Laman Webantu KM2A1: 3196 File Size: 8.6 Kb * |
Mahathir Membebel Di Qatar - Pak Arab Ketawa Macam 'Unta' By Amin Sapiro 13/11/2000 9:41 am Mon |
Amin Sapiro MAHATHIR MEMBEBEL DI QATAR - PAK ARAB KETAWA MACAM 'UNTA'
Dr. Mahathir ini masih tak sedar-sedar - jauh sekali dari insaf..!! Sana sini
kerjanya tak ada lain dari bercakap bagai orang tua sewel - meracau
mencarut-carut saja. Tak ada lah orang dalam dunia ini yang baik baginya -
padahal 'b*nt*t' sendiri bergelumang 'taik kering' bertempek-tempek. Pun
tak sedar diri lagi, orang dah cukup jelek. JIJIK!!
'Negative Thinking' dan Melenting
Sebenarnya pemimpin dunia dah muak mendengar Mahathir ini meracau. Kerja
lain macam tak ada selain dari membebel tak tentu pasal. Dalam negeri sendiri,
rakyat semua tahu Mahathir lah satu-satu pemimpin yang paling jagoh
mengadu-domba rakyat. Kaum Cina, Melayu dan India tahu sangat perangai
Mahathir kebelakangan ini - kalau tak percaya baca terjemahan rencana
dalam Sin Choo Jit Poh dan Nanyang Siang Pau.
Kita nampak berapa punya banyak gambar-gambar 'Perhimpunan 100 Ribu'
di Jalan Kebun yang terpapar di akhbar harian berbahasa Cina. Kita nampak
juga gambar FRU belasah orang dan musnahkan harta benda. Pepatah Cina
ada mengatakan: 'a picture worths a thousand words'. Maka menggeleng
sakan Apek tua melihatnya seraya berkata, 'Haiyyyyaa' ini macam ka? Mau
kasi olang mati ka?'. Jangan harap Utusan Malaysia dan Berita Harian nak sajikan gambar-gambar
begitu. Itu kan media perdana UMNO! Selagi pembodek 'perdana' Zainuddin
Maidin (ala Kutty) jadi 'watch dog' Mahathir, gambar-gambar seumpama itu
cuma jadi bahan arkib fotografer media itu saja.
MALU! MALU! MALU! Malu sungguh. Mahathir dan UMNO/BN diberi mandat
2/3 di parlimen oleh rakyat. Akhirnya, mandat itu diterjemahkan menjadi Kuasa.
Dengan Kuasa itu, Mahathir dan UMNO/BN mentadbir negara menghabiskan
'boreh' rakyat. Suku-sakat dan Kroninya berlagak semacam 'Bapak Babi
Liar' - merampok sana sini, menyondol siapa saja?!!
Nampak sangat sekarang, bagi Mahathir ini, segala perkara yang berlaku
dalam dunia ini semuanya tak betul. Bermula dari Demokrasi ala Barat hingga
kepada hukum-hakam kemasyarakatan Al-Quran dan Sunnah - bagi beliau
semua tak kena. Kita hairan, mengapa begitu negatif pemikiran beliau. Tidakkah ada sebarang
'positivity' lagi dalam benaknya? Adakah dunia ini akan kiamat jika beliau
berhenti 'membebel'? Jika ada sesiapa yang menyanggah - Mahathir cepat melenting. Kerana itu
adalah suatu sikap menunjukkan 'kelemahan peribadi' beliau, maka ramai
pemimpin dunia sengaja memberi komen mencuit ego beliau. Bekas PM
Australia 'cuit b*nt*t' Mahathir dengan menggelarkan beliau 'kepala batu' -
sekaligus Mahathir melenting macam nak berperang kedua buah negara.
Sebetulnya Mahathir ini memang 'kacang hantu'..!!
Apa Macam Punya 'Ngok' Di Qatar, Mahathir cuba mengalihkan fokus pandangan ketua-ketua Kerajaan
negara Pertubuhan OIC terhadap krisis politik Timur Tengah dan Kewangan
antarabangsa. Tetapi sebenarnya, masalah itu berbangkit dari kerakusan masing
pemimpin negara OIC untuk memonopoli kuasa di negara sendiri. Mahathir
menjauhi isu-isu utama negara-negara Islam sebenar dalam menghadapi
'globalisasi'. Jika tidak, kes Anwar jadi isu utama!!
Beliau menyalahkan negara Eropah dan menghasut Pak Arab supaya tidak
mengikut falsafah dunia Barat dan Eropah. Tapi Mahathir lupa, jika Islam
menuntut Keadilan ditegakkkan dan Kezaliman dimusnahkan, apakah Mahathir
sendiri sudah mengamalkannya? Berapa punya 'ngok' si sewel ini!
Mahathir juga lupa, bahawa 'the biggest consumer for most goods produced
by developing countries are by the developed countries; and the technololgy
employed are all originated by them'. Negara Afro-Asia termasuk Malaysia
mengharapkan FDI dari budak-budak suruhan George Soros. Itu baru satu.
