Laman Webantu KM2A1: 3191 File Size: 6.1 Kb * |
Bayangan: Mahathir Akan Meletak Jawatan By Amin Sapiro 12/11/2000 6:39 pm Sun |
[Satu komentar menarik dari Wak berikutan desas-desus yang
sengaja ditiup menjelang pilihanraya di Lunas. Dalam musim
seperti ini macam-macam boleh jadi, yang mati mengundi kembali
dan yang tak mati pura-pura mati...-Editor]
Amin Sapiro (menyorot berita AFP) BAYANGAN: MAHATHIR AKAN MELETAK JAWATAN
SEPETANG ini saya menerima panggilan dari teman-teman di pinggir
Seberang Tambak. Mengejutkan juga berita beliau. Tidak pasti
kebenarannya. Kununnya: Dr. Mahathir telah menerima cadangan
puak-puak UMNO/BN supaya meletakkan jawatan PM dan Presiden parti
dalam tempoh terdekat. Saya diyakinkan, kununnya 'hot news' itu sedang berlegar di pulau itu
hingga ke istana Presiden Singapura. Kalangan politik dan korporat di
sana sedang meneropong jauh ke Putera Jaya - memfokus hingga
nampak orang sedang mula berkemas 'sisa kuasa' yang bakal
ditinggalkan. Di halaman, analogi beliau, ramai orang sedang berjongkokan bagai
menunggu mayat hendak dibawa ke tanah perkuburan. Mereka
berkelompok di merata ceruk bercakap dan bercerita.
Ada yang berkata: "Bila sudah tiba ajal, pasrah sajalahhhhhh"!!
Berkata se kelompok lagi: "Tuhan tidak mengizinkan manusia menongkat
langit - satu ketika nanti akan rebah ke bumi!!". Macam-macam lagi.
Saya terpinga-pinga. Memang saya tidak begitu berminat mendengar
kabar-kabar angin yang tidak berasas. Dunia sekarang adalah dunia
yang meyakini bukti. 'Dunia IT' lah katakan. Itu sebab bila Mahathir
menyebut akan berhenti dan meletak jawatan, saya cebik bibir tidak
percaya! Lantas saya katakan bahawa bagi rakyat Malaysia, Mahathir bukan lagi
Perdana Menteri mereka - mungkin beliau Presiden UMNO saja.
Saya perjelaskan bahawa asakan menyuruh Mahathir ini UNDOR sudah
didengar sejak 2 tahun silam. Bermakna, Mahathir sudah tidak berguna
dan tidak releben lagi - samada kepada UMNO dan BN, mau pun mereka
yang digelarkan oleh regim Keparat ini sebagai 'Pembangkang!!'.
Telefon terus berdering. Dihujung sana berkata suara garau, katanya:
"Wak..!! Peristiwa Jalan Kebun itu sudah memberi 'hint' kepada puak
UMNO dan BN, Wak. Kabarnya, 'Perhimpunan Se Juta Rakyat' itu bukan
kabar-kabar angin lagi. Realitinya, UMNO/BN kian gelabah. Banyak pihak
sedang merangka rancangan 'mega'. Ada yang menyelamatkan diri
untuk cabut lari, dan ada yang berkira-kira untuk turun takhta..", katanya.
Saya masih semacam kurang percaya. Maklumlah, dalam dunia ini terlalu
banyak perkara mustahil yang berlaku tanpa disedari sesiapa. Teman itu
menyebut juga kununnya Mahathir akan meletak jawatan.
Saya geleng kepala, semacam kurang yakin dengan dakwaan beliau.
Beliau menceritakan kandungan sebuah laporan AFP yang menyebut
Najib Razak sendiri telah membuat kenyataan sedemikian.
Setelah berbual seketika, saya istirehat sebentar. Dalam kepala saya
masih memikirkan keseluruhan suasana politik terkini. Saya nampak
bahawa Constituency Lunas sedang mengahadapi Pilihanraya Kecil tidak
lama lagi. Dalam keadaan meruncing kini, UMNO/BN sudah diasak hingga
begitu terhimpit untuk membuktikan kewibawaan parti itu di mata rakyat.
Terfikir juga dalam hati saya iaitu apa lagikah alasan dan hujah parti itu
untuk 'menegakkan benang basah' mereka untuk mengisi kempen
'membeli' hati rakyat, mempengaruhi pengundi di Consttuency Lunas.
Kita sudah lihat, segala tindakan Mahathir, sokongan membuta-tuli
pemimpin UMNO dan BN, keganasan polis atas arahan Mahathir,
hukuman penjara 15 tahun ke atas Anwar, Belanjawan 2001 yang tidak
memberi manfaat kepada rakyat banyak - sebaliknya mengenyangkan
tembolok pemimpin serakah UMNO/BN, perampokan Hak Asasi Rakyat,
persekitaran ekonomi yang kian meruncing; dan seumpamanya - pasti
akan memberi gambaran bahawa regim Mahathir sedang 'luka parah'.
Saya cuba beranalogi sedikit: Mahathir dan UMNO/BNnya - umpama
seekor 'Babi Liar' yang terluka. Parah. Setelah penat lelah berkejaran
tidak keruan dengan darah berjejeran; mungkin ia akan terdiam duduk
terjelepok menunggu ajalnya. Tidak juga harus dipandang enteng, kerana akal dan fikirannya masih
panjang. Ikhtiarnya masih banyak. Ia sanggup berpura-pura mati sebagai
olah ragamnya membohongi musuh yang siap sedia membelasahnya.
Paling kurang ia akan diberi sedikit simpati.
Jadi, mungkin dengan kenyataan Najib Razak (sebagai Menteri
Pertahanan merangkap Naib Presiden party) yang menyebut sesuatu
mengenai perletakan jawatan Mahathir Mohamad itu adalah umpama
cerita 'Babi Liar' tadi. Hahahaha !!
Mungkin kenyataan Najib (mengapa Najib satu persoalann juga, ya) itu
adalah satu taktik murahan bertujuan meraih simpati anggota tentera yang
sudah terbelah. Sudah terdengar risik-risik bahawa tentera sudah mulai
memihak kepada rakyat. Mungkin kenyataan Najib sebagai Menteri
Pertahanan dijangka memberi suntikan keyakinan kepada tentera bahawa
Mahathir yang dibenci akan undor! Itu tidak mustahil.
Kedua, mungkin kenyataan itu memberi imbasan bahawa 'Babi Liar' itu
sedang menghadapi 'ajal'. Dengan itu, tidak wajar ia dibelasah lagi.
Diharap, sang Pemburu akan menunggu saja detik ia mati si Babi itu. Akan
di gali lubang untuk dikuburkan. Ya! Dalam politik macam-macam boleh jadi. Namun seorang Pemburu
yang bijak akan mempastikan bahawa 'Babi Liar' itu betul-betul mati.
Membiarkan ia mati sendiri - risikonya amat tinggi. Mungkin ia sedang
istirehat 'awaiting recovery'? Mana tau, kan?
Nah! Teruskan asakan. Persetankan sebarang kenyataan. Selama ini, kata
Mahathir cuma untuk mainan. Masih mau dengar 'ayat-ayat lunak dari
seorang yang sudah dihasut Syaitan'?. LAWAN TETAP LAWAN..!! Amin Sapiro |