Laman Webantu KM2A1: 3161 File Size: 28.7 Kb * |
Siri 6 YTDT: Dasar Muka Tidak Tau Malu (Mesti Baca) By Marhain Tua 8/11/2000 6:52 am Wed |
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai
Bab: 6 [Rencana kali ini MESTI diBACA dan SEBAR juga. Ia menyingkap peristiwa
Jalan Kebun serta beberapa rahsia, termasuk kesihatan Mahathir dan kebuasannya
setelah Gabenor Bank Negara meninggal dunia. Sudah tentu hujah di dalam rencana
ini mampu menjadi satu khazanah ilmu yang amat berharga, lebih-lebih lagi ia
mengupas satu tragedi hebat di bulan November. - Editor]
DASAR MUKA TIDAK TAU MALU 5 November 2000 akan terpahat dalam sejarah tamaddun dunia sebagai satu tarikh yang penuh
maknanya. Ini bukan kisah rakyat Manila yang berhimpun ratusan ribu jumlahnya di sepanjang Ayala
Avenue di Makati hinggalah di Roxas Boulevard di Manila dan di Project Three and Four di
Quezon City. Di sana mereka keluar beramai-ramai lengkap dengan pakaian yang bertulis
"Undur Estrada" ataupun 'Erap Resign' ataupun 'Impeach Estrada'. Semua ini adalah kata
jolokan yang mahukan Presiden Estrada berundur dan melepaskan jawatannya. Rakyat Filipina
memang bertuah kerana mereka mampu berhimpun secara aman tanpa perlu mendapatkan lesen,
dan meminta presiden mereka mengundurkan diri. Pembabitan Kardinal James Sin untuk
memberi nasihat kepada presiden itu agar beliau mengambil jalan terhormat tidak pula
disambut oleh pancutan air asid ataupun hayunan belantan ke cermin kereta ataupun kepala.
Tidak juga tembakan gas pemedih mata kepada pemimpin rakyat di sana. Polis Filipina
ketika itu lebih selesa membawa payung untuk melindungi muka mereka daripada pancaran
matahari yang terik. Apakah tindakan Presiden Estrada dalam hal ini? "Kalau anda
bertanggunjawab mengangkat saya menjadi presiden, kini anda mesti bertanggungjawab
menjatuhkan saya dari singgahsana....! Dia tidak pun mengarahkan polis menggunakan
kekerasan terhadap rakyat yang berhimpun untuk mendesaknya undur.
Kita juga bukan mahu bincangkan peristiwa rakyat Indonesia yang merusuh di Jakarta
membakar sana dan membakar sini melawan pasukan tentera dan polis kerajaan yang cukup
canggih alat pertahanannya. Majoriti rakyat Indonesia yang berhimpun secara besar-besaran
dulu sanggup mati sebagai pejuang bangsa melawan regim Suharto kerana terlalu lama
merasa bosan berpemimpinkan manusia yang rakus dan yang sudah lupa daratan. Mereka
berhadapan dengan senjata otomatik yang memuntahkan peluru berbisa. Mereka berantakan
dengan polis gerak gempur yang beralatkan belantan dan perisai serta bertali arus
datangnya untuk menolak rakyat yang dahagakan keamanan dan perubahan nasibnya.
5 hb November, 2000 adalah satu tarikh keramat di Malaysia. Ia berlaku di Shah Alam ibu
negeri Selangor, di mana Sultannya sedang memegang kuasa sebagai Duli Yang Dipertuan
Agong dan amat sedar apa yang berlaku kerana memanda bendaharanya adalah Perdana Menteri
Malaysia yang bernama Dr. Mahathir Mohammad. Namun, peristiwa yang menjadi bersejarah itu
bukan menyangkuti pergolakan yang sedang bergelora di sanubari rakyat Selangor disebabkan
rampasan di siang hari yang dilakukan oleh Mahathir Mohammad ke atas tanah taklukan
Selangor untuk menjadi Wilayah Persekutuan. Episod ini akan menjadi satu lagi bahan
sejarah dan akan dijangka menumpahkan darah di antara rakyat Selangor jati yang marahkan
Sultan kalau beliau setuju menyerahkan lagi tanah Selangor kepada kerajaan pusat.
