Laman Webantu KM2A1: 3188 File Size: 6.9 Kb * |
Perhimpunan Sejuta Rakyat - Seruan Jihad!! By Amin Sapiro 11/11/2000 11:03 pm Sat |
Amin Sapiro (tidak akan menitis airmata)
DALAM Perjuangan, menitiskan airmata bukan bermakna
sebuah KEGAGALAN. Tidak! Tidak! Sebaliknya, ia
kerapkali membuahkan hasil yang memberi suatu
kekuatan yang menjadikan hati makin keras dan kental.
Ia membentuk peribadi dan mejuruskan nawaitu untuk
beristiqamah dan meneruskan Jihad!! Malam Menitiskan Airmata Sebagai saudara kerdil Reformasi, saya berkesempatan
mengahdiri ceramah beberapa malam dulu sebelum
Sdr. Mahfuz dan temana-teman dipenjarakan. Masih
terngiang di telinga saya bagaimana Sdr. Mahfuz
melafazkan ikrar memilih penjara dari dihukum membayar
denda - andainya beliau dan teman-teman diperkukan
bersalah oleh mahkamah Mahathir kerana menentang
keganasan Yahudi. Sebelum itu Ezam dan teman-teman menceritakan
bagaimana anak-anak Reformis rakyat yang berhimpun
aman di Jalan Kebun telah dibelasah dan harta mereka
dimusnahkan oleh "anjing-anjing" liar keparat
peliharaan Mahathir. Saya terkedu berat lidah untuk berkata-kata mendegar
kesah mata Pak Din disembur gas kimia oleh Polis FRU
warga Malaysia, hingga hampir buta. Saya sempat
melihat secebis gambar beliau di sudut HARAKAH, betapa
sedihnya beliau meraba-raba makanan yang terhidang
kerana tidak boleh melihat. SEDIH! SEDIH!
Diceritakan juga wanita-wanita dan orang tua
dibelantan hingga cedera parah. Saya mendegar
bagaimana seorang muslimah Islam ditelanjang-bogelkan
oleh polis wanita di dalam lokap kerana ikut serta
dalam perhimpunan rakyat menegakkan keadilan. Alangkah
malangnya berkerajaan regim Keparat!! Saya paling sedih bila Ustaz Badrul Amin membacakan
doa dan memohon kepada Allah swt semoga perjuangan
rakyat yang dizalimi dianiugerahkan ganjaran
kemenangan. Diimbau kembali oleh beliau dalam doanya
dengan nada serak ditekak; bagaimana sdr. Anwar
dipenjarakan secara zalim oleh regim ala Yahudi ini.
Waktu itu, saya sebagai manusia lemah hati, tersebak -
sedu-sedan tidak dapat menahan airmata. Itulah
kelemahan saya. Tetapi itu jugalah kekuatan saya -
membentuk tekad akan meneruskan perjuangan ini.
Deraian Airmata Rakyat Terpaku dalam hati saya, terbayang diruangan mata
ratusan ribu rakyat yang mendoakan kesejahteraan
mereka yang dizalimi oleh regim Mahathir dan UMNO/BN.
Gambar-gambar yang terpapar diseluruh dunia mengenai
kezaliman regim Mahathir hampir saling tak tumpah
dengan apa yang dilakukan oleh regim Yahudi di
Baitulmaqdis. Hati saya terentap parah, jiwa saya diruntun madah,
benak saya bagaikan berdarah - iltizam saya sentiasa
menunda saya untuk bersuara melaungkan "Allahu Akbar".
Sambil itu, airmata saya berlinangan walaupun muka
saya tenang. Sabar. Bertawakal. Saya memandang ke kegelapan malam, ke rumpun buluh di
perkampungan Melayu di belakang Markaz PAS. Saya tidak
mampu melihat cahaya terang yang bergemerlapan
menembusi suara hingar-bingar dengan laungan
memanjatkan doa kepada Allah swt. Senjata yang ada
pada pejuangan marhain anak-anak rakyat hanya gigi
dengan lidah. Namun, mereka tidak pasrah. Jauh sekali dari menyerah
kalah. Kekuatan itulah yang menjadikan regim Mahathir
lantas gagal menangani kepaduan dan kekuatan ummah.
Allah menyayangi umat yang dizalimi. Mereka yakin!
Teringat dalam benak saya bahawa Nabi SAW sendiri
pernah dilempar kafirun dengan batu setiap kali
melintas sebuah rumah. Tetapi satu hari Baginda tidak
pula dilempar. Dalam kehairanan, Baginda Rasulullah
bertanya kepada para sahabat mengapa baginda tidak
dizalimi pada hari itu. Maka diberitakanlah bahawa
orang yang menyakiti Baginda itu telah jatuh sakit.
Selepas bersolat, Baginda datang mengunjungi pesakit
tadi, melawatnya dan bertanya khabar.
Nah! Pada waktu itu, saya tersedu mengalirkan airmata.
Terasa terbayang diruang mata saya bagaimana para
pejuang mujahidin reformasi seperti Pak Din dan
Srikandi Nora menerima perlakuan "saddis" kaum
sebangsa dengan mereka. Mereka tidak melawan walaupun
tenaga mereka tidak kurang kurang juga hebat.
Begitulah tingginya hemah pejuang yang mengerti makna
perjuangan. Tetapi sampai bila mereka harus menerima
kekasaran dan keganasan? Mahathir dan regimnya kena ingat bahawa Angkatan
Tentera Malaysia juga adalah sebahagian rakyat banyak.
Tidak jauh dari suatu kemungkinan bahawa pejuang
rakyat sedang diperhatikan penuh simpati. Jika
keganasan Mahathir dan polis sudah sampai ketahap
kezaliman yang memuncak, hujung senapang dan peluru
tidak bermata!! AWAS!! Sajak Airmata Pejuang Rakyat Sajak ini tiba-tiba terhafal dalam hati saya. Sehingga
ia dituliskan di atas kertas, ia sudah menjadi
seperti igauan saya - meracau dengan mulut
kumat-makit menghafal. Selepas solat, ia menjadi
sebahagian dari doa saya semoga Allah swt merestui doa
perjuangan massa. Hari ini saya perturunkan sebagai luahan sanubari
saya. Mungkin bahasanya tidak indah. Maklumlah saya
bukan seorang "Chairil Anwar". Saya juga bukan
Pasternak. Jauh sekali dari Votaire dan Russeau.
Tetapi ia sudah cukup untuk meluahkan runtunan
perasaan saya, sekaligus menyertai perjuangan rakyat
untuk menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN.
(untuk wira-wirawati yang terkorban) Jalan Kebun - 5 November..!! Usah diragui kecemerlangan perjuangan ini Dengan suara penuh daya Allahu Akbar !! Reformasi - Perjuangan Sejagat Kegagalan UMNO/BN dan Mahathir Nyah! Mahathir nyah! Usah ditanya apa kesudahannya Allahu akbar! Amin Sapiro |