Laman Webantu   KM2A1: 3239 File Size: 25.7 Kb *



Kemelut: Pak Ungku VS Pak Haji Hamid
By Kapal Berita

17/11/2000 9:50 pm Fri

Sebelum memulakan coretan, saya kurang pasti apakah Hamid Othman ini sudah mengerjakan haji? Walaupun begitu, beliau menjaga hal ehwal Tabung Haji, jadi digunakan ungkapan Pak 'Haji' untuk maksud ini.

PAK UNGKU KRITIK PAK 'HAJI'

Ura-ura Tabung Haji mahu membeli MAS yang disuarakan oleh pihak-pihak tertentu telah dikritik hebat oleh Pak Ungku Aziz. Saya kepilkan beberapa deretan peristiwa tersebut dari beberapa media dalam negara.

Seperti yang kita ketahui, MAS kini amat tenat sehingga terlalu "berjimat" sampai hampir kehabisan minyak di UK. Belanjawan 2001 yang dibentangkan baru-baru ini cuba berbuat sesuatu kepada kapal yang sedang terbang menjunam ini. Pelabur luar diberi peluang untuk memegang ekuiti dari 30% kepada 45%.

"The Government has also allowed foreign equity participation in the nation's airline as well as the national car industry." " (Budget 2001 - Daim)

Tetapi pengurusannya tidak boleh di apa-apakan..... patut sangatlah segala perbincangan dengan pihak luar seperti Qantas, KLM dll tidak berakhir dengan ketenangan. Dikatakanlah bahawa pihak luar mahukan kuasa atau syarat yang berlebihan...... padahal kerajaan Mahathir tidak mahu kroni disisihkan.

MAS kini berhutang lebih "RM2 billion. [Rujuk KM2: 3028, 3119] Menurut Abdul Hamid Othman:

"Tabung Haji yang merupakan pengurus dana ekonomi umat Islam terbesar di negara ini dengan aset dan dana bernilai RM8.5 bilion, ".

Nampak angkanya ngam.... tambah lagi dengan satu komen dari Abdul Hamid "pengambilalihan ekuiti dalam MAS mungkin menguntungkan...". Sekali pandang Tabung Haji boleh untung dengan tambang. Tetapi kenyataan seperti itu disanggah oleh Prof. Ungku Aziz seperti yang dilapurkan oleh Utusan. Memang benar, Danaharta kan ada, kenapa Tabung Haji pula yang kena menjadi "bulan sabit merah" untuk mengubat orang yang terluka?

Kita juga pelik kenapa Hamid tidak mengungkit masalah hidangan arak, tetapi seorang Profesor yang tidak belajar ugama setinggi Hamid dapat menghidu bau minuman yang masam itu tidak sesuai untuk Tabung Haji membeli apa-apa saham, walaupun sekadar satu lot sahaja. Inilah yang sudah berlaku bila ularmak asyik mengira keuntungan sahaja, tanpa memikirkan halal dan haramnya.

ULARMAK UMNO JANGAN MURTADKAN LUNAS LAGI

Mungkin persoalan sebegini akan menjadi satu topik hangat di Lunas nanti. Berita semalam (lihat rencana Bernama di bawah) menyebut Umno Kelantan akan menghantar 20 penceramah, hampir semuanya ularmak ke Lunas.

"The ulamas will also expose the religious deviations of PAS," kata Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, s/u AJK umno Kelantan.

Nak tergelak saya sendirian.... kenapa tidak dihantar sejak dulu lagi menanangani gejala anak-haram dan murtad di Lunas sejak Jeo Fernandez berada di situ? Bukankah wakil MIC itu pakar dalam menghasilkan anak-anak melayu yang murtad? Siapa yang mengajar membuat anak-anak haram ini jika tidak palyboy Umno di negeri Melaka yang suka gadis muda, atau hero beruban yang menangis letak jawatan, atau seorang yang bermisai yang mengatakan solat jenazah itu sunat!

Rosak!rosak! bila umno mendidik masyarakat.

Kami akan cuba berusaha untuk menerbitkan beberapa rencana Pak -MT- yang berkaitan dengan masalah Tabung Haji dan karenah pemimpin UMNO ini nanti.




