Laman Webantu KM2A1: 3159 File Size: 13.6 Kb * |
TJ MT: ASIAWeek Malaysia Belum Bersedia Untuk IT By Saifuddin Nasution 8/11/2000 6:38 am Wed |
Penterjemah: -MT-
MGG120 Malaysia Belum Bersedia Untuk IT
(Asiaweek: Malaysia Not Ready For IT) Oleh: Saifuddin Nasution Ismail Apa yang berlaku kepada MSC memang menyerupai setiap perkara yang dicetuskan
oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Ketaksubannya kepada rupabentuk yang
besar-besar dan bersifat monumen telah menyedut sumber kewangan daripada
pembinaan struktur yang lebih diperlukan oleh sebuah negara yang mempunyai
matlamat yang digembar-gemburkan sebagai sebuah pelakon terhebat dunia IT.
Inilah paradoks yang amat menonjol dalam beberapa keputusan yang terlaksana.
Contohnya, kerajaan berkata bahawa ia mahu meloncat ke dunia hi-tech,
tetapi bidang pendidikan dianggap sebagai anak tiri. Pada 1996,
Kementerian Pendidikan telah mengubah jumlah tahun kajian daripada tiga
kepada empat untuk pelajaran ijazah pertama, kecuali perubatan, pergigian
dan farmasi. Unit kelulusan minima untuk kajian Sains Tulen dan ijazah
sastera (arts) diturunkan kepada 100 daripada 118-120, walaupun ini
berkaitan dengan elektif sahaja. Sepatutnya Malaysia membuat perubahan
kepada isi kajian ataupun memperbaikki mata kajian yang ada.
Lagi satu contoh bagaimana sumber kewangan disalah-agihkan, ialah jumlah
berbilion ringgit yang dihampurkan dalam pembinaan Putrajaya dan bandar
kembarnya Cyberjaya. Semua ini dilakukan sedangkan negara masih mempunyai
470 buah sekolah di Malaysia yang tidak pun mempunyai bekalan letrik. Salah
satu ciri keunikan IT ialah kemampuannya untuk menurunkan hambatan yang
memisahkan golongan yang tidak berada untuk memperbaiki status ekonominya.
Seseorang itu tidak perlu satu ijazah universiti untuk mempelajari program
komputer ataupun muslihat melakar grafik untuk aplikasi multimedia. Di
zaman IT adalah tidak terlambat kalau seseorang itu mengenepikan ternakan
ataupun penyodok binaan untuk menyesuaikan dirinya mengendalikan
'motherboard' dan 'keyboard'. Sepatutnya anak-anak luarbandar diberikan
peluang yang luas untuk menyerap faedah yang baik daripada satu perencanaan
IT yang jitu dan berkesan. Malangnya mereka kini ketinggalan kerana
disisihkan daripada peluang keemasan ini.
Seperti juga negara membangun yang lain, Malaysia sepatutnya menumpukan
minat terhaap memajukan masyarakat luar bandar - yang merupakan setengah
daripada jumpah penduduk seramai 22 juta - ka arus perdana pembangunan.
Jurang yang memisahkan orang luar bandar dengan orang bandar menjadi
semakin meluas walaupun negara mencapai 10 persen GDP selama satu dekad.
Kini, kita mendengar betapa 1.5 juta rakyat Malaysia (yang kebanyakannya
orang bandar) sudah pun mempunyai emel sendiri. Angka ini adalah lebih
besr daripada yang didaftarkan oleh TM Net dan juga Jaring yang merupakan
penyedia khidmat internet. Walaupun jumlah itu sesuatu yang menggalakkan,
sebenarnya ia telah mencetuskan satu jurang dalam perkiraan digital di
negara ini. Adalah sesuatu yang merunsingkan apabila Mahathir tidak faham bahawa
memasukki Era Maklumat itu bererti melakukan sesuatu yang lebih bermakna
daripada memperakukan 'hardware' yang canggih-canggih. Yang patut
dipentingkan ialah menyediakan suasana yang merangsang syarikat baru dalam
bidang pembaharuan dan rekacipta. Sepatutnya Malaysia mempelajari dulu
daripada Lembah Silikon yang memang bersifat terbuka dan sedia membantu.