Mentelahan lagi rakyat Selangor sudah semakin jijik dan meluat menengokkan gelagat
menteri besar yang baru yang semakin lupa daratan bahawa beliau adalah anak keluarga
mendatang daripada seberang yang sebenarnya diberikan tumpangan kasih, ihsan rakyat jati
Selangor. Sejarah akan menentukan bahawa 5 November 2000 adalah satu tarikh keramat bagaimana
rakyat Malaysia berbilang bangsa cuba berhimpun secara aman tanpa berbekalkan sebarang
senjata mempertahankan diri, untuk mendapatkan kembali hak mereka yang hilang. Nawaitu
berhimpun dan berbarisan mengandungi berbagai-bagai kaum, agama dan harapan itu telah
disambut oleh pasukan keselamatan, terutama sekali pasukan Gerak Khas dengan perbuatan
yang biadap dan menjijikkan. Rakyat yang tidak berdosa diperlekehkan. Mereka dipancut
dengan air asid yang mempunyai kesan yang serius kepada kesihatan. Kereta mereka
dirosakkan dengan cara yang paling aib dan ada di kalangan mereka yang tercedera teruk
kerana dibelasah seolah-olah mereka adalah bahan belasahan yang digunakan oleh pasukan
itu ketika mereka melakukan latihan gerak kerja.
Sekaligus, 5 November akan terpahat sebagai tarikh rakyat memusuhi wakilnya yang dilantik
dengan sah di pemilu ke-10 yang lalu. Sekaligus, Mahathir dan para juaknya boleh
menganggap dirinya sebagai 'public enemy number one' (musuh terunggul masyarakat) dan
para juaknya sebagai kumpulan yang bersekongkol dengannya (collaborators).
Apa yang diharapkan sebagai perhimpunan yang bebas dan aman telah dijadikan satu
perhimpunan haram oleh Mahathir dengan sokongan padu seorang budak mentah berpolitik
bernama Dr. Khir Toyo. Sayangnya mereka dan zuriat mereka akan menanggung padahnya.
Sepatutnya kalau Mahathir bijak dan Dr. Khir Toyo pandai, perhimpunan rakyat yang
dirancang itu boleh dijadikan sebagai alat untuk mengembalikan semula perpaduan orang
Melayu yang mampu membawa suasana maaf-bermaafan untuk melonjakkan Malaysia ke satu era
yang lebih maju lagi. Sayang, kerana dasar muka tak tahu malu, ciri-ciri keinsanan yang
bersadurkan ajaran keIslaman disisihkan oleh mereka yang sudah ketandusan idea bagaimana
mahu memimpin sebuah negara yang bermasyarakat majmuk.
Cuba fikirkan faktor di bawah ini: a) Penafian Sengaja Hak Berhimpun *
Penganjur himpunan rakyat ini pernah meminta agar diberikan peluang menyewa Stadium
Bukit Jalil untuk menaja perhimpunan ini. Permohonan ditolak walaupun deposit sewaan
telah diambil. Alasannya stadium perlu dibaik-pulih pada hari yang diminta. Kerana itu
penganjur merancang diadakan di Jalan Kebun Kelang kerana itu adalah kawasan markas
parti. Kesannya pentas dan segala persiapan dirobek-robek dan tuanpunya tanah ditangkap
bersama dengan beberapa insan lain yang tidak berdosa.
Sepatutnya Khir Toyo menggunakan kebijaksanaannya. Dari menganjurkan polis menyekat dan
menghalang himpunan itu, dia boleh memberi kemudahan agar digunakan Stadium Melawati di
Shah Alam dan membiarkan perhimpunan berjalan lancar di mana polis diletakkan untuk
mengawal lalulintas. Malahan dia boleh menghadiri perhimpunan itu sebagai orang biasa
untuk mendengar sendiri apa yang akan diucapkan oleh pemimpin pihak penganjur. Dia boleh
duduk di anjung istana Selangor untuk mendengar segala ucapan dengan Pemangku Raja
Selangor, kalau dia mahu. Sayang sekali, dia telah memakai otak yang mungkin tersorok di
kepala lututnya untuk mengikut rentak menekan yang dilakar oleh seorang diktator tua. Apa
salahnya kalau dia berunding dengan kerabat diraja Selangor dan pergi mengadap kepada
Sultan yang bersemayam di Istana Agong dan mengemukakan cadangan untuk berkompromi?
