Laman Webantu KM2A1: 3201 File Size: 6.9 Kb * |
Terbukti Sekarang Mahathir lah Pengkhianat Negara - Bukan Ezam By Amin Sapiro 14/11/2000 2:08 am Tue |
Amin Sapiro (saja nak pesan kpd pengundi Lunas)
TERBUKTI SEKARANG MAHATHIR LAH PENGKHIANAT NEGARA -
BUKAN EZAM. Kalau saya bagi alasan yang logik dan rasional, pasti ada orang UMNO
kata, Amin Sapiro pro-penjajahan negara luar. Jadi saya serahkan kepada
mereka yang mahu mencari kebenaran. Kenapa Mahathir Suka Ke Amerika?
Saya berpandangan, apa Mahathir dan Rafidah buat - kejap-kejap terbang
ke Amerika menadah tempurung menyembah pelabur mengisi tabung FDI
dan pinjaman luar adalah bukti menunjukkan bahawa Amerika adalah
sebuah negara yang tak peduli apa orang lain kata. Dasar Amerika adalah
terbuka. Apa yang penting bagi mereka ialah wang, kekayaan dan peluang
mencari harta melalui perdagangan teknologi yang mereka ada dan jual
kepada kita. Bermakna, jika Ezam bercerita mengenai Mahathir di Amerika, memang
tidak wajar Ezam dituduh bersekongkol dengan Amerika atau suka negara
kita dijajah. Kalau beliau dituduh begitu, kena tanya Mahathir dan Rafidah
- mereka pergi ke Amerika saban bulan dan tahun guna apa?
Saya ada info - Ada bini menteri UMNO yang beli gincu dan seluar pantie
pun di mall besar-besar di New York dan California. Mereka makan dan
berfoya sakan, ada yang mabuk siang malam, cari betina di 'Sunset Strip';
tinggal agama tinggal solat! Itu apa ke bende nye? Tidakkah mereka
menyerahkan diri supaya dijajah?
Jadi, bagi saya, orang UMNO jangan terlalu sentimental bila Mahathir kutuk
dan menuduh Ezam pengkhianat negara. Sebenarnya Mahathir sengaja nak
memomokkan kita rakyat Malaysia - kunun Amerika adalah negara yang
nak menjajah kita. Ezam talibarut Amerika, kunun.
Penjajah Negara 'Orang Malaysia'
Sebenarnya, Mahathir harap orang Melayu akan bangkit menyokong
UMNO dan mengaggap Mahathir adalah Wira negara ke-3. Tapi
sebenarnya, Mahathir hanya main 'kejip mata' dengan pentadbiran
Amerika. Dia nak lari dari pelbagai tuduhan rasuah yang dibongkar oleh
Pembangkang dan kakitangan awam sepertik Datuk Shafie Yahya!!
Mahahir sengaja nak mengada-adakan cerita temberang-bohong kerana
nak cuba lari dari tuduhan sengaja memenjarakan Anwar, menyiksa
tahanan politik ISA dan merampas hak kebebasan rakyat. Sementara itu dia
akan terus melakukan rasuah, nepotisma dan berkelusi dengan puak
Yahudi antarabangsa! Rakyat Amerika tak ingin nak jajah Malaysia sebab tak ada benda bagi
mereka di negara kita ini. Nak harapkan minyak, jumlah barel yang
dikeluarkan sama macam lelehen paip Arab Saudi dan Kuwait yang bocor
aja. Nak harapkan getah - Malaysia bukan lagi jaguh pengeluar dunia. Nak
harapkan minyak sawit, orang Amerika makan minyak kacang soya.
Nak harapkan kayu balak tropika, hutan kita tinggal semak belukar aja.
Hutan Pahang dan habis dek 'Tengu' Wong yang berkongsi dengan
suku-sakat Baginda Sultannya. Adnan Yakob, MB UMNO melopong aja.