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/15-11-2000/
utusan_malaysia/front_page/fp1_full.htm

Bantah Tabung Haji beli MAS -- Ungku Aziz:

Penubuhannya bukan untuk menyelamatkan syarikat tenat

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tenat, termasuk membeli Penerbangan Malaysia (MAS) kerana tujuan penubuhannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada bakal haji.

Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, sebarang pelaburan yang dicadangkan oleh lembaga itu harus diteliti secara halus kerana ia melibatkan wang simpanan rakyat.

''Tabung Haji ini bukannya Bulan Sabit Merah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang tenat, lagipun kerajaan ada banyak lagi perbadanan lain seperti Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. untuk melakukannya,'' katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdul Hamid Othman semalam yang menyatakan Tabung Haji sedia menimbang untuk membeli saham MAS jika ditawarkan selaras dengan rancangan badan itu untuk memiliki kapal terbang bagi perkhidmatan haji.

MAS sebelum ini dikenal pasti sebagai salah sebuah syarikat tempatan yang bermasalah akibat kegawatan ekonomi dengan mencatat kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Ungku Aziz disifatkan sebagai pendorong utama yang membawa kepada penubuhan Tabung Haji selepas beliau mengemukakan satu kertas kerja berjudul 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji' pada tahun 1959.

Tabung Haji ditubuhkan dengan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji pada 1 November 1962 selepas mengambil kira syor-syor yang beliau cadangkan di dalam kertas kerja itu.

Menurut Ungku Aziz, pembelian saham syarikat penerbangan bukan cara terbaik bagi Tabung Haji untuk mendapatkan tiket serta perkhidmatan yang paling murah ke Mekah.

''Dengan jumlah pelanggan tetap yang berpuluh ribu orang setiap tahun, Tabung Haji memiliki kuasa tawaran yang 10 kali ganda lebih besar dari mana-mana agensi pelancongan, jadi mereka bolehlah tarik harga,'' katanya.

Membeli syarikat penerbangan untuk mendapatkan tiket yang murah samalah seperti membeli dusun untuk memakan durian sedangkan durian di pasar lebih banyak dan murah, tambahnya.

Selain itu, ujar beliau, pelaburan di dalam MAS juga perlu mengambil kira faktor hidangan minuman keras dalam pesawatnya yang haram di sisi agama Islam sedangkan wang itu dilaburkan oleh bakal haji untuk memenuhi kewajipan Rukun Islam.

Katanya, perniagaan yang diceburi oleh MAS juga adalah satu bidang yang amat sukar dan memerlukan pengurusan yang berpengalaman bagi memastikannya memperoleh keuntungan.

''(Lagipun) dari segi teori pelaburan, ia tidak berapa baik kerana MAS sekarang dalam keadaan yang tidak begitu sihat,'' katanya.

Menurutnya, badan penasihat pelaburan Tabung Haji harus mengkaji segala aspek sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan pelabur menanggung kerugian.

Oleh: MOHD. ASUKI ABAS




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/14-11-2000/utusan_malaysia /home_news/hn4_full.htm

Tabung Haji pertimbang beli saham MAS

IPOH 13 Nov. - Tabung Haji sedia menimbang untuk membeli saham dalam Penerbangan Malaysia (MAS) jika kerajaan membuat tawaran kepadanya selaras dengan rancangan Tabung Haji untuk memiliki kapal terbang bagi perkhidmatan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, dengan adanya pegangan saham dalam MAS, ia selari dengan hasrat Tabung Haji itu untuk memiliki atau pun menyewa kapal terbang bagi memudahkan perkhidmatan hajinya setiap tahun.

''Bagaimanapun, ini semua bergantung sama ada kerajaan mahu bagi atau tidak kepada Tabung Haji untuk memiliki saham dalam MAS, yang akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan,'' katanya kepada pemberita selepas upacara perasmian bangunan Tabung Haji bernilai RM21.1 juta, di sini hari ini

Bangunan yang siap dibina tahun lepas itu mulai diduduki Jun tahun ini. Ia menempatkan pejabat Tabung Haji dan juga Mahkamah Syariah. Perasmian bangunan itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Abdul Hamid berkata, Kementerian Kewangan akan menentukan syarikat mana yang sesuai untuk memegang saham dalam MAS dan biasanya kerajaan akan memilih syarikat yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang tersebut.

