Laman Webantu KM2A1: 3233 File Size: 12.5 Kb * |
Umno Tidak Ada Tempat Utk Golongan Muda By Amin Sapiro 16/11/2000 9:47 pm Thu |
UMNO TIDAK ADA TEMPAT UTK GOLONGAN MUDA
[Catatan dari sorotan akhbar di Utusan Malaysia 16/11/2000 dibawah]
RUNGUTAN, kritikan dan bantahan ahli biasa terhadap karenah buruk
kepimimpinan UMNO di semua peringkat tidak lagi seperti ?api dalam sekam?.
Kini asap yang berkepul-kepul dulu telah nampak marak dan kian menjulang.
Cahayanya telah memancar ke seluruh pelusuk negara.
Peristiwa Jln Kebun dan urutan kesah yang didedahkan kepada rakyat menjadi
?batu sempadan? yang menyebabkan Mahathir dan jongos-jongosnya tidak
lelap tidur siang malam!! Iltizam rakyat - Tahun 2004 akan dijadikan tarikh Mahatir diheret ke muka
Pengadilan Rakyat. Segala proses mengembalikan hak-hak rakyat akan
dimulakan. Itu nawaitu pergerakan menumbangkan UMNO; bukan setakat
menyingkirkan Mahathir saja..!! Kesan Pindaan Perlembagaan Pergolakan negatif yang dialami dalam UMNO kini adalah kesan dari pindaan
Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh puak yang berkepentingan dalam
UMNO. Penyokong UMNO sendiri sudah mulai insaf bahawa pemimpin UMNO
menyokong karenah busuk Mahathir semata-mata untuk membolehkan mereka
berpaut kepada kuasa. Sudah difahami, perbuatan mereka bertujuan untuk menjamin kedudukan dan
kepentingan mereka. Persekongkolan mereka makin melampaui batas politik -
malah sudah mula jual negeri dan bangsa. Mereka sanggup menggadai
agama!! Dengan mengistiharkan ?pemilihan 5 tahun sekali? bermakna pucuk pemimpin
UMNO menafikan demokrasi dalam UMNO dan membolehkan mereka merintis
satu dinasti Diktator yang berkekalan sampai mati.
Penyokong UMNO tidak menyalahkan 100% ketua peringkat Cawangan yang
berprinsip kotor, tamak dan rakus itu. Dr. Mahathir Mohamad sendiri sebagai
Presiden parti telah menunjukkan ?sample? perangai yang cukup hodoh,
tamak-haloba paling keji; seolah-olah ia boleh buat apa saja. Beliau
mengisitiharkan dirinya menang tanpa dipertandingkan. Begitu juga
Timbalannya, Datok Seri Abdullah Bedawi.
Paling mengaibkan UMNO lagi ialah arahan Dr. Mahathir yang memaksa
pindaan Perlembagaan parti supaya diri beliau dan beberapa kroni dalam
MKT dikekalkan menduduki kerusi masing-masing selama 5 tahun. Kesannya,
UMNO telah ?terjun lubok? seperti juga Luncai yang terjun dengan
labu-labunya. Ini menyebabkan golongan muda dan karyawan telah hilang minat terhadap
UMNO. Mereka memutuskan bahawa UMNO adalah parti Melayu yang cuma
"cantik diluar tetapi paling hodoh penuh konspirasi di dalam". Dasar Mahathir
dan kroni politik yang mengampu beliau sudah dibeli ?cheap sale? seperti
?pasar borong?!! Keadaan yang timbul kebelakangan ini makin parah. Penyokong UMNO sendiri
telah hilang keyakinan kepada parti. Kini mereka sendiri sudah merancang
untuk beriltizam mensabotaj UMNO dari dalam di pilihanraya 2004. Sekaligus
dengan itu BN akan kecundang. Mereka mahu UMNO/BN terlongkop habis.
Itu sebab Perhimpunan Jln Kebun adalah disertai bukan sahaja oleh
penyokong BA dan Reformis. Malahan penyokong UMNO sendiri telah keluar
dari ceruk rantau seluruh negeri Selangor sebagai menyokong wadah rakyat
dari parti Pembangkang. Mahathir sudah kacau-bilau dan merapek dalam
tidur!! Bermakna Dr. Mahathir telah menggali kubur ?berliang besar? untuk UMNO.
Tarikh 2004 adalah pengistiharan bahawa ?UMNO, dengan secara resminya
akan terhapus dari muka bumi Malaysia tanpa sebarang kesan?..!!
Puteri UMNO @ ?Puteri Disko Dangdut?
Puteri UMNO yang diwarwar Dr. Mahathir cuma layak dijadikan ?Betina Seri
Panggung? untuk sesi ?Joget moden? dan ?Disko Dangdut?. Mungkin Azalina
Said sedang merancang sesi ?Mandi Buih? bersama ?Sister in Islam? yang
lebih mirip kepada ?Sister In Sin?.
