Laman Webantu KM2A1: 3402 File Size: 4.3 Kb * |
Cakap Tak Serupa Bikin: Mahathir Belit Tak Habis-habis. By Dahlia 13/12/2000 12:01 am Wed |
Cakap tak serupa bikin: Mahathir belit tak habis-habis.
Pada dua malam lepas, kalau tak silap saya, ketika menonton siaran
Berita Akhir di sebuah stesyen TV saya tertarik dengan satu temubual
yang dirakamkan oleh pemberita dengan Perdana Menteri Malaysia, Tn
Haji Dr Mahathir Mohamad. Ketika mengulas isu mogok yang dilakukan oleh pengusaha teksi KLIA,
beliau berkata antara lainnya, " saya sudah banyak kali beritahu, kalau
kita buat sesuatu tindakan, jangan menyusahkan orang ramai. Kita marah
pada seseorang, tapi tindakan kita itu telah melibatkan kesusahan kepada
ramai pihak yang tak ada kena mengena dalam pertikaian tersebut".
Saya ingin mengulas sedikit, secara ringkas walaupun rasa muak tengok
gelagat orang tua sekor ni. Apatah lagi menghormati bulan yang mulia ini,
cukuplah sekadar menulis sedikit: 1. Rampas Royalti Minyak di Terengganu
Apakah tindakan beliau menyekat dan MERAMPAS royalti minyak ke
atas Terengganu itu tidak dikira menyusahkan pihak yang lain? Oleh
kerana marahkan PAS yang menang mudah di Terengganu, dan bimbang
wang royalti itu jatuh ke tangan pihak berkuasa, lantas wang berkenaan
diambil dengan membelitkan pelbagai fatwa dan hukum, sehingga
akhirnya digelar wang ehsan dan kununnya disalurkan ke satu badan
yang akan mengatur pembangunan untuk rakyat Terengganu.
2. Mengarahkan Media tunduk kepada citarasa beliau dan pemerintah.
Kelmarin beliau menegur pihak media yang kununnya tidak adil dan berat
sebelah, melakukan fitnah kepada kerajaan sehingga mengelirukan
pemikiran rakyat terhadap kerajaan. Kita cukup heran, selama ini Media sudah hilang kewibawaan sebagai
sebuah saluran komunikasi yang harus berdiri dengan adil dan
mengekalkan prinsip Media yang telus dan "responsible" kepada rakyat.
Tetapi dengan sikap Mahathir yang angkuh dan pembelit, beliau turut
memaksa media membelit apa jua fakta sehingga rakyat sudah hilang
kepercayaan kepada media perdana. Itupun belum cukup? Bentuk media
bagaimanakah yang dikehendaki oleh Mamak sekor ni yang dikatakan
TELUS, ADIL dan BERTANGGUNGJAWAB. Gamaknya, Si ZamZam di
Utusan Meloya boleh beri sedikit tuition pada Mamak sekor ni berkenaan
prinsip-prinsip kewartawanan dan peranan Media dalam sesebuah
negara. Kalau itupun Zam tak mampu buat, lebih baik bakar saja
buku-buku yang pernah ditulis oleh Zam berkaitan Media/Journalism.
Atau haramkan terus! 3. Mengarahkan penukaran warna kain samping pelajar sekolah agama
Hijau ke Merah ( bermula Januari 2001).
Tak ke ini kerja bodoh? Tak ke ini menyusahkan? Mentang-mentang
warna samping tu warna hijau, warna PAS, beliau meminta warna itu
ditukarkan kepada warna Merah. Tak ke beliau terfikir bahawa warna itu
telah digunakan berzaman lamanya? Tak ke beliau terfikir bahawa
mungkin para pelajar sudah mempunyai beberapa helai samping
berkenaan dan terpaksa menukarnya pula utk memuaskan nafsu Mamak
yang tua bangka ni? Tak ke juga terfikir dek kepala hotak beliau yang tak semua ibu bapa
mampu untuk tukar kain samping untuk anak-anak mereka? Kalau sorang
anak bolehlah juga, apa kata kalau ada 2 atau 3 orang anak yang
bersekolah di sekolah-sekolah agama ini.
Atau, apa kata kalau budak tu dah darjah enam, yang terpaksa tukar kain
samping . Lepas tu nak buat apa? Yang samping sebelum ni nak buat
apa? Memang jahat!!! Kerana nak puaskan nafsu serakah, sanggup menzalimi
rakyat tak putus-putus! Kunun nak jaga kepentingan dan kebajikan
rakyat, poooraaahh... pi mampuihlah che Det dengan falsafah bangang
kamu ni. 4. Tazkirah menyalahi ? Sejak bila pulak beliau dengar tazkirah yang memfitnah dan menghentam
kerajaan? Itulah... kalau setakat dengar lapuran, tak hadir sendiri dan
dengar serta menghayati apa yang disampaikan menerusi tazkirah ini,
maka sampai bila pun hang tak faham. Mungkin apa yang disampaikan menerusi tazkirah itu menyentuh
perbuatan kerajaan yang tidak betul di sisi agama dan hukum syarak,
apakah Tazkirah dan penyampaian itu dikatakan salah?
Hai Mamak Mamak... entahlah! Apa nak jadi ngan kamu sekor ni. Bila lagi
nak mampos! |