Beliau juga berkata, sekiranya diminta membeli saham MAS, Tabung Haji akan terlebih dahulu memastikan pelaburan itu tidak akan menimbulkan kontroversi seperti yang berlaku sebelum ini.

Tabung Haji, katanya, pernah memegang saham dalam MAS, bagaimanapun ia terpaksa melepaskan pegangannya pada tahun 1989 secara beransur-ansur apabila timbul kontroversi di mana pencarumnya membawa isu MAS menghidangkan minuman keras dalam penerbangannya.

MAS ketika ini diterajui oleh pengerusinya, Tan Sri Tajudin Ramli, berikutan pegangan 29.09 peratus ekuiti menerusi Naluri Bhd.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan melepaskan "saham istimewa" khas miliknya dalam MAS jika ia dianggap sebagai penghalang kepada pelabur-pelabur asing yang berminat mengambil pegangan dalam MAS. - Bernama




http://www.emedia.com.my/z//
Current_News/BH/Tuesday/Business/20001114101232/


Ekonomi: Tabung Haji sedia kaji beli saham MAS

Oleh Azmi Md Deros
14 November 2000

TABUNG Haji bersedia menimbang kemungkinan mengambil alih saham kawalan Penerbangan Malaysia (MAS) daripada pengerusi syarikat penerbangan itu, Tan Sri Tajudin Ramli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman bagaimanapun berkata, cadangan pengambilalihan itu perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam yang menjadi pendeposit Tabung Haji serta memastikan semua kegiatan perniagaannya mengikut hukum syarak.

Menurutnya, ini kerana sebelum ini Tabung Haji mempunyai saham dalam MAS, bagaimanapun menimbulkan bantahan umat Islam kerana ada di antara kegiatan syarikat penerbangan itu, tidak mengikut hukum syarak, iaitu menghidangkan arak dalam penerbangan.

Berikutan bantahan itu, Tabung Haji melepaskan pegangannya dalam MAS secara beransur-ansur sejak 1989.

Abdul Hamid berkata setakat ini Tabung Haji yang merupakan pengurus dana ekonomi umat Islam terbesar di negara ini dengan aset dan dana bernilai RM8.5 bilion, belum menerima sebarang tawaran mengambil alih saham MAS itu.

?Terpulang kepada kerajaan... kerajaan nak bagi kepada siapa.

?Dulu kita (Tabung Haji) ada saham dalam MAS, tapi ada kontroversi sebab dia (MAS) hidang arak dalam pesawat yang menyebabkan ia tidak mematuhi hukum syarak dan dibantah umat Islam yang menjadi pendeposit.

?Tapi bagi kerajaan pun, mengikut dasar kalau nak bagi saham ia mesti mengambil kira pengalaman dan kemahiran dalam bidang itu (penerbangan),? katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian bangunan baru Tabung Haji Perak bernilai RM21.8 juta yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengesahkan kerajaan sedang berbincang untuk membeli saham Tajudin dalam MAS.

Tajudin menguasai 29.09 peratus pegangan dalam MAS menerusi syarikat yang dikuasainya Naluri Bhd.

Beberapa syarikat penerbangan asing dikaitkan dengan perbincangan untuk membeli ekuiti dalam MAS, termasuk Qantas Airways, SwissAir, Air France dan KLM Royal Dutch Airlines.

Abdul Hamid berkata, walaupun pengambilalihan ekuiti dalam MAS mungkin menguntungkan, Tabung Haji perlu mengkajinya secara terperinci kerana ia tidak mempunyai kepakaran, khususnya dalam pengurusan pesawat dan penerbangan.

?Bagi kita, Tabung Haji kalau setakat pegang saham bolehlah, tetapi kalau menjadi ketua atau pemegang saham majoriti mungkin sukar kerana ia memerlukan kepakaran dan pengalaman,? katanya.




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/06%2D11%2D2000/
utusan%5Fmalaysia/home%5Fnews/hn6%5Ffull.htm

Kaji beli kapal terbang di peringkat akhir - Hamid

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sedang di dalam peringkat akhir kajian berhubung pembelian kapal terbang untuk membawa jemaah haji negara ini ke Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman berkata, kajian yang dilakukan itu akan mengambil kira soal kos penyewaan dan pembelian sama ada ia menguntungkan atau sebaliknya.

