Laman Webantu   KM2A1: 3207 File Size: 8.8 Kb *



Siri 2: Anak Haram dan Murtad di Lunas
By Dahlia

14/11/2000 11:39 am Tue

Lunas sebenarnya masih mengandung anak haram akibat perbuatan sumbang. Sebab itulah gejala murtad mudah berkembang. Tidak kira saiz dan tidak kira badan, semuanya diredah tanpa mengira batasan. Akhirnya anak yang lahir dibuang atau ugama ditinggalkan. Itulah nasib bangsa melayu dipermain-mainkan dan kehadiran wakil MIC itu hanyalah memudahkan proses tersebut terus berkitaran. Undi di Lunas itu nanti bakal merubah sedikit keadaan jika BA menang setelah berjuang habis-habisan.


LUNAS : Mampukan umno disanggah?

Kisah Lunas kembali mewarnai berita utama di tanah-air apabila Dr Jeo Fernandez mati ditembak. Ramai orang sudah tahu bahawa Dr Jeo adalah mubaligh kristian yang sungguh aktif di Kulim/P.Pinang dan di Kedah keseluruhannya. Pemimpin umno sendiri pun tahu! Malah dalam satu perjumpaan sulit di kalangan pemimpin umno baru-baru ini, mereka turut mengakui bahawa Dr Jeo adalah nadi penggerak kristian di sebelah Utara Malaysia. Tetapi mereka menutup mulut kerana ingin menjaga "persahabatan" di dalam BN. Lantaklah apa nak jadi pada orang Melayu atau pada Islam asalkan hubungan di kalangan parti komponen BN itu dapat dikekalkan. Bagi mereka itu lebih penting. Memanda Tua pula bukannya tak tahu. Bagi Memanda Tua, soal murtad dan kristian itu tidak ada benda. Sebab itulah stadium diberi sewa kepada pendakwah kristian tanpa soalan "berapa"?


PERINTIS BUDAYA ANAK LUAR NIKAH ROJAK?

Berita Dr Jeo Fernandez mempunyai hubungan intim dengan seorang wanita Melayu bernama Syarifah juga diketahui ramai sehingga mendapat anak luar nikah. Itulah hasil dari hubungan percintaan rojak ini. Syarifah sendiri tidak perlu khuatir kerana beliau dilindungi oleh seorang Ahli DUN BN yang cukup bertaring. Malah beliau merupakan antara ADUN kesayangan Memanda Tua, maklum sajalah - warna kan sama.

Apa nak kisahkan... wakil-wakil rakyat umno pun tak kisah. Lantaklah!! Bukan Syarifah sorang saja yang melahirkan anak luar nikah. Ratusan gadis Melayu, terutamanya gadis-gadis Kilang di P. Pinang (Pulau) termasuk di sekitar Seberang Prai/Butterworth asyik melahirkan anak luar nikah. Sapa peduli? Ada Pak Lah bising? Ada Rafidah jenguk kelompok ini? Ada ke Sharizat buat kempen dan adakan siri bimbingan dan kelas-kelas Agama di sana (atau di mana-mana Kilang misalnya?), mana Cik Azalina Othman dengan Biro Awamnya tu? Yang kita asyik dengar "rombongan, rombongan, rombongan". "ucapan, ucapan, ucapan". Esok lusa adalah gambar bayi-bayi dibuang!

Pooorahhh!! Semuanya hampeh! Kau orang hanya nak mengenyangkan tembolok kau orang saja! Membuncitkan perut yang dah buncit! Kisah anak gadis diperkosa, kisah anak gadis bersekedudukan, kisah anak gadis lahirkan anak-anak haram siang malam, kisah anak-anak Melayu dikristiankan, itu sudah tidak penting lagi! Tak ada dalam agenda dan dalam kelapa hotak kau orang. Yang kau orang fikir sekarang, bagaimana nak kaburkan mata rakyat dengan cerita mempertahankan Memanda Tua yang dah nak mampos tu!

LUNAS : MENUNGGU TARIKH PENAMAAN CALON

Lunas terletak di dalam Parlimen P17 Padang Serai. Dalam p'raya lepas, Lim Bee kau (BN-MCA) menewaskan Saifuddin Nasution (BA-KEADILAN). Keputusan DUN N34 Lunas ketika itu adalah seperti berikut:

M Joseph Philomin a/l Joseph Fernandez (BN - MIC) 9,760
M. Kathiravelo (BA - DAP) 5,060
Ibrahim H Md Rashdi (IND - IND) 2,158


Majoriti: 4,700
Kedatangan: 17,750 (72.5%)
Rosak: 685
Pengundi: 24,481


Ada 3 DUN dalam parlimen Padang Serai. Satu oleh MIC dan 2 lagi DUN dimiliki umno. Lunas mempunyai 16 Cawangan umno.

Pengundi di Lunas sekitar 24,481 orang di mana pada PEMILU ke-10 lalu, sebanyak 72.5% pengundi telah keluar mengundi. Pengundi Melayu di Lunas menyumbang kira-kira 46% undi, pengundi Cina kurang lebih 23% sementara pengundi India cuma 19% (diharap maklumat ini berguna sebagai panduan).

