Laman Webantu KM2A1: 3155 File Size: 6.1 Kb * |
Jalan Kebun: Memali buat Pak Lah? By Man Kubur 7/11/2000 11:08 am Tue |
Rahsia Rencana Memali yang muncul sekali lagi menyegarkan kembali
fikiran kita akan beberapa tradisi. Ia berulang dan sengaja diulang
sebagai satu proses untuk meminggirkan orang yang dirasakan dapat
menggugat presiden parti. Dalam dua kes ini orang nombor dua
menjaga Kementerian Dalam Negeri dan beberapa keganasan luar biasa
terjadi. Sudah tentu polis lah yang menjadi anjing untuk mengigit
rakyat marhain sesuka hati dalam kes-kes ini. Polis yang sama juga
yang mendera Anwar, Sukma, Dr Munawar Anees dll lagi di bukit Aman
yang asyik mencelakakan. MUSNAHNYA MUSA HITAM ANGKARA POLIS SENDIRI
Mungkinkah di sana ada satu konspirasi untuk memusnahkan Pak Lah sendiri,
sebagaimana Musa Hitam dimusnahkan apabila tertekan? Musa Hitam
mungkin merasa dengan membunuh di Memali itu dia akan mendapat sesuatu
yang diidam-idamkan. Tetapi nampaknya hajat itu tidak kesampaian.
Dia gagal berfikir dan menilai arti kemanusiaan dan kepartian.
Akhirnya dia menodai prinsip keugamaan, kemanusian untuk mengejar
kepartian. Polis special branch di Memali itu hanya memudahkan beliau
dimusnahkan. Layakkan pemusnah kemanusiaan ini menjadi orang penting SUHAKAM?
ANWAR JUGA DIPERANGKAP POLIS SENDIRI
Malangnya Anwar berjaya ditipu oleh Special Branch yang sengaja
berpura-pura untuk mengenakan beliau. Padahal nama Anwar tidak tergugat
langsung walaupun pelbagai khabar yang bukan-bukan menjelma. Pihak
SB sengaja memberi lapuran (palsu) yang membimbangkan supaya Anwar tersilap
langkah, dan mereka berjaya bila lapuran polis dibuat. Dengan
serta merta polis SB bergerak untuk memusnahkan Anwar dengan
menggunakan Sukma, Dr Munawar dll kerana mereka tahu Anwar tidak
dapat dibeli walaupun dilebam sampai mati. Bayangkan semua saksi
dibawa kebukit aman dan dinafikan berjumpa dengan peguam untuk
memudahkan proses turn-over yang memang dirancang sejak dulu lagi.
PAK LAH PERLU LETAK JAWATAN? Walaupun media kroni tidak melapurkan dengan tepat kejadian Jalan Kebun
(atau Kesas) itu, semua media utama dunia sudah melapurkan bahawa
POLISlah pencetus keganasan dan pemusnah harta benda awam. Sejak malam
lagi mereka dan kuncu2 umno mengoyakkan poster, kain rentang serta
merampas peralatan. Keesokkan harinya mereka juga merampas filem kamera
wartawan malaysiakini, mereka memecahkan cermin kereta, membuang angin
dalam tayar kereta, dan memukul sekurang-kurangnya enam reformis
dibahagian kepala sehingga berdarah. Soalnya kini arahan siapakah
yang diikuti sehingga polis bertindak sebegini?
MESRANYA POLIS DIDIKKAN PAK LAH
Reformis yang ditangkap serta dimuat ke dalam trak disembur acap kali
lagi dengan asap (2-3X) sedangkan mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa.
Pak Din (drebar DSAI) dilapurkan masih buta ketika rencana ini ditulis.
Ada reformis yang masih berdarah hidungnya tetapi dinafikan untuk
berjumpa dengan peguam mahupun doktor. SUHAKAM pula hanyalah satu
nama sahaja yang cuba memperdaya. Ia hanya pandai bercakap tetapi
gagal melaksanakan tanggungjawab. Sepatutnya SUHAKAM lah terlebih
dahulu berada di balai polis dan berunding dengan mereka. Sebaliknya
SUHAKAM asyik memandang dari jauh sahaja, dan berkokok sekali sekala
tidak tentu hala. Menurut lapuran terkini ada 116 yang ditangkap, dimana dua adalah wanita.
20 daripada mereka mengalami kecederaan parah akibat diserang polis.
Jika kita congak ini bermakna 17.2% tahanan parah! Inikah kemesraan polis
sebagaimana dikempen oleh Pak Lah satu ketika dulu?
Bagaimana pula dengan keadaan anak saudara Rosli (abang Anwar) yang
mengalami keretakkan tengkorak akibat terkena bekas gas pemedih mata
semasa cuba menolak kerusi roda DSWA daripada bahaya? Beliau ketika ini
berada dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) di hospital. Nampak sangat polis
sengaja menembak untuk membunuh orang.
PAK LAH DAN POLIS UPAHAN Apabila Pak Lah menjadi menteri dalam negeri dia kelihatan berkuasa
tetapi sebenarnya lantikkan itu akan memudahkan Pak Lah menjadi
mangsa Mahathir yang seterusnya. Sejak Pak Lah menjadi menjaga KDN,
polis semakin liar dan ganas. Tidakkah itu bermakna ada sesuatu yang
tidak kena pada polis sedangkan mereka baru sahaja diberi imbuhan
istimewa dalam belanjawan? Mahathir sudah lama mencium gerak geri Pak Lah. Memang Mahathir tidak
mempercayai sesiapa sahaja sejak Anwar dipecat kerana dia sendiri
tahu kelemahannya itu sudah dicium oleh beberapa ahli umno sekarang ini. Ini
juga antara sebab dia mengisyaratkan untuk lebih banyak menumpukan ke arah
isu dalaman parti. Keretakkan dalam umno sudah menjadi-jadi akibat
perbuatan Mahathir sendiri. Terakhir sekali wanita umno menangis
bila putri umno berputik menjelma. Bagi Mahathir dia memerlukan orang seperti Aziz Shamsudin dan Daim sahaja.
Yang lain seperti Rafidah akan disembelih atau dibiarkan terkorban tanpa perlu
berbuat apa-apa. Prestasi FDI yang merosot itu akan menjadi igauan Rafidah yang
sudah terbang banyak negara pada tahun ini saja. Dia membebel pelukan Mahathir
dan Castro tetapi didengar pula oleh Mahathir. Maka Mahathir menggerakkan
caturnya yang seterusnya dengan isu Putri Umno.
UMNO DAN RETAKNYA Nampak jelas pelbagai perpecahan menanti umno. Debat PAS-UMNO juga
turut membimbangkan mereka. Kemelut Ezam yang dianggap penderhaka
pula terpelantun balik ke muka diktator "tua" kerana diktator "tua"
sendiri pernah melakukannya dengan lebih teruk dan merbahaya. Jika
Ezam mahu dilucutkan sebagai warga negara, Mahathirlah terlebih dahulu
yang patut hilang kewargaannya. Kini satu pilihanraya akan diadakan di Lunas pula. Sekali lagi
laungan reformasi akan bergema. Soalnya dapatkan umno terus
bergantung kepada diktator "tua" sedangkan sudah banyak sensara dibuat
olehnya? |