''Tabung Haji sebenarnya mahu menguruskan penerbangan sendiri tetapi sama ada hendak beli atau tidak tengok kepada keadaan yang mana lebih menguntungkan,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan hari keluarga Tabung Haji di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika ini, urusan membawa jemaah haji diuruskan oleh anak syarikatnya, Tabung Haji Travel Industries Sdn Bhd (THTI) dengan kerjasama Saudi Airlines dan Air Asia.

Katanya, bagi mengurangkan kos yang semakin meningkat ketika ini, Tabung Haji juga bercadang untuk menguruskan penerbangan pengantara (shuttle flight) sendiri dengan menyewa kapal terbang dari pihak lain.

''Menguruskan penerbangan bukan bererti kita akan membeli kapal terbang. Ia boleh disewa di mana-mana untuk tujuan ini dan jangan keliru dengan cerita kita nak beli kapal terbang,'' jelasnya.

Beliau berkata, penerbangan pengantara yang mungkin dilaksanakan kelak akan dibuat di bawah THTI dan boleh digunakan sepanjang tahun untuk tujuan umrah dan lawatan.

Jelasnya, pada masa ini, Tabung Haji menyewa dua buah kapal terbang milik Saudi Airlines dan dua lagi milik AirAsia untuk membawa jemaah haji ke Arab Saudi.

''Mereka (syarikat penerbangan) yang akan menentukan tambang untuk seorang jemaah dan kita akan bayar mengikut kadar itu.

''Sekiranya pihak penerbangan mengatakan tambang dinaikkan maka jumlah ini akan ditanggung sendiri oleh Tabung Haji,'' tambahnya.

Menurut beliau, kenaikan harga minyak di seluruh dunia juga telah menyebabkan Tabung Haji berdepan dengan peningkatan kos berikutan kenaikan kadar tambang penerbangan oleh syarikat penerbangan.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi Tabung Haji memikirkan cara lain untuk mengurangkan kos sama ada menguruskan penerbangan sendiri atau membeli kapal terbang sendiri.

Menjawab kepada pertanyaan jumlah kapal terbang yang akan dibeli sekiranya kajian mendapati langkah tersebut menguntungkan, beliau berkata, jumlahnya mungkin sama seperti yang digunakan dalam operasi sekarang iaitu sebanyak empat buah.

Bagaimanapun, Hamid berkata, kajian yang dijalankan akan dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum sebarang keputusan dicapai dan sebarang perubahan hanya akan berlaku pada musim haji tahun depan.




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/04%2D11%2D2000/
utusan%5Fmalaysia/business/bs6%5Ffull.htm

Tabung Haji nafi bincang beli syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Tabung Haji menafikan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan tempatan dalam usahasamanya untuk menceburi industri pengangkutan udara.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Badruddin Kasim, ''kami belum berbincang dengan mana-mana pihak lagi.''

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan di sini untuk mendapatkan reaksi mengenai cadangan usaha sama lembaga itu melibatkan diri dalam industri pengangkutan udara secara usaha sama.

Desas-desus pasaran mengatakan Tabung Haji sedang berbincang secara tidak rasmi dengan syarikat penerbangan Air Asia untuk mengadakan usaha sama itu.

Selain Air Asia, terdapat tiga buah lagi syarikat penerbangan tempatan iaitu penerbangan Malaysia, Pelangi dan Transmile. Bagaimanapun, Tabung Haji yang menguruskan caruman wang rakyat Malaysia beragama Islam untuk menunaikan fardu haji masih belum berpuas hati dengan prestasi mereka.

Pihak pengurusan Air Asia milik DRB-Hicom Bhd. sebelum ini telah cuba dihubungi untuk mendapatkan pengesahan itu tetapi gagal.

Badruddin menambah, pihaknya sedang mengkaji secara mendalam dan terperinci sebelum membuat sebarang keputusan kerana melibatkan pelaburan yang besar dan kepentingan ramai.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan mengenai cadangan Tabung Haji mengadakan usaha sama itu yang turut melibatkan pembelian kapal terbang baru-baru ini.

