Laman Webantu KM2A1: 3166 File Size: 15.6 Kb * |
Jalan Kebun: Koleksi 2 Tinta Siber - Kak Id By Kapal Berita 8/11/2000 9:11 pm Wed |
Dikepilkan dua rencana kali ini hasil pemantauan beberapa laman siber:
5 NOVEMBER Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang
benar........lebih 100,000 rakyat Malaysia berjaya meneruskan program Perhimpunan
100,000 Rakyat 5 November di Shah Alam. Bukan di Jalan Kebun tempat asal
program tetapi di sepanjang Lebuhraya Kesas berhampiran Tol Jalan Kebun.
Sepandai-pandai puak-puak polis barua MADEY merancang, Allah jualah yang
merupakan sebaik-baik perencana! Penyokong-penyokong BA telah menempa
sejarah yang tidak akan mereka lupakan sepanjang hayat mereka. Rasa puas, terharu
dan bangga di dalam diri kami tidak dapat digambarkan biarpun terlalu banyak
kepahitan yang terpaksa ditelan. Kami mula bergerak ke tempat program yang dijadualkan di Jalan Kebun pada jam
9.30 pagi. Namun dari maklumat yang diterima, tapak program telahpun dikepung dan
dikuasai oleh puak-puak polis dan FRU. Arahan diterima agar kami berhimpun di
Masjid Shah Alam. Kami tiba di masjid Shah Alam lebih kurang jam 10.30 pagi dan
yang kelihatan hanya beberapa buah kereta pengunjung-pengunjung masjid yang
sedang mengikuti kelas agama di situ. Setelah menunggu hampir 1 jam dan agak
kecewa melihatkan tiada penyokong-penyokong lain yang singgah di situ, kami
mengambil keputusan untuk ke Jalan Kebun. Sebelum itu kami singgah sebentar untuk
mengisi perut yang kelaparan. Mujurlah komunikasi kami dengan beberapa hardcore
reformis masih berjalan dan kami diarahkan untuk ke Masjid Shah Alam semula untuk
menanti kedatangan rombongan penyokong-penyokong dengan bas dan kenderaan
persendirian mereka. Tepat sekali, sampai sahaja kami di Masjid itu semula pada jam
1.00 tengah hari, deretan kereta, bas dan motor telah sedia menunggu. Kami
menunaikan sembahyang zohor bersama-sama di Masjid itu sebelum mengikuti arahan
seterusnya. Lebih kurang jam 2.00 petang konvoi mula bergerak keluar dari Masjid Shah Alam
dengan sekumpulan motosikal-motosikal besar sebagai benteng di barisan hadapan.
Kami diarahkan untuk bergerak menuju ke 'Stopping point' Awan Besar kerana
barisan pemimpin-pemimpin menunggu di situ. Hujan rahmat mula turun mengiringi
konvoi rakyat. Setelah berkonvoi selama 15 minit merentasi beberapa 'road block', tiba-tiba kami
diarahkan untuk membatalkan perjalanan ke Awan Besar disebabkan puak-puak FRU
telah membuat kacau di sana. Dengan berkonvoi mengikut sebuah pajero di hadapan
yang di dalamnya kelihatan Irene Fernandez, kami mula bergerak ke arah yang lain.
Rupa-rupanya arahan dibuat agar kami berhimpun di Lebuhraya Kesas berdekatan tol
Jalan Kebun. Malangnya jalan untuk ke Tol Jalan Kebun telah ditutup dan dihalangi
oleh polis. Setelah berpusing-pusing beberapa ketika kumpulan konvoi kami berjaya
juga menembusi jalan tersebut dari arah yang lain. Bodoh sungguh rupa-rupanya
polis-polis tersebut......otak rasuah katakan!
Kami pun mula meletakkan kenderaan serapat mungkin memenuhi lebuhraya Kesas
tersebut. Penyokong-penyokong turun dari kenderaan masing-masing dan mula
berhimpun di luar sambil melaungkan solgan-slogan keramat. Kenderaan-kenderaan
yang lalu lalang turut membunyikan hon-hon yang panjang sebagai sokongan kepada
kumpulan kami. Tidak berapa lama sahaja lebuhraya tersebut penuh sesak dan jalan
dihadapan telah pun ditutup. Kami telah berjaya menguasai lebuhraya tersebut.
