Laman Webantu KM2A1: 3240 File Size: 21.7 Kb * |
LPM 13: Setiap Guntur Ada Kilatnya By Marhain Tua 18/11/2000 10:19 am Sat |
Siri LPM: Suasana Lebaran Pencetus Minda
Bab 13: [Rencana ini diterbitkan semula, ada satu perenggan menyentuh
penubuhan Tabung Haji. Apa yang berlaku masakini menampakkan
Tabung Haji mengejar untung, bukannya mengejar kemudahan untuk
jemaah haji menyahut seruan ilahi. Dengan kata lain, ia sudah
menjadi institusi perniagaan.....termasuklah "bermain" saham. -Editor]
Dalam hidup kita ini, kita kerap tertipu dengan keadaan
sekeliling disebabkan kurangnya pengetahuan. Tanpa pengetahuan
tentulah kita percaya bahawa kilat yang berlaku di angkasa adalah
satu fenomena yang tidak ada sangkut-paut dengan kemunculan
guruh. Sedangkan kilat dan guruh adalah kejadian yang berlaku pada
satu ketika yang sama dan disebabkan satu fenomena alam yang
sungguh unik. Disebabkan cahaya bergerak lebih pantas daripada
bunyi makanya kita mudah menjadi tertipu dengan fenomena ini.
Demikian juga halnya dalam dunia politik, tidak kira di mana
politik itu disensasikan. Di Manila, Jakarta, Bangkok, Rangoon
malahan di negara kita ini. Kepalsuan yang berlaku disebabkan
kelewatan guntur bergema selepas kilat menjelma menyebabkan kita
mudah terpaku dan terpukau dengan fenomena politik manusia. Inilah
kelemahan manusia sejak ia kecil lagi, mudah diperdaya dengan
fenomena yang sensasi dan diputarbelitkan. Perkara ini boleh
terjadi disebabkan kepintaran manusia yang kelihatan seolah-olah
serba tahu, sedangkan dia sebenarnya serba mahu. Apabila sesuatu
wadah politik itu dimonopoli orang yang serbamahu maka tercetuslah
suasana di mana manusia yang serbamahu ini akan memegang tampuk
kuasa. Inilah yang sebenarnya berlaku kepada apa yang dikatakan
perjuangan orang UMNO sejak tiga puluh tahun yang lalu. Kalau
dalam perkiraan umur manusia dan zuriatnya, tiga puluh tahun
dikira sebagai satu generasi. Kalau diambil sejarah pergolakan
orang Melayu, tiga puluh tahun yang lalu adalah merupakan
bermulanya pangsi sejarah Melayu baru selepas tercetusnya
peristiwa yang menyayat hati yang lebih dikenal dengan peristiwa
Mei 13. Inilah peristiwa sejarah yang menjadi permulaan satu
episod yang panjang yang menonjolkan nama seorang insan yang
pintar dan berkelulusan perubatan daripada Universiti Singapura.
Inilah manusia yang berjaya menggerakkan hati seorang pejuang
kemerdekaan negara untuk merelakan dirinya berundur daripada
jawatannya sebagai perdana menteri pertama dan ketiga negara ini.
Maka bermulalah satu era di mana pemikiran orang Melayu banyak
terpengaruh dengan penulisan dan percakapan seorang doktor Melayu
yang sudah bersedia mengenepikan bidang perubatan untuk bergerak
cergas dalam dunia politik anak watan. Oleh kerana pintarnya dia
bercakap dan cekapnya memimpin dan juga menindas secara
terlindung, doktor Melayu ini akhirnya menjadi perdana menteri jua
di negara ini. Bermulalah pula satu era di mana pembangunan negara
dibuat mengikut acuan sendiri bikinannya yang amat taksub untuk
menonjolkan negara dan bangsa Melayu agar sebaris dengan negara
maju dan bangsa lain yang lebih lama berkuasa.
Kepintarannya berpolitik amat terserlah terutama sekali dalam
penggunaan tenaga manusia untuk menupang kuasanya agar terus
gagah. Sehingga kini sudah terlantik empat orang timbalan perdana
menteri yang sekian lama menyokongnya. Yang keempat itu adalah
satu lantikan baru yang tidak tentu bila pula akan digantikannya.
Kerana begitulah perangainya dengan timabalannya yang tiga dulu.
Semuanya terpelanting setelah pati-santan yang ada pada mereka
sudah semakin kuning. Mereka pun menjadi idividu yang tidak
penting. Memang pintar perdana menteri ini. Semua timbalannya yang
terdahulu telah dtungganggnya laksana 'orang Muo' menunggang kuda
kepang. Dia telah berjaya menunggang mereka sehinggalah satu
ketika difikirkan mereka tidak lagi berguna. Kemudian direncananya
satu pesta di mana kuda kepang itu dijatuh- kan tanpa orang tahu
bahawa semua itu adalah muslihatnya. Semua rencana itu berjaya
belaka. Melainkan apabila dia sampai kepada timbalannya yang
nombor tiga. Apabila dia bersiap mahu menendang kuda kepang nombor
tiga itu, dia terasa rintangan yang amat besar kerana kudanya itu
mula melawan. Dia tersentak dan terkejut kerana tidak terlintas
bahawa kuda kepang muda itu tidak makan diugut. Berlakulah satu
episod panjang yang memungkinkah kuda nombor tiga itu masuk
penjara dan menyebabkan penunggang tuanya hidup sengsara.
Kini, kuda kepang nombor empat sedang ditunggang dan sibuk
menguruskan kerja sambil tuannya ke luar negara untuk merehatkan
tulang dan otot. Dia mahu pulang dengan lebih tenaga dan wajah
yang kurang kerepot. Tetapi, tugas yang ditinggalkan bukannya
sebarang tugas. Inilah tugas negara yang berbentuk kemas-mengemas.
Si tua mahukan kuda nombor empatnya menentukan jawatan dalam parti
tetap tidak akan dipertandingkan kerana dia amat takut dengan
pertandingan. Sebagai imbohan telah ditetapkannya juga supaya
jawatan kuda kepangnya itu pun tidak ada tandingannya. Untuk satu
ketika rencana besar itu nampak berjalan beres sehinggalah
munculnya seorang pendeta politik yang sama umurnya dengan si tua.
Si pendeta ini bangkit dan terus membangkang. Dia naik marah dan
mahukan tandingan terbuka diadakan kerana itulah kehendak
demokrasi. Inilah bangkangan seorang pendeta yang satu ketika dulu
menjadi kuda kepang nombor dua. Demikianlah berakhirnya Babak
Pertama dalam pentas hikayat Melayu moden hari ini.
Kita akan mulakan babak kedua dengan berurusan secara terbuka
dengan pendeta itu tadi. Urusan ini dibuat secara terbuka kerana
ia akan menentukan masa-depan bangsa kita dan generasi yang akan
datang. Yang Amat Berhormat Pak Ghafar,
|