Laman Webantu KM2A1: 3399 File Size: 9.2 Kb * |
Mahatyhir Semakin Nanyok Persepsinya Politiknya Sudah 'Hanyut' By Amin Sapiro 12/12/2000 11:48 am Tue |
Amin Sapiro (Tengok banjir hanyutkan UMNO/BN)
Puncanya, pemimpin UMNO dan BN sendiri sudah ramai
yang menganggap beliau bukan lagi Presiden parti yang
dilantik secara tidak sah, berasaskan kelaziman sebuah
pertubuhan yang berperlembagaan. Dengan laungan slogan dan kecaman rakyat yang menuntut
Mahathir supaya UNDOR, kekalahan UMNO/BN di Lunas
(walaupun puluhan bas dimuatkan dengan 'pengundi
hantu'); sekaligus 'mengkompoundkan' segala bukti
bahawa regim Mahathir sedang menghadapi kehancuran.
Bermakna Mahathir sudah bukan lagi Perdana Menteri
yang ada watak seorang politikus yang mampu berperanan
menyatupadukan rakyat di negara ini. Mahathir sudah
tidak releven lagi!! Persepsi Politik Mahathir HANCOR!
Sebagai rakyat, kita bukan sebodoh yang disangka oleh
puak UMNO/BN. Jika kebijaksanaan pemimpin regim
Mahathir cuma setakat Abdullah Bedawi, Rais Yatim, Ku
Li, Rafidah Aziz - rasanya tidak bersalahan jika
diselitkan juga nama Ibrahim Ali. Apa akan jadi?
Sewaktu berucap kepada 200 orang 'daki-daki' anggota
PAS yang sudah hilang keyakinan dan pengangan diri;
mereka dengan serban besar berpaling tadah menjilat
bontot Mahathir. Mereka menyertai kempen Mahathir bagi
menambahkan tenatnya penyakit UMNO di Seri Perdana di
sini, malam tadi. Mahathir kepalang gian mencucuk
mereka dengan berkata, kununnya kata beliau:
"Yang malangnya, perpecahan itu kini begitu teruk
sehingga orang Melayu terpisah dua. Antara punca
perpecahan itu ialah apabila agama digunakan untuk
tujuan politik sehinggakan ketaksuban yang tercetus
terhadap kumpulan dan pemimpin tertentu menyebabkan
apa yang salah di sisi agama dianggap betul.
Dengan itu, orang Islam begitu berkecamuk sehingga tak
peduli padah. Umpamanya di Lunas, ada yang pukul
orang, mencarut dan menendang orang perempuan".
Mahathir Mengigau Lagi Sah Mahathir 'Raja Segala Pembohong'!! Sebenarnya,
yang pukul orang, mencarut dan menendang orang
perempuan ialah 'orang-orang upahan' Mahathir yang
berpakaian seragam. Malahan, DS Anwar adalah bukti
hidup yang menegalami cedera parah bermata lebam. Cik
Nora dibogelkan. Mata Pak Din disimbah dengan asid.
Dr. Badrul Amin ditelanjangkan dalam lokap. Ratusan
rakyat dibelasah dalam lokap. Ribuan rakyat dinafikan
hak mereka yang sah di sisi Perlembagaan.
Itu apa namanya? Mahathir boleh jawap arahan siapa
kalau tidak dari beliau? Sampai bila Mahathir nak
mengigau? Memang jelas, Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri
kawasan Lunas baru-baru ini masih menghantui Mahathir.
Kemenangan calon BA dari Parti Keadilan Nasional
Saifuddin Nasution Ismail makin menampakkan bahawa
kuasa dan kewibawaan Mahathir dan UMNO/BN semakin
melemah di mata rakyat. Mahathir pun tau!
Kemenangan BA dari Parti KeADILan memberi petanda
bahawa UMNO/BN sudah sampai ketahap yang tidak mampu
disebut ada 'future' . Sebagai sebuah parti, UMNO/BN
tidak mampu menunjukkan kewibawaan yang strategik
untuk membawa negara dan rakyat kepada Kemajuan dan
Pembaharuan selari dengan arus 'globalisasi',
Ketelusan dalam pentadbiran dan kekuatan hukum dan
undang-undang. Apa Mahathir mau cakap lagi?
Cabaran yang diterima oleh regim Mahathir sudah
melampaui UMNO. MCA dan MIC yang dianggotai oleh kaum
Cina dan India sudah menunjukkan tanda-tanda
kekecewaan mereka terhadap parti perkauman itu. Apa
yang sulit bagi Mahathir dan pemimpin UMNO, MCA dan
MIC ialah bagaimana parti itu mampu menegakkan kembali
kedudukan sebelum DS Anwar Ibrahim dipaksa dilucutkan
jawatan dan dipenjarakan oleh Mahathir secara paksa!
