Laman Webantu KM2A1: 3200 File Size: 7.9 Kb * |
Polis Menyerbu Selepas Menjamu? By Kapal Berita 13/11/2000 11:43 pm Mon |
MENANGKAP SELEPAS MENJAMU MATA?
Sekali pandang nampak seperti dua Berita Hairan ini tidak ada apa-apa.
Tetapi cuba baca betul-betul. Bayangkan pemuda dan pemudi yang
berpakaian "buih" sahaja ini sudah berada di situ sejak 9 malam,
tetapi pihak berkuasa tiba jam 1.50 pagi. Tempoh masa yang diambil
lebih kurang 5 jam! Bagaimana pula dengan perhimpunan reformasi. Belum pun reformis sampai
pihak polis sudah pun menyekat itu ini. Sudahlah ditibai dan dibelasah,
rawatan pun di nafikan beberapa hari. Kita hairan mengapa pihak berkuasa tidak pula membelasah orang yang
berbogel di Bangsar ini? Atau mereka hanya menyerbu selepas puas
mata menjamu??? Nampaknya gian itu semakin menghantu sejak Nora di
bogelkan oleh si Dayang 'berbulu'. Rosak... rosak bila negara dipimpin oleh perosak.
PELANCUNG DILEPAS SELEPAS PUAS NAFSU MENGGANAS
Lagi satu berita hairan ini cukup memalukan. Inilah gelagat pihak polis
yang mendapat sedikit latihan kemesraan Pak Lah dan bayangan hukuman ringan
yang dibeli dengan ehsan jasa umpama Rahim Nor.
Pelancung Thailand itu rupa-rupanya di'layan' dengan nafsu oleh polis2
yang bertugas sampai ke dalam tandas! Wanita berumur 20 tahun itu beberapa
kali diajak berasmara dan diraba di tandas. Beliau dilepaskan selepas
'dibaham' oleh polis bergilir-gilir sepuas-puasnya.
Di manakah agaknya wanita umno dan putri umno? Apakah mereka masih berada di
tandas selepas bermain juga? Bila kes ini diketengahkan oleh pemuda DAP - nampak sangat pemimpin umno
dan MCA sudah menghilangkan diri.....
Malang Oh Malang bila negara dijaga oleh "samseng berlesen" dan pemimpin
yang kurap belaka. Sumber: http://www.emedia.com.my/z/Current_News/
BH/Monday/Frontpage/20001113095233 Mukadepan: Polis serbu Pesta Buih di Bangsar
13 November 2000 KUALA LUMPUR, Ahad - Pesta Buih, satu bentuk hiburan liar yang baru bagi
warga kota yang menetapkan peserta berpakaian bikini, atau berbogel boleh
menyertainya, diadakan di sebuah kelab di Bangsar, malam tadi.
Pesta yang diadakan di pekarangan kelab itu mulai jam 9 malam dan dihadiri
antara 100 hingga 200 remaja, gagal berlangsung seperti dirancangkan berikutan
serbuan pihak berkuasa pada jam 1.50 pagi.
Ketika serbuan dilakukan oleh polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), tidak ramai peserta berpakaian
seperti yang ditetapkan penganjur. Setiap peserta dikenakan bayaran RM35 seorang dan diberikan kupon untuk
ditukar bagi mendapat minuman percuma, termasuk minuman keras serta mandi
buih dengan bebas. Berikutan serbuan itu, pemilik kelab berkenaan berusia dalam lingkungan 40-an
ditahan kerana menganjurkan pesta hiburan yang melanggar syarat permit
perniagaan. Wanita rakyat tempatan itu akan dihadapkan ke mahkamah, esok, kerana
melanggar Seksyen 29 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beberapa peralatan yang digunakan dalam pesta itu termasuk 10 pembesar suara
besar dan alat audio visual, dirampas. Beberapa orang turut disoal siasat
berhubung penganjuran pesta itu. Ketua Polis Bandaraya, Datuk Kamaruddin Md Ali yang kesal dengan kejadian itu
berkata, kelab berkenaan yang mendapat permit beroperasi daripada DBKL Khamis
lalu, tidak sensitif terhadap masyarakat sekitar.
