Laman Webantu KM2A1: 3217 File Size: 25.7 Kb * |
Siri 9 YTDT: Antara AirMata dan AirMuka By Marhain Tua 15/11/2000 11:41 am Wed |
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai
Bab: 9 [Rencana ini umpama satu larian 'sukan' jarak jauh. Sepanjang
perjalanan itu akan terserlah gelagat mereka yang berlari siap
dengan pakaian seragam kemeja-T berhias gambar diktator tua yang asyik
mereng kekanan dan kekiri. Akhirnya mereka tewas kerana leka diri, tetapi
menyalahkan pengadil dengan tuduhan berkonspirasi!-Editor]
ANTARA AIRMATA DAN AIRMUKA Kita tentu mudah merasa simpati dengan Majlis Olimpik Malaysia yang gagal
memenangi hak penganjuran Sukan Asia 2006 dalam pemilihan yang diadakan
sempena perhimpunan agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di Pusan, Korea Selatan.
Berkecailah segala usaha yang rancak diusahakan oleh Hishamuddin Hussein
sebelum itu. Yang tinggal hanyalah kenangan kepada beberapa majlis yang
dilancarkan seperti larian satu juta manusia yang difikirkan dapat menjadi
asas kuat mempengaruhi golongan yang membuat pilihan.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Imran Tunku Jaafar
dirakamkan mengalirkan airmata kerana tidak dapat menahan kesedihan
sebaik mendengar keputusan. Sementera itu bekas presiden MOM, Tan Sri Hamzah
Abu Samah, yang merupakan penasihat seumur hidup MOM telah melenting dengan
menuduh adanya satu konspirasi dalam penganugerahan Doha, Qatar sebagai
penganjur Sukan itu. Kerana Wang Kuala Lumpur Tersingkir?
Persidangan tahunan yang diadakan di Pusan terpaksa membuat pilihan di
antara empat bandar yang memohon untuk menganjurkan Sukan Asia 2006 itu;
Kuala Lumpur, Hong Kong, New Delhi dan Doha. Ada dua pusingan pemilihan
yang dilakukan. Pada pemilihan pertama, Kuala Lumpur mendapat 13 undi, Hong
Kong mendapat 6, New Delhi mendapat 2, sementara Doha mendapat 20 undi.
Dalam undian kedua, Doha menerima 22 undi manakala Kuala Lumpur 13 dan Hong
Kong 6. Sebaik sahaja keputusan dibuat, timbullah beberapa cemuhan terhadap
pemilihan Doha itu kerana pihak Malaysia memikirkan Kuala Lumpur "mempunyai
semua fasiliti dan pengalaman untuk menganjurkan sukan itu". Malahan kalau
kita ambil kata-kata Tan Sri Hamzah Abu Samah, Tengku Imran dan juga Dato
Hishamuddin kita boleh rakamkan beberapa ejekan dan kesalan yang berbunyi
begini; " apakah yang ada pada Qatar sedangkan penduduknya hanya seramai
100,000 orang dan belum pun mempunyai fasiliti untuk menampung keperluan
sukan yang besar itu. Cadangan kami adalah yang terbaik dan sayangnya tidak
ada sambutan. No applause. Why.....! (Kenapakah tidak ada sambutan?) Ini
sudah sah tentu ada konspirasi dalam perkara ini yang menyebabkan kita
kalah...!" Mengapa Doha? Itulah pertanyaan yang mencetuskan seribu persoalan. Kita
telah diberitahu betapa bandaraya itu disifatkan tidak layak menjadi tuan
rumah kerana saiz keluasannya kurang fleksibel untuk mengelolakan temasya
yang besar. Apa yang lebih menjadi persoalan, bandaraya itu turut tidak
menggalakkan pembangunan sukan wanita dan berdasarkan rekod kejohanan
antarabangsa yang dikelolakan sebelum ini, semuanya kurang mendapat
sambutan. Kemudahan sukan terutama sekali kompleks sukan yang mampu
menampung penyertaan jumlah perserta yang ramai belum terbina lagi. Malahan
bandaraya itu belum teruji dalam menjayakan kejohanan sukan bertaraf
antarabangsa. (Inilah hujah kelentongan Malaysia).
