Laman Webantu KM2A1: 3220 File Size: 7.1 Kb * |
Pak MT Teruslah Menulis Lagi By Minda Pembaca 15/11/2000 8:54 pm Wed |
Berikut adalah satu emel yang dikirim oleh seorang
pembaca untuk Pak -MT-. Ia dipaparkan di sini kerana persoalan yang sebegini
kerap muncul berulang kali di kantung emel. Oleh itu
mungkin elok jika dijawab secara terbuka supaya reda
sedikit emel yang mencurah tiba. ====----==== Saya mencari artikel ayahnda dimana Teruslah menulis ayahnda, mudah-mudahan
usaha tersebut diberkati olehNya. Kami si anak muda senantiasa bersama [Ejaan asal emel ini sengaja tidak diubah
untuk mengekalkan keasliannya] JAWAPAN Anakku Ydh: Pertamanya diucapkan terima kasih kerana menulis satu coretan
yang amat mengharukan. Saya diamanahkan untuk menjawab bagi
pihak sdr -MT-, oleh itu diharapkan jawapan yang tidak seberapa
ini dapat menemukan sesuatu yang tercari selama ini.
Tulisan Pak -MT- boleh didapati di laman-laman berikut:
Setiap orang yang membelai atau menyukai
sesuatu selalunya memberi pelbagai tumpuan
atau kasih sayang kepada 'objek' tersebut.
Dia sanggup mengembara beribu batu untuk
mencari si dia itu. Atau berenang mengharungi
tujuh lautan seandainya perlu. Walaupun dia mungkin cuba menafikannya dengan
pelbagai penafian atau coretan, ia masih belum
mampu untuk menidakkan sangkaan. Sebab itulah
ada yang bercerai tetapi masih terasa sayang
dan ada yang pergi tetapi kehadirannya masih
terasa lagi. Kemuncaknya terserlah bila
ia memberi satu nama manja kepada sidia yang
dikasihi itu. Sidia itulah tulisan yang dirasakan dapat
menyemai sesuatu yang menggelegak di dalam
diri. Dirasakan dahaga lagi walaupun sudah
diminum acapkali. Soalnya, sampai bilakah
ia harus menjadi sebegini? Sebenarnya "Marhain" di dalam diri kita
itu masih belum cukup "tua"nya lagi. Ia belum
dijirus dan dibaja secukupnya. Akhirnya ia
layu bila musim kelmarau dan segar bila
hujan, ribut dan petir datang bertalu.
Ayahanda tidak bisa untuk menjadi hujan
sepanjang waktu. Air itu terpaksa dihimpun
terlebih dahulu dengan sedikit tenaga yang
sudah kerap mogok dimamah usia. Tambah lagi
dengan jejari yang sudah sukar menulis
sekuat jiwa yang mengguris. Walaupun begitu
sungai dan lautan tetap ada untuk mengisi
ilmu di dada. Kita perlu mengembara untuk
mengail harta yang hidup di dalam dasarnya.
Di sana ada lebih ramai "marhain tua",
malah ia mungkin hidup di dalam diri Perjalanan anakanda yang begitu jauh itu sebenarnya
cuba berbuat sesuatu pada jiwa yang asyik diasak
pelbagai karenah dan sorak pihak-pihak tertentu.
Kesibukkan kota raya pula sering mengganggu kita,
tambah lagi pemukauan minda yang diulang-ulang
sehingga jembalang itu akhirnya menjadi tuan
dibenak teman dan taulan. Akhirnya ramai yang
tertewas walaupun perang masih belum reda.
Saya memilih untuk menjawab secara perlahan
dan sedikit panjang. Ia terpaksa ditulis agak
panjang kerana air yang deras tidak akan dibiarkan
mengalir dengan senang oleh manusia yang berhati
setan. Sebaliknya air yang mengalir perlahan tidak
dapat dikesan, atau sengaja dibiarkan. Akhirnya kondo
yang mewah pun tumbang..... bila air itu mengalir
secara diam dan perlahan. Disinilah kita bila setiap
ruang bersuara itu dicengkam. Kita sudah maklum hujan itu rahmat untuk alam.
Ia berlaku akibat satu putaran alam yang
terancang oleh Tuhan Semesta Alam. Dalam
kitaran itu berlaku pelbagai perubahan
bentuk dan sifat air yang meragam. Bila panas dan terik air itu menjadi ringan untuk
naik menjadi awan. Proses tersebut menyulingkan
air dari kotoran yang asyik melekat dari dalam.
Awan itu nanti akan berarak mengikut arus yang
bergerak yang menemukan ia dengan rakan jauh dan
dekat. Akhirnya rakan dan teman itu turun ke
destinasi yang ditetapkan bila muatan sudah sarat
dan terlalu berat. Jadilah ia apa yang selalu disebut
sebagai hujan. SIFAT AIR YANG TIMBUL TENGGELAM
Hujan itu sebenarnya menggambarkan sifat air
yang senang merubah bentuknya bila dihimpit
oleh faktor dan keadaan. Air tersebut asyik
naik dan asyik turun, tetapi tidak semua yang
turun itu naik dengan segera. Sebahagian darinya akan memasukki perut bumi.
Ia mencelah batu batan dan akar-akar pohon,
sehingga batu yang tajam pun menjadi tumpul
dan pohon yang layu menjadi segar lagi rendang.
Akhirnya aliran air itu akan bertemu kembali
menjadi mata air yang kaya dengan mineral
sehingga manusia sanggup menggali perigi
untuk menjualnya. BIAR AIR ITU MENYERAP PERLAHAN Begitu jugalah perjuangan kita. Dalam perlahan
dan dalam kesabaran itu kita sebenarnya sedang
menuju kemenangan. Jangan sedikit kesukaran dan
kelmarau menidurkan kita untuk tidak berusaha.
Biarkan air itu mengalir jauh dicelah-celah batu
dan akar-akar kayu. Jangan biarkan ianya terbuang
sederas arus yang berlalu. Nanti air itu akan hilang
untuk kembali untuk menjadi awan. Maka terpaksalah
kita menunggu lagi musim hujan... Sekian, Salam Hormat. b/p Pak -MT- - Wartawan Pencen - |