Laman Webantu KM2A1: 3186 File Size: 9.7 Kb * |
Jika Begitu Dasar Luar Malaysia - Mengapa Mahfuz Harus Dipenjarakan? By Amin Sapiro 11/11/2000 11:35 pm Sat |
[Dengan membenarkan pasukan kriket Israel memijak kaki ke negara
ini kerajaan telah mengiktirafkah entiti haram Israel. Mereka bermain
mewakili negara Israel - sebab itulah peristiwa ini bukan perkara
main-mainan. Rencana Wak ini jelas menunjukkan hipokritnya Mahathir
kerana menerima kehadiran mereka ini sebagai 'guest of honour' pula.
Inilah sikap pengkhianat bangsa dan ugama. Lupakah Mahathir regim
Israel inilah yang membunuh ngeri dalam tragedi Sabra dan Chatila?
-Editor] Amin Sapiro (muak - saban hari loya di tekak)
JIKA BEGITU DASAR LUAR MALAYSIA - MENGAPA MAHFUZ HARUS
DIPENJARAKAN? Kesalahan beliau dan teman-teman ialah kerana
membantah kehadiran pasukan Kriket Israel di Kuala
Lumpur pada April 1997. YB Mahfuz melakukan itu kerana
yakin memegang prinsip Dasar Luar negara yang jelas
membantah keganasan Yahudi dan mengutuk kezaliman
mereka yang sungguh ganas. Malangnya, kerana Pasukan Kriket Yahudi itu adalah
"guest of honour" Presiden UMNO merangkap Perdana
Menteri Malaysia: Dr. Mahathir Mohamad, maka Dasar
negara itu spontan ditangguhkan sementara kerana
Yahudi adalah rakan se kelambu Presiden UMNO. Kerana
itu, Mahfuz dan teman-teman harus dikenakan hukuman
denda RM1,500 seorang. Isunya, tidakkah itu bermakna bahawa Dasar Luar
Malaysia adalah semata-mata berdasarkan "selera" Dr.
Mahathir sahaja? Tidakkah hukuman terhadap Mahfuz itu
suatu PENGANIAYAAN yang sangat memalukan negara dan
rakyat? Regim Mahathir PENGKHIANAT! Sekaligus terbukti jelas bahawa Dr. Mahathir dan
regimnya: UMNO/BN, sudah mengkhianati Dasar dan
tuntutan rakyat, khususnya orang Melayu dan orang
Islam di negara ini, dan seluruh negara-negara Islam
di dunia. Serentak dengan penghukuman ke atas Mahfuz itu, Syed
Hamid Albar, Menteri Luar Malaysia dengan gah berucap
di Mesyuarat Peringkat Menteri Luar Pertubuhan
Persidangan Negara Islam (OIC) bahawa:
"Malaysia adalah menyokong penuh gesaan supaya
dijalankan siasatan segera terhadap penggunaan
kekerasan secara keterlaluan oleh Israel ke atas
Palestin menerusi resolusi 1322 Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong
penubuhan Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa
penjenayah perang Israel". Kita tanya beliau, jika benar sebegitu keras Dasar
Luar Malaysia, tidakkah hukuman ke atas Sdr. Mahfuz
itu suatu bentuk Kezaliman terang-terangan yang
dilakukan oleh regim Mahathir yang disokong oleh
UMNO/BN - dan sekaligus Mahathir Mohamad juga adalah
seorang PENGKHIANAT dasar negara? (jelas sekarang Sdr.
Ezam Mohd. Nor di pihak yang benar..!!)
Mahfuz Memilih Dipenjarakan Malam sebelum Sdr. Mahfuz diputuskan hukuman itu,
dalam satu ceramah rakyat yang dihadiri lebih 20 ribu
umat Islam di Markaz PAS di Taman Melewar, sdr. Mahfuz
berikrar bahawa jika sekiranya beliau dihukum denda
supaya membayar denda dengan ringgit, beliau tidak
akan membayarnya. Mahfuz berkata bahawa ringgit dan sen itu lebih
bermakna dan besar faedah-manfaatnya jika disedekahkan
kepada fakir miskin di kawasan parlimen beliau "Pokok
Sena" berbanding dengan wang itu dibayar kepada regim
Mahathir yang akan menggunakannya untuk menzalimi
rakyat. Hematnya, itu adalah kenyataan yang kental,
hebat dan berprinsip habat! Beliau berikrar sanggup dipenjarakan sebagai pilihan.
Bagi beliau, berjihad untuk menegakkan Dasar negara
dengan memilih dipenjarakan adalah lebih mulia dari
memberi sumbangan wang terhadap regim yang menggunakan
wang itu untuk menyiksa dan menganiaya rakyat!
Akhirnya, Mahfuz dan teman-teman dipenjarakan selama
sebulan. Mereka menerima dengan hati yang tenang.
