Laman Webantu   KM2A1: 3198 File Size: 8.2 Kb *



'Events' Berjalan Pantas - Malaysia Tenggelam Lemas ..!!
By Amin Sapiro

13/11/2000 11:14 pm Mon

Amin Sapiro (geleng kepala saja)

'EVENTS' BERJALAN PANTAS - MALAYSIA TENGGELAM LEMAS..!!


ACAPKALI bila kita membaca komen dunia mengenai pemimpin kita, kita merasa diri kita dipandang rendah dan dihina. Kata-kata sindirian dan nista terhambur, dilemparkan ke muka kita. Seringkali kali kita bertanya, mengapa? mengapa? dan.. mengaaappaaaaaaa?.!!

Kata-kata Memerahkan Telinga

Kalau kita tak membaca apa orang lain kata mengenai kita, pasti kita tidak tau buah butir kemelut yang berkisar disekliling kita.

Dalam internet semua ada. Bagi penyokong UMNO, termasuk para menteri sekerabat dengannya - mereka cuma membaca Utusan Meloya saja. Padan jugalah, otak mereka 'kemetot' dan fikiran mereka 'terbantut'. Seolah-olah mereka lupa bahawa dunia berputar dan bumi ini bukan seperti hamparan. Mereka dilandas arus masa dan zaman!

Tetapi anak muda Reformasi berlainan sikap, penilaian dan pemikiran mereka. Mereka adalah golongan berfikir dan terpelajar. Saban hari mereka mencari kebenaran, keadilan dan tujuan hidup ini yang sebenar. Mereka adalah lapisan masyarakat yang memandang jauh - 100, 200 atau 1,000 tahun lagi kehadapan.

Golongan Reformis mahu mencari identiti diri, negara dan bangsa. Mereka cuba mengadaptasi budaya yang disyiarkan dalam agama Islam yang maha suci. Mereka mengamalkan hukum-hakam agama yang diyakini sebagai teras peradaban diri.

Misalnya: Walaupun WANITA UMNO memandang memakai tudung dikepala sebagai perkara 'merimaskan' saja, tetapi Muslimah Barisan Alternatif yang beragama Islam memandangnya sebagai sesuatu yang telah ditentukan Allah swt. Dengan itu tidak wajar ia dicabar dan dipertikaikan apa-apa.

Bagi UMNO, perkara seperti itu dianggap kecil belaka. Kerana WANITA UMNO berpandukan pegangan amalan kepada apa Presiden mereka: Mamak Mahathir Kutty kata saja. Kalau Mahathir logikkan kununnya pakai tudung pun kes-kes rogol dan simpan anak dara sunti banyak juga, jadi apa guna? Katanya.

Bila disemak dan diselidik dalam-dalam, maka terbuktilah dikhalayak umum bahawa yang banyak berkelakuan sumbang tak senonoh adalah dijuarai oleh pemimpin UMNO.

Contoh yang ketara terbentang dalam akhbar-akhbar memang banyak. Takkan kita lupa pemimpin besar UMNO seperti Tuan Haji Rahim Thamby Chik, Tuan Haji Shahidan Kassim, Tuan Haji Abu Hassan Omar. Pengajian mereka semua dah 'khatam'.

Masing-masing ada 'story' yang menggegarkan UMNO, orang Melayu, orang Islam dan budaya kita..!! Tak ke cerita peribadi mereka itu memerahkan telinga UMNO? Masih lagi nak kata 'tudung kepala' tak ada hubungkait dalam skandal demi skandal berlaku dikalangan pemimpin UMNO?

Kelakuan Sumbang Bermaharajalela

Wanita UMNO pun ada 'sandiwara' juga. Meletop sebuah berita - di salah sebuah kawasan Parlimen Shahrizat di Bangsar, KL. Wakil rakyat ini dari WANITA UMNO. Bergema pulak suatu pesta minum arak dengan peserta telanjang bogel pakai 'Bikini - baju mandi'..!!

Ewahhhh? punyalah gamat, barangkali. Masing-masing peserta berdansa waktu malam bertelanjang sampai hilang geli. FRU pulak disuruh 'standby' aja, tercegat tengok pesta itu penuh minat dan nikmat. Maklumlah, arahan dari atas jangan belasah - itu bukan Demo Reformasi..!!

Cuma yang salah mengikut etika FRU dan SB Polis Malaysia kalau perhimpunan yang bertujuan 'menegakkan kebenaran, keadilan dan menumbangkan kezaliman'. Kalau perhimpunan bukak kain, bertelanjang bogel bermukah-mukah, permit boleh bagi. Mereka ada permit, tak haram. Tak salah!!

Mungkin mengikut undang-undang Islam UMNO, ada permit tak haram? Undang-undang Islam mazhab mana yang mereka ukut agaknya? Imam Mahathir Mohamad Al-Kutty ke?

