Laman Webantu KM2A1: 3176 File Size: 7.3 Kb * |
T-Melewar: Ucapan Yang Berapi-api By Kapal Berita 10/11/2000 3:51 am Fri |
Taman Melewar, Gombak: Semalam ucapan YB Mahfuz memang bersemangat
dan amat berkobar-kobar. Ia adalah satu ucapan oleh seorang yang
sudah bersedia untuk memasukki penjara. Beliau lebih rela memasukki
penjara daripada membayar denda kerana tidak mengizinkan walau satu sen
pun dibayar kepada kerajaan yang zalim. Oleh itu beliau membawa bekal
kain baju, seluar dalam (lawak beliau), berus gigi dsb yang secukupnya
di mahkamah nanti kalau-kalau terhukum.
Semasa berita ini ditulis, beliau telah disabitkan kesalahan bersama 3
pejuang yang lain dan dihukum denda RM1,500. Namun mereka berempat memilih
penjara sebulan dari membayar denda. (Bayangkan Sanusi Junid didenda RM1,000
sahaja walaupun memukul orang di KLIA)
Saya memberi fokus kepada ucapan Mahfuz kerana pidato beliau
malam ini membayangkan sesuatu akan terjadi pada 9/11/2000,
di mana beliau akan mendengar hukuman keatas kes Kriket Israel.
PIDATO BERAPI-API MAHFUZ Dalam ceramah malam tadi Mahfuz menceritakan beberapa perkara, dan
disampaikan mana yang masih teringat sahaja:
* Hak Berhimpun dan Akta Polis Mahfuz menceritakan panjang lebar pelbagai akta yang bersangkutan.
Hak untuk Bersuara memang ada dalam perlembagaan. Tidak pernah
para reformis bertindak liar dalam sebarang perhimpunan. Di Sg Petani
misalnya, lebih 100,000 hadir tetapi tidak ada orang umno dijentik
telinga atau dipulas perut mereka... Demikianlah satu kiasan
betapa berdisiplinnya para pendengar, tetapi polis tetap tidak
mengizinkan perhimpunana aman di Jalan Kebun. Malah mereka telah
menyekat jalan dan menyebabkan kesesakkan. Mereka menyerang ketika
orang sudah bersurai - ini SATU KESALAHAN POLIS!
Tragedi Jalan Kebun ini menunjukkan polis telah menyalahgunakan kuasa
dan sudah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak ganas.
Pihak penganjur tidak akan berdiam diri, oleh itu segala bukti dan
rakaman VIDEO akan diketengahkan untuk menyaman KERAJAAN!
* Usul Bahas Kekejaman Polis Diluluskan
Kisah speaker yang menangguh-nangguh dan lupa bahawa usul untuk
dibahaskan ini telah dicatat lebih 24 jam agak melucukan.
Sebenarnya memang sudah lebih 24 jam tetapi speaker tidak tersedar.
Dikatakan Speaker sibuk kerana berada di Istana Negara menyaksikan
upacara penyerahan Putrajaya. Tetapi Mahfuz menegur bukankah timbalan
speaker ada dan boleh menguruskannya. Lama-lama speaker pun mengaku
beliau tersilap - sebab itulah dibahaskan juga walau disebelah petang.
Ketika itu Mahfuz memuji speaker kerana sedar akan kesalahan, tidak
macam Mahathir.... * Nasib Pak Din Yang Mengharukan
Walaupun Pak Din seorang guru silat, beliau tidak melawan ketika
diserang dari depan mahupun belakang. Beliau telah disembur dengan
gas pada jarak yang dekat betul2 ke arah muka, dan akibatnya mata
nya kini sudah buta. Harapan untuk nampak tinggal 30% sahaja. Pihak
polis enggan memberitahu apakah jenis kandungan bahan kimia yang
telah disembur itu walaupun maklumat itu diminta oleh para doktor.
Oleh itu adalah sukar untuk merawat jika maklumat tidak dapat dicam
dengan tepat. Inikah dia "kemesraan" polis sejak Pak Lah menjadi
gembalanya. Orang yang sudah buta hingga meraba-raba nak basuh tangan
pun nak dinafikan lagi hak untuk melihat dunia. (Apakah Pak Lah tidak
takut dipanggil sahaja binatang? - Penulis).