Kedudukan premis itu terletak bersebelahan kuil Hindu dan kira-kira 400 meter dari
masjid serta dikelilingi masyarakat tempatan, juga gagal menghalang penganjur
daripada meneruskan pesta itu. "Mereka (penganjur) tidak segan silu mengiklankan pesta buih dalam akhbar yang
mensyaratkan peserta memakai pakaian mandi, bikini atau tidak berpakaian
langsung untuk menyertainya, manakala iklan pula menjolok mata."
"Ini satu penghinaan kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, polis bersama DBKL
dan Jawi melaksanakan tindakan bersepadu menghentikan pesta berkenaan,"
katanya selepas menghadiri majlis perasmian surau Darul Falah di Bukit
Persekutuan di sini, hari ini. Kamaruddin berkata, pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pengusaha kelab
itu kerana dia melanggar syarat yang tertera dalam permit perniagaannya.
Antaranya, menganjurkan pesta di kawasan terbuka serta mengganggu
ketenteraman awam dengan bunyi bising.
"Kita akan menyerahkan surat kepada DBKL supaya membatal permit perniagaan
kelab berkenaan," katanya. Kamaruddin juga meminta orang ramai membuat aduan kepada polis sekiranya ada
pengusaha pusat hiburan melanggar syarat perniagaan masing-masing sehingga
menjejaskan ketenteraman penduduk. Selain kelab yang diserbu malam tadi, sebuah kompleks beli-belah di Brickfields
juga dikesan mengadakan persembahan hiburan sehingga mengganggu lalu lintas
di Lebuhraya Persekutuan. "Kita berharap pengusaha pusat hiburan mematuhi permit perniagaan
masing-masing serta menghormati masyarakat setempat," katanya.
Sumber: http://www.emedia.com.my/z/ Berita Nasional: Pelancong Thai dakwa dicabul anggota polis
dalam lokap 13 November 2000 KLANG, Ahad - Seorang pelancong warga Thai hari ini mendakwa
kehormatannya dicabul anggota polis ketika ditahan di Balai Polis Pelabuhan
Klang antara 31 Oktober hingga 9 November lalu.
Mangsa, Asiu Laesoe, 20, mendakwa beberapa anggota polis secara berasingan
meraba buah dadanya beberapa kali, selain mengajak mengadakan hubungan
seks di tandas lokap dengan bayaran RM2.
Sejak ditahan hingga dibebaskan, Asiu mendakwa seorang anggota polis kerap
mengajaknya melakukan hubungan seks di tandas lokap, dengan menggunakan
bahasa isyarat berikutan masalah komunikasi.
Selain itu, dakwanya, beberapa anggota polis meraba buah dada dan
punggungnya beberapa kali dengan menggunakan siku ketika ke tandas bersama
tahanan lain, selain diraba ketika meninggalkan tandas pada 9 November.
Asiu juga mendakwa masih mengingati nombor pengenalan yang tertera di
seragam sekurang-kurangnya dua anggota polis yang terbabit mencabulnya,
termasuk seorang yang mengajaknya melakukan hubungan seks.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Karn Kam Peng mengesahkan
menerima laporan yang dibuat pada 10 November lalu dan siasatan mengenainya
masih dijalankan. "Laporan itu sudah diterima dan kita masih dalam proses menjalankan siasatan
mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Asiu yang berasal dari Haadyai, memasuki negara ini pada 20 Oktober kerana
mengunjungi rakannya di Klang, sebelum ditahan di Kelab Malam Mutiara, Plaza
Metro di sini pada 31 Oktober. Beliau kemudian direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama
sembilan hari bagi membantu siasatan polis, sebelum dibebaskan kira-kira jam 4
petang 9 November lalu. Menjawab soalan, Asiu tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan
undang-undang terhadap polis. Dalam sidang akhbar, Asiu yang hanya fasih berbahasa Mandarin diwakili Ketua
Pemuda DAP Selangor, Teng Chang Kim di pejabatnya di Jalan Nenas di sini.
Turut hadir, rakannya yang hanya dikenali sebagai Tan.
Sementara itu, Teng yang menyatakan kekesalannya dengan kejadian itu,
mengesa polis supaya menyegerakan siasatan kerana visa lawatan Asiu tamat
pada 17 November ini. "Janganlah hanya disebabkan Asiu warga Thai, orang ramai dan polis melulu
mentafsirnya sebagai pelacur. Beliau adalah pelancong yang melawat negara kita."
"Walaupun laporan sudah dibuat, sehingga kini, Asiu masih belum dipanggil polis untuk memberi keterangan atau mengadakan kawat cam," katanya. |