'Ipoh Mali' Saja Yang Tinggal Cuma
Nak harapkan bijih timah, negeri Perak dah habis kena tarah!! Yang
terdengar mengenai negeri perak cuma 'Ipoh Mali' saja. Dulu ada 'limau
bali' dan 'jambu batu spesis tak ada bijik'. Sekarang orang tak hairan lagi,
sebab 'Jambu Pemimpin UMNNO' pun tak ada 'bijik' gaks!! Hehehehe?
(gelak Penghulu Cekau.. isk.. isk.. isk..!!)
Apa yang lagi pada kita? Kan cuma tinggal gigi dengan lidah aja. Masih
Mahathir nak kata Pembangkang mengimbau Penjajah luar? Beghapa
punya sewel alasan Presiden UMNO nih? Mari kita pandang betul-betul. Amerika tak perlu lagi jajah Malaysia.
Mahathir sendiri dah jual Malaysia dengan harga murahan kepada dunia
maju. Cuba kita taksir hutang luar Malaysia yang dibuat oleh regim
Mahathir. Berapa? Setakat ini RM 200 bilion. Kalau nak dikira mudah - jumlah itu cuma
celah-celah gigi 'Microsoft Corporation' kepunyaan anak muda bernama
Bill Gates itu aja. Itu bukan cerita temberang Amin Sapiro. Kalau kita baca 'Fortune
Magazine', nama Bill Gates adalah paling top orang terjaya dalam dunia.
King Faad pun ternganga mulutnya. Masuk minyak siliner ke dalam mulut
Baginda. Itu cerita benar. Maknanya, hutang Malaysia RM200 bilion itu pun sudah boleh menjadikan
negara dan rakyat ini papa kedana. Padahal bagi Bill Gates, jumlah itu
cuma bikin dia ketawa saja. Ditulisnya satu cheque, dia boleh beli Malaysia
sekelip mata. Tak payah nak hantar bala tentera bomb macam Vietnam.
Bikin susah nak berperang buat apa, kan?
Tapi setakat ini, Bill Gates itulah yang jadi kawan baik Mahathir.
Dijemputnya beliau dengan segala hormatnya diminta melabur di MSC. Itu
apa namanya? Kan suruh rakyat Amerika jajah ekonomi kita?
Tak! Tak! Amerika tak ada keinginan nak jajah Malaysia. Kalau Mahathir
tuduh Ezam sebagai pengkhianat nak jual maruah negara kepada Amerika,
sah lah Mahathir, Rafidah dan puak UMNO pembohong besar.
Ezam cuma menceritakan kesah sebenar Anwar yang dikonspirasi dan
diaibkan Mahathir secara paling hina. Padahal, Mahathir tak ada bukti
apa-apa. Mahkamah dah jemput Mahathir secara baik jadi saksi datang ke
mahkamah, tapi Mahathir mengelat. Dah hantar saman dan subphoena -
pun berhelah juga. Dah 100 ribu rakyat buat demo pulak di Jalan Kebun,
Mahathir hantar FRU belasah rakyat. Pengundi Lunas AWAS!! Siapa sekarang sebenarnya 'Penjajah' dan 'Yang Menjajah'? Mahathir,
kan? Orang Lunas kena fikir habis-habisan sebelum undi UMNO/BN.
Cukuplah setakat ini Mahathir, UMNO dan BN menipu bontang kita. Orang
Kedah kena ingat, Mahfuz dan teman-temannya ke penjara sebab tak mau
bayar denda RM1,500 seorang. Apa guna tambah lagi ongkos UMNO beli
belantan, cotar dan gas pemedih mata untuk membelasah rakyat?
Amin Sapiro cuma nak berpesan aja. Sebenarnya Kedah jauh ke utara,
Wak Amin di Selatan sana. Tak ada kena mengenai. Tak kan SPR daftar
nama Wak Amin terpelancut ke Utara, yek? Hahaha? Itu undi 'hantu' impot
namanya.. Hhihihih?! Mana tau ye, kena semak nama kita. Jangan lupa. SPR pun bukan bukan
boleh percaya sangat. Diorang makan gaji buta juga. Ikut perentah Presien
UMNO!! Kalau tak ikut? heheh 'KENA'..!!
|