Sebagai seorang perpendidikan ilmu perubatan tentu dia sudah lama sedar keadaan Sultan
Selangor yang selama ini tertekan dan sanggup menerima apa juga cadangan yang difikirkan
munasabah yang dapat menambat hati rakyat Selangor.
Apa salahnya kalau Khir Toyo berunding dengan veteran UMNO di Selangor dan di mana juga
di negara ini untuk mendapatkan sokongan agar mereka dapat menasehati Mahathir untuk
tidak berkeras dalam hal ini. Kemudian rujuk pula dengan Ketua Polis Negara dan Ketua
Turus Angkatan Tentera Malaysia mengenai perkara ini agar Mahathir ditonyohkan otaknya
sikit untuk memahami bahawa himpunan yang dilaksanakan melalui internet ini adalah satu
himpunan yang tidak boleh diperlekehkan.
Malangnya Khir Toyo hanya pandai berlagak seolah-olah dia pintar mentadbir. Dia belum
tahu lagi sepak terajang ahli exco yang ada kerana dia belum cukup pengalaman. Dia ingat
mentadbir negeri seperti menampal gigi berlubang; bius sikit, cuci sikit dan tampal yang
berlubang itu. Kemudian, kutip pitih banyak sebagai habuannya.
Sepatutnya, perhimpunan yang dilangsungkan secara tidak berlesen itu diberikan lesen oleh
Khir Toyo kerana dia mempunyai kuasa mengarahkan lesen itu diluluskan. Dia tidak perlu
merujuk kepada sesiapa. Kalau dia sayangkan jawatan barunya dan juga ketenteraman negeri
pentadbirannya dia boleh mengambil sikap, 'pergi jahanam kepada orang luar Selangor yang
mahu mengkotak-katikkan pentabdiran negeri....!'. Apa salahnya dia menjemput penaja
himpunan rakyat itu berunding di rumahnya bersama dengan ketua polis Selangor dan juga
ketua tentera Selangor? Luluskan lesen untuk stadium Malawati dan arahkan polis bertugas
mengawal lalulintas dan ketenteraman. Mahathir mungkin berlembut kalau diberitahu inilah
jalan yang terbaik untuk keamanan negara.....!
Orang putih kata 'What's the big deal in denying a licence?' Di Kota Bahru dan di Kuala
Terengganu perhimpunan manusia melebehi 100,000 orang pernah dilakukan, tidak pun ada
kekecohan apa-apa. Kalau penganut Kristian dibenarkan kelulusan menggunakan Stadium Bukit
Jalil, kenapakah pengikut parti politik pembangkang ditidakkan hak itu? Apakah mereka
bukan rakyat Malaysia dan apakah mereka semuanya agen asing?
