Laman Webantu KM2A1: 3169 File Size: 23.2 Kb * |
TJ MT: MGG Terengganu dan Politik Petroleum Pusat By M.G.G. Pillai 9/11/2000 6:04 am Thu |
Penterjemah: -MT-
MGG 123 (MGG: Trengganu And The Oil politics Of Federalisme)
Artikel asal tersiar di dalam HARAKAH terkini.
Kerajaan Pusat BN telah bertindak pantas untuk membalas dendam terhadap kerajaan PAS yang
baru sahaja ditubuhkan itu. Lagipun harga petroleum yang mendadak naiknya memberi
kesedaran kepada kerajaan pusat bahawa peruntukan royalti sebanyak lima persen
daripada Petronas itu akan berganda menjadi RM850juta pada tahun 2000. Pembayaran dibuat
dalam dua instalmen. Instalmen pertama berjumlah RM436 juta dibayar pada bulan Februari.
Tetapi, Petronas telah menghentikan pembesaran kilang penapisnya di Kerteh dan sebaliknya
telah melakukan perkara itu di Gebeng yang tereletak di bawah pentadbiran kerajaan
Pahang. Nampaknya bermulalah satu tarik tali di antara Terengganu dan Petronas di satu
pihak dan kerajaan pusat di satu pihak lagi. Kuala Lumpur tidak berupaya untuk berganjak
dan Petronas yang terikat tangannya merasa malu. Apa pun, instalmen yang berbaki
sebanyak RM480 juta masih tertangguh lagi.
Tujuan utama kerajaan pusat mengambil alih hak Terengganu adalah semata-mata untuk
melumpuhkan pentadbiran kerajaan PAS. Terengganu harus menyambut cabaran itu bukan di
mahkamah Malaysia tetapi di Mahkamah Antarabangsa di Hague untuk mendapatkan pandangan
dan nasihat guaman bukan sahaja mengenai royalti itu malahan juga mengenai isu yang
lebih besar lagi menyangkuti Federalisme. Satu kontrak yang berat sebelah bukannya satu
perjanjian. Apabila perundingan dan perbincangan menjadi sukar seperti yang berlaku
kini, dan campurtangan mahkamah diperdapatkan, ia menggambarkan betapa wujudnya
kepincangan dalam sistem itu dan juga amalannya.
Hak Malaysia kepada Zon Ekonomik Ekskulisf (EEZ- Exclusive Economic Zone) muncul
daripada hak kepada persisiran pantai yang dinikmati oleh negeri-negeri yang bersekutu
dalamnya. Undang-undang antarabangsa adalah berdasarkan kepada adat, penggunaan dan
amalannya. Kalau Kuala Lumpur benar, bererti Pulau Redang bukan lagi hak Terengganu dan
Pulau Tioman bukan lagi hak Pahang. Begitu juga dengan kepulauan Spratleys yang terletak
di Lautan China Selatan itu. Tuntutan ini dikira sah kerana ia dikaitkan dengan salah
satu kerajaan negeri di dalam Persekutuan itu dan bukannya sebagai wilayah persekutuan.
Ungkapan sempadan had tiga batu itu sebenarnya merupakan satu konvensyen. Satu ketika
dulu, ledakan meriam sebuah kapal dikira mempunyai jarak jangkauan sejauh tiga batu.
Kalau tembakan itu mengenai sasaran di atas darat, ia dikira satu tindakan mengancam dan
memungkinkan satu peperangan. Inilah yang dijadikan satu adat dan amalannya dalam
penaksiran sempadan wilayah sesuatu negara yang berpesisiran pantai dan berdaulat.
Kini, sesuatu buah kapal boleh menembak mengenai sasaran yang beribu batu jauhnya.
Namun konvensyen lama itu terus diambil sebagai sebahagian undang-undang antarabangsa.
