Laman Webantu KM2A1: 3164 File Size: 3.1 Kb * |
Tindakan FRU sayatkan hati By Sroxx 8/11/2000 5:19 pm Wed |
Sumber: www.malaysiakini.com Segmen Pembaca: Nov 7, 2000 Tindakan FRU sayatkan hati Hati saya begitu sedih dan terpanggil untuk merakamkan pengalaman sendiri
tatkala menatap peristiwa kecederaan seorang anggota polis yang terlibat
menyuraikan "perhimpunan haram"di Lebuhraya Kesas tempoh hari.
Sedih mengenangkan itulah harganya yang terpaksa anggota polis terbabit bayar
untuk mempertahankan kediktatoran dan kekalutan seorang pemimpin tua di
buminya sendiri. Namun kesedihan itu tidak mampu menahan rasa pilu dan sebak yang melanda
tatkala melihat betapa hebatnya aksi anggota-anggota FRU mempertahankan
tanahair daripada sebarang "huru-hara" mahupun rusuhan. Betapa tangkasnya
mereka meledakkan letupan gas pemedih mata, begitu cepatnya mereka mengorak
langkah mengejar dan membalun tubuh-tubuh Malaysia (bukan Kongres Amerika
mahupun Bangladesh). Apalah sangat yang difahami oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun
yang menangis meraung-raung kepedihan. Betapa sangatlah kesalahan seorang
makcik tua dari Terengganu yang hanya terperangkap akibat sekatan yang
dijalankan oleh ?pihak berkuasa' hingga disesakkan nafas dan dibakar dengan
pancutan air kimia. Jika atas alasan perhimpunan haram sekalipun, maka atas alasan apakah
permohonan perhimpunan "halal" di Stadium Bukit Jalil ditolak
sementah-mentahnya? Betapapun alasan yang diwarwarkan di dada media, ia tidak mampu untuk
menghalalkan sebarang alasan memuntahkan limpahan gas pemedih mata dan juga
air kimia ke atas puluhan rakyat yang hanya berhimpun dan menjeritkan laungan
?reformasi' serta ?allahuakbar'. Lebih lebih lagi ia dilakukan di waktu gesaan
"kita bersurai sekarang secara aman" dilakukan melalui hailer oleh pihak
penganjur. Keperitan itu bersambung tatkala menyaksikan deretan kereta orang awam yang
pancit di sepanjang jalan tersebut serta puluhan buah motosikal yang sedang
"dijahanamkan" oleh seorang SB tua! Berulangkali saya beristighafar dan mengingatkan diri sendiri yang saya
sebenarnya berada di tanahair saya sendiri. Bukannya di Yugoslavia, Perancis
mahupun Amerika yang sebagaimana yang biasa terpapar di kaca televisyen.
Seburuk dan sejahat jahat mereka sekurang-kurangnya ianya dilakukan hanya
setelah provokasi melampau pihak-pihak yang terbabit serta keadaan yang sudah
nyata tidak terkawal. Lebih menyayat hati membaca peristiwa kecederaan seseorang anggota polis lebih
dibobrokkan keesokan harinya berbanding kesengsaraan puluhan ribu rakyat yang
merengkok menahan kepedihan asap pemedih mata dan lantunan belantan pihak
keselamatan ... juga kerosakan berpuluh-puluh kenderaan akibat "tangan-tangan
hantu" yang entah dari mana. Malaysia, oh Malaysiaku ... Bersedialah untuk masa depan yang lebih
"gemilang". - Sroxx -
|