Sayang sekali....Khir Toyo terlepas peluang untuk menyerlahkan kelelakiannya dan
menonjolkan kewibawaanya. Apa gunanya berikrar sanggup bermandikan darah sedangkan hidup
kita setiap malam bermandikan peluh dan airmata? Inikah ajaran agama Islam yang kita
hayati, dan inikah amalan duniawi yang anda pelajari? Khir Toyo sudah tersilap langkah
kerana masuk perangkap yang disediakan bukan sahaja oleh Mahathir malahan oleh kumpulan
yang mahu melihatkan dia jatuh daripada kedudukan yang tidak disenangi mereka sejak dia
memegangnnya lagi. Adalah diharapkan bahawa Khir Toyo akan sedar daripada kesilapan besar ini dan faham
bahawa Mahathir tidak akan terus menongkat langit. Esok ataupun lusa berkemungkinan anda
melihat Mahathir kaku sambil tegak berdiri kerana diserang angin ahmar. Lihat sahaja
gelagatnya sekarang ini dan amatilah cara dia bercakap dari kacamata seorang yang
berpendidikan perubatan. Mahathir sebagai manusia biasa tidak dapat bertahan lama. Semua
orang peniaga amat sedar akan fenomena ini. Kerana itu ramai para juak dan jongosnya di
kalangan orang bukan Melayu meransangnya agar mempercepatkan projek yang membolehkan
mereka membalun harta negara dan mengambil faedah kontan darinya untuk dilarikan
keuntungan pendahuluan itu. Kerana itu setiap projek mega yang dulu-dulu dilakukan dengan
cepat sehingga memaksa penggunaan tenaga kerja mendatang, kerana muslihat mahu membalun
wang rakyat semata-mata. Ini dilakukan terang-terangan tanpa ada sesiapa mahu
mengkritiknya. Salah satu putarbelit yang amat ketara tetapi tidak berapa dikesan oleh masyarakat umum
ialah penamaan Putra jaya dan Cyber Jaya. Kenapa tidak disebut 'Dunia Putra' ataupun
Dunia Siber'? Kalau Putra Jaya dinamakan kerana mengenangkan Tunku Abdul Rahman Putra
kenapa pula Cyber jaya tidak dinamanakan 'Putra Cyber' ataupun 'Cyber Putra'. Apakah
secara kebetulan nama 'Jaya' itu bersamaan dengan nama 'Berjaya Group' yang memang amat
mudah menghamba-abdikan diri tuanpunya kumpulan itu kepada Mahathir sehinggakan pegawai
proksinya kini menjadi Setiausaha Kerja UMNO?
Khir Toyo sepatutnya sedar akan segala putarbelit dunia koporat untuk berpaut kepada
pemimpin politik. Mahathir telah dijebak oleh jerung-jerung kelas ungggulan ini kerana dia
tamak dan rakus sejak menceburkan dirinya dalam dunia politik. Kerana kerakusan itu dia
sanggup membiarkan anak-anaknya menjadi ahli korporat secara 'parachute' tanpa pengalaman
dan latihan bertahap. Apabila mereka jatuh berdebab, dia tidak punyai pilihan lain
melainkan membantu mereka dengan menggunakan wang rakyat, tanpa restu rakyat.
Setiap orang yang mahu menonjol sebagai pemimpin rakyat harus akur kepada tatasusila
kepimpinan betapa kalau tidak ada pengikut, tidak adalah pemimpin. Sekarang ini
sebilangan besar mereka yang memimpin, memperkokohkan kewibawaan mereka melalui putar
belit media, seperti TV, akhbar dan radio. Tanpa propaganda songsang ini, apa yang
diiktiraf pemimpin itu sebenarnya sama jijiknya dengan kucing kurap yang melata kerana
kurang wibawa. Lihat kepada sejarah Mahathir sendiri. Satu ketika dulu dia menjadi pemimpin yang
disegani. Ini berlaku ketika abang iparnya masih menjadi Gabenor Bank Negara dan ketika
itu dia tidak berani berdecit banyak walaupun sudah menjadi Perdana Menteri. Sebaik
sahaja Tun Ismail Ali meninggal dunia, Mahathir bertukar perangai menjadi rakus
serakusnya. Sejak itu dia lakukan proses pecah dan perintah. Dia ganyang sesiapa yang
sanggup menasihatinya dan apatah lagi yang berani menyanggahnya. Kemuncak kerakusan
Mahathir terserlah apabla dia menang menumpaskan pengaruh Al Arqam, sedangkan kalau
dikaji betul-betul apa yang dikatakan penyelewengan peradaban dan amalan Al Arqam itu
adalah terhad pada amalan keluarga Abuya. Sedangkan akar umbi Al Arqam pada
keseluruhannya merupakan pengikut setia yang amat takut kepada ajaran Allah seperti yang
diwahyukan kepada Nabi Mohammah s.a.w. Al Arqam dibubarkan kerana dikatakan hampir
tersungkur di pintu syurga. Tetapi, al Arqam sebagai institusi perniagaan kelas eceran
ataupun runcit adalah satu insitutsi yang membangun tanpa pertolongan ikhlas Kerajaan. Al
Arqam adalah pengasas industri IKS Melayu (Industri Kecil dan Sederhana) yang terlalu
megah diceluparkan oleh Rafidah Aziz, Mustapha Yaakob, Anuar Musa dan hampir semua
pemimpin UMNO yang tidak bertapak di alam nyata.