Fahamlah kita sekarang, pejabat JAIS akan hanya ambil tindakan jika orang ramai dah mula resah. Jika tidak, mereka tak mahu ambil kesah - buat susah. Mereka cuma bekerja cari makan. Undang Tuhan dan firman yang bertaburan dalam Al-Quran cuma disimpan.

Mungkin mereka yang di JAIS atau di JAWI yang sewajibnya mempastikan undang-undang Islam dilaksanakan, cukup takut nanti kena 'tekan'?

Entahlah..!! ?Dunia? Islam di Malaysia dah nak karammmmm?.!! Dulu, masa tok nenek kita masih budak-budak, cuma orang Asli dalam hutan saja yang bercawat. Sekarang dah terbalik awah - orang dalam bandar dah 'main gila'.

Padahal macam-macam jenis kain ada banyak terjual di KL. Di Globe Silk Store ada jenis murah di 'One Dollar Department'. Kalau nak yang mahal berkualiti ?Yves St. Laurant' ada di Sogo The Mall..!! Tapi kerana Shahrizat lebih cenderung mendapat sokongan sekali lagi dari pengundi Bangsar, maka dengan hati yang terbuka wakil WANITA UMNO ini sanggup menganjurkan 'Pesta Budaya Bogel'..!!

YAB Nik Aziz Semakin Benar

Berbanding dengan pemerentahan YAB Nik Aziz dan TG Hj. Hadi Awang do Kelantan dan Terengganu. Kenapa cerita macam ini tak ada?

Padan jugalah para Ulamak yang memahami syariah dan kebenaran Allah swt ditegah dari berceramah kepada ummah. Hampir 30 orang digam dengan 'perekat tahan lasak' dari berceramah dimana-mana di sekitar ibu negara dan negeri Selangor.

UMNO dan sekongkol mereka cukup takut kemungkaran mereka akan dibincang dan diketakui orang. UMNO lebih suka melihat abak-anak muda segala bangsa dan agama jadi 'jahiliyah'. Maksiat dilakukan tanpa tegah. Inikah 'Melayu Baru' Mahathir Molhmad bakal diikut oleh puak UMNO? MasyaAllahhhhh? Nauzubillahh.. Ya Allahh?.!!

Kita merasa sedih bila wakil rakyat dari WANITA UMNO sendiri yang membiarkan pesta maksiat berlaku didepan matanya. Bermakna, UMNO betul-betul tidak peduli lagi dengan Islam sebagai agama yang termaktub dalam Perlembagaan. Masih UMNO nak kata dalam kempen di Lunas kunun ia sebuah parti menegakkan Islam? Masihkah pengundi Lunas nak dikecundangkan?

Agenda Kementerian Pelancungan

Mungkin satu hari nanti Kementerian Pelancungan akan istiharkan sebuah pulau di sekitar Semenjung, Sarawak atau Sabah untuk dijadikan 'Nude Beach' Pulau Telanjang pula.

Lebih dahsyat dari 'Bay Watch'. Masing-masing boleh buat apa suka. Samada nak berkuda ke, nak bergajah ke - ikut suka!! Kan Malaysia ini UMNO/BN yang punya?

Tidakkah dasar kepimpinan Dr. Mahathir pentingkan pelaburan dan 'foreign exchange' tukaran luar saja? Dr. Mahathir memang berusaha untuk mensetarafkan Malaysia dengan negara maju di dunia. Ini adalah salah satu identiti negara maju, kan?

Jangan anda fikir ini cerita yang bukan-bukan. Sudah ada pulau kita yang menyediakan fasilitas demikian. Tak percaya boleh tanya orang pulau Sipadan..!! Cuma belum lagi diistiharkan!! Malu konon!! That will increase the stakes for Mirzan. He is the champion of all hooligenisms..!l

Yah! Memang makin jelas kebenaran kata-kata YAB Nik Aziz didalam ceramah beliau. Kita dapat tafsirkan, 'jika manusia tidak berpegang kepada Iman dalam mentadbir rakyat, akhirnya manusia akan bertukar taraf dan karekter mereka menjadi haiwan'. Itu sebab beliau berkeras menegakkan "Politik tidak boleh dipisahkan dari Agama". Maksudnya perkataan Islam tidak harus digugurkan dari partinya.

Malangnya Rais Yatim dah terkena 'angau'..!! Khir Toyo sanggup jual agama, tanahair dan amanah rakyat Selangor. Mahathir dah diangkat setaraf 'ulamak'. Hamid Osmah dah jatuh 'bangang' dan naik tamak. Masing-masing dah kehilangan akal, pegangan dan firasat hidup. Otak mereka dah kecut!

'Events' berlaku amat pantas. Sudah sampai masanya kita menyekat dan membanteras. Jika tidak kita adalah diantara bakal penghuni neraka. Masa iti, pemimpin UMNO ?buat-buat tak kenal dengan kita?. Sebab mereka pun dah sama terbakar hangus dalam api Neraka!! Hentam lerrrrr?!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)