Laman Webantu KM2A1: 3183 File Size: 9.3 Kb * |
Perhimpunan Jln Kebun: Resolusi Rakyat Paling Cemerlang By Amin Sapiro 11/11/2000 5:24 pm Sat |
[Rencana Wak kali ini menyerlahkan siapakah yang sudah menjadi raja
dan kemana perginya raja yang asyik didoakan rakyat jelata. Peristiwa
Jalan Kebun yang dirakam itu menjadi satu igauan buat pemimpin UMNO,
dan ternyata polis menjadi budak surohan ala samseng berlesen mereka.
Walau apapun tafsiran dibuat oleh pemimpin UMNO, gambar dan bukti tersebut
sudah pasti akan membimbangkan mereka. DUN Lunas sudah bersedia untuk
pertempuran yang seterusnya... - Editor
] PERHIMPUNAN JLN KEBUN, KLANG: RESOLUSI RAKYAT PALING
CEMERLANG Makin nampak jelas, kejayaan rakyat berhimpun tanpa upahan sesen pun.
Mereka tidak dipaksa. Tidak juga diugut. Ia mencerminkan satu lagi
kegagalan regim Mahathir menyakinkan 23 juta rakyat yang menuntut
KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN - bahawasanya mereka tidak
gentar dengan kehadiran ?anjing-anjing upahan regim Mahathir? yang
lebih dikenali dengan gelaran istimewa ?FRU? dan ?SB? (Sons of Bitches).
Mereka diajar dan diberi mandat untuk membelasah tubuh badan dan
memusnahkan harta pejuang kebebasan rakyat yang hadir seperti gelompak
taufan!! Gelombang Rakyat Sudah Berlanjutan
Mahathir dan UMNO kena ingat! 23 juta rakyat negara ini sudah
dimerdekakan oleh datuk-nenek mereka yang gigih merancang menetang
sebarang bentuk penjajahan. Tahun 1511 adalah tarikh ?malapetaka? yang menggugat. Hari ini, 5
November 2000 adalah lanjutan dari siri penentangan rakyat membebaskan
negara dari satu fenomena penjajahan baru yang bermula pada 2
September 1998 - tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan semua
jawatan secara paksa oleh Mahathir Mohamad (zuriat pendatang haram
baka Krala-Uttar Pradesh). Orang Melayu tidak pernah digelar pengkhianat oleh keturunan
bukan-watan seperti Mahathir (zuriat pendatang haram).
Dalam sejarah yang tercatatat dengan darah Bendahara Seri Maharaja
Melaka tua: Pengkhianat orang Melayu terulung dan pernah disula
hanyalah kerabat Raja Mandeliar dan Si Kitul. Untuk makluman Mahathir -
Raja Mandeliar adalah seketurunan dengan beliau, satu negeri asal dan
satu spesis pengadu-domba!! Sah Mahathir ?BUTA SEJARAH?. Paling jelas Mahathir juga adalah
seorang bertaraf perompak, penyangak, pengadu-domba, penjarah, putar
alam pembelit, lidah bercabang. Mahathir adalah manusia paling biadap.
Kebelakangan ini, kerana terlalu terdesak, Mahathir juga makin gelabah dan
meracau bagai seorang yang sudah hilang akal. Arahannya makin liar dan
tidak beretika. Kerajaan Yang Mengancam Rakyat Kebetulan, kita berkesempatan berbincang dengan banyak orang. Kepalang
malunya kita bila melihat tayangan berita di negara orang mengenai negara
sendiri yang dikelamkabutkan oleh pemimpin yang ego dan ingin berkuasa
lebih lama dari usia. Betapa sedih hati kita melihat bagaimana pihak Keselamatan membaham
tangan tuannya yang memberi makan!! Memang dasar ?anjing-anjing? tidak
mengenang budi. Mereka adalah pemimpin UMNO, FRU dan SB.
Sebagai kebiasaan dimasa lampau, sebarang gerakan rakyat menentang
kezaliman regim Mahathir dan parti ?barua?nya bagi menegakkan Keadilan;
akan berkesudahan dengan rakyat dibelasah teruk berdarahan, akan
merengkok disumbatkan ke dalam lokap, ditelanjang-bogelkan tanpa etika
dan nilai-nilai agama manusia bertamaddun.
Itulah sikap pasukan polis yang terlatih supaya berlaku biadap dan tidak
sopan, membelasah hingga lebam-lebam, dibicarakan tanpa soal-siasat
yang adil sebelum dipenjarakan. Keseluruhan peristiwa ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November? itu telah
dirakam. Ia mulai ditafsirkan rakyat sebagai ancaman kepada seluruh sistem
keadilan. Ia mencerminkan cara bertindak regim Mahathir bagi mengekalkan
?kuasa mutlak?, keserakahan, kerakusan, dan perlanggaran
undang-undang serta Perlembagaan.. Mengukur kejayaan ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November? itu dari
kacamata ?conceptual?, seseorang yang berminda terbuka pasti akan
membuat beberapa kesimpulan sosio-politik berasaskan perbandingan,
perinci fakta-fakta ini: Menyamai Regim Zionis Paling kurang rakyat Selangor sudah dapat melihat dan insaf bahawa bentuk
arahan Mahathir kepada pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia adalah se
acuan dengan pemimpin regim ZIONIS Yahudi menangani rakyat Palestine
di Baitulmaqdis. Jika Regim Zionis menggunakan pelbagai kekerasan dan ancaman terhadap
rakyat yang menuntut Hak asasi mereka, berarak menegakkan Keadilan dan
menentang Kezaliman, memegang kepada kekuatan kesepakatan bersama -
keadaan yang sama berlaku di ?Perhimpunan Jalan Kebun 5 November?.