Kelemahan memahami pergerakan niaga Al Arqam dan juga kelemahan Mahathir memahami ajaran
Allah kerana kerakusannya yang semula jadi telah dieksploitasi oleh segelintir insan
dalam UMNO dan kerajaan yang bergelar ulama. Mereka bersekongkol dengan Rahim Noor untuk
mengganyang Al Arqam sebagai topeng untuk mendekatkan pengaruh mereka kepada Mahathir.
Kesannya, pengaruh yang ada pada Al Arqam kini menggugat UMNO dan penyatuan ummah serta
kerukunan kehidupan orang Melayu. Tanpa al Arqam, kegiatan Kemas, Mara, dan Kementerian
Perdagangan dalam negeri tidak membawa sebarang impak. Mereka ini sebenarnya melonjak
naik kerana menumpang kegemilangan jaringan niaga yang diteraskan oleh Al Arqam. Kekuatan
mereka menyingkir Al Arqam tidak pula berdaya menguatkan pengaruh mereka dalam penyibaran
ajaran Islam di kalangan masyarakat orang Melayu. Mereka gagal dan tersungkur
sehingggakan sanggup melakukan putarbelit lagi mengenai jawatankuasa madrasah dan
masjid. Tidak cukup dengan membaca khutbah lengkap dengan dakwah songsang sehingga
membuatkan jemaan sembahyang zuhur berasingan. Bukankah ini sebab yang besar kenapa ulama
terkenal lari daripada menyokong UMNO?
Khir Toyo harus menyedari hakikat ini, kerana Al Arqam bertapak kuat di Selangor dan
pengaruhnya masih lagi kuat bertapak di Selangor malahan semakin berpengaruh lagi.
Lupakan jasa Abuya Ustaz al Sheik (apa lagi) Shaari; seorang Jawa berasal daripada Kuala
Pilah yang mampu menyatukan ummah yang terumbang-ambing satu ketika dulu sedangkan
kumpulan itu mahu berniaga secara ajaran Islam. Abuya terjebak kerana dia cuai tetapi
bukankah proses dia dirasuk untuk mengamalkan nilai hidup yang songsang itu memakan masa
lebih lapan tahun oleh pasukan yang direstui oleh kerajaan juga? Namun demikian, sebelum
pergerakan itu diharamkan oleh Mahathir, masyarakat Al arqam merupakan masyarakat Melayu
yang berniaga mengikut amalan yang menyenangkan para pembelinya. Apabila mereka
diharamkan barulah pendatang asing seperti daripada Indonesia, Burma, Khmer dan Patani
naik melonjak berniaga, kerana kebanyakan pengikut Al Arqam menjadi tawar hati untuk
bergiat cergas seperti dulu. Siapakah yang rugi kalau bukan orang Melayu yang lahir di
negara ini? Khir Toyo harus menyedari hakikat ini kerana isu pengambilan tanah untuk
Kerajaan Pusat adalah satu isu yang akan meledak lebih kuat daripada yang dijangkakan.
Dia harus berusaha menolak arahan Mahathir ini kalau tidak mahu berlaku sesuatu yang
tidak diredhai oleh rakyat Selangor.
Kita menonjolkan nama Khir Toyo dalam penulisan ini bukannya kerana kita bermusuhan
dengan anak Jawa peranakan ini. Kita gunakan namanya sebagai lambang untuk menyedarkan
pemimpin UMNO dan Melayu lainnya terutama mereka yang sudah terperangkap dengan pukauan
Raja Kelentong. Dulu dia kata akan melepaskan jawatan Perdana Menteri apabila ekonomi
pulih. Kemudian dia pinda kerana mahu perbetulkan UMNO. Kemudian yang paling tebaru ialah
mahukan jawatan presiden UMNO itu terus digenggamnya sehingga tahun 2005. Berapakah
umurnya nanti ketika itu kalau bukan 80 tahun?