Jadi, bagaimanakah 22 daripada 41 perwakilan OCA memilih bandaraya itu
untuk menjadi tuan rumah? Kita sengaja menonjolkan isu sukan kali ini dalam penulisan untuk membuka
minda orang kita terutama sekali orang Melayu akan segala rahsia yang
mungkin tersorok di sebalik kegagalan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Asia
2006 itu. Kegagalan itu tidak semestinya dipandang daripada sudut sukan
semata-mata kerana ia ada hubungkait dengan pergolakan politik di negara ini
yang memang menjadi penelitian orang sukan di seluruh dunia.
Secara persendirian, saya memang bersimpati dengan MOM kerana kegagalan
mereka tetapi saya amat menyokong pendapat Setiausaha Agung Jawatankuasa
Sukan Qatar, Saoud Khalid Ali Al Thani yang berkata; "Selaku pemimpin
sukan, acara penganjuran Sukan Asia ini harus bergerak dan kita mesti
memerangi usaha mengkomersialkan sukan tersebut." Kalau perkara ini menjadi
saranan dan perakuan ramai pemimpin sukan di Asia, tidak hairanlah kenapa
Malaysia gagal dalam usahanya. Cuma kita mahu tahu apakah ahli MOM tidak
menyedari lebih awal akan persepsi masyarakat pemimpin Asia mengenai hal ini?
Ketika pengadilan dibuat untuk pilihan muktamad, Doha juga merupakan penganjur sidang kemuncak Persidangan Negara Islam (OIC) ke-9. Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad turut menghadiri persidangan itu (mungkin untuk kali terakhirnya) di mana dia telah berucap untuk mengajak seluruh umat dan negara Islam bersatu serta menunjukkan pendirian yang teguh tanpa kompromi dalam mempertahankan status tanah suci Al-Quds-Al-Sharif dan rakyat Palestin daripada kekejaman Israel. Mahathir mengegaskan:
Ucapan Mahathir itu bertajuk: "Islam dan Globalisasi". Intipati ucapannya
itu bukannya sesuatu yang baru, kerana itulah yang dilaung-laungkannya
selama ini sejak dua tahun yang lalu seolah-olah ia boleh merupakan satu
mainan tep rekorder, kalau dia mahu. Seperti yang kita lazim mendengarnya,
ada beberapa patah ayat yang diucapkannya itu yang mengandungi sindiran,
ejekan dan juga rayuan agar negara Islam yang kaya memikirkan untuk datang
melabur ke Malaysia. Ia memberi penekanan terhadap pelaburan asing secara
langsung (FDI) yang kini merupakan satu hambatan yang mengecewakan kamajuan
ekonomi Malaysia. Ucapan Mahathir dalam OIC memang satu ketika dulu dianggap sebagai 'suara
keramat' untuk membawa kesedaran di kalangan orang Arab khasnya. Kerana itu
dia kerap menggunakan bahasa yang tajam dan nada yang berbisa untuk
menggerakkan semangat mereka. Tetapi, Mahathir sudah biasa dengan OIC
seperti juga OIC sudah lama lali dengan Mahathir, sejak 20 tahun yang lalu.
Apa pun yang Mahathir ucapkan dalam persidangan OIC itu, ia seolah-olah
masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sudah menjadi tabiat dan
budaya orang Arab kurang mendengar nasihat orang yang bukan berdarah Arab.
Apatah lagi ucapan seorang yang beragama Islam daripada Tenggara Asia. Semua
kuasa besar sudah lama memutarkan minda orang Arab itu agar menerima
pandangan dan nasihat hanya daripada mulut orang kulit putih, tidak kiralah
kalau orang putih itu beragama bukan Islam.