Sifat-sifat semulajadi ini tidak mampu membesar kalau suasana pemerintahan
itu enggan menerima pandangan yang berbeza dan kepelbagaian, kerana kerajaan
mahukan masyarakat yang patuh sahaja. Pengalaman seorang teman yang bertugas
sebgi seorang professor di sebuah universiti boleh manjadi contoh yang
menyerlahkan suasana ini. Dia pernah menulis satu artikel mengenai
'International Organisation for Standardization' (Struktur Standardisasi
Antarabangsa) dan mengagehkannya kepada beberapa penerbit akhbar tempatan
untuk disiarkan. Tidak ada satu akhbar pun yang sanggup menerbitkannya.
Malahan seorang pengarang telah mengaku tidak berani menerbitkannya kerana
ketika itu inisiatif ISO merupakan satu bidang yang amat diminati oleh
Mahathir. John Lawler daripada Universiti Illinois pernah berkata, nilai hidup Asian
yang memberi penekanan kepada heiraki dan semangat kolektif, adalah tidak
sesuai dalam pembangunan satu suasana kerja yang meransang kreatibiti.
Penekanan semacam ini membiakkan kepatuhan. Apabila sesuatu perubahan itu
muncul ia akan membiak secara perlahan. Industri IT memerlukan kecerdasan
dan perubahan yang radikal. Inilah yang merupakan kepincangan yang
menghantui Malaysia. Sebagai sebuah negara di mana masyarakatnya berpaksikan
budaya heiraki, ia menjadi begitu terpaut kepada ketaksuban Mahathir
terhadap nilai Asian. Kerana itulah otokrasi dianggap sebagai yang terbaik
untuk pembangunan negara. Nilai hidup ala Mahathir inilah yang membuatkan
sistem kehakiman negara menjadi cemuhan dalam negara mahupun dari luar.
Malaysia mungkin mampu mengukir apa jenis perundangan siber pun, tetapi
apakah seseorang pelabur itu yakin terhadap sistem kehakiman yang
dilaksanakan? Syarikat IT asing yang mahu melabur di Malaysia sebenarnya mempunyai banyak
pilihan alternatif. Mereka boleh memilih India, Singapura, Hong Kong dan
Taiwan. Apa pentingnya mereka memilih Malaysia? Kerana tenaga kerjanya yang
masih muda, tidak mahal sangat, bekerja kuat dan mudah dilentur? TETAPI,
syarikat semacam ini akan juga melihat betapa adanya seorang pemimpin yang
menggunakan pelabur asing sebagai satu alat untuk memesongkan perhatian
rakyat terhadap kelemahannya. Kerana itu sesiapa yang menyanggahnya dicap
sebagai agen asing. Pelabur asing ini akan dapat melihat, walaupun Malaysia
sudah berbelanja besar dalam pembikinan infrastruktur fisikalnya, dari bidang
socio-psyco pula, infrastruktur itu masih tinggal corot di belakang. Era
maklumat sepatutnya melonjakkan rakyat Malaysia jauh menonjol ke hadapan.
Sayangnya perkara ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diraih peluangnya
oleh kepimpinan yang sudah rabun matanya.
-Saifuddin Nasution Ismail- Rencana Asal: Asiaweek: Malaysia Not Ready For IT
Viewpoint: Malaysia Into the eWorld?
Not if it keeps spending on glitz rather than education
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL is a supreme council member of Keadilan
(National Justice), a Malaysian opposition party
During a recent seminar at a Malaysian university, three panelists - all
top managers at information technology companies - agreed that the
government has gone wrong in its attempt to take the country into the
Information Age. Instead of investing in human resources, the government
is spending a great deal to develop a high-tech township, Cyberjaya,
anchor of the Multimedia Super Corridor (MSC). Cyberjaya offers real
estate so expensive that few I.T. companies are willing to set up there,
although officials reckon 88 of some 380 I.T. companies approved for the
MSC will have moved in by year's end. Right now the desolation at
Cyberjaya makes one think it should be renamed Cyberia. And the MSC, some
say, is becoming like a huge property project.
