Laman Webantu   KM2A1: 3152 File Size: 22.3 Kb *



Jalan Kebun: Koleksi Tinta Siber
By Kapal Berita

7/11/2000 4:36 am Tue


KOLEKSI TINTA CATATAN SIBER

Catatan ini adalah sebahagian daripada luahan dan coretan yang diambil dari pelbagai sumber. Sekalung tahniah kepada penulis-penulis ini yang telah mengabadikan pengalaman untuk catatan sedunia. Diharap penulis-penulis lain turut serta menghantar kenangan 5 November yang terlalu berharga untuk dibiar lupa....




Penulis: matdeghih
Sumber: FGR

Pengalaman aku ... 5 November 2000

Mon Nov 6 19:02:38 2000


5 November 2000 ... pastiku ingati sampai bila-bilapun.

Aku bergerak dari rumah jam 7.00 pagi ... hantar anak aku yang kat Taski ABIM tu ke Ipoh untuk majlis anugerah kecemerlangannya. Isteri aku menemaninya di majlis itu. Pesan kat adik ipar aku supaya ambil mereka tengah hari nanti. Aku sarapan jam 9.00 pagi setelah urusan pendaftaran kehadiran anak aku selesai. Isteri aku mencium tangan aku bila aku kata aku nak pergi Shah Alam. Begitu juga dengan anak aku. Jauh di sudut hati, tertangkapkah aku hari ini.

Jam 9.30 pagi aku bergerak kembali ke kampung untuk mengambil tiga orang lagi rakan yang berjanji akan turut serta. Sampai di kampung, ada dua kematian. Ziarah sebentar. Jam 10.30 pagi mula bergerak meninggalkan kampung. Melalui Lebuhraya Utara Selatan .... hampir ke simpang Bidor ada kereta jenazah yang mungkin membawa jenazah pancit tayarnya sedang berhenti di tepi jalan. Terdapat sebuah Honda Accord yang mungkin keluarga jenazah sedang berusaha membantu menukar tayar kereta jenazah itu. Simpati aku kepada jenazah itu. Tapi aku perlu sampai ke Shah Alam tengah hari. Lagipun ada keluarga jenazah membantu menukar tayar. Kalau tidak ada, terpaksalah aku membantu.

Sampai di tempat Rehat Ulu Bernam, kami singgah untuk makan tengah hari. Supaya nanti tidak lapar ketika berhimpun. sampai di Jejantas Rawang, singgah lagi. Kali ini memenuhkan tangki minyak ... sebagai persediaan kalau sesak di jalan nanti. Telefon kawan yang telah sampai ... menurutnya semua jalan ke Jalan Kebun telah ditutup. Mereka sedang berkumpul di Masjid Shah Alam.

Sampai di Tol Shah Alam, kami ke tandas untuk buang air supaya nanti bila dah berhimpun kuranglah rasa nak buang air. Kami bertanya satu keluarga akan jalan yang mudah ke Jalan Kebun. Beliau mencadangkan kami pergi ke Masjid Shah Alam kerana di sana nanti pergerakan konvoi akan di atur. Serentak dengan itu hujan turun dengan lebat. Datang pula sebuah peronda polis. Aku dah mula gelisah. Tapi polis itu tak turun kereta sebab hujan lebat. Aku mencadangkan agar kami terus bergerak, kerana mungkin pada waktu hujan ni polis tidak lagi buat sekatan. Kami bergerak ... hujan rupanya tidak lama. Ada sekatan polis, tapi perjalanan kami tidak dihalang. Sampai di masjid, ramai yang menanti. Kami sembahyang jamak dahulu. Selepas itu A. Rustam Sani mencadangkan kami bergerak ke Tol Kesas. Kami bergerak berkonvoi ... sampai di simpang HICOM, polis tak bagi kami masuk. Kami berhenti di tepi jalan. Ada sebuah trak polis menghalang kenderaan dari masuk ke simpang itu.

Di ketika itu aku merasakan bahawa masing-masing berharap agar ada satu ketua untuk mendesak pihak polis mengubah traknya. Akupun mencadangkan agar bergerak ramai-ramai. Biarkan aku di depan. Asak kenderaan aku dari belakang supaya jalan raya di HICOM akan jem. Mereka ikut. Aku mula merapati trak polis. Polis tak bagi masuk. Aku kata aku dah tak boleh undur. Kereta di belakang bertambah. Laluan tersekat ... mahu tidak mahu polis terpaksa ubah trak .. dan kami dapat masuk ke simpang yang menuju ke Tol Kesas itu. Aku melihat tanda arah... simpang ke Kota Kemuning 2km lagi. Kenderaan kami dah tak boleh bergerak. Kami berjalan kaki. Aku tak tahu berapa km