Laman Webantu KM2A1: 3393 File Size: 11.0 Kb * |
Bila Norian Mai Tak Mengaku Jadi 'Bapak Anjing Gila' Macam Rahim Nor!! By Amin Sapiro 11/12/2000 7:36 pm Mon |
Amin Sapiro (Syiok baca Norian Mai mengigau ? heheh)
[Sikap polis PDrM hari ini melambangkan mereka sudah tidak boleh
diharapkan lagi. Rupanya polislah yang tidak dapat mengawal perasaan.
Samseng India pun tidak sampai hati nak menerajang makcik-makcik tua
sampai jatuh longkang, atau belasah seorang TPM sampai pengsan untuk
dibogelkan. Inilah dua senario gelagat polis didepan dan dibelakang
rakyat. Mereka bertugas dengan marah, bukannya dengan hikmah. Padahal
rakyat tidak marahkan polis, rakyat mahu perompak harta negara
dan pemimpin umno dibawa ke muka pengadilan. -Editor]
BILA NORIAN MAI TAK MENGAKU JADI 'BAPAK ANJING GILA'
MACAM RAHIM NOR..!! MEMBACA Mukadimah wawancara diantara Tan Sri Norian
Mai dengan pemberita Utusan Malaysia, terasa kita
macam menonton 'sit com - 'Pi mai' pulak. Terasa
sesekali macam nak tergelak. Maklumlah, Norian Mai
bercakap semacam orang dah terdesak. Yang mendesak ialah rakyat. Rakyat bayar gaji mereka
untuk jaga keselamatan, tapi puak PDRM ramai sangat
yang berwatak syaitan!! Belum ada mereka yang dimasuk
ke lokap yang tak kena telanjang-bogelkan. Tanya Ustaz
Badrul Amin, masyaAllah - kesian sungguh kita
dengarkan. Mengucap kita dengan sebak di dada..!!
Rahim Nor Bapak Segala Anjing PDRM
Sewaktu membela PDRM, Norian berkata: "Memang ada kelemahan di sana sini, memang berlaku
kekerasan di sana sini dalam proses polis
menguatkuasakan undang-undang. Saya hanya minta satu
contoh, berikan saya polis negara mana yang imejnya
tidak terjejas. Bagi saya satu contoh. Bila disebut
polis di mana sahaja di serata dunia, mesti ada cacat
cela tetapi ia bukan keseluruhan pasukan."
Kira-kira betul jugaklah. Tetapi yang menghairan
rakyat dan dunia, mengapa bila kelompok rakyat yang
menuntut hak asasi dan kebebasan mereka saja yang kena
lanyak dek pasukan keselematan 'bapak anjing gila'.
Kenapa bila puak UMNO berdemo di Putera Jaya dan di
Dewan Perhimpunan Cina, kawan kita FRU 'butakan' mata
dan 'pekak' telinga? Sebab nak harap BONOS tahunan ke?
Jangan Norian Mai suruh rakyat berikan contoh polis
negara mana yang imejnya tidak terjejas. Itu bukan
tugas rakyat jelata. Rakyat banyak kerja lain. Sendiri
punya jabatan, rakyat tak mau nak campur tangan. Cuma
rakyat makin muak dengan karenah PDRM seolah-olah jadi
'penyangak' semata-mata ikut arahan pemimpin UMNO/BN.
Takkan lah tak ada hotak nak guna budibicara!
Bacalah sikit Perlembagaan Negera. Kan ada peruntukan
'kebebasan rakyat bersuara' didalamnya? Jangan ikut
cara Israel atau pemerintahan regim Botha, Afrika
Selatan. Itu memang tak payah diikutkan; sebab memang
dah sah mereka itu adalah golongan bermusuhan dengan
rakyat. Tetapi, anggota PDRM adalah sebahagian rakyat.
Mereka harus memberi khidmat tanpa menyebelahi
mana-mana pihak. Takkan lah bila Mahathir dan pemimpin UMNO/BN berak,
you orang juga mesti jilat. Paling kurang mesti
cebokkan..!! Begitu sangat kah nak tunjukkan 'taat
setia'? Masa angkat sumpah jawatan ada sebut kah nak
'kepala rakyat mesti di belantan'? Allah swt Kurniakan 'Otak' Allah swt Kurniakan 'Otak'; itu memang betul. Dalam
tengkorak kepala setiap insan ada 'batu jemala'
seketul. Takkan lah tuan lurus macam bendul! Tentu
dalam PDRM ada juga yang 'bergeliga' otaknya.
Tetapi masalahnya, setiap kali rakyat berdemo
menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman, PDRM
pulak yang terhegeh-hegeh berbaris di depan. Cukup
pulak dengan cotar, perisai, belantan dan 'water
cannon'. Itu apa ceritanya? Bila saja ada yang tiup 'wisel', FRU PDRM mulalah
tunjuk yang mereka tu 'samseng upahan'. Dibelasahlah
rakyat, seolah-olah negara ini ditadbirkan oleh PDRM.
