Laman Webantu KM2A1: 3209 File Size: 5.1 Kb * |
Dua Rencana Dahlia Telah Membuka Tirai 'Maksiat Seribu Rahsia' Umno! By Amin Sapiro 14/11/2000 8:21 pm Tue |
[Rencana ini dipetik dari Forum FGR. Rencana yang dimaksudkan
oleh Wak adalah dua rencana oleh sdri Dahlia di KM2 yang bernombor
3207 dan 3203
- Editor] Amin Sapiro (menunggu dengan penuh debar)
DUA RENCANA DAHLIA TELAH MEMBUKA TIRAI ?MAKSIAT SERIBU
RAHSIA? UMNO! Kali ini, Srikandi yang tidak asing kepada reformis rakyat ini telah membuka
?Tirai 1000 Rahsia UMNO?. Dua (2) rencana Dahlia di Laman WebAntu Forum
Keadilan Malaysia (FKM2) cukup meransang dan menggegar minda kita -
bertajuk: ?Bayangan Jln Kebun Di Lunas? dan ?Anak Haram dan Murtad Di
Lunas?. Fokus penulisan Dahlia kali ini bagai melunaskan janji BA untuk membuka
kejahatan Konspirasi UMNO/BN yang busuk dan bohong terjadap rakyat yang
memberi mandat. Kita makin kenal siapa UMNO dan siapa BN sekongkolnya! Sah
sekarang, UMNO sanggup menjual Bangsa dan menggadaikan Agama!!
Kita harus membaca rencana Dahlia dengan hati-hati. Pasti dalam jiwa kita
makin cemas dan rimas. Butiran fakta yang terhidang pasti akan menggegarkan
Kempen Pilihanraya Kecil di Lunas. Apa riaksi UMNO dan BN? Kita harus
meneliti dalam-dalam segala ?events? yang selama sengaja dipendam dan
terpendam. Pasti tidak ramai diantara kita yang kenal siapa wakil MIC/BN yang
meninggalkan partinya (untuk selama-lamanya) hingga memberi ruang kepada
pilihanraya kecil di Lunas. Nampaknya Joe Fernandez meninggalkan pelbagai
dosa besar kepada orang Melayu. UMNO berfungsi dan harus berkerja keras
untuk menutup dosa persekongkolan mereka. UMNO adalah belukang sekongkol
yang berkonspirasi! Pun bukan ramai antara kita tahu apakah buah butir kesepakatan pemimpin
UMNO yang tidak langsung mempedulikan kesejahteraan anak gadis Melayu
yang didorong melakukan maksiat terkutuk, mencemar agama dan budaya kita.
Joe Fernandez telah meninggal aib-malu orang Melayu dan agama Islam untuk
ditanggung dan ditudung oleh UMNO!
Dahlia telah membongkar betapa dahsyat dan mudharatnya prinsip perjuangan
puak UMNO dan pemimpin mereka yang mengaku Melayu dan beragama Islam.
Paling busuk sekali, pemimpin UMNO yang mengaku Melayu dan beragama
Islam, telah sanggup mengorbankan bangsa sendiri dan Agama Islam negara ini
- demi perpaduan Barisan Nasional (BN), kunun. Seolah-olah puak UMNO tidak
peduli kelahiran anak haram oleh puluhan gadis kilang yang datang dari
kampung sekitar Lunas untuk mencari makan kerana kemiskinan. Mereka tertipu
dan ditipu oleh kaum pendatang dengan umpan wang, pujuk rayu dan
kebendaan. Kita dapat rasakan, rintihan Dahlia meceritakan semua ini sebagai menyuarakan
nasib gadis kilang yang sengaja dimalangkan oleh puak pemimpin UMNO. Kita
hairan, adakah seharusnya menjadi alasan bagi UMNO yang sengaja ?tutup
mata? demi perpaduan BN? Orang Melayu wajar merasa pilu diperhina oleh komponen BN: MIC dengan
restu UMNO. Orang Melayu wajar pehak bagaimana agama Islam dipercacai
oleh Joe Fernandez yang diperakukan oleh pemimpin UMNO sebagai wakil
mereka. Fernandez berjaya mengKristiankan kalangan gadis kilang yang malang
dihadapan mata-kepala pucuk kepimpinan UMNO.
BACA.. Baca semua ini?! Artikel Dahlia di laman WebAntu Forum Keadilan
Malaysia (FKM2) sudah cukup meransang minda kita untuk berfikir dan membuat
keputusan di Lunas. Paparan Dahlia mungkin ?tips of the iceberg?. Wajar sangat kita mulakan
pembongkaran demi pembongkaran, kerana pilihanraya kecil Lunas pasti akan
dijadikan oleh pemimpin UMNO/BN sebagai bukti bahawa apa jua kebusukan
yang diceritakan oleh Pembangkang adalah ?pembohongan? belaka, kunun.
Adakah BA akan membiarkan kegagalan Sanggang dan Teluk Kemang akan
dibiarkan berulang lagi? Walaupun tidak pasti - UMNO/BN tentu akan
menggunakan wang berjuta untuk ?membeli? pengundi Lunas!! Perkemaskan diri
kita. Jangan lengah. Kepada Dahlia: kita ucapkan TAHNIAH dan SYABAS. Anda telah membuka tirai
?Kempen Lunas? dengan berani dan paling menggegarkan. Pasti BA akan
mendapat hikmah dari tulisan sehebat ini.
Wajar sangat kita dari penyokong Reformasi dan Barisan Alternatif (BA)
menghamparkan ucapan terima kasih kerana keberanian Dahlia mendedahkan
perbagai cerita yang mendebarkan UMNO. Baru kita nampak jelas ketaksuban
kesepakatan UMNO hingga sanggup mengorbankan bangsa dan agama demi
menegakkan Barisan Najis (BN)nya. SYABAS Dahlia, SYABAS? Tulis lagi. Ratusan ribu sedang menunggu tulisan
anda dengan penuh minat dan rasa terpesona!!
|