Beberapa kenderaan turut terperangkap di lebuh raya tersebut termasuk beberapa
kenderaan berat. Maklumat diterima bahawa barisan pemimpin akan bersama-sama kami tidak berapa
lama lagi. Lebih kurang pukul 3.30 petang, adegan ganas pun bermula. Trak 'water
canon' dan kumpulan FRU muncul di hadapan kami. Tindakan cekap sahabat-sahabat
yang mengarahkan agar kereta-kereta diatur lebih rapat di barisan hadapan telah
berjaya menghalang puak-puak jahanam itu dari mara terus ke kumpulan kami. Namun
pancutan air kimia dan gas pemedih mata terus ditujukan kepada kami. Sebuah
helikopter yang berligar-ligar di udara sejak di masjid Shah Alam lagi tidak jemu-jemu
memantau kami. Rupa-rupanya gas pemedih mata turut dilancarkan dari atas
awang-awangan. Penyokong-penyokong terpaksa berundur ke kenderaan masing-masing kerana
mata masing-masing kepedihan. Namun yang kelakar sekali adalah pancutan air kimia
tersebut yang begitu lemah sekali dan tidak pun berjaya menghampiri kami kecuali
penyokong-penyokong yang berdiri di tepi lebuh raya yang hampir dengan trak
tersebut. Pasukan perusuh FRU mula menyerbu masuk ke arah kami dan memaksa
kami untuk bertahan di dalam kenderaan masing-masing. kali ini kami dapat melihat
dengan mata kepala kami sendiri bagaimana puak-puak tersebut menghambat
penyokong-penyokong dan mengganasi mereka. Dari rupa dan percakapan
puak-puak FRU itu ramai dipercayai dari Sabah. beberapa buah kenderaan
penyokong telah ditendang kemek, jelas kesan tapak kasut mereka kelihatan. Ada
kereta yang dipecahkan, penyokong di dalamnya dipukul di kepala lalu ditarik keluar
dan dibawa sebagai tahanan. Kejadian-kejadian yang saling tak tumpah seperti
keganasan rejim Israel di Palestin berlaku di hadapan mata.
Mereka mengganas sehingga masuk waktu asar dan kami mula membuka tingkap
kereta kami dan memasang radio sekuat-kuatnya agar azan yang berkumandang
didengari oleh puak-puak jahanam itu. Ternyata keganasan mereka mula mengendur
selepas itu. Kami pun mula keluar semula dan berhimpun semula di luar. Beramai-ramai
kami mengumpulkan semangat dan menenangkan beberapa penyokong yang ahli
keluarganya telah menjadi mangsa kepada puak-puak FRU. Sembahyang asar juga
dibuat secara berjemaah oleh beberapa kelompok penyokong di tepi-tepi jalan
dengan mengambil wuduk dari sebatang sungai kecil yang berdekatan. Cuaca panas
telah menyebabkan sebuah lori kecil menjual air dikerumuni oleh kami yang amat
kehausan. Hairan juga bagaimana lori menjual air tersebut boleh muncul....secara
kebetulan atau memang dirancang tiada siapa pula yang teringin bertanya soalan yang
tidak penting ini. Pada jam lebih kurang 5.00 petang, kelihatan Sdr. Lokman menaiki motor meninjau
keadaan kami yang masih bertahan. Berita gembira dikhabarkan yang barisan
pemimpin yang amat dinanti-nantikan telahpun berada di belakang........nun jauh di
belakang tersekat oleh kenderaan-kenderaan penyokong yang beberapa batu
panjangnya. Suntikan semangat bermula dan kami terus bertakbir dan melaungkan
slogan-slogan rakyat. Suasana menjadi lebih hangat lagi apabila pemimpin-pemimpin mula dilihat berjalan
kaki ke arah kami....... Dato' Fadzil Noor, Sdr, Lim Kit Siang, Dr. Syed Husin Ali, Dr.
Wan Azizah, Sdr. Mahfuz, Sdr. Ezam, Sdr. Faizal, Sdr. Gobalakrishnan dan lain-lain
diarak berjalan bersama-sama. Penyokong-penyokong berpegangan tangan
membuat laluan kepada pemimpin-pemimpin kesayangan dan menjaga keselamatan
mereka dari dirempuh. Rasa terharu dengan keadaan pada masa itu tidak dapat
digambarkan. Penyokong-penyokong dari berbagai bangsa telah bersatu hati dan
tenaga menjaga keselamatan pemimpin-pemimpin kita. Indahnya pemandangan ketika
ini! Setelah hampir di barisan hadapan, kami mula berhimpun untuk mendengar ucapan
dari pemimpin-pemimpin yang hadir. Sdr. Saari Sungip sebagai pengerusi
Perhimpunan 100,000 rakyat memberi ucapan aluan dan bertanyakan pengesahan
dari kami yang hadir akan sasaran perhimpunan 100,000 ribu rakyat itu. Tidak
ragu-ragu lagi kami semua melaung sasaran telahpun ditembusi dengan lebih seratu
ribu orang telah hadir. Ucapan-ucapan semangat dari setiap Presiden BA kami
sambut dengan bergemuruh sekali. Paling mengharukan sekali adalah Dr. Wan Azizah
yang hadir dengan berkerusi roda akibat kecederaan di kaki kanannya.
