Laman Webantu KM2A1: 3203 File Size: 5.2 Kb * |
Siri 1: Bayangan Jln Kebun Di Lunas By Dahlia 14/11/2000 8:54 am Tue |
Saya baru bangun dari rehat dan lelap. Hahhaa... teruknya. Siang dah rasa
malam plak. Biasalah. Cuma keletihan yang agak teruk. Padahal sudah
seminggu lebih dikejar belantan dan disembur pancutan. Bila kena air suam
tadi, ah, rasa lega dan dapat mengadap skrin. Nak sambung sikit beberapa
coretan sejak berhempas-pulas dengan binatang seragam di sepanjang jalan.
LUNAS: PELUANG UMNO MElunasKAN DENDAM ?
Perhimpunan 5 November 2000 yang lalu telah mencatit sejarah.
Tidak mampu media perdana untuk menafikan kekuatannya. Kalau lah
sekadar untuk menyedapkan hati Memanda Tua, mungkin media tersebut berjaya
buat seketika. Namun, tidur Chamil Wariya di tv3 suku sudah tidak selena
dulu lagi. Mata Zainudin Maidin di Utusan juga tentu sukar lelap kembali
bila pembohongan mereka diketahui. Akhbar Cina tanahair telah menjelaskan peristiwa berkenaan dengan terang
yang tak perlu bersuluh lagi. Itu pun belum dikira beberapa paparan yang
dibuat oleh HARAKAH ataupun laman-laman reformasi. Bagaimana agaknya nanti
jika rakaman kamera 'digicam' dan 'videocam' yang dibawa oleh ratusan peserta
tersebar merata nanti? Itu semua nanti akan menjadi bukti-bukti sejarah
tanah-air betapa kerajaan sanggup menafikan hak 100,000 rakyatnya berhimpun
dengan keganasan polis yang luar biasa. Mampukah akhbar penjilat itu
menafikan semua rakaman dan catatan itu?
Pada malam peristiwa tersebut, saya turut membaca beberapa rencana yang
melukis sejarah pahit itu. Ini termasuklah cetusan beberapa insan yang selama
ini belum pernah menulis di laman-laman reformasi. Detik-detik pengalaman
yang ditimba oleh mereka itu amat mengharukan jiwa. Ia tetap segar di dalam
ingatan walaupun ada pihak yang mahu ia dilupakan. Itulah bingkisan yang
amat berharga yang digarap sewaktu berada di tengah ribuan manusia
di dalam negara yang mencengkam kebebasan berhimpun dan bersuara.
Sebab itulah banyak pemimpin dunia yang zalim kecundang bila
ribuan rakyat berada di jalanraya. Dan ini baru sahaja PERMULAAN dan AMARAN.
Mereka melukis pengalaman itu dengan gaya dan nada yang tersendiri. Tidak ada
pembohongan! Tidak ada upah, dan tidak ada ganjaran. Malah bukan juga
untuk menyedapkan hati sesiapa, hatta hati mereka sendiri. Mereka tidak perlu
menggunakan pelbagai nama pena untuk menarik pembaca, seperti yang berlaku
di SEMUA media arus perdana. Kisah yang tertulis dan tercatit di Jalan Kebun itu lahir dari peristiwa yang berlaku
di depan mata kepala penulis sendiri. Tulisan-tulisan itulah wacana sejarah. Bahkan, ahli
sejarah sendiripun tidak mampu mempertikaikannya kerana mereka sendiri tidak
berupaya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah itu. Catitan demi tulisan
yang saya baca, termasuk oleh saudara Matdeghih dan Pak Tam, amat memilukan perasaan.
Saya memutuskan untuk tidak menulis apa-apa di sana, cukuplah dengan sekadar
mencatitnya di dalam buku " AIRMATA MERUBAH SEJARAH " milik saya. Seorang
kenalan menambah di dalam emelnya kepada saya, "air mata juga mampu membuat
rekahan, sehingga tumbang Kondominium di Ulu Klang!".
Kini sudah hampir seminggu peristiwa itu berlalu. Tetapi mata masih
terasa pedih, kaki masih lenguh bercampur sakit, dan badan pula terasa
sengal-sengal di sini dan di sana. Tetapi semangat yang
berkobar tetap membara... Dan Lunas menjadi medan ia kembara.
Apakah umno tidak gusar dengan peristiwa 5 November itu? Kita lihat
seolah-olah mereka tidak peduli dengan perhimpunan tersebut, malah akhbar
perdana@penjilat sendiri tidak langsong menyiarkan cerita 5 November itu.
Sebaliknya mereka menggunakan tektik menipulasi dengan menulis, "perhimpunan
yang tidak mendapat sambutan". Hah! Hebatnya ZAM! Hebatnya wartawan Utusan dan B. Harian!
Tetapi mampukah nanti mereka bergelak ketawa jika dikirim gambar
sekeping dua ke DUN Lunas itu nanti? Bagaimanakah agaknya reaksi
pengundi di sana menyaksikan pasukan seragam PDrM membelasah
rakyat marhaen? Akan bertambahkah undi untuk UMNO dan juaknya atau
ia semakin surut sekusut-kusutnya? Hari-hari kebelakangan ini suratkabar milik umno itu bolehlah
bercerita dan temberang panjang, tetapi jika Lunas jatuh ketangan
pembangkang bersiap-sedialah ZAM dan rakan menjadi sisa buangan..
"You are fired!". Pada ketika itu mereka pasti akan terdiam dan tergamam.....
Dan bilik gerakan umno semuanya akan semakin lengang.
Saya pun memasukkan kunci menghidupkan enjin kereta,
untuk berlepas pulang sambil diiringi satu senyuman
yang sungguh panjang...... Dahlia/KL |