Kemudian, ada pula negara yang mengambilkira had itu kepada 12 batu jauhnya sedangkan ada
pula yang memperakukan jarak 200 batu. Namun, dalam perundangan samudera had itu dikira
sejauh tiga batu sahaja, ditambah lagi dengan EEZ dan hak kepada negara persekutuan yang
ada kaitan dengan hak negara yang berpesisiran pantai. Malaysia membuat tuntutan kepada
hak negara berpesisiran pantai kerana semua 13 negeri yang menganggotai Pesekutuan itu
mempunyai hak itu. Oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu yang mendahului penubuhan Malaysia telah wujud hanya
pada 1948, hak Malaysia kepada EEZ dalam hukum-hakam antarabangsa itu adalah disebabkan
hak yang wujud kepada kerajaan negeri. Malaysia membuat tuntutan terhadap Pedro Banca
(Pulau batu Putih) daripada Singapura kerana Johor mempunyai sejarah lama dalam
tuntutannya kepada pulau itu. Malaysia mempunyai tuntutan kepada Sipadan dan kepulauan
Litigan daripada Indonesia disebabkan oleh Sabah. Inilah sebabnya Petronas bersetuju
membayar lima persen royalti kepada Terengganu kerana penggerudian petroleum di kawasan
EEZ itu. Apabila Terengganu dinafikan hak royalti kenapa pula Terenggnau diambil kira
untuk menjadi penerima sulung Wang Ehsan (solatium payment) yang nilainya sama banyak
dengan peruntukan royalti itu? Bukankah ini bererti wang itu lebih tepat diberikan nama
'Wang Rompakan' sahaja. Kalau wang royalti tidak dikira layak bagaimana wang ehsan
direncana pulak? Semua negeri yang lain sedang memperhatikan kemelut ini dengan penuh minat. Seandainya
petroleum terdapat diperairan mereka apakah royalti seperti itu dinafikan juga kepada
mereka? Kenapakah Wang Ehsan hanya diberikan kepada Terengganu sedangkan negeri lain
tidak diambil kira? Kalau 'Wang Ehsan' itu menjadi hak negeri yang mengeluarkan
petroleum sahaja, kenapakah kerajaan pusat membuat penyaluran terus kepada penduduk
negeri itu dan tidak kepada kerajaan yang mentadbir negeri mereka? Kuala Lumpur
sebenarnya mencabar suasana kemesraan yang terjalin di antara kerajaan pusat dan kerajaan
ngeri itu untuk menggugat kedudukannya sendiri. (Inilah kes kalau otak ada di lutut, MGG
Pillai...! -penterjemah). Akta Pembangunan Petroleum (The Petroleum Development Act 1974) dan Akta Pelantar Benua
(Continental Shelf Act 1965) yang menjadi rujukan Kuala Lumpur dalam telagahan ini,
sebenarnya dikira tidak sah selagi dewan perundangan negeri tidak meluluskan hukum-hakam
yang bersangkutan dengannya. Terengganu memang tidak pernah melakukan perkara semua ini
(patutlah.....royalti dulu-dulu dibalun sakan....-penterjemah). Apabila hak sesuatu
negeri itu dialihkan kepada kerajaan pusat, perlembagaan negeri itu harus dipinda.
Kalaulah Kuala Lumpur berpendirian bahawa Terengganu hanya berhak kepada tuntutan
royalti petroleum yang muncul dalam lingkungan tiga batu daripada persisiran pantainya
dan di daratnya, tentulah perkara ini sudah termaktub dalam perjanjian mereka. Perkara
ini pun tidak wujud. Petronas telah pun menandatangani satu perjanjian dengan Terengganu
dengan mengambil kira kawasan EEZ itu juga. Lagipun kerajaan persekutuan telah membuat
perakuan akan pembayaran royalti itu sejak 25 tahun yang lalu. Peraturan undang-undang
semudera memberikan hak kepada negeri yang berpesisiran pantai. Ini bererti di Malaysia
hak itu terpaut kepada kerajaan negeri sahaja.
Apabila kerajaan negeri memberikan kerelaan hak mencarigali sumber kepada kerajaan pusat,
tentulah dia mengharapkan faedah yang setimpal dengan kerelaan itu. Jika tidak kenapa
perkara itu dilaksanakan? Kuala Lumpur tidak boleh melakukan paksaan tanpa kerelaan
kerajaan negeri. Inilah yang menghasilkan perjanjian royalti itu. Tengku Razaleigh
Hamzah pernah menandatangani perjanjian bagi pihak Petronas pada 1975 dulu, telah
menafikan hal ini pula. Tetapi ini adalah satu kenyataan berbaur politik semata-mata dan
tidak boleh diguna-pakai. Pembantu beliau pernah memberitahu bahawa royalti itu mesti
dibayar dan tidak sampai mengenepikan PAS daripada Terengganu.