Mak Cik-Mak Cik Wanita UMNO yang dibayangi oleh Rafidah Aziz pula
diberitakan: dalam senyap telah memulakan kempen ?Perang Saraf? terhadap
?Puteri UMNO?. Hasilnya, sesi ?lempar selut? makin menjadi-jadi.
Alhamdulillah? ini memberi petanda bahawa riaksi sesama mereka
menyegerakan nazak UMNO menarik nafas terakhir. Kain kafan sedang
disediakan oleh Barisan Alternatif (BA).
Pemuda UMNO Makin Pondan PEMUDA UMNO yang diketuai oleh Hishamuddin semakin ?aw-aw?. Itulah
kesan dari mabok mengogok ?Anchor? dan ?Guiness Stout cop kepala Anjing?
UMNO. Nawaitu arwah Datuk dan Ayahnya sudah terkikis dari lubuk hatinya.
Sekarang beliau menadah tempurung minta sedekah kepada Mahathir -
pendatang haram!! UMNO Bahagian Senai di Johor (antara yg jelas) telah hilang kepercayaan
kepada MB, dan membantah kepimpinan UMNO yang semakin ?biadap dan
kurang ajar? dibawah kepimpin Mahathir Mohamad. Itu contoh saja. Ada
ratusan Bahagian lagi yang sudah menetang dalam senyap.
Sudah ada didengar kes-kes pemimpin UMNO sendiri sanggup membelasah
pemimpin UMNO sendiri dengan carut-marut dihadapan Pembangkang. Krisis
keyakinan dalam UMNO sudah terang-terang menyerang bagai kanser
memamah ?spinal cord? tulang belakang UMNO.
Gejala penentang dari dalam begitu telah menunjukkan satu trend yang
menyebabkan UMNO tidak mampu lagi bertahan. Ada diantara mereka yang
terang-terang menyebelahi Pembangkang. Mereka tidak peduli walau
dikenakan tindakan disiplin dan ?buang dari parti? - waima di ISAkan seperti
DS Anwar. Kesan Isu Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya?
Penyokong UMNO (tidak kira tua-muda, kaum bapa) makin insaf bahawa
nawaitu Dr. Mahathir memimpin UMNO dan Kerajaan makin jelas sebagai suatu
Agenda Mega beliau yang terancang sekian lama.
Mahathir memutarbelitkan fakta Royalti minyak dan merampas Putera Jaya hak
rakyat Selangor semata-mata untuk kepentingan beliau dan Kroni beliau saja.
Dibelakang Mahathir sekarang berderet puluhan juruperunding luar negara dan
kroni Cina tempatan dan segala bangsa yang berpotensi menjadi kaya jutawan
segera. Mereka memberi pelbagai cadangan dan proposals untuk mengaut
keuntungan dari pengistiharan Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya? itu.
Mana muka orang Melayu? Mana muka pemimpin UMNO yang mendabek
dada kununnya berWIBAWA dan berWAWASAN?
Siapakah yang ketawa Putera Jaya sudah dijual murahan? Mungkin mahal lagi
?kembung busuk di Pasar Malam?. Inikah UMNO yang memperjuangkan hak
dan ketuanan Melayu? Untuk mengabui mata orang Melayu, Mahathir merancang menggunakan DUN
yang disogok dengan pelbagai macam rasuah. Putera Jaya, negeri Selangor
dan Khir Toyo hanya sample saja - sebagai permulaan.
Mahathir merancang untuk ?mewilayah-persekuankan? beberapa daerah
strategik lagi. Ada 6 lagi di Selongor setakat yang diketahui.
Jangan tak tau, orang Melayu di Pahang, Kedah (Langkawi), Johor dan Perak
kenalah berwaspada. Jangan jadi ?Pak Kadok - menang sorak kampung
tergadai?. Hangpa syik bersorak sokong UMNO - hangapa tak tau, seluaq
dalam hangpa dah pun tergadai!! Mahathir tergelak, hangpa cuma gentel
misai!! Padan muka hangpa!! Mana-mana pihak yang enggan bekerjasama telah diugut dengan pelbagai
ragam. Makin tepatlah tafsiran orang ramai sekarang - ?peluru hidup? yang
diterima Khir Toyo datang dari siapa. Itulah cara ?kilas tangan? paling busuk
yang bermain ?dalam gelap?. Akhirnya Wilayah Persekutuan ?Putera Jaya?
habis kena SONGLAP!! Penyelesaian Muktamad Ada puak yang mentarbiahkan nawaitu ?Hidup mati kerana UMNO?. Tetapi
mereka tidak sedar bahawa ?yang mati itu ialah orang Melayu yang
menyokong UMNO, dan yang hidup itu pula HANYALAH Mahathir, anak
beranak dan Kroninya saja?. Melaponglah zuriat kalian.
TETAPI, demi kesejahteraan bangsa dan negara, pemimpin Barisan Alternatif
akan terus berusaha menyedarkan rakyat (khususnya orang Melayu) melalui
ceramah dan penerangan. Makin nampak sekarang kejayaan Perhimpunan Jln
Kebun memberi impak keberkesanan paling ketara kepada rakyat. Perhimpunan
?Sejuta Rakyat? diberitakan akan diteruskan mengikut agenda.
