Laman Webantu KM2A1: 3175 File Size: 10.6 Kb * |
Negara Kita Sudah Dilanggar 'Geruda'..!!! By Amin Sapiro 10/11/2000 1:12 am Fri |
Sekembali saya dari perjalanan jauh, baru saya dapat
merasakan satu perbedaan besar suasana pentadbiran
berhemah di negara orang dengan apa yang ditanggung
oleh rakyat negara saya sendiri. Namun begitu, "Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri;
kita masih merasakan bahawa negeri sendiri masih baik
dan sempurna". Paling kurang kita akan terus
menggerakkan usaha memperbetulkan semula keadaan yang
sudah jauh menyimpang. Amat Menyedihkan Apa yang menyedihkan hati kita ialah: negara kita yang
sepermai ini dengan bumi bertuah yang dianugerahkan
Allah swt dengan serba-serbi kemakmuran dan sumber
alam yang melimpah-ruah; kini telah diporakperandakan
oleh segelintir pemimpin rakus, tidak beradab dan
berperangai layak manusia bajingan. Seluruh yang ada
pada kita sudah dikuasai oleh segelintir manusia yang
bernafsu Syaitan!! Membaca puluhan rancana dari pelbagai sumber dengan
bukti-bukti nyata menunjukkan Kezaliman dan
Ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah
rakyat di negara permai ini; sekaligus hati kita makin
kuat berazam bahawa "Karenah Regim Mahathir yang
didukung oleh UMNO/BN sudah tidak boleh pakai lagi".
Kerana kuasa dan kerakusan mereka yang berkepentingan
konco-konco Kroni yang melakukan pelbagai rasuah,
Nepotisma yang menimbulkan anggapan masing-masing ada
hak sebagai pewaris sebuah Dinasti, Konspirasi yang
mencetuskan pakatan mempunahranahkan ketertiban hidup
23 juta rakyat; kita rasa bahawa negara kita umpama
sudah "dilanggar Geruda". Kita pernah terbaca dalam hikayat dan cerita-cerita
klasik lama bagaimana kacau-bilau dan termusnahnya
sesebuah negara yang dilanggar oleh burung bergelar
"Geruda" itu. Digambarkan bagaimana masyarakat huru
hara dan seluruh sistem kemasyarakatan rosak punah
ranah. Rakyat lari bertempiran. Langit gelap, cahaya
matahari terlindung. Waktu itu, rakyat semua hilang
keyakinan diri. Mereka lari bersembunyi!
Raja Bertakhta Dibawah Rumpun Pisang
Kerap diceritakan bahawa Raja yang memerentah negeri
akan membiarkan rakyat jadi korban burung raksasa itu.
Raja itu akan lari lintang-pukang bersembunyi dengan
sehelai sepinggang bersama anak bini. Kerajaannya cuma
bernaung dibawah rumpun pisang cuma. Baginda dan
pewarisnya sanggup 'pula' makan pucuk kayu dan minum
air yang mengalir di parit-parit hancing lagi kotor.
Seringakali terbaca kesudahannya: Dalam keadaan yang
kritikal begitu, akan tampillah seorang insan kerdil
dari kalangan rakyat biasa yang tertindas. Beliau
itulah yang bangkit dengan senjata di tangan. Dengan
keperkasaan luarbiasa yang dianugerahkan Tuhan yang
diyakininya, beliau akan menentang gejala perosak itu
dengan kesungguhan hati dan iltizam yang kental.
Kita tidak menyangka, keyakinan dan kekuatan yang ada
padanya, manusia kerdil yang berhemah itu akan
menghunus senjata lalu membunuh Geruda laknat itu.
Akhirnya, maka dikembalikanlah keamanan dan
ketenteraman kepada anak negeri. Kerajaan sudah
beralih tangan! Analogi dan Persoalan: Peristiwa yang berlarutan sejak "Perwira Reformasi" -
Sdr. Anwar Ibrahim disingkirkan oleh Mahathir Mohamad
dengan bantuan Komplot yang berkonspirasi mega; negara
dan rakyat jelata sudah tidak aman lagi. Seluruh
sistem dan peradaban rakyat, bangsa dan agama makin
diperlekeh dan dijadikan bahan senda gurauan oleh
"Garuda" yang memusnahkan tamadun kita.