Ketibaan Mahathir di lapangan terbang Doha itu telah disambut oleh Emir
Hamad bin Khalifa al-Thani. Beliau tentu berasa bangga menerima kedatangan
Mahathir kerana menyangkakan apa yang akan diucapkan oleh Mahathir itu
adalah satu bahan yang baik oleh media asing. Kalau diharapkan orang Arab
menuturkan kata-kata kesat untuk menyindir pihak negara yang besar-besar,
memang merupakan satu perkara yang sukar. Lagipun, dalam persidangan yang
sama Presiden Iran Mohammad Khatami telah membuat ucapan yang sungguh keras
mahukan seluruh ummah menyokong Palestin menentang Israel.
Oleh kerana delegasi daripada Mesir dan Turki mengambil pendirian berlembut
dengan kuasa besar, kehadiran Mahathir yang mengutarakan dimensi ucapan yang
sealiran dengan Presiden Iran itu membuatkan persidangan itu dipenuhi oleh
pemberita asing. Pemberita asing pun sudah lali juga dengan ucapan Mahathir.
Mereka sudah simpan contoh ucapannya itu sejak dulu-dulu lagi. Cuma kali
ini, bilangan mereka tidak seramai yang dijangkakan disebabkan tecetusnya
peristiwa dunia yang lebih menarik dan lebih besar daripada tarikan yang
diberikan oleh persidangan OIC itu. Lagipun, laungan mengganyang Palestin
oleh para pemimpin kepada 1.2 bilion ummat Islam tentunya tidak lebih
menarik daripada peristiwa sebenar di mana sekurang-kurangnya dua orang
Palestin mati setiap hari. Apatah lagi kalau senjata yang mereka gunakan
hanyalah batu dan lastik sedangkan pihak lawan menggunakan senjata yang
tercanggih di dunia. Namun demikian kita tahu Mahathir merasa lebih selesa kali ini di persidangan OIC itu kerana beberapa sebab:
Dengan memilih Sharjah sebagai pusat baru khidmat kargonya, MASkargo telah
menamatkan satu usaha yang sungguh lama dengan lapangan terbang Dubai. Tidak
ada sebarang cerita sebenar yang dapat kita petik dalam pemindahan ini
melainkan beberapa alasan yang dikatakan menarik yang diberikan oleh
pengerusi Lembaga Lapangan-terbang Sharjah (SAA), Sheikh Abdullah bin
Mohammad Al Thani. Yang paling menonjol dirakamkan oleh akhbar tempatan
ialah kata-kata ketua pengarah SAA yang menyebut betapa:
"Agents are begging for space to Europe at Sharjah. This is a big
opportunity for MASkargo. Sharjah provides better connection with the
Middle East, CIS (Commonwealth of Independent States) and African markets.
Sebenarnya MASkargo sudah lama beroperasi di Dubai. Ia mempunyai satu Boeing
747-400F dan 5 Boeing 747-200F dan beroperasi dengan pengkalan tercanggihnya
di KLIA untuk terbang ke Melbourne dan Jarman. Dubai dan Sharjah adalah dua
lapangan terbang yang sungguh dekat, laksana Port Dickson dan Melaka. Oleh
kerana Sharjah tidak mempunyai hasil yang besar daripada minyak, ia banyak
bergantung kepada cukai perkhidmatan yang dapat diraih daripada lapangan
terbang itu. Lagipun pelabuhan di Sharjah (Port Khalid) tidak mampu
menandingi kecanggihan Pelabuhan Rashid kepunyaan kerajaan Dubai yang
terkenal sebagai salah satu pelabuhan yang mempunyai kemudahan RORO untuk
perkapalan kontena. Malahan, Port Rashid mempunyai kemudahan membaikki kapal
dengan wujudnya Dubai Drydock Repairs (pengurus kanannya ialah seorang
anak Melayu Singapura). Dari situ kita boleh mengambil iktibar bahawa pemindahan MASkargo ke Sharjah
adalah bersifat menjimatkan kos kerana sudah tentu Dubai mengenakan kos
perkhidmatan yang lebih tinggi lagi. Kalau pemindahan itu disebabkan alasan
kecanggihan pelabuhan Khalid seperti yang disiarkan oleh akhbar tempatan, ia
adalah satu berita songsang kerana di Dubai terdapat juga satu pelabuhan
yang dinamakan Jabel Ali Port. Inilah pelabuhan yang terbesar dibina
manusia dengan kemudahan lebih 75 kapal boleh berlabuh di tebingnya dalam
satu waktu. Pelabuhan ini pada asalnya dibina untuk memberikan kemudahan
membaik-pulih kapal perang Amerika ketika perang Teluk dulu. Tetapi, usaha
ini terbantut apabila Kerajaan Ayatollah Khomeni mengeluarkan satu amaran
untuk mengebomnya kalau perkara itu dilaksanakan.