Ucapan seterusnya adalah dari Ketua-ketua Pemuda dimulakan oleh Sdr. Mahfuz
yang juga disambut dengan bersemangat sekali. Sdr. Ezam menyusul tetapi baru
beberapa minit beliau berucap kekecuhan telah tercetus di seberang jalan. Dipercayai
puak SB sendiri telah memukul puaknya sendiri dengan harapan kami akan merusuh.
Kami tidak memperdulikan peristiwa itu dan terus mendengar ucapan dari Sdr. Ezam.
Malangnya, jam menunjukkan pukul 6.00 petang, puak FRU dengan trak'water
canon'nya sekali lagi mara dan mengganas. Kali ini pancutan air kimia sepeti diberi
nafas baru bagai jet turbo menjunam ke arah kami.
Suasana menjadi kelam kabut. Mata-mata sepantas kilas menjadi pedih.
Pengiring-pengiring setia telah terlebih dahulu menyelamatkan pemimpin-pemimpin
kita. Dr. Wan Azizah telah diusung dengan kerusi rodanya sekali dan dimasukkan ke
dalam kereta yang berdekatan. Sepantas kilat juga laluan-laluan dibuka bagi
membolehkan pemimpin-pemimpin dibawa keluar. Kenderaan kami sendiri tanpa
diduga-duga telah memuatkan beberapa pemimpin dan diarahkan keluar melalui
bukaan jalan tersebut. Maka kami pun berjaya keluar dari tempat tersebut dalam
sekelip mata dengan bantuan penyokong-penyokong yang sedar akan kehadiran
orang penting di dalam kenderaan kami. Di belakang, adegan kejar mengejar
berterusan dan gas-gas pemedih mata masih lagi berterbangan di udara. Kami
meninggalkan tempat kejadian dengan perasaan terharu dan sedih. Namun di
sepanjang jalan penyokong-penyokong terus memberikan semangat dan
melambai-lambai ke arah kami. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Kaya dan
Engkau juga Maha Mendengar. Selamatkanlah para penyokong yang telah
menunjukkan semangat juang yang amat kental di belakang sana. Pengorbanan kalian
hanya Alaah yang akan membalasnya. Jahanamlah engkau wahai MAHATHIR
MAHAKUTTY.....rakyat telah bangkit dan tidak akan undur lagi!!!
Setakat yang kami tahu, sehingga jam 8.00 malam, 70 orang telah ditangkap dang 6
orang telah cedera di kepala! LAWAN TETAP LAWAN! Kak Id 2000 Sumber: Lapuran dari Mahazalimtwo Satu Lagi Perhimpunan 100,000 Rakyat Jalan Kebun
Tahniah kepada penganjur dan rakyat Malaysia yang telah turun ke padang dalam Perhimpunan 100,000
rakyat pada 5 Nov 2000 untuk memperjuangkan demokrasi dalam negara yang semakin menghimpit hak rakyat
ini. Akibat dari pemerintahan kuku besi Barisan Nasional UMNO hari ini, rakyat tidak dibenarkan
berhimpun kecuali berhimpun untuk UMNO atau oleh UMNO walaupun tidak ada permit sepertimana yang
dibuat oleh Pemuda UMNO di Putrajaya baru2 ini. Rakyat telah membuat permohonan permit banyak kali
untuk mengadakan pelbagai perjumpaan aman (ceramah, hari keluarga, sukaneka, perhimpunan rakyat)
tetapi hampir kesemua permohonan ditolak diseluruh negara. Norian Mai, Ketua Polis Negara, hari ini
membuat kenyataan dalam Berita Hairan, bahawa polis sedia memberi permit (kepala hotak dia? Apa punya
Ketua Polis, cakap macam budak2). Saya turut berkesempatan sama berada di tempat kejadian malah menawarkan diri menjadi sukarela
menjadi benteng di barisan depan bersama rakyat Malaysia yang lain untuk melindungi ke empat2
Presiden dari diserang dan dipancut air gas oleh FRU. Saya sempat menyaksikan beberapa kejadian
kezaliman dan kebinatangan polis FRU tehadap orang awam. Mahathir dan Dollah Badawi serta Norian MAi
bertanggungjawab di atas darah orang awam yang tumpah ke bumi. Akibat dari sekor manusia yang zalim
ini, rakyat terpaksa bermandi darah. 4 orang anak muda dalam sebuah kereta merah proton iswara dikejar polis tanpa sebab dalam kesesakan
kereta. Polis terus memecahkan tingkap cermin anak muda belasan tahun ini dan memukul pemandunya
tanpa sebarang pertanyaan dan mengheret serta memukul tiga lagi penumpang kereta tersebut.