Rakyat Kelantan dan Terengganu sudah sadar dan yakin
bahawa mereka sudah mampu membebaskan diri dari
belenggu dan tangan ganas Mahathir yang sudah 'gila
kuasa' ini. Namun, nampaknya, apa yang ada padanya
masih tidak cukup, dan nafsunya makin buas dan kian
menggila-gila. Mengganas!!
Kini rakyat Selangor pula sudah menerima padah kerana
tertipu dengan janji manis UMNO/BN. Negeri seindah dan
seluas itu sudah menjadi sekangkang kera. Meminjam
pepatah Melayu tua, Mahathir saling tak tumpah seperti
"Belanda dapat tanah". Zuriat pendatang haram ini
sudah seperti Portugis yang melanda dan menjajah
Melaka tua. Mahathir sudah memusnahkan Kesultanan
negeri Selangor dan menjadikan dirinya sebagai 'raja'
dengan mencincang lumat Kesultanan sebuah negeri
Melayu. Mahathir itu telah menjadi sebahagian hak rakyat
Selangor sebagai kepunyaan beliau dan kroninya. Secara
otomatis, ratusan ribu rakyat Selangor sudah bertukar
taraf menjadi hamba sahaya sebuah regim 'penjajahan
baru' yang berpura-pura akan memberi kehidupan lebih
baik. Itulah ganjaran terbesar selepas pilihanraya
November 1999 kerana memilih UMNO/BN dan meletakkan
wakil-wakil mereka berkuasa. Mohd. Khir Toyo = Patih Karma Wijaya
Dalam Sejarah Melayu menyebut bahawa Patih Karma
Wijaya berpakat dan berkonspirasi dengan Raja
Mandeliar (zuirat benua Keling) setelah menyakini
adu-domba Si Kitul (seorang hamba pendatang haram sama
benua dengan Mahathir). Hari ini, kita nampak Mohd.
Khir Toyo telah layak digelar "Patih Karma Wijaya"
yang dibenci oleh rakyat Melaka tua. Mohd. Khir Toyo
telah menjadi PENGKHIANAT Kesulatanan Selangor, Rakyat
dan bangsa yang seagama dengan beliau. Khir Toyo telah
jadi petualang bangsat menjula negara!
Mohd. Khir Toyo telah menyerahkan sekerat negeri
kelahirannya kepada satu kuasa luar, semata-mata
kerana mengharapkan sebahara emas yang belum tentu
akan diperolehinya. Apakah "anak-anak Geruda" disekeliling Mahathir
Mohamad akan merasa cukup dengan membolot hak rakyat
Selangor saja? Khabarnya ada enam (6) buah kawasan
tanah jajahan Selangor sedang 'peta lekar' untuk
dirampas oleh Kroni Mahathir. Tunggu saja ketika yang
baik, 'Geruda' kebulor itu akan mengirai kepaknya
untuk melanda bahagian mana yang disukainya.
Lulus Jarum Lulus Kelindan Orang Melayu ada analogi yang membudaya dalam diri
mereka. 'Lulus Jarum Lulus Kelindan' itu bermakna
kalau di Selangor, Mahathir boleh lakukan sekehendak
hatinya; apakah yang akan menegah dan mencegah beliau
melakukan perkara yang sama di negeri lain [selain
dari Kelantan dan Terengganu]? Nafsu Mahathir dan Kroni sudah nyata terkeluar dan
batas-batas Perlembagaan dan tatasusila Kenegaraan
yang demokratik, bermaruah dan berhemah. Apakah orang
Melayu di negeri-negeri lain yang diwariskan tanah
subur ini akan menyerahkan bumi mereka kepada satu
kuasa asing yang merancang menghakmiliki tanah tumpah
darah mereka? Fikir baik-baik: Selagi UMNO/BN dan Mahathir Mohamad
dibiarkan terus berkuasa dan bermaharajalela, sebagai
rakyat kalian jangan harap akan terus hidup aman.