Dari lapuran berita yang dipaparkan di beberapa LamanWeb rakyat,
Mahathir dan kuncu-kuncu UMNO/BN ada rencangan Mega menguasai
wilayah tanah-tanah subur diseluruh negara.
Hari ini kita lihat Putera Jaya. Esok lusa akan dikaut 6 lagi daerah di
Selangor juga. Tulat, akan diugut pula Sultan Pahang menyerahkan
Kuantan. Anak Johor akan kehilangan wilayah bersempadan dengan
Singapura. Langkawi akan sudah dirisik untuk diwilayahkan.
Lagi mana? Mahathir sekarang sedang berkira-kira untuk meminda Akta Majlis
Perbandaran dan Kerajaan Tempatan. Segala Pentadbiran bandar-bandar
ibu negeri akan diletakkan dibawah pentadbiran Kerajaan Federal.
Pembangunannya akan dilaksanakan oleh Kroni dan suku-sakat beliau
dengan menggunakan wang rakyat. Harga tanah akan melambung naik,
orang Melayu makin terpinggir. Kawasan Luar Bandar dan Desa akan tertinggal jauh tanpa dihiraukan.
Orang Melayu tidak akan dapat mengikuti arus Pembangunan. Jangan
harap projek pembangunan akan menyerap ke desa. Orang Melayu akan
diasak ke tepi sungai dan pinggiran hutan rimba. Itu adalah perancangan
UMNO/BN sehingga tahun 2020. Itu Mahathir punya mau. Kroni politik
beliau akan dipasti mengikut telunjuk kerana kepentingan mereka tetap ada!
Mohd Khir Toyo sudah jadi kaya raya dalam sekelip mata. DUN Selangor
telah diberi ganjaran puluhan juta dalam akaun bank masing-masing. Punca
wang dari khazanah Rakyat. Sultan Selangor juga makin hilang semangat.
Mohor Baginda sudah dicagar oleh kerakusan segelintir pemimpin UMNO
yang khianat. Pahang adalah sasaran kedua. Mahathir sudah terang-terang mengugut
Baginda bahawa hutan simpan tidak boleh ditebang lagi. Alasan Mahathir
mudah saja - untuk mempasti kesejahteraan alam sekitar. Kerana hobby
baginda bermain rolette di Las Vegas, hutang di meja rolette menjangkau
ratusan juta; mau atau tidak ?mohor baginda? juga kini tercagar.
Kerana sumber utama sudah makin berkurangan, maka Mahathir dengan
mudah menukar ganti Kuantan dengan ringgit dan emas. Peristiwa Wilayah
Persekutuan Ke-3 Putera Jaya berulang semula di Pahang. Jika Adnan
Yakob cuba main kayu tiga, ramai juak-juak UMNO yang redha sepenuh
hati menggantikan beliau. Cerita Mohd. Khir Toyo pun sama urutannya untuk
dijadikan panduan di Pahang. Mahathir Sudah Jadi Raja Jika Portugis menyerang Melaka dengan sebiji dua armada, tetapi Mahathir
menjajah negeri-negeri Melayu cuma dengan secebis kertas ringgit dan
sebahara emas yang digali di negeri ini.
Hematnya, Mahathir lebih pintar. Beliau menggunakan pemimpin UMNO
yang tidak ada keyakinan diri dan sanggup menukar ganti hak rakyat
dengan kepentingan peribadi. UMNO sudah diperkudakan. Pemimpin mereka
diperlembu. Soalnya, siapa kini pengkhianat? Ezam Mohd. Nor atau 100 muak-muka
bangsat orang Melayu bergelar pemimpin UMNO?
Kini Mahathir setaraf dengan baginda Raja-raja Melayu. Satu kelebihan
beliau pula, Khazanah Negara terletak atas perhetongan beliau.
Perlembagaan Negara mudah diubahpinda. Dengan jentera kerajaan yang
dikuasai beliau secara ?eksekutif?, kakitangan awam semua peringkat cuma
melopong saja. Umpamakanlah ?anak-anak unggas? baru keluar dari
kelonsong telur. Mahathir akan mengagih habuan cuma sekadar melepas
dahaga. Yang lain - semua sudah dibolot oleh beliau dan Kroni!!
Rakyat Perlu Merobah Nasib Allah swt tidak akan merobah nasib mana-mana kaum yang tidak berusaha.
Sekarang tepuklah dada dan tanya selera. Apa akan jadi kepada orang
Melayu pada tahun 2020? Jika Mahathir tidak dipaksa turun takhta dan UMNO/BN tidak ditumbang dan
purukkan; orang Melayu akan kembali ke zaman penjajahan. Generasi anda
sebagai orang Melayu akan menjadi Pak Kadok - ?menang sorak kampung
tergadai?. Malangnya, hanya segelintir dari kerabat anda yang akan gelak
ketawa, selebihnya akan jadi peroka bandar dan setenggan dungu.
Itulah dasar Mahathir Mohamad! Sekiranya orang Melayu tidak bangkit
menentang regim ini, itulah nasib generasi anda!!
|