Sarawak dan Sabah pernah mengugut untuk keluar daripada gagasan persekutuan kalau Kuala
Lumpur mendesak merampas segala hak eksklusif di EEZ itu. Kerana itu dua negeri itu
dibayar royaltinya sedangkan Terengganu tidak pula. Dua negeri Malaysia Timur itu
bertegas bahawa Malaysia adalah merupakan persekutuan tiga negeri - Malaya, Sabah dan
Sarawak. Tetapi Kuala Lumpur kata ia mengandungi tiga belas. Kalau begitu, Terengganu
mesti diberikan layanan seperti yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Malaysia tidak
boleh mengalihkan tiang gol sesuka hatinya. Ini akan mengkucar-kacirkan perlembagaan itu
seluas-luasnya. Seandainya Kuala Lumpur menafikan hak royalti kepada Terengganu, adalah menjadi hak
Terengganu memerintahkan segala infrastruktur petroleum itu keluar daripada Terengganu.
Ataupun mengenakan cas bagi setiap tong minyak yang dipam oleh Petronas keluar masuk
kilang penapisan. Terengganu boleh juga menarik balik segala kemudahan istimewa yang
diberi kepada kompleks di Kerteh dan mengenakan sewa kepada setiap paip yang dipasang di
Kerteh. Terengganu berlagak laksana anak yang terlalu manja sedangkan ia sepatutnya
bertegas untuk menonjolkan ketokohannya sebagai sebuah negeri dalam persekutuan. Ia harus
sanggup mencabar dari sudut politik dan juga kehakiman. Tindakan PAS mengadakan
'roadshow' telah menyerlahkan kesan. Ia telah menganjurkan jamuan untuk para duta dan
orang lain dengan juadah masakan Cina di hotel besar di Kuala Lumpur untuk membuat
penjelasan. Malahan ia juga menganjurkan beberapa ceramah di serata negara.
Kuala Lumpur tidak boleh menerima hakikat betapa Terengganu akan menerima hampir Satu
Bilion Ringgit setiap tahun sedangkan ia tidak berupaya mengawal negeri itu bersangkutan
dengan cara dana itu digunakan. Seperti biasalah tindakan spontan untuk menyekat perkara
itu berlaku telah dilakar tanpa memikirkan akan akibatnya.
Sebenarnya bukan sahaja royalti petroleum yang dipertikaikan sekarang. Kuala Lumpur
berlagak untuk merampas hak negeri itu kerana memikirkan apa yang akan dilakukan dengan
wang sebanyak itu. Kemelut ini merupakan satu tekateki bagaimanakah mewujudkan satu
kesaksamaan dalam hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tidak kiralah kalau
ada satu kerajaan negeri yang tidak bersekongkol dengan kerajaan pusat. Pernah terjadi
satu kisah lama apabila sebuah kerajaan negeri memberontak dan ditumpaskan secara
ganasnya. Inilah yang berlaku kepada kerajaan koalisi yang dipimpin oleh Dato Stephen
Kalong Ningkan pada tahun 1960-an dulu.
Kini, negeri di bawah BN pun bertegas untuk mempertahankan hak masing-masing kalau ada
ancaman daripada Kuala Lumpur. Gelagat Kuala Lumpur mendapatkan Putra Jaya tanpa
sebarang perundingan menyemarakkan semangat kenegerian di kalangan negeri yang lain.
Perdana Menteri mahukan Putra Jaya tanpa sebarang bantahan daripada dewan perundangan
negeri. Sikap kerajaan pusat itu menunjukkan apa yang dimahukan oleh kerajaan pusat mesti
dianggukkan sahaja. Apa yang Kuala Lumpur kata adalah betul belaka. Dalam jangka pendek,
mungkin Kuala Lumpur akan menang, tetapi bukan dalam jangka panjang. Kuala Lumpur sengaja
memperlekehkan kerajaan negeri tanpa memikirkan akibatnya.