Kita merakamkan tiga peristiwa yang menarik dalam artikel ini untuk
dijadikan satu iktibar oleh generasi akan datang. Majlis Olimpik Malaysia
gagal merebut peluang menjadi tuanrumah Sukan Asia 2006. Kegagalan itu
disambut oleh orang yang dikatakan berpelajaran dan berpangkat tinggi dengan
tuduhan terbuka adanya konspirasi dalam pemilihan itu. Peristiwa yang kedua
ialah saranan Mahathir Mohammad di Doha agar negara Islam memberikan
penekanan kepada bidang IT. Tetapi, kalau dia sedar akan keistimewaan dan
kepentingan bidang ilmu itu, kenapakah dia tidak melakukannya di luar
bandar dan di kalangan masyarakat Melayu di negaranya sendiri. Kenapakah
beliau memberi penekanan kepada pembikinan projek mega yang membazirkan wang
rakyat sedangkan sebilangan besar wang itu boleh memajukan industri IT di
luar bandar dan di kalangan masyarakat Islam di negara sendiri? Peristiwa
yang ketiga ialah pemindahan MASkargo daripada Dubai ke Sharjah dengan
segala maklumat songsang mengenainya yang difikirkan dapat menipu rakyat
juga. Senjata utama Majlis Olimpik Malaysia yang dikatakan paling hebat dan mantap
itu ialah menggunakan "reputasi serta pengaruh Perdana menteri Mahathir
Mohammad selaku antara pemimpin ulung dan dihormati di Asia untuk meraih
undi." Hishamuddin begitu yakin bahawa reputasi itu mampu memainkan peranan
yang penting untuk mempengaruhi orang luar memilih Malaysia. Dalam hal ini
saya ingin memetik dan merakamkan kata-kata Hishamuddin Hussin:
"Saya sendiri akan menyampaikan taklimat itu bersama-sama Tunku Imran Tunku
Jaafar (Presiden Majlis Olimpik Malaysia) dan Tan Sri Kamarruzzaman Shariff
(Datuk Bandar Kuala Lumpur). Dalam taklimat itu nanti menerusi tayangan
video kita akan menyampaikan mesej daripada Perdana Menteri mengenai
komitmen dan kesungguhan semua pihak di Malaysia supaya diberi hak
penganjuran temasya itu. Saya yakin menerusi mesej itu, sedikit sebanyak
mampu mempengaruhi perwakilan sebelum membuat pemilihan. Apatah lagi,
Perdana Menteri adalah pemimpin dan tokoh yang disegani dan dihormati di
Asia." Ketika tersiar berita rencana Hishamuddin itu, ramai teman-teman yang ketawa
terbahak-bahak. Ada yang berkata; "Nampakanya masih ramai lagi pemimpin
pelapis dalam UMNO yang taksub dengan ketokohan Mahathir." Ada juga yang
berkata: "Inilah dia kesan budaya sabsidi ala Mahathir. Untuk mencari
kemenangan di tahap pertandingan antarabangsa pun masih lagi mahu
menggunakan namanya..." Banyak lagi kata-kata yang melucukan yang boleh
dirakamkan di sini. Memadailah kita rakamkan kebodohan bangsa kita dalam hal
ini secara bertahap sahaja. Terdapat 43 negara yang bergabung dengan Majlis Olimpik Asia. Doha sebagai
ibukota Qatar melobi untuk dipilih. Sudah tentu ia mampu meraih semua undi
negara Arab yang lain. Malaysia pula sebagai ahli ASEAN tentu bergantung
kepada undi negara Asian sahaja. Dalam hal ini apakah Malaysia fikir
ketokohan Mahathir Mohammad itu sesuatu yang sungguh berazimat untuk
menang? Apabila kalah, kenapa tidak terima keputusan itu dengan hati yang terbuka?