Badruddin berkata, ''kajian melibatkan pelbagai aspek termasuk risiko pelaburan, hala tuju industri dan keuntungan kepada pemegang saham, sedang giat dijalankan.''

Beliau yang mengalukan pelbagai pandangan yang disuarakan oleh orang ramai setakat ini, menambah tiada jangka masa ditetapkan untuk menyiapkan kajian berkenaan.

Sebelum ini, banyak pihak melahirkan kebimbangan mereka terhadap cadangan itu yang sesetengahnya melihat sebagai tidak wajar dan diluar kepakaran Tabung Haji.

Persoalan pembabitan Tabung Haji dalam industri pengangkutan timbul apabila Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noh Omar mengumumkan cadangan lembaga itu membeli kapal terbang untuk menguruskan sendiri penerbangan jemaah haji pada masa depan.




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/31%2D10%2D2000/
utusan%5Fexpress/parliament/pe7%5Ffull.htm

Tabung Haji plans to purchase aircraft to ferry pilgrims to Mekah

KUALA LUMPUR Oct 30 - The Tabung Haji Board plans to purchase aircraft to ferry pilgrims to the Holy Land, Parliamentary Secretary to the Prime Minister's Department Datuk Noh Omar said today.

He said that the aircraft purchase was proposed as almost every year the pilgrims whose haj arrangements were handled by Tabung Haji faced various problems due to delayed flights.

"A study on the proposal was conducted three months ago to determine whether or not the new venture will be profitable because as we all know it will operate flights only once a year that is during the haj season," he told reporters at the lobby of parliament house, here.

He said that the study included the feasibility of Tabung Haji operating umrah (pilgrimage outside the haj season) flights for Muslims in the country, Singapore and Indonesia.

Tabung Haji might not proceed with the proposal if the venture was not profitable and would continue to use aircraft leased by local and foreign airlines to ferry the pilgrims to Mekah, he said.

"We have an agreement for 50 per cent of the pilgrims to be ferried by local airline Air Asia and the rest by Saudi Airlines," he said.

Noh said that Tabung Haji does not have any agreement with Malaysia Airlines (Mas) but in the event that it purchases the aircraft, a joint-venture agreement would be entered into with one of the local airlines as Tabung Haji did not have any experience in the field.

Meanwhile, replying to Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) during question time in the Dewan Rakyat, he said that up to Sept 30, this year, a total of 4.29 million depositors had registered with Tabung Haji and it hoped to have another 330,000 new depositors registered.

"If this is achieved, the total savings accumulated will be RM8.94 billion," he said.




http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/28%2D10%2D2000/utusan%5Fmalaysia/ home%5Fnews/hn7%5Ffull.htm

Tabung Haji kumpul simpanan RM2.5 bilion

MELAKA 27 Okt. - Lembaga Tabung Haji berjaya mengumpul sebanyak RM2.5 bilion simpanan daripada pendeposit di seluruh negara sehingga September lalu.

Jumlah itu hampir mencapai RM3 bilion sebagaimana yang disasarkan sepanjang tahun ini, kata Pengurus Besar Kewangan lembaga berkenaan, Datuk Md. Amin Sidek.

Selain itu, katanya, pulangan dividen yang tinggi adalah antara faktor yang menggalakkan umat Islam untuk menyimpan wang mereka di dalam Tabung Haji.

Menurutnya, tahun lepas, Tabung Haji hanya mengumpul RM2.7 bilion daripada para pendeposit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan wang zakat negeri Tabung Haji Melaka berjumlah RM615,752 kepada Pusat Zakat Melaka (PZM) di Seri Negeri hari ini.

Pada majlis yang sama Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka turut menyerahkan zakat sebanyak RM14,574 yang diserahkan oleh pengerusnya Othman Mohamad kepada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam, Datuk Nawi Ahmad.

Selain itu, Md. Amin juga memberitahu, Tabung Haji mengeluarkan zakat perniagaan sebanyak RM20.2 juta tahun ini yang diagihkan kepada pusat zakat negeri.

Wilayah Persekutuan merupakan penerima tertinggi zakat yang dibayar oleh Tabung Haji iaitu, RM4 juta diikuti Selangor RM2.8 juta, Johor RM1.6 juta dan Kedah RM1.4 juta, katanya.