Hematnya, Mahathir sekarang menerima tamparan dari
semua kaum. Tidak guna lagi Mahathir cuba memujuk
orang Melayu dengan pelbagai momokan dan
mengada-adakan pelbagai adu-domba perkauman sebagai
strategi meraih sokongan ke atas partinya yang makin
tandus kewibawaan dan pengaruh. 1.6 Juta Pengundi Muda Pro-BA Jika Mahathir bertanya: "Apa dah jadi dengan orang
Melayu. Kununnya (kata beliau) dulu mereka bersatu
tetapi kini kita cukup lemah dan ada yang merancang
untuk memecahbelahkan lagi orang Melayu. Kununya lagi
Pembangkang Melayu akan hasut, cucuk dan sogok bagi
menentukan ada orang Melayu yang menentang orang
Melayu khususnya kerajaan". Sekaligus, 11 juta orang Melayu pasti ketawa besar
mendengar 'keluhan sumbang' Mahathir itu. Mungkin
Mahathir boleh tipu 200 orang. Jumlah itu terlalu
kecil. Lagipun mereka adalah 'orang buangan' parti asal
mereka. Mereka bekas anggota PAS itu adalah
pengkhianat bangsa dan agama yang sanggup menjual
serban untuk dijadikan 'cawat' Mahathir. Mereka adalah
golongan 'melukut ditepi gantang'. Samalah mereka
seperti Hj. Nakhaie 'Nakasone'..!! Betapa tidak! Segala yang dirungutkan Mahathir itu
adalah kesan dari Konspirasi beliau bersama
kuncu-kuncu pilihannya yang menyebabkan orang Melayu
makin 'terpisah' dari UMNO. Hakikatnya sebenarnya, orang Melayu tidak berpecah
dua, mau pun retak seribu! Orang Melayu masih bersatu,
malah makin padu. Di mana-mana kita berada, riak
gelombang Melayu makin bergelora menafikan ketelusan
nawaitu pemimpin UMNO. Sekarang penyakit itu sudah
menghinggapi komponen BN pula. Dari apa yang dilihat, orang Melayu yang dulunya
menyokong UMNO, sekarang sudah hilang keyakinan dan
kepercayaan kepada parti Melayu yang berpresidenkan
seorang 'sewel gila kuasa'. Presiden inilah yang
mencerca perundangan Islam. Orang inilah yang
memutarbelitkan tafsiran fatwa yang benar dengan
meminda mengikut seleranya saja. Orang Melayu Sudah Bijak Berpolitik
Bukti nyata, orang Melayu sudah bijak memilih dan
berfikir. Jika tidak disebabkan SPR dan 'penyeludup'
Undi Hantu UMNO/BN di Lunas yang masih berjaya
memutarbelit daftar pengundi dengan membawa pengundi
luar ke sana, insyaAllah kemenangan YB Saifuddin
Nasution 5 kali ganda dari 530 undi yang diraih.
Itu adalah suatu pemantauan rambang yang dapat diduga.
Mahathir dan UMNO/BN juga mengakui kekalahan UMNO/BN
di Lunas pasti berlaku. Memikirkan apa akan jadi jika
dalam Pilihanraya Umum kelak UMNO/BN akan berhadapan
dengan pengundi muda yang dianggarkan 1.6 juta - pasti
Mahathir 'kencing' dalam seluar nanti.
Mahathir makin 'berak cair' bila pengundi kaum Cina
dan India beralih rasa menyokong Pembangkang. Trend
terbaru dari postmortem di Lunas, kaum Cina dan India
tidak lagi punya perasaan perkauman dan ragu-ragu
dengan Islam. Kerana itu, hari ini Mahathir sanggup
minta ampun kepada kaum Cina. Nampak sangat Mahathir
lebih teruk dari Tunku yang beliau tuduh pro-Cina.
Mahathir sedar, tanpa sokongan pengundi Cina,
peristiwa Lunas akan merebak menumbangkan UMNO/BN
dalam tahun 2004 ini. Mahathir Tak Pandang Sebelah Mata Kpd Orang Melayu
Ini menunjukkan bahawa Mahathir tidak pandang sebelah
mata kepada orang Melayu dan agama Islam. Beliau lebih
akur dan tunduk kepada kaum lain asalkan beliau dapat
terus berkuasa. Jadi, apa gunanya orang Melayu masih
menganggap Mahathir wajar memimpin UMNO? Tidakkah itu
bermakna Mahathir mencagarkan orang Melayu kepada kaum
lain demi kepentingan diri dan kuasa sendir. Tidak
wajar Mahathir dibuang saja dari UMNO? Fikir
masak-masak!! Kemenangan Saifuddin dari KeADILan (sebagai 'first
timer' dari sebuah parti berusia setahun jagung)
menampakkan bahawa 3 kaum terbesar itu sudah mendapat
contoh terbaik dari pentadbiran PAS/BA di Kelantan dan
Trengganu. Ini masalah besar kepada Mahathir dan
seluruh kepimpinan UMNO dan komponen BN! Tak perlu
berijazah sains politik pun, kita boleh nampak.
Adu-domba Tidak Menjadi Lagi Mahathir semakin risau melihatkan UMNO dan BN tidak
punya sebarang strategi mempengaruhi rakyat
menyebelahi parti ini. Semakin nampak, startegi
Mahathir terakhir ialah memusuhi rakyat dengan
'melaga-lagakan' semua kaum dengan cara paling jijik
dan kotor. Makin ketara dilihat, Mahathir menggunakan kuasa polis
dan undang-undang yang ditafsirkan mengikut tafsiran
peribadi beliau untuk melakukan pelbagai kekerasan dan
ugutan ke atas pemimpin Pembangkang. Kakitangan awam
dan jentera kerajaan semakin digunakan secara
berleluasa. Karenah dan sikap Speaker Dewan (Negeri dan Parlimen)
sudah nampak jelas begitu aib. Mereka dipaksa
menyebelahi kerajaan dengan pelbagai helah supaya
keburukan Kerajaan tidak didebatkan oleh anggota
Pembangkang. Tetapi Mahathir dan pemimpin regim beliau wajar
mengerti bahawa taktik kotor seumpama ini cuma akan
mendedahkan parti itu kepada peningkatan kebencian
rakyat. Mungkin manifestasinya akan lebih jelas pada
tahun 2004 nanti!! Terjunlah kau 'Labu-labi'. Kita
akan tengok apa sudahnya, insyaAllah! Amin Sapiro
|