Presiden Majlis Sukan Asia Sheikh Ahmad al-Fahad al-Sabah telah membuat
pengumuman betapa Qatar akan berbelanja sebanyak satu bilion dollar Amerika
untuk persiapan menjadi tuan rumah. Tentu sekali perbelanjaan sebanyak itu
mampu menonjolkan Doha sebagai satu kotaraya yang mempunyai kemudahan
bersukan bertaraf antarabangsa. Malahan, sebaik sahaja tamatnya Sukan
Olimpik di Sydney 2000 baru-baru ini, Doha telah menaja satu pesta sukan
yang dihadiri dan disertai oleh ramai ahli sukan terkenal di dunia.
Kejayaan mereka menaja program ini tentunya telah menjadi satu keyakinan
kepada pihak yang memilih mereka itu. Cemohan Malaysia terhadap mereka
tentunya merupakan satu sikap mengumpat sahaja.
Malaysia seharusnya bersikap terbuka dengan kekalahan kepada Qatar itu.
Sepatutnya Tan Sri Hamzah tidak mengeluarkan perkataan 'konspirasi' di
majlis yang berkenaan. Tengku Imran berhak mengeluarkan airmata kerana
memikirkan terjejasnya airmuka. Hishamuddin Hussin sepatutnya berlagak
selamba dan menawarkan kepakaran yang ada pada Malaysia untuk membantu
Qatar. Inilah yang lebih penting lagi agar Malaysia dapat terus maju ke
hadapan dan membantu Qatar dengan giliran mereka pula. Taktik bersedih,
marah dan mengumpat apatahlagi tuduhan bahawa adanya konspirasi yang
membantu Qatar itu menyerlahkan betapa rendahnya maruah pemimpin sukan kita
yang tersorok selama ini. Tan Sri Hamzah Samah harus meminta maaf secara
terbuka kepada Majlis Olimpik Asia kerana keceluparannya itu.
Ketika negara rancak mengatur strategi meriah sokongan dunia luar untuk
memilih Kuala Lumpur, kita telah melihat beberapa langkah yang diatur di
negara ini. Dengan slogan Kuala Lumpur 2006, Bersedia, Berupaya,
Berkemampuan, Malaysia terlalu yakin untuk meraih kejayaan.
Sebagai bahan melobi, Malaysia telah menyediakan satu buku khas setebal 63
muka surat yang diedarkan kepada anggota Majlis Olimpik Aisa. Kuala Lumpur
yang pernah menjadi tuan rumah Sukan komanwel 1998 merupakan bandar raya
pilihan sebelum tiga badar raya lain menyatakan hasrat sama untuk bertanding
di Pusan. Antara intipati penonjolan Malaysia itu ialah kompleks Sukan
Negara di Bukit Jalail yang dibina denagn kos RM1.2 bilion dan merangkumi
sebuah stadium utama yang boleh memuatkan 100,000 penonton, stadium
tertutup, kolam renang, stadium hoki dan pusat skuasy, pastinya menjagi
pertaruhan terbaik. Kemudian ditonjolkan pula acara sukan bertaraf dunia, Formula Satu dan Grand
Prix Motorsikal yang telah melonjak Malaysia meraih Anugerah Khas
Penganjuran Terbaik oleh Persekutuan Lumba Kereta Antarabangsa (FIM). Selain
itu kita ada Piala Thomas/Uber, Golf Dunia, Bola Tampar Dunia, Le Tour de
Langkawi, Sukan SEA, lumba Basikal Trek Dunia, Bola Sepak Remaja Dunia FIFA
dan banyak lagi. Termasuklah segala upacara yang menonjolkan Malaysia dalam
pembikinan Malaysian Books of Records. Di situ ada acara lemang terpanjang,
hotdog terpanjang, bendera terpanjang. Ini belum diambil kira acara
penerjunan kereta (WIRA) di Khutub Utara dan penerjunan-silap-destinasi di
Khutub Selatan. Di antara semua ini tentulah cerita pendakian Gunung Everest
dan pelayaran Azhar Mansor menjadi bahan modal para wartawan yang turut
digunakan untuk melobi di Pusan.