Di Melaka, kata beliau, sehingga September lalu sebanyak kira-kira 58 peratus daripada 384,000 umat Islam yang layak telah membuat simpanan dengan Tabung Haji.

Jumlah wang yang disimpan dalam tempoh itu ialah kira-kira RM112, 7 juta sementara sasaran yang ditetapkan tahun ini ialah sebanyak RM119 juta, katanya lagi.

Mengenai pelaburan di negeri ini, beliau menyatakan Tabung Haji sedang mencari kawasan yang sesuai untuk melaksanakan projek-projek perumahan dan komersial.


Oleh: SOPHA SULAIMAN





http://www.utusan.com.my/content_a.asp? url=/archives/11%2D07%2D2000/utusan%5Fexpress /home%5Fnews/hn1%5Ffull.htm

Tabung Haji Investments According To Islamic Principles

KUALA LUMPUR July 10 - Tabung Haji has advised depositors not to worry about how their money was invested because all investments were made in accordance with Islamic principles.

Its investment department senior general manager Datuk Mohamad Shafie said many depositors were not clear about how their money was invested although they knew it was a form of savings to finance their pilgrimage.

He said this was partly because Tabung Haji did not publicise developments on its investments.

"To encourage depositors to save, Tabung Haji only invests in halal and viable activities which promise good returns," he told a question-and-answer session at "A Day with the Media" event at the Tabung Haji headquarters here.

As a leading Islamic investment institution, Tabung Haji would continue to strengthen its investment strategies in line with the requirements of the religion, he said.

Mohamad said as at December last year, Tabung Haji had 3.7 million depositors with accumulated savings of RM7.9 billion.

Tabung Haji has an average monthly collection of RM391 million, and this is considered encouraging.

In line with its objective of providing investment opportunities for Muslims, Tabung Haji has ventured into various fields with potential, including industries, commerce, plantation, services and property.

He said Tabung Haji planned to set up eight more palm oil mills which could cater to the output from 83,000 hectares of plantations in Indonesia.




http://news.catcha.com/my/content.phtml? 1&010&&utusan.cgi&story=fp20001117_8&paper=

Kelantan Umno to send ulamas to Lunas

KOTA BAHRU Nov 15 - The Kelantan Umno Liaison Committee will send a team of 20 speakers mostly ulamas to campaign for the Barisan Nasional in the Lunas state by-election later this month.

Its secretary Datuk Ahmad Rosli Ibrahim said they would join more than 100 Umno members including those from Wanita Umno and Umno Youth to help the BN candidate.

Nomination for the Lunas by-election has been fixed for Nov 21 and polling will be on Nov 29.

The seat fell vacant following the death of its assemblyman Dr Joe Fernandez. He was shot dead by unidentified gunmen in Bukit Mertajam on Nov 4.

Ahmad Rosli said the speakers would highlight the Kelantan Government's weaknesses in the area of providing for the people and bringing development to the state.

"The ulamas will also expose the religious deviations of PAS," he said.

The Kelantan MCA had also prepared a team to help the BN campaign.

Its Deputy Chairman Leong Sue Siang said his party would expose the losses to the people of Kelantan in the last 10 years in terms of missed development opportunties.

"We will ask the Lunas people not to vote for the opposition as it is incapable of bringing development," he said.

Meanwhile Kelantan PAS would send more than 100 of its members to help in the opposition campaign.

Kelantan PAS Secretary Wan Ismail Wan Jusoh said the PAS team would be in Lunas from Nov 21 till 29.

He claimed that the use of the new electoral roll would provide several advantages to the opposition candidate.

According to the roll, the Lunas constituency has 26,746 voters including 29 postal voters, 565 more than in the previous roll.

Meanwhile in KANGAR, Perlis Barisan Nasional will send a 1,500-strong team to Lunas early next week to help with the BN campaign in the by-election there.

Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim, who is Perlis BN chief, said more people would be sent if needed.

"We will counter the allegations the Opposition are expected to make when campaigning," he told reporters after chairing the State Executive Council meeting today.

Shahidan said Perlis BN's contributions to the BN campaign would not be hampered by the fact that the State Legislative Assembly would be in session next Wednesday which is also Nomination Day for the by-election.

He said BN leaders who had to attend the assembly sitting could go to Lunas in the afternoon.