Selagi 'Garuda' ini belum mati, negeri kalian akan
terus diporak-perandakan semahu hati. UMNO/BN dan
Mahathir akan menghisap-hirup setiap titik darah yang
mengalir di nadi dan saraf dalam tubuh badan kalian.
'Garuda' puaka ini tidak ada lagi kesian belas untuk
merobek daging kalian untuk dimamahnya.
Pentang Mahathir Itu PENGKHIANAT?
Mahathir sudah membalik tamadun kita kebelakang.
Kununnya, jika ada diantara kalian menetang, kalian
akan dicop sebagai PENGKHIANAT. Kalian akan dibuang
jauh ke negeri orang, dipenjarakan atau akan dihukum
gantung!! Kalian akan dicop sebagai Komunis walaupun
kalian seorang nasionalis. Tanya diri kalian, apakah ini rupa bentuk sebuah parti
politik yang harus disokong lagi? Tidak datuk nenek
kita telah berjuang bermandi darah dan berjihad hingga
nyawa melayang dari rongga tubuh badan kerana
mempertahankan tanah tumpah darah ini? Sejak Melaka
dilanda Portugis, orang Melayu sentiasa dijajah dan
terjajah. Dimanakah 'kejantanan' kalian sebagai rakyat
yang berhemah dan berhak menentukan segala?
Tepuk dada tanyalah selera. Peristiwa 5 November 2000,
dengan gerakan 100,000 rakayat di Jalan Kebun, dengan
pengorban Nora "Srikandi Perkasa" dan "Pak Din" yang
sanggup berhadapan dengan tangan-tangan ganas lagi
kejam - masihkah pengorbanan mereka TIDAK menyedarkan
kita? Tidakkah bahawa sesungguhnya "MASA MENENTANG
KEZALIMAN dan MENEGAKKAN KEADILAN SUDAH TIBA"? Apakah
hukumnya jika kita sebagai rakyat yang berhak memilih
yang baik tetapi mendayuskan diri semata-mata kerana
sesuap nasi? Tidakkah tinggi ganjarannya dalam
perkiraan Allah swt mempertahankan hak kita dengan
menghumbankan regim Mahathir bertuankan Yahudi ini dan
melenyapkan UMNO/BN dari muka bumi Malaysia ini suatu
yang berpahala besar? Mahfuz dan Teman-teman Memilih Dipenjarakan
Rakyat dan orang Melayu harus peka bahawa Sdr. Mahfuz
Omar memilih penjara dari membayar denda. Inilah wadah
kehebatan seorang pejuang rakyat yang berjiwa besar
menetang gejala Yahudi yang dijadikan Mahathir dan
pemimpin UMNO sebagai sahabat rapat. Kalau slogan
"Pemimpin Melalui Teladan" itu bermula dalam UMNO/BN,
tapi yang nampak kepada rakyat adalah contoh
perjuangan pemimpn Pembangkang lebih wajar jadi
ikutan. Slogan Mahfuz dan teman-teman kepimpinan Barisan
Alternatif adalah jitu: "NEGARA, BANGSA dan AGAMA"
tidak akan ditukar ganti. "Titik ditampung, tercurah
ditadah", namun rakyat tidak akan menyerah dengan
mudah - Biar badan dikandung tanah!! Nyahkan Mahathir! Nyahkan!! Mahathir masih ada zuriat.
Tak dapat tanduk, telinganya dipulas. Kita tidak redha
hak kita dirampas. Kita akan kembalikan kepersada
bonda segala yang kita punya sejak turun temurun.
Tahun 2004 adalah ketika terbaik bagi seluruh rakyat
menentukan masa depan. Kita si kerdil ini akan
bermai-ramai berpadu untuk membunuh 'Geruda' puaka
ini, insyaAllah!! Allahu Akbar!! |