Mahathir Gerun Kepada ?Hantu Kubur?nya
Ketakutan Mahathir usah ditafsir sebagai ?ketakutan UMNO atau orang
Melayu?. Kerana, UMNO sebenar sudah tidak ada lagi. Ia cuma
bayang-bayang momokan Mahathir sengaja bertujuan untuk mengkacaubilau
dan mengelirukkan minda orang Melayu saja.
UMNO ?Baru? adalah kelompok barua-barua Mahathir semata-mata.
Jumlahnya boleh dibilang dengan jari saja. Mereka yang ditonggokkan di
kerusi empuk berjawatan Kerajaan bukan lagi berkhidmat untuk menjamin nasib
orang Melayu. UMNO sudah jadi ?Kuda kayu? dan pemimpin UMNO sedang menari ?Kudang
Kepang?. Mereka menari mengikut rentak sambil Mahathir memukul gendang.
Mereka sanggup jadi ?barua murahan? untuk menjamin kepentingan diri
mereka, Mahathir dan Kroninya sahaja. Mereka sanggup jual tanahair, bangsa
dan agama!! Itulah UMNO sebenar!! Insaf dan usahakankan sungguh-sungguh penuh yakin dan tawakal bahawa
?MENUMBANGKAN regim Mahathir dalam tahun 2004 adalah satu
KEMESTIAN. Itu saja cara bagi menjamin negara ini kembali dimerdekakan,
dan kehidupan sejahtera zuriat yang akan datang akan terpelihara mengikut
rencana kita - orang Melayu?. Pasti BA berjaya dan UMNO/BN gagal!! Rujuk: http://www.utusan.com.my/content_m.asp?
url=/utusan/today/Utusan_Malaysia/Forum/fo2_full.htm
Pemimpin cawangan dengarlah suara golongan muda
Saudara Pengarang, LUAHAN yang telah dibuat oleh Doktor Zubaidi Ahmad dan Zulqafar Wan
Haniff dalam ruangan forum mendorong saya untuk bersuara kerana apa yang
telah dipenakan oleh kedua mereka menggambarkan keadaan sebenar UMNO
di sesetengah cawangan dan bahagian. Masih ada di kalangan ketua-ketua cawangan yang menganggap golongan
muda dan kehadiran orang luar kawasan sebagai faktor yang boleh menggugat
kedudukan mereka. Sepatutnya golongan yang lebih berumur akur bahawa golongan mudalah
yang bakal menggantikan mereka suatu hari nanti. Kehadiran orang luar dari
kawasan tersebut juga tidak diterima dan mereka tidak diberikan peluang
memegang jawatan penting dalam cawangan hanya kerana golongan ini ''tidak
memahami keadaan setempat'' cawangan tersebut.
Untuk menyingkirkan golongan ini, surat panggilan ke mesyuarat juga tidak
pernah sampai kepada ahli-ahli yang bermastautin di luar kawasan mereka.
Ada pula di antara ketua cawangan yang lebih suka menaja jawatan untuk
mendapatkan peluang perniagaan. Mengumpul kekayaan lebih penting bagi
mereka daripada berkhidmat untuk masyarakat setempat.
Memang benar apa yang telah diluahkan oleh Zulqafar. Aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan oleh cawangan-cawangan lebih berupa acara
kalendar hanya untuk ahli-ahli UMNO dan tidak memberi manfaat kepada
masyarakat setempat secara menyeluruh.
Kalau untuk pemuda, mainlah bola sepak dari mula hingga akhir tahun dan
untuk wanita pula tidak habis-habis dengan lawatan ke sana-sini. Untuk
ahli-ahli cawangan pula buatlah rombongan di akhir tahun ke Pulau Langkawi
dan sebagainya. Itulah sahaja perjuangan di peringkat cawangan UMNO yang ada, sedangkan
pihak pembangkang sentiasa membuat persediaan untuk pilihan raya yang
akan datang. Jentera pilihan raya mereka aktif sepanjang masa sebelum dan
selepas pilihan raya. Saya harap, UMNO di peringkat bawahan akan memainkan peranan yang
lebih positif dalam membangunkan masyarakat dan membantu mereka yang
perlu tanpa memilih bulu. Perjuangan UMNO bukannya terhad kepada ahli-ahli UMNO dan orang-orang
Melayu sahaja. Kalau ada sumbangan untuk mangsa bencana, janganlah
dipandang fahaman politik dan warna kulit mangsa.
Golongan muda jangan dianggap sebagai lawan dan ahli dari luar jangan dianggap tidak layak memberi buah fikiran. Ubahlah ketetapan minda yang negatif itu agar UMNO boleh diterima semula oleh semua. - KAPT. (B) ABDUL RAHMAT OMAR TUN MOHD. HANIFF. |