Rencana Asal: HARAKAH Column TRENGGANU AND THE OIL POLITICS OF FEDERALISM
M.G.G. Pillai THE NATIONAL FRONT (BN), caught between right and wrong, chooses wrong;
with might its political strength, not ideals, fairplay, convention,
political savvy. It roars in unctious rage when voters, after 39 years,
trounced it out of office in Trengganu. But it had known before the
November 1999 debacle, it would without a new leader. But it was caught
unprepared nevertheless. Seven lorry loads of documents were carted in
the middle of the night from the state offices and the mentri besar's
residence, but the new mentri besar, Dato' Haji Hadi Awang, had
anticipated it, and prevented them from leaving the state. The BN mentri
besar's safe in his office and residence contained about RM10 million
ringgit which he could claim if he could prove it is his. He has yet to.
He was not returned to the state assembly and is now Malaysian ambassador
to Saudi Arabia. The BN central government acted swiftly to put the upstart PAS
government in its place. Especially when it realised that, with higher
petroleum prices, the five per cent royalties Trengganu received from
Petronas for its offshore oil exploration would double to RM850 million in
2000. It is paid in two instalments, the first for RM436 million paid in
February. But Petronas would not expand its refinery in Kertih, its
petroleum hub in Malaysia, and move instead to Gebeng, across the Pahang
border. Soon, this became a test of wills between Trengganu and Petronas,
on the one hand, and Kuala Lumpur on the other. Kuala Lumpur could not
move. Petronas, its hands tied, is embarrassed. Needless to say, the
second royalty payment of RM480 million will not be paid.
So, denying Trengganu's legal and constitutional right to royalties
in Malaysia's exclusive economic zone is Kuala Lumpur's political riposte
that questions the Malaysian federation's raison d'etre. This crisis is
more serious than denying Trengganu its royalties. It falls foul of the
law of contract, international law and the Law of the Seas regiment, the
Malaysian constitution. The de facto minister of law, Dato' Rais Yatim,
taunts Trengganu to test this denial of royalties in the courts.
But the federal government usurped the state right to royalties in
Trengganu with no aim but to sink the PAS administration. Trengganu
should take the bait, not in the Malaysian courts, but in the
International Court of Justice in the Hague for an advisory opinion not
just on royalties but on the larger issues of the federation. A one-sided
contract is no contract. When negotiations and talks are impossible, as
now, and the courts have to be brought in, it reflects malaise in the
system and its practices. Malaysia's right to the 197-mile exclusive economic zone comes from
its littoral states' right to its territorial waters. International law
is based on custom, usage and practices. If Kuala Lumpur is right, then
Pulau Redang, off the three-mile limit, and Pulau Tioman, should not
belong to Trengganu and Pahang. Nor the Spratleys, in the South China
Sea. That claim is valid only if it is to be attached to one of the
Malaysian states, not as a federal territory.
This three-mile limit itself is convention: a ship's gun had a range
then of three miles ahead; if it hit a target on land it was hostile, and
war could follow. That became, by custom and practice, the limits of
territorial sovereignty of a littoral state. Today, a ship could hit a
target from thousands of miles away, but this convention stuck into
international law and usage. Subsequently, some nations extended it to 12
miles and others to 200. But the Laws of the Seas regiment kept it to
three miles, with the additional EEZ, the rights to it in a federation
linked to its littoral states. Malaysia's claimed rights to the EEZ is
because the littoral state, which is all 13 states, have them.