Tak cukup dengan tembakan gas pemedih mata, puluhan
rakyat ditangkap dan masukkan dalam kereta perisai -
seolah-olah rakyat adalah ikan cencaru nak dibuat
gulai. Begitu hina rakyat dikerjakan!!
Mereka ditangkap, dibawa ke lokap. Maka episod
selanjutnya macam-macam cerita. Begitukah cara PDRM
menjalankan kerja? Itukah dia yang dikatakan 'proses
polis menguatkuasakan undang-undang Negara'?
Undang-undang apa? Mana 'belajo'? Kan itu
undang-undang 'belantara' namanya? Rimau dan Singa aja
yang biasa buat kerja yang sama..!! Manusia ada
budaya, ada agama, ada budibicara, ada pekerti elok
macam manusia..!! Peristiwa Jalan Kebun Rakyat bukan sengaja nak sebut kejadian di Jalan
Kebun, Klang. Norian boleh bela pasukannya kununnya
perkara itu berlaku ketika polis menyuraikan satu
perhimpunan haram. Nak tanya sikit kat Norian dan KDN: definasi 'haram'
itu macamana? Demo budak-budak UMNO di Putera Jaya
yang disertai oleh 'tuan bapak anjing' bernama
Mahathir Mohamad itu halal pulak kah?
Perhimpunan budak-budak gila dari puak UMNO yang
panjat pagar ugut nak bakar Dewan Perhimpunan Cina itu
wajar dibagi permit pula? Alahai - lain macam cara PDRM menggunakan budi bicara
nampaknya. Kalau berdemo aman dikatakan haram, kalau
nak bakar hak rakyat dihalalkan. Kalau Norian ingin sangat nakkan CONTOH, contoh begitu
memang tak ada dalam dunia. Cuma di Malaysia saja.
Yang mengamalkannya ialah PDRM yang diupah oleh pucuk
pimpinan UMNO. Norian Mai, "Do you have any comment?
If you do have, by all means please state so..!! Cakap
'mengaghut' macam rakyat dah 'fed-up', dah jemu..!!"
Definasi 'Halal-Haram' Rakyat makin tak faham cara PDRM berfikiran. Dulu pun
pernah ditimbulkan di Dewan Parlimen: seorang wakil
Parlimen BA bertanya definasi 'Judi Haram'. Jawapan
Menteri berkenaan (tentu disediakan oleh KDN/PDRM)
'Judi haram ialah judi yang tak ada permit/Lesen.
Kalau ada lesen dikira halal'. Itu membuatkan rakyat bertanya, kitab mana KDN/PDRM
baca? Dalam Al-Quran terang dan jelas menyebut 'semua
judi adalah haram belaka'. Nampaknya, sebab Mahathir
'ulamak' KDN/PDRM, maka diturunkan pulaklah 'Fatwa'
peribadinya, begitu ke? But it is just another
'fart'..!! Aduhai teruknya NEGARA KU MALAYSIA..!!
Dalam kes demo penyokong BA, belum ada satu demo
mereka yang diberi permit. Bermakna, kalau tak ada
permit, haramlah jadinya. Cuba bagi permit? Kan HALAL?
Kenapa tak dibagi permit? Sebab penyokong BA tak
berdemo di Putera jaya ke? Sebab mereka tak bakar
Dewan Perhimpunan Cina ke? Haih? Camana ye?
Kalau itulah syarat permit, memang penyokong Reformasi
dan Barisan Alternatif tak akan dapat permitlah
sampai bila-bila. Akan HARAM semanjang sajalah
nampaknya!! Padahal Demo mereka aman dan sentosa. Cuma
FRU yang mula-mula tembak gas pemedih mata! Mereka
lari, dihambat juga. Nak buat camana? KDN/PDRM Belum Faham-faham Lagi Kah?
Rakyat dah makin nampak, penyokong BA adalah
sebahagian rakyat yang berjiwa aman dan tenteram.
Mereka cuma meneliti hak-hak asasi rakyat selari
dengan Perlembagaan. Misalnya, Mahfoz dan Pak Amjal berdemo semata-mata
kerana menolak pasukan Kriket Yahudi yang jadi tetamu
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN. Tentu PDRM tau, rakyat
Malaysia tidak sanggup PM mereka 'berpeluk cium
bercumbu mesra dan bersandiwara' macam Mahathir dengan
sahabat karibnya - Yahudi laknatullah. Sebab, Dasar
Luar Negara masih tetap 'mengutuk' Kezaliman Yahudi
yang jadi 'mentor' Mahathir. Habis? salah kah kalau rakyat menghayati
Perlembagaan kita dengan berdemo membantah? Kan regim
Mahathir sendiri yang buatkan rakyat serba salah?