What's happening with the MSC is typical of many things in Prime Minister
Mahathir Mohamad's Malaysia. The obsession with appearance and building
glitzy monuments is diverting resources away from undertakings that are
critical to the country's stated goal of becoming a key player in I.T. The
paradox is evident in some decisions. For example, the government says it
wants to move into high-tech, but education is treated as a stepchild. In
1996 the Ministry of Education reduced the number of years for
undergraduate degrees from three to four, except for medicine, dentistry
and pharmacy. It also reduced the minimum units for basic pure science and
arts degrees to 100 from 118-120, though this affects only electives. But
Malaysia should be adding content or at least improving it.
Another example of misallocated resources is the billions spent on the new
administrative capital Putrajaya and its twin, Cyberjaya. This at a time
when there are still 470 schools in Malaysia without electricity. One boon
of I.T. is its potential to lower the barrier for the underprivileged in
moving up economically. One doesn't need a university degree to learn
programming or acquire the know-how to produce graphic designs for
multimedia applications. In the Information Age it is never too late for
someone to leave the cattle or shovel and learn to use the keyboard and
motherboard. Kids in rural Malaysia would benefit most from a well
thought-out and implemented I.T. program. Yet it is they who are being
denied such opportunities. Like other developing nations, Malaysia should be concerned about bringing
its large rural community - half the population of 22 million - into
mainstream development. The gap between rural and urban areas has widened
after a decade of 10% GDP growth. Today it is reported that 1.5 million
Malaysians (mostly urbanites) have a Web-based hotmail e-mail address -
more than the total registered with TM Net and Jaring, the country's two
Internet service providers. While the hotmail number is encouraging, it is
disturbing that this has widened the digital divide in the country.
Disturbing, too, is Mahathir's inability to understand that entering the
Information Age means more than plugging into fancy hardware. Fundamental
is creating the climate that enables start-up companies to innovate and
invent. Malaysia could learn more from Silicon Valley with its diversity
and openness. These attributes cannot develop if the governmental climate
does not tolerate dissent and diversity, and breeds docility. The
experience of a friend, a professor at a Malaysian university, is
illustrative of this climate. He had offered his article about the
International Organization for Standardization to a few local newspapers
for publication. It discussed seeking ISO certification, nothing
political. No newspaper published it, and one editor admitted that he was
not going to because ISO initiatives were seen as a pet project of
Mahathir. John Lawler of the University of Illinois says Asian values, with their
emphasis on hierarchy and collectivism, are ill-suited to the development
of a work environment that will engender creativity. This emphasis breeds
conformity. Change, when it happens, tends to be slow. The I.T. industry
demands nimbleness and radical changes. Malaysia is doubly handicapped.
Not only is it a very hierarchical society, it is hamstrung by Mahathir's
notion of Asian values. In a nutshell, this sees authoritarianism as good
for development. His Asian values also mean a justice system that lately
has been criticized within and outside the country. Malaysia may have all
kinds of cyber law, but will the investor have confidence in the justice
system to enforce it? Foreign I.T. companies interested in investing in Malaysia have many
alternatives. They can also consider India, Singapore, Hong Kong and Taiwan.
Why should they choose Malaysia? It has a young and relatively inexpensive
workforce, which is also hardworking and very trainable. But these companies
will also see that Malaysia has a leader who uses foreigners as a bogey to
deflect attention from his own flaws. Dissenters are labeled foreign agents. And
they will see that while Malaysia has invested hugely in modern physical
infrastructure, its socio-psycho infrastructure remains stuck in the medieval
age. The Information Age should provide Malaysians with the potential to soar
to new heights, but this leadership doesn't have what it takes to seize the
opportunity. |