Polis menyembur air gas dan menembak gas pemedih mata ke arah orang yang terperangkap di hi-way
walaupun di sana terdapat ramai orang termasuk kanak-kanak kecil (paling kecil depan saya berumur 10
bulan, apabila ditanya), dan terdapat orang perempuan/lelaki tua, dan orang2 perempuan di dalam
kereta. Di Jalan Kebun, polis menyerbu rumah-rumah orang kampung dan menangkap orang-orang kampung termasuk
orang-orang yang baru saja selesai solat zuhur. Serupa askar Yahudi tangkap dan serang orang Islam
Palestin dalam masjid di Palestin.
Di tepi hi-way dekat Bkt Kemuning, orang-orang Indon yang sedang duduk memerhati dari jauh juga
ditempak dengan gas pemedih mata. FRU menangkap dan membelasah orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri termasuk orang
awam yang tidak tahu apa-apa. Memang FRU ini bagaikan binatang anjing yang apabila dibunyikan loceng,
mereka serang. Dibunyikan loceng sekali lagi, mereka berpatah balik. Dibunyikan dua kali berturut2,
mereka masuk trak. Memang macam binatang. Kalau ada saudara mara kita yang jadi FRU, suruh berhenti
ajalah; carikanlah kerja lain untuk mereka daripada dilaknat oleh Allah dan manusia seluruhnya.
Dalam keadaan terperangkap di hi-way itu, ada orang yang lapar dan dahaga. Ada anak-anak kecil yang
nak minum susu. Ada orang tua yang sudah tidak larat. Ada orang perempuan yang terlalu letih berada
di bawah panas matahari. Tetapi polis FRU tidak peduli itu semua. Mereka terus menghujani kami semua
dengan air gas dan gas pemedih mata. Itulah arahan Mahathir, Mahafiraun, Mahazalim kepada polis.
Dollah Badawi sebagai Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku ini. Kami
tetap melaknat kamu berdua sampai akhir hayat kami.
Dalam keadaan yang begitu sesak itu, saya sempat bertanya kepada ramai orang di sana apakah sekiranya
ada satu lagi panggilan untuk demo di hi-way, mereka sedia turun. 100% kata mereka sedia turun. Tidak
kurang 50 orang yang saya tanya dalam catatan nota kecil saya, mereka bersedia untuk turun lagi, dan
kali ini perlu dirancang dengan lebih rapi. Malah ada seorang korporat yang membawa Merc. mata
belalang menyarankan supaya perhimpunan 100,000 orang yang akan datang dibuat di hi-way KLIA. Saya
kira itu cadangan yang cukup baik!!!!
Katanya kalau kita demo di bandar, polis dan FRU boleh blok kita, tetapi kita demo di hi-way, kita
yang blok mereka. Malah polis FRU tidak berani secara terpisah-pisah (isolated) masuk celah-celah
kereta kerana kalau silap hari dalam kereta ada parang, kayu, belantan dan senapang yang menghujani
kepala2 FRU binatang ini. Kalau demo yang dirancang di KESAS berjaya, maka di KLIA lebih mudah lagi. Kita mesti buat, katanya.
Kalau di KESAS banyak kontena tersangkut tak sampai ke Pelabuhan Kelang tetapi kali ini, kalau kita
di hi-way KLIA, maka sudah pasti banyak kapalterbang yang tidak akan naik. Kita mesti beri tekanan
kepada Mahathir dan Dollah Badawi in supaya mengembalikan hak rakyat.
PERHIMPUNAN 100,000 orng rakyat Malaysia akan datang di KLIA?! sekiranya Mahathir dan Dollah tidak
memberikan permit kepada kita untuk berkumpul di Stadium Bukit Jalil. Stadium ini dbuat dengan
keringat dan duit rakyat, mengapa kami tak boleh sewa dan gunakan Stadium ini? Mengapa?
Semarakkan perjuangan rakyat! RE-for-ma-si 3x Allahuakbar!
- Penulis Tak Bernama -
|