Keluarga mereka menerima dengan niat yang sama - suatu
gambaran jelas bahawa keluarga mereka turut sama
berjihad menegakkan prinsip Keadilan dan menentang
Keazaliman Yahudi dan agen mereka dalam UMNO/BN yang
dijuarai oleh Dr. Mahathir Mohamad! HEBAT..! HEBAT..!!
Tindakan Berhemah vs Tindakan Pengkhianat
Mahfuz dan teman-teman memilih tidak akan membayar
denda yang dikenakan. Itu adalah suatu prinsip
kewarganegaraan yang sangat tinggi nilai dan maknanya
dari sudut Etika dan Keadilan sejagat - apatahlagi
dari segi Perlembagaan Nasional..!!
Sekaligus keputusan dan pilihan Sdr. Mahfuz dan
teman-teman memberi kenyataan jelas terbentang bagai
tulisan di tembok bahawa Pembangkang di negara ini
tidak main-main dalam memperjuangkan tuntutan rakyat,
ummmah, dan dunia sejagat. Kerana Islam menentang
Kezaliman - Pembangkang membuktikan dengan menerima
hukuman dengan tenang. Itulah yang dinamakan
"perjuangan"..!! Tetapi, kita merasa dikecundangkan dan terkhianat,
tertipu bontang dengan pembohongan yang dibentangkan
oleh Hamid Albar dihadapan ketua-ketua kerajaan di
Mesyuarat OIC di Doha, Qatar itu. Rakyat lebih merasa tertipu dan dibohongi apabila
Hamid Albar berkata: ["Sokongan berterusan Malaysia terhadap Palestin
adalah juga cerminan daripada usaha Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjalin komunikasi
mengenainya dengan para pemimpin berpengaruh termasuk
anggota Majlis Keselamatan dan Setiausaha Agung PBB"]
Tidak cukup dengan itu, Hamid Albar menggandakan
pembohongan regim Mahathir ini dengan berpura-pura
menyeru, kununnya: ["para pemimpin berkenaan telah diminta (oleh
Mahathir?) menggunakan kedudukan untuk mendesak Israel
menamatkan permusuhan mereka ke atas Palestin dan
berusaha ke arah keamanan berkekalan, adil dan
menyeluruh berasaskan resolusi Majlis Keselamatan
PBB] Kita tanya Mahathir:
Ketidakseimbangan "cakap tak serupa bikin" inilah yang
membuktikan bahawa regim Mahathir sedang bermain
SANDIWARA paling aib yang menyumbang kearah
penokoktambahan "saham" untuk meruntuhkan OIC sebagai
pertubuhan negara-negara Islam sedunia. Memang regim
Mahathir sebenarnya anti-Islam. Malulah sikit oooiiiii.(bangang!). Rakyat makin mengerti bahawa regim Mahathir dengan
sokongan "baghal-baghal" UMNO beragama Islam tidak
mengerti asas dan prinsip Islam OIC sebenar. Inilah
yang menyebabkan OIC tidak lebih dari sebuah
pertubuhan yang diresapi oleh kroni-kroni Yahudi di
negara-negara tersebut. Contohnya, Mahathir sendiri tidak sanggup berhadapan
dengan pemimpin dan ketua-ketua kerajaan OIC - cuma
menghantar wakil ke Mesyuarat itu. Ini adalah kerana
beliau sendiri sudah jauh terlajak mengukutk Islam dan
meruntuh masyarakat Islam di negara ini. Sdr. Mahfuz
Omar dan teman-teman telah membuktikan dengan
kehebatan beliau dan Pembangkang dengan memilih ke
penjara! Mungkin kes pemenjaraan Sdr. Mahfuz Omar dan
teman-teman Pembangkang itu menimbulkan kegubraan di
hati Mahathir Mohamad. Mungkin Mahathir takut akan
dibentak dan dimaki seranah oleh Freemason Yahudi
Antarabangsa jika berucap keras menentang kerabat
Yahudinya. Mahathir makin tersepit kerana gelagatnya.
Rakyat sudah bosan dengan tingkahlaku dan karenah
"Babi Liar" beliau!! Tahun 2004 - Penentuan Terakhir
Namun, Sdr. Mahfuz Omar dan teman-teman Pembangkang
tetap dengan prinsip perjuangan dan iltizam mereka.
Menerima dipenjarakan adalah tindakan paling bermaruah
yang memberi keyakinan kepada rakyat dan umat Islam di
Malaysia untuk memilih Barisan Alternatif
mengambilalih pentadbiran negara pada tahun 2004!!
Then only the nation will be in peace Aman! Tenteram
dan maju ke hadapan!! InsyaAllah. PS: Rujuk berita Utusan Malaysia 11 November 2000
bertajuk "Malaysia gesa lebih keras terhadap Israel".
Akan terbaca betapa lucahnya regim Mahathir ini.
JIJIK..!!!!!
|