Inilah dasar muka yang tak tahu malu. Mahu terus memerintah sedangkan rakyat sudah tidak
rela. Inilah dasar seorang musibat yang memporak-perandakan satu bangsa yang amat
berlemah lembut pada asalnya dan menghormati golongan tua dan melembuti kaum wanita. Apa
yang jadi kini? Semuanya diputar-belitkannya sehinggakan aqidah orang Melayu itu menjadi
berkecamuk kerana dia mahu tafsirkan semula Al Quran mengikut kehendaknya. Kalau kita
ikutkan semua cakapannya mengenai agama islam dia boleh ditakrifkan sebagai seorang yang
sudah murtad. Tetapi inilah manusia yang masih perlu diagung-agungkan oleh orang Melayu
kerana sebilangan pemimpin Melayu sudah kena pukau disebabkan mereka sendiri membuat
banyak tahi dalam kehidupan mereka berpoya-poya.
Disebabkan Mahathir terus mahu berkuasa, dia ubah apa juga struktur pemerintahan yang dia
suka untuk membolehkan dia terus senang lenang mengatur rencana menjahanamkan negara ini
ke kancah kemuflisan. Mahathir berjaya mengajar semua wakil rakyat barisan nasional untuk
mengkhianati rakyat. Dia lakukan apa yang dia suka mengikut seleranya dan mengikut
muslihat para jongosnya. Kuasa yang ada pada Mahathir sungguh besar sehinggakan dia ditakuti oleh hampir semua
pemimpin UMNO ketika mereka berjaga dan ketika mereka sepatutnya tidur lena. Ada pemimpin
BN yang mengaku mereka takut kepada Mahathir sedangkan mereka adalah presiden parti
komponen BN. Kenapa? Kerana mereka telah terperangkap dalam jebak yang dipasang begitu
lama. Mahathir sanggup memberi amaran kepada ahli parlimen BN betapa beliau meneliti kehadiran
mereka melalui siaran lintas langsung. Siapakah memberikannya kebenaran mendapatkan
siaran langsung itu sedangkan perkara itu sepatutnya dinikmati juga oleh rakyat? Bukankah
itu satu penyelewengan seperti beberapa penyelewengan yang pernah dilaporkan kepada polis
ke atasnya dan juga ke atas beberapa menteri kabinetnya?
Disebabkan Mahathir terlalu berpengaruh dia mampu mengerahkan polis menghenyak rakyat
kalau berani menunjuk perasaan. Tetapi, rakyat tidak menunjuk perasaan. Rakyat mahu
berhimpun beramai-ramai dan bebas mendengar apa yang mahu diucapkan oleh wakil rakyat
yang mereka percaya. Perhimpuann di Jalan Kebun dicetuskan hanya melalui siaran internet
meminta rakyat berkumpul. Bukan ada bas khas untuk mengatur perjalan mereka. Mereka
datang dengan sukarela. Tetapi apakah yang mereka hadapi daripada pihak polis? Ada yang
sedang meraung kesakitan di hospital di mana nyawa mereka adalah lebih dahsyat daripada
ikan yang bergelimpangan di atas darat. Apakah ini kerja pihak polis yang dikenali
sebagai pasukan keselamatan? Di zaman Shah Iran bertakhta dulu, pasukan 'Savak' bertindak ganas kerana mereka
diberikan minuman khas setiap kali mereka pergi bertugas. Begitu juga yang dilakukan oleh
Pinochet di Chile dulu. Taktik yang sama pernah dilakukan oleh Mugabe di Zimbabwe ketika
pasukan polis khasnya menembak dan membunuh kira-kira 20,000 rayat yang tidak berdosa
dalam satu minggu. Mereka ini semua naik setan kerana diberikan minuman yang disuntik
dengan dadah yang menjadikan mereka seolah-olah hilang keinsanan. Apakah perkara seperti
ini telah berlaku di Malaysia? Kini, Khir Toyo tentu sudah melihat gambar-gambar yang terpapar dengan jelasnya akan