Saya difahamkan ramai para pemimpin yang berada di Pusan sedar dan
mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya memerlukan
permit untuk berdemo dan berhimpun secara aman. Malaysia juga merupakan
negara yang mengeluarkan lesen penerbitan yang boleh ditarik-balik bila-bila
masa. Oleh kerana soal stabiliti politik dan keselamatan menjadi modal
pancing-undi, tentu para tetamu asing itu sedar bahawa pemimpin terulung
negara adalah seorang yang sudah terlalu lama berkuasa sehinggakan mampu
menolak sapina mahkamah, mampu menjadi dalang tuduhan palsu kepada saingan
politiknya dan mampu menjadi raja kelentong seantero dunia. Dengan lain
perkataan, walaupun penekanan dibuat untuk menonjolkan 'kewibawaan' Mahathir
dalam memancing undi itu, tidak ramai di Malaysia yang sedar dan menerima
hakikatnya bahawa penonjolan ketokohan itu merupakan markah yang menghambat
pengundian untuk menyisihkan Malaysia dan memilih sebuah negara kecil yang
tidak pun mempunyai penduduk mencecah satu juta. Apakah para pemimpin yang
tidak memilih Malaysia itu mempunyai sebab dan alasan tersendiri yang tidak
kita ketahui sebelum ini secara terbuka? Apakah sebabnya Presiden Majlis
Olimpik Asia itu berpihak kepada Doha? Mungkinkah penolakan Malaysia
dilakukan setelah mengetahui betapa Sukan Komenwel yang dilangsungkan dulu
tidak membawa keuntungan kepada negara dan juga rakyatnya sehinggakan rakyat
terpaksa menanggung kerugian yang besar? Mungkinkah penolakan itu dibuat
setelah mengetahui bagaimana kerajaan pusat mungkir dalam perjanjiannya
mengenai royalti petroleum dengan kerajaan Terengganu?
Yang kedua, ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemimpin Majlis
Sukan Malaysia di Pusan itu mengejutkan saya. Malahan menakutkan kerana
kalau beginilah gelagat mereka apakah lagi yang boleh diharapkan daripada
peserta sukan ditanah air? Mereka tidak dapat menerima kekalahan itu dengan
semangat kesukanan yang sepatutnya. Apatah lagi kalau memandangkan siapa
mereka itu di kalangan masyarakat negara ini.
Keraguan kita boleh terubat kalau kita fikirkan nama empat binatang yang
digunakan sebagai maskot pilihan yaitu kambing gurun, naga, burung
kenyalang dan gajah. Kuala Lumpur telah mencadangkan burung kenyalang yang
dinamakan Cyber Alang. Hong Kong memilih naga bernama Hong Hong. New Delhi
memilih gajah, tetapi nama yang difikirkan sesuai tidak pula disebut lagi.
Doha telah memilih kambing gurun yang diberi nama MAHA. Apakah secara
kebetulan nama itu diambil dan dipendekkan daripada satu nama popular yang
berbunyi MAHAFIRAUN ?Kalau benar tanggapan itu apakah ini satu ingatan
bahawa orang yang gelarannya dipendekkan itu akan juga menghadapi zaman
kegemilangan yang akan dipendekkan - kalau tidak pada kuasanya mungkin juga
kepada usia dan pengaruhnya? Perlukah kita menunggu 2006 untuk
mengetahuinya? -Marhaintua- |