Kalau ingatan saya tepat, Sdr Mahfuz menunjukkan gambar semasa sesi
parlimen membahaskan keganasan polis itu. Beberapa adegan polis
membelasah orang ramai dan menyepak terajang wanita sampai masuk
longkang telah direkodkan dan akan dihantar kepada SUHAKAM. Malah
ada satu stesyen TV Singapura telah menyiarkan sebahagian daripada
keganasan tersebut. Semalam tidak ada skrin layar untuk disewa, jika
tidak para penonton berpeluang melihat beberapa adegan yang telah
dirakam. Cerita Nora dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi bukan cerita
main-main. Malah kisah menyayat hati ini menjadi rekod yang
dicatat oleh peguam. Keganasan polis seolah2 mereka ini menjaga
keselamatan UMNO, bukannya keselamatan negara... Wakil BN naik
tocang dan menuduh macam-macam kepada Mahfuz hingga akhirnya
wakil BN Tampin mencabar untuk bertumbuk di luar dewan bila
Mahfuz menyebut isu pemuda umno memanjat pagar dewan MCA dan
melaung kata-kata yang tidak enak sedangkan FRU tidak berbuat apa-apa.
Pantang dicabar, Mahfuz apa lagi, sahut terus cabaran bertumbuk itu.
Tetapi wakil BN tersebut ditahan oleh rakan beliau.
* YB Mat Sabu Terbelantan Juga Yang menarik YB Mat Sabu tidak terkecuali dan terkena satu pukulan
oleh FRU. Kejadian ini telah dirakamkan oleh beberapa wartawan asing
yang berada di situ. Kesakitan pukulan itu masih terasa bila Mat Sabu
berucap selepas YB Mahfuz semalam. Ucapan YB Mat Sabu bersemangat juga, dan secara ringkasnya beliau
menyuruh rakyat bersabar dulu. Kita sedar rakyat akan sanggup bangun
kalau disuruh berjihad, tetapi kita masih belum menukar lagi agenda
perjuangan. Belum tiba masanya nanti. Tetapi jika Mahathir bertindak
lagi diluar batasan, jangan harap rakyat akan membiarkan semua
keganasan itu lagi bila pemimpin dan ulamak sudah memberi kata
dua JIHAD. Lawak Khas: Norain Mai jangan jadi ganas macam Norain Nor err....
biarlah jadi Noreen Noor!?? PIDATO EZAM Ucapan Ezam lebih bertajukkan isu Penderhakaan. Beliau memberi beberapa
contoh dan sejarah silam di mana Mahathir sendiri menulis di akhbar
Filipina mengutuk Tunku. Ezam sanggup berada di mahkamah untuk menjelaskan
satu persatu semua tuduhan pengkhianatan ke atas dirinya.
Menurut Ezam, taktik Mahathir membelitkan kritikkan tersebut dengan
mengistilahkannya sebagai kritikan kepada negara. Ini adalah tektik
lama yang dipakai oleh seorang maharaja Perancis di satu ketika
dulu. Raja tersebut menyifatkan kritikan kepada beliau sebagai
kritikan kepada negara, oleh itu pengkrtitik dicap sebagai penderhaka.
Ezam sentiasa bersedia jika dipanggil kemahkamah. Malah beliau
telah melapurkan diri di balai tanpa perlu polis mencarinya.
Walaupun tidak percaya kepada keadilan mahkamah, Ezam sanggup
kemuka pengadilan, untuk menyatakan semua bukti yang tersimpan.....
PENUTUP Ezam menamatkan ucapan dengan membaca satu sajak tuilisan oleh
sdr Hasan Karim. Gerimis rintik hujan mengakhiri satu perhimpunan
yang menjadi satu kenangan yang berpanjangan.
Pada awal ceramah malam tadi sdr Shaari Sughib merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada banyak yang menjayakan perhimpunan 100,000. Beberapa istilah baru akan dihuna pakai. Perkataan OKT (Orang Kena Tuduh) akan ditukar kepada TPR (Tahan Politik Reformasi). Dimaklumkan juga satu perhimpunan BESAR-BESARAN akan di adakan pada 25 November nanti, jam 10 pagi di Kementerian Kewangan. Ia akan dianjurkan oleh AJK Jalan Kebun juga, dengan sedikit pertukaran dan penambahan aktivis. Diharap ia bakal menjadi satu lagi episod yang akan menggegarkan dunia politik tanah-air. |