gelagat kerakusan pihak polis mengganyang rakyat biasa yang tidak pun berdosa. Kita harus
mengambil iktibar akan apa yang terjadi. Yang lepas tidak boleh diperbetulkan dengan
mudah apatah lagi kalau yang berlaku itu adalah satu peristiwa yang tidak disangka dan
dijangka. Masyarakat yang berfikiran waras sudah tidak lagi mampu mengampunkan Mahathir
akan apa yang berlaku. Khir Toyo mampu merobah tragedi itu kalau dia menggunakan otak dan
kebijaksanaannya. Cuba kita teliti catatan para reformis yang telah melalui peristiwa
perit dan getir itu:
Nadikeadilan@justice.com:
Masyarakat Melayu sudah berpecah dan berkecamuk kerana Mahathir sudah mengajar mereka
berperangai begitu. Inilah yang dikatakan Wira Dunia Ketiga sedangkan dia amat takut
menyahut seruan sapina mahkamah. Memang kurang ajar musibat ini. Dialah segala-nya yang
memporak-perandakan keharmonian rukun hidup orang Melayu dan masyarakat Malaysia. Dia
ingat dia boleh terlepas dalam hal ini. Dia ingat dia boleh baling batu dan sorok
tangan. Bolehkah dia diampunkan apabila ada seorang yang tidak berdosa yang kini buta
kerana terkena gas pemedih mata?
Sekarang kita mahu tanya di manakah pejuang ketuanan Melayu yang berselindung di sebalik
UMNO? Manakah para exco Pemuda UMNO yang satu ketika dulu mengancam masyarakat Suqui agar
tidak menjolok tabuan (kosong)? Sanggupkah mereka meminta Abdullah Badawi meletakkan
jawatan kerana tragedi ini? Bagaimana pula dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
ala Mahathirisme). Mampukah Musa Hitam mengutuk Mahathir di atas apa yang telah berlaku?
Sejarah akan mencatatakan November 5, 2000 sebagai kebangkitan rakyat Malaysia terutama
sekali rakyat berbangsa Melayu untuk bersatu tidak kira apa parti politik mereka dan
tidak kira apa bahasa loghat mereka. Orang Melayu akan bangkit kerana terpaksa. Kalau
masyarakat awam Melayu tidak bangkit untuk menghalau Mahathir dan jongosnya daripada bumi
Malaysia janganlah tangisi masa depan nasib bangsa negara ini kalau Angkatan Tentera
Malaysia melakukan rampasan kuasa. Nampaknya hanya itu jawapannya. Lihat Liberia,
rampasan kuasa dicetuskan oleh seorang sarjan bernama Sarjan Doe dan hancur lebur negara
itu sehingga kini. Seratus tahun sebelum itu seorang koperal bernama Napoleon Bonaparte
melancarkan gerakan yang sama untuk merangkul kerajaan Peranchis. Askar Melayu pernah
bangkit di Singapura untuk merusuh kerana cuba mempertahankan penghantaran Maria Hertog
(Natrah) pulang ke Belanda. Pasukan polis yang diperintah oleh seorang pegawai orang
putih telah diarahkan menembak askar yang merusuh itu. Tidak ada sebiji pun peluru yang
dipetik sehinggakan pegawai polis itu terasa terancam dan melarikan dirinya. Berlakukah
fenomena ini di Malaysia kerana mahukan Mahathir pergi jahanam? Tunggu...jangan dicabar
orang Melayu untuk menderhaka, kerana mengamuk dan menderhaka adalah dua perkataan asal
orang Melayu juga. Mungkin orang Malayalam ataupun kacukannya dengan darah Melayu masih
tidak faham makna perkataan itu. Mungkin golongan istana pun sudah lupa akan perkataan
itu walaupun sebahagian besar asal usul mereka itu dulu adalah berakar-umbikan lanun di
laut juga. [*Sedikit Kemasan Tajuk -Editor] |