Itu yang menjadikan rakyat amat musykil. Buat betul
ikut Dasar Negara pun salah, tak ikut pun salah. Jadi,
macamana negara ini ditadbirkan oleh Mahathir dan
UMNO/BN, hah? Undang-undang dan Dasar Negara ikut
selera Mahathir sorang saja ke? Tiap hari
undang-undang diubah pinda macam Perlembagaan UMNO?
Hahahaha!! Kalau gitu, kalau Mahathir dapat permit 'bukak seluar'
dan selamba aja jalan-jalan di Chow Kit Road sepanjang
Jln Tunku Abduk Rahman, rakyat bangkit berdemo bantah
- pun KDN/PDRM nak belasah jugak? Owww?!! Sebab tak
ada permit, masih nak dikatakan 'demo haram' pulak?
Walhal, Mahathir dah sah macam orang gila talak tiga,
masih tak boleh demo? Kan itu 'ngok' sangat PDRM
nampaknya!! Mana pergi 'batu jemala' dalam kepala
hotak hangpa? Inilah dia yang dikatakan: PDRM dah silap mentafsirkan
'Halal-Haram' aspek undang-undang!! Hentam kromo saja.
Sampai bila? Sampai 'naga tarik Cini' menghempaskan
ekornya? Itu baru simbolik saja. Rakyat mintak satu saja: Tolonglah pemimpin UMNO -
bermula dari pucuk pimpinan dan mereka yang dah 'mati
pucuk' (UMNO pencen ? hahahaha.. bukan macam Amin
Sapiro ya..!!), KDN dan 'taukeh-taukeh' PDRM; supaya
berfikirlah kalian sikit. Kalau betul nak ikut
undang-undang cuba hafal dan tafsir bab dan artikel
dalam Perlembagaan Negara. Dalamnya tentu ada perihal
mana satu yang dikatakan demo halal dan demo haram.
Tak faham juga, sila tanya peguam BA!! Hihihi?
Nasihat yang dibagi tu 'FREEEEE'!! Rasanya, berasaskan 'constitutional rights of the
Rakyat', berdemo bagi menegakkan dasar negara adalah
HALAL. Yang haram cuma kalau 'nak bakar harta rakyat' -
macam budak-budak UMNO nak bakar Dewan Perhimpunan
Cina..!! Betul tak? (cuma nak tanya saja).
Jangan pulak rujuk kat Mokhtar Abdullah AG. Dia
'dugong' - spesis makhluk 'pre-dated' yang dah pupus
ditelan bumi. Budaya kerjanya, takut kepada 'dinasur'
tua yang menjajah dunia di zaman purbakala. Tak dia
nak tongkat dunia. Tunggulah setahun, sampai
malikalmaut.. MAMPOS jugak dia. Firaun yang mengaku
diri Tuhan pun 'padam' juga. Kunun pulak dia yang
'by-pass'.. Buat apa nak kutuk PAS? Kan itu tanda
'rumah kata pi, kubur kata..Mahathir, hang mai lah
sini..!!' Hihihi? Sekarang Pembangkang, BA dan Pro-Reformasi adalah
anak-anak perjuangan rakyat zaman Globalisasi..!!
Zaman IT..!! Minda mereka ada sikit lain, wooeiiii?.!!
Tak sekecil lubang semut api?! Hihihhi?
Ucap Selamat Kepada KDN/PDRM Selari dengan ketika nak raya ni, diucapkan juga
"Selamat anda menjawab siasatan SUHAKAM" kepada
KDN/PDRM!! Pandai-pandai bawak nasib. Janganlah
dengarkan sangat cakap Persatuan Polis Pencen. Otak
diorang dah tak guna satu sen. Dah bengap sebab
tersumbat dek Rasuah yang diorang muntahkedarah!!
Rakyat Lunas dah buka mata. YB Saifuddin dah mula
jalankan urusan dan kerja beliau. Itu adalah suatu
petanda dari rakyat bahawa sebenarnya rakyat ada kuasa
mengkecundangkan majoriti 2/3 UMNO/BN di Dewan
Undangan Negeri. Kali ini Kedah!! Tak lama lagi Perlis
pulak..(khabarnya ada yang dah lumpoh..heheh)!!
Itu baru 'bunga-bunga' saja. Tahun 2004, InsyaAllah BA
dan Pembangkang hari ini akan perentah Malaysia. YB
Mat Sabu kata, "Anggota FRU dan PDRM jangan gusar,
gaji dan elaun tetap akan dibayar. Cuma satu saja,
'Rasuah..rasuah tak main lagi yaaaaa'!!"
Betul YB "tolonglah ingatkan depa" Termasuk YB UMNO!!
Amin Sapiro |