Laman Webantu KM2A1: 3211 File Size: 4.6 Kb * |
ADUN UMNO tampar ADUN DAP By Kapal Berita 14/11/2000 9:49 pm Tue |
Aduh..... malas saya hendak memberi komen mengenai
gelagat ADUN BN di dalam sidang DUN. Inilah bahananya bila
wakil rakyat tidak dapat mengawal emosi dan telatah.
Nampaknya kita mempunyai barisan samseng yang lengkap,
pasukan polis yang membelasah, meraba-raba wanita di lokap,
dan menjamu mata - kini para ADUN BN yang celupar dan suka
menampar melengkapkan lagi barisan samseng barua.
Menurut ahli saikologi, mereka yang menggunakan kekuatan
fizikal setelah bertukar kata adalah mereka yang lemah
daya pemikirannya... atau dengan kata lain 'bangang'.
Bagi rakyat inilah spesis samseng barua 'yang berhormat'
yang dilahirkan oleh kepimpinan berwawasan melayu barua
Mahathir Muhammad. Di Parlimen mereka menggunakan kata-kata liar atau ponteng
sehingga terpaksa dipantau. Di DUN mereka mahu menang walaupun
dengan kaki dan tangan. Memang patutlah ramai ahli dan pemimpin
umno membunuh dan dibunuh...... Tradisi membela nafsu setan.
Sumber: Berita Hairan Sesi rehat kecoh kejadian Adun tampar Adun
14 November 2000 SHAH ALAM, Isnin - Sesi rehat sidang Dewan Undangan
Negeri Selangor hari ini kecoh seketika apabila Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Zakaria Md Deros,
menampar Adun Bandar Klang, Teng Chang Khim.
Seorang lelaki, yang dikatakan penyokong Zakaria tetapi bukan
Adun, turut menumbuk dagu wakil rakyat DAP itu, sebelum
melarikan diri. Kejadian itu berlaku di ruang jamuan Dewan Undangan Negeri
Selangor, tingkat dua Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, di sini kira-kira jam 11 pagi apabila Dewan yang
bersidang pada hari pertama, berhenti rehat selepas sesi soal
jawab. Sebelum itu, dalam sesi soal jawab di dalam Dewan, Teng
bertikam lidah dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,
Datuk Abdul Fatah Iskandar mengenai kilang haram.
Menurut beberapa Adun yang menyaksikan kejadian itu,
Zakaria menemui Teng di luar Dewan menyatakan tidak puas
hati terhadap perdebatan Teng mengenai perkataan ?haram?
dan ?halal?. Apabila Teng menjawab itu adalah hak beliau untuk menyatakan
apa yang dirasakan perlu di dalam Dewan, Zakaria menengking
sambil mengeluarkan perkataan kesat. Teng yang hilang sabar mendengar kata-kata Zakaria, menjerit
balas menyebabkan Zakaria juga hilang sabar lalu menampar
Teng, sebelum mereka saling tolak menolak.
Ketika beberapa Adun cuba mententeramkan keadaan, salah
seorang daripada lelaki yang dikatakan orang Zakaria,
menumbuk dagu Teng sebelum melarikan diri.
Kejadian itu sampai ke pengetahuan Menteri Besar, Datuk Dr
Mohd Khir Toyo yang kemudian mengarahkan kedua-dua Adun
berkenaan menemuinya. Hadir sama dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Besar, Datuk
Dr Zainal Abidin Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk
Ambrin Buang dan Pegawai Undang-Undang Negeri, Datuk
Mohd Zawawi Salleh. Selepas menyoal kedua-dua belah pihak mengenai kejadian itu,
Zakaria akhirnya dinasihatkan supaya meminta maaf kepada
Teng di hadapan mereka. Teng ketika dihubungi memberitahu beliau tidak berhasrat
membuat laporan polis kerana Zakaria sudah meminta maaf.
Bagaimanapun, katanya, dagunya masih terasa kebas berikutan
tumbukan oleh lelaki, yang dikatakan orang Zakaria itu.
Terdahulu, ketika sesi soal jawab mengenai isu kilang Industri
Kecil dan Sederhana yang beroperasi secara haram di
Selangor, Teng membangkitkan rasa tidak puas hatinya dengan
perkataan ?haram? digunakan. Katanya, secara tidak langsung ia mengatakan pekerja di situ
mencari rezeki secara ?haram? sedangkan mereka bekerja
mencari pendapatan halal. Abdul Fatah memberitahu, perkataan ?haram? digunakan kerana
status tanah kilang itu didirikan yang tidak ditukar syarat kepada
industri. Bagaimanapun, Teng terus membantah dan mendesak kerajaan
negeri menggunakan perkataan lebih sesuai sebagaimana
perkataan ?pendatang haram? yang ditukar kepada ?pendatang
tanpa izin?. Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara perkataan
?haram? dan ?halal? sebagaimana syurga dan neraka.
Abdul Fatah yang kelihatan tenang sepanjang melayani Teng, akhirnya bersetuju mencari perkataan sesuai selepas wakil DAP itu terus mendesak dan enggan menerima penjelasan beliau. |