Kedua: Mahathir sendiri jangan nak berpura-pura. Ditaqdirkan kalau dia mati
hari ini, berpuluh-puluh billion dollar wang negara ini yang telah diangkut dan
disimpan di bank Yahudi serata dunia oleh anak-anak, suku-sakat dan
nomineenya akan jadi milik pengoperasi Bank Yahudi di Amerika, UK dan
diserata dunia. Segala hartanah dan 'properties' yang diketahui memang
banyak, akan dibekukan. Semua orang tau: 20 billion dollar kepunyaan Marcos, 60 billion dollar hasil
rompak Soeharto, ratusan billion dollar milik Reza Pahlavi segaja dibekukan
dibeberapa buah bank Yahudi. Bukan Yahudi yang sengaja berbuat begitu, tetapi Marcos, Soeharto dan Reza
Palavi sendiri cuba menafikan masing-masing ada wang ratusan billion hasil
rasuah dan rompakan dari kepuk rakyat. Akhirnya Yahudi yang kaya tanpa
bersusah payah bersembunyi-sembunyi. Mahathir dan Daim pun sama.
Heiiiii'.! Berapa punya 'ngok' unta tua ini!
Yahudi Peluk Mahathir Kadangkala kita tertanya-tanya juga: Yahudi nampak begitu bijak, adakah
kerana mereka 'born intelligent'' Dari bukti-bukti yang nampak - sebenar
pemimpin negara Islam lebih bijak dari Yahudi; terutama sekali dalam hal
menipu, berbohong, merompak dan mengkejami bangsa, kaum dan penganut
agama Islam di tanahair sendiri. Contoh yang ketara, hampir semua negara OIC mempunyai pemimpin rakus,
mirip kepada kuasa mutlak (Diktator) - termasuklah negara Arab yang
otokratik, negara Afrika yang bercakaran sesama sendiri dan negara 'sedikit
maju' seperti Malaysia yang berpemimpinkan manusia durjana seperti karekter
Mahathir Mohamad Iskandar Kutty. Yahudi tahu menggunakan saikoloji dan memainkan peranan sebagai puak
yang akan membuka ruang bagi pemimpin rakus negara membangun menipu
bangsa sendiri. Maka diistiharkan konsep 'Swiss Banks' di negara-negara
tertentu. Tidakkah satu masa dulu kita terbaca di internet ratusan juta (menjangkau
billion dollar) wang ahli-ahli politik Malaysia (termasuk Mahathir dan
suku-sakat keluargannya, para Menteri Melayu) menyimpan wang di Bank
Israel di Singapura? Terdengar juga, wang rompakan PERWAJA diberitakan oleh BPR - 'gone all
the way to Swiss Banks'? Hahahah? takkanlah semudah itu orang Melayu
lupa daratan, kan? Berapa punya 'ngok' puak UMNO nih, kan? kan? kan?!
OIC Tempat Baling Taik Yahudi suka bila OIC bersidang. Di Persidangan itu akan nampak berapa
banyak 'taik pemimpin' negara Islam dilambung-lambung hingga ke siling.
Mendengar ucapan masing-masing telinga kita berdesing. Yasser Arafat
nampak macam nak boxing. Dan masing-masing berebut-rebut menangkap
taik kawan dan menyimpan dalam kocek Double-breast dan Jubah. Pak Arab
pula terus simpan dicelah-celah serban berigal.
Berkata seorang hamba Allah. Katanya: "Masyaallaaaahh? Ya habibie!
Mahathir punya taik nombor Wahid punya aroma! Apa dia sudah bikin sama
Anwar cukup bagus Ana copy!! Ente apa macam?"
Menjawab seorang, "Ana nak bawak pulang jadi ole-oleh rakyat aja".
Menjawab seorang dari Benua Afrika keturunan Sudan,"Ana fikir, prangai
Mahathir itu sangat baik Ana contohi. Kita lambung itu taik waktu kipas sedang
berpusing. Jadi, semua rakyat dapat aroma seorang sedikit. Tengok apa jadi
kepada rakyat Malaysia? Kan UMNO sudah bikin maruah orang Melayu cukup
harum macam aroma taik Mahathir"!!??. Yahudi Ketawa Lagi Tak berhenti-henti Yahudi ketawa sepanjang Persidangan OIC. Pemilihan
Presiden Amerika yang terbantut disengajakan tertangguh di Florida. Apa
sebab? Yahudi mau bagi anggota OIC kelamkabut sikit. Mereka sengaja mahu
tengok lebih dulu. Mereka nak tau apa riaksi dunia Islam kalau Bush Jr.
menang kalahkan Al-Gore. Begitu juga sebaliknya.
Sebab, 'political think-tank' Yahudi di Amerika selalunya 10 tapak dihadapan
dari pemimpin Islam. Mereka tidak mahu negara OIC yang bersidang membuat
sesuatu resolusi yang mempengaruhi dunia Islam terhadap Amerika dalam isu
Palestine yang menggegarkan!! Yahudi mahu pastikan OIC adalah tempat negara Islam meluahkan 'angin
panas' dari belakang punggung mereka saja! Setakat 'tak amende
nyeeeeee..'. Bikin Yahudi ketawa - gila-gila!!
Makin nampak Pak Arab ketawa macam unta!! Mahathir pula dah 'confirm'
jadi 'Biawak lidah bercabang tiga'?.!! Puak UMNO jadi apa? Nampaknya
makin cerah kempen BA di Lunas. Jentera BA makin diperkemas?!! Tetapi
AWAS?!! Amin Sapiro |