Menurut bebearapa sumber, pengundi yang terdiri daripada pemuda umno tidak sampai pun 150 orang! Malah dalam satu post-mortem yang dibuat selepas kemenangan Dr Jeo, mereka mendapati bahawa pengundi umno yang mengundi tidak sampai pun 3 ribu orang! Itulah yang menjadi teka-tekinya! Samada mereka ahli atau tidak, pihak BA tidak boleh berdiam diri atau leka. Kita sudah melihat bagaimana Sanggang dan Teluk Kemang kembali ke tangan BN.


UMNO SUDAH MENGORAK LANGKAH

Sekarang, kita lihat Wanita umno dan Pemuda umno telah mula mengatur strategi. Pekerja kilang kini menjadi antara sasaran mereka, kerana dianggarkan lebih kurang seribu pengundi adalah terdiri daripada golongan pekerja kilang. Pelbagai program kini telah diatur sebagai serangan untuk memenangi DUN Lunas.

Mereka akan bersedia melakukan apa saja untuk menang. Kepada barisan kepimpinan BA dan para penyokong, mereka harus bersedia untuk berkompromi dengan tulus ikhlas demi perjuangan yang dinamakan keadilan, kerana di Lunas majoritinya adalah pengundi Melayu yang akan menjadi halangan besar kepada umno sekiranya BA mencalonkan orang Melayu sebagai calon mereka. Seperti yang kita maklum, sebahagian besar ahli umno sendiri akan menolak calon MIC.


BA JANGAN BERMIMPI LAGI

BA jangan dibuai mimpi lagi! Jumlah pendengar ceramah dan kehadiran dalam satu-satu program jangan dijadikan ukuran ke atas jumlah pengundian atau kemenangan. Kita sudah lihat di Sanggang misalnya, kerana salah satu strategi umno nanti ialah cuba membuat BA leka dengan jumlah-jumlah kehadiran tersebut, tetapi mereka akan terus menyiapkan jentera yang terdiri daripada makcik-makcik umno yang bermulut laser dan tak makan saman ini untuk menjalankan "turning-over' ke atas orang-orang kampung, termasuklah dengan pemberian hadiah kepada ahli keluarga dan sebagainya. Mereka bukan saja akan mengangkatkan keluarga Melayu di sana untuk meraih undi, tetapi akan "memsubsidikan" makan minum dan keperluan harian sepanjang kempen kepada keluarga berkenaan, sehinggalah selesai pilihanraya.

Satu peristiwa yang saya tidak dapat lupakan di Sanggang ialah apabila para penyokong BA tidak mempunyai kenderaan untuk pergi mengundi yang kemudiannya kesempatan ini telah diambil oleh umno! Ia berlaku di banyak tempat. Semoga ia tidak berulang lagi!

Kepada para penyokong BA, silalah turun lebih awal jika ingin membantu. Kehadiran saudara/ri di saat-saat akhir tidak banyak membantu, kerana umno akan berkhemah di sana selama 2 minggu dengan pelbagai wang ringgit serta kemudahan disediakan. Bayangkan seluruh jentera umno, setiap satu cawangan akan dijaga oleh seorang menteri kabinet/Ahli Majlis Tertinggi. Satu-satunya "ulamak" yang dijaga oleh Memanda Tua seperti Ghazali Ahmad juga akan diturunkan untuk terus memfitnah Nik Aziz dan Hj Hadi dengan pelbagai ayat Quran sebagai dalil mengukuhkan fitnah beliau. "Semoga Allah panjangkan umur kamu ya Ustaz...". Amin.


LUNAS DAN ISU YANG TERTUNAS

Ternyata Pilihanraya Kecil Lunas bukan sekadar pilihanraya kecil untuk mencari pengganti seorang Ahli Dewan Undang Negeri. Tetapi pilihanraya kali ini lebih merupakan medan bagi umno untuk membalas dendam terhadap apa yang mereka panggil sebagai kebiadapan BA terhadap Kerajaan (Mahathir?).

Beberapa isu akan diputar-belitkan untuk meraih sokongan. Ini termasuklah Isu Royalti, isu 'Ezam pengkhianat' dan isu 'Ezam agen Amerika' sebagai bahan kempen. Begitu juga isu perhimpunan Jalan Kebun dan juga isu Mahfuz yang memilih untuk dipenjarakan kerana 'tidak mampu membayar denda serta takut berhadapan dengan Hishamudin auw auw auw' dalam perdebatan yang diheboh-hebohkan sebelum ini. Kita harus bersedia dengan jawapan bila berdepan dengan pengundi yang sudah dijampi oleh mereka ini.

Difahamkan juga bahawa umno cukup takut dan bimbang dengan kehadiran para pelajar USM yang akan membantu BA nanti, malah diberitakan ada pihak dalam umno sedang bercadang untuk menyekat penyertaan para pelajar dalam p'raya kecil ini. Walau apapun, kita pasti pelajar-pelajar akan bersama kita.

Kepada para pelajar USM - jumpa anda semua di sana! InsyaAllah.


Dahlia/KL
13 November, 2000