Since the federation of Malaya, which preceded Malaysia, did not
exist until 1948, its right to the EEZ in international law is because of
its littoral states. It claims Pedro Banca (Pulau Batu Putih) from
Singapore because of Johore's historical claim, and the Sipadan and
Litigan islets from Indonesia because of Sabah. Which is why Petronas
agreed with Trengganu to pay it royalties of five per cent for mining
petroleum in the EEZ. If Trengganu is disallowed the royalty, why is
Trengganu singled out for this special payment -- "wang ehsan" (solatium
payment), though "wang rompakan" (stolen money) is more appropriate --
equal to the royalties payable? If no royalties are payable, how does
"wang ehsan" come in? Other states watch this confrontation with interest. If petroleum is
found in its EEZ, would it be denied royalties like Trengganu? Why is
"wang ehsan" denied the other states while the PAS-controlled Trengganu
is? If "wang ehsan" is allowed only those states with petroleum in its
EEZ, why does Kuala Lumpur insist upon direct disbursement to the people,
when it should be through the state government? Kuala Lumpur makes
nonsense of federal-state niceties to keep the federation trembling on a
knife's edge. The Petroleum Development Act of 1974 and the Continental Shelf Act
of 1965, on which Kuala Lumpur depends much in this dispute, is invalid
unless the state assemblies passed enabling laws. They had not. When a
state right is transferred to the federal government, the state
constitution must be amended. If, in Kuala Lumpur's view, Trengganu could
only claim royalties for petroleum within three miles off its shore and
inland, it would have been so spelt in the agreement. It is not.
Petronas signed the contract for petroleum within the EEZ as well. The
federal government accepted that since it paid the BN state administration
royalties for 25 years. The law of the seas regimen gives the EEZ to the
littoral states. And in Malaysia that devolves to the individual states.
When the state assigns exploitation of its resources to the centre,
it is in return for accruing benefits. Otherwise, why should it? Kuala
Lumpur cannot insist upon it against the state's will. The royalty
agreement flows from this. Tengku Razaleigh Hamzah, who signed on behalf
of Petronas the 1975 royalty agreement, denies this, but that is a
political statement which cannot stand scrutiny. His aides tell me
royalties must be paid but should not to force PAS out of Trengganu.
Sarawak and Sabah threatened to secede if Kuala Lumpur insisted upon
exclusive rights to the EEZ. So, the two states are paid the royalties
while Trengganu is not. The two states insist that Malaysia is a
federation of three states -- Malaya, Sabah and Sarawak -- while Kuala
Lumpur that of thirteen states. If so, then Trengganu must be treated as
Sabah and Sarawak. It cannot shift goal posts as it likes. If not, it
throws the constitutional doors wide open yet again.
If Kuala Lumpur denies Trengganu royalties from the EEZ off its
waters, it is within Trengganu's rights then to order the oil
installations out of the state, or charge a fee for every barrel Petronas
pumps in and out of its refinery, remove all special privileges for its
complex in Kertih, and charge a rent for the pipeline for its passage to
Kertih. Trengganu now behaves like a spoiled child denied its toys, when
it should reassert its position as a state in the federation, and
challenge it politically and legally. PAS's roadshows makes an impact.
It entertained ambassadors and others to a Chinese lunch in a leading
hotel in Kuala Lumpur to explain its side of the crisis. And holds
meetings throughout the country. Kuala Lumpur is strapped for funds. It cannot meet its bills,
despite its brave front. Petronas is its principal banker. It keeps the
political peace with the states by fiscal and financial control. Sabah,
when in opposition hands, was delayed its dues that it had to depend upon
its wits to survive. It created a fund so large that it could be
financially secure. UMNO had to overthrow it to get at that. It could
not. That is another story. Kuala Lumpur cannot accept that the hated
PAS administration would get nearly a RM1,000 million annually over which
it had no control, the money it needs for its use, that it had to do what
it does. But, as usual, without calculating the consequences of its
action. More than petroleum royalties is at stake. Kuala Lumpur arrogates to
it the right to second guess how a state, especially if
opposition-governed, spends its dues, and what it should get. The
Trengganu dispute highlights a recurring conundrum in the 43 years of
Malaysia: how to balance federal and state rights. It did not matter
when all states bar one was under federal control. In the rare occasions
when the states rebelled, it was forcibly put down, as the SNAP-led
coalition of Dato' Stephen Kalong Ningkan in the 1960s.
Today, even BN-run states opt for state rights when Kuala Lumpur
encroaches. Kuala Lumpur's unnegotiated demand for Putra Jaya in Selangor
raises the political and nationalistic ire in the state. The Prime
Minister wants it without the state assembly having a say. The centre
jeopardises the territorial integrity by insist that what it says goes,
even if wrong. What it says, in any case, is always right. In the short
term, it could win. But not in the long run. Kuala Lumpur pours oil over
federalist waters. Ends |