionaire dalam usia 27 tahun. Mana dapat
modal berniaga kalau tidak melalui pengaruh politik yang terkait dengan
rasuah-rasuah mega yang dilindungi Mahathir. Puluhan peniaga Cina sengaja
'diumpan' dengan kontrak dan tender, projek mega bernilai ratusan juta. Ramai
yang bergelar ahli Korporat tanpa modal. Hingga hari ini, aduan Polis dan BPR
sdr. Lim Kit Siang dibakulsampahkan saja oleh agensi terbabit. Itu atas arahan
Mahathir! Kita tentu dengar nama-nama seperti Vincent Tan (Berjaya), Ting Pheik Khing
(BAKUN), Keluarga Yeo Teong Lay (Pengeluar Kuasa Letrik Swasta), Lim Goh
Thong (Judi), Eric Cheah (yang memufliskan PERWAJA), dan puluhan lagi.
Mahathir memberi mereka peluang keemasan hingga KWSP dan Bank habis
dirompak kerana membiayai projek Mega mereka. Bila ekonomi merosot, mereka
adalah diantara Korporat yang dibailout selain dari yang terkait dengan
anak-anak Mahathir. Itu adalah Dasar Kronisme-Nepotisme yang menjadi
tulang belakang pentadbiran ekonomi Mahathir.
Mahathir Sudah Bersedia Dari Mula
Sejak dari mula Mahathir sudah nampak - satu hari nanti orang Melayu akan
berpaling tadah dari menyokong UMNO. Sebabnya, Mahathir dan pemimpin
parti itu makin terkeluar dari landasan dan aspirasi perjuangan UMNO asal.
Namun Mahathir terus dengan agendanya.
Mahathir juga tahu bahawa orang Melayu sudah beransur-ansur hilang
keyakinan kepada UMNO kerana sikap dan karenah beliau yang keterlaluan
mengutuk agama Islam kerana membenci parti PAS. Mahathir sedar, beliau
telah menafikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam
Perlembagaan. Antaranya ialah biasiswa dan pendidikan, bantuan subsidi
kepada golongan Melayu miskin di desa.
Kerana kecenderungan beliau untuk bermegah dengan Projek Mega diluar
kemampuan rakyat, didorong pula oleh hasrat beliau untuk mencapai
'Angan-angan Kosong 2020' yang diwarnai dengan gelaran 'Wawasan';
maka Mahathir menggunakan wang rakyat begitu banyak tanpa mementingkan
komitmen kepada orang Melayu. Hasil PETRONAS dikeruk seperti menarah Gunung Tahan. Akhirnya, RM250
billion harta PETRONAS cuma tinggal 'entah berapa sen'. Laporan akaun
PETRONAS adalah bukti nyata bagaimana regim Mahathir menyalkahgunakan
wang rakyat. Mahathir buatkan hasil minyak PTERONAS sebagai 'hak kepala
bapak'nya!! Rakyat masih sabar juga? Mahathir telah menafikan Pembangunan dan penyusunan Struktur Ekonomi
Fundemantal sebenar yang releven kepada rakyat marhain. Ini membuatkan
negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari sebarang gangguan bersebab
dari 'gegaran' kemelesetan ekonomi dan kekacauan 'kewangan' dunia.
Seperti yang diduga, Malaysia tidak mampu menahan goncangan 'kemelesatan
ekonomi' berpunca dari 'gangguan' nilai matawang yang pasti berlaku dari
semasa ke semasa. Ini berpunca dari sikap Mahathir yang terlalu cenderung
kepada pembaziran yang dilakukan beliau bagi projek yang tidak produktif.
Kesannya, ekonomi Malaysia telah 'over-heated' dan tidak mampu
menampung kemerosotan dan kemelesetan ekonomi yang mendadak.
Sebagai analogi, Mahathir telah menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi
sebuah belon yang kembung berisi angin. Apabila angin itu terlepas keluar,
belon itu kembali kepada 'original size'. Itu sebab, matawang Ringgit Malaysia
mendadak jatuh melebihi RM4.50 sen bagi satu Dollar Amerika. Ekonomi
merudum dengan dahsyat dan pengangguran berlipat ganda. Waktu itulah,
kewibawaan Mahathir merosot 'to the lowest ebb'.
Wajarkah Anwar Dipersalahkan? Mahathir memutarbelitkan fakta dengan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Menteri Kewangan. Tetapi cendekiawan ekonomi, pakar kewangan
tempatan dan luar serta rakyat yang faham tidak menerima hujah Mahathir.
DS Anwar lebih faham siapa sebenarnya 'culprit' yang menyebabkan ekonomi
Malaysia lumpuh dalam tahun 1997. Rasuah, Nepotisma dan Kronisma amalan
Mahathir adalah punca sebenar. Tetapi Mahathir takkan mahu terima, kerana
beliau ada PM, kunun!! Mahathir tidak ada jalan lain untuk 'menegakkan benang basahnya' selain
dari berKonspirasi meyingkirkan Anwar. Diciptalah pelbagai tuduhan yang tidak
masuk akal. Terbukti di mahkamah bahawa Anwar adalah mangsa kerakusan Mahathir
sendiri untuk terus berkuasa! Mahathir takut dihadapkan ke mahkamah untuk
menjawap soalan rakyat. Beliau lebih takut UNDOR, kerana itu bermakna beliau
akan dipurukkan ke Sg. Buloh - bukannya Anwar!!
Soalan: Bagaimana Isu SUQIU menjadi hangat? Suqiu agenda siapa?
Perhatikan detik-detik mencabar yang akan dipaparkan.
Rakyat dan orang Melayu wajib berfikir seperti pengundi Lunas, kerana Lunas
adalah bukti bahawasanya UMNO/BN adalah sebuah TITANIC yang boleh
karam dalam 'maiden voyage'nya. Nak takut apa? Undi ditangan kita. Gunakan
dengan bijak. (akan dibincangkan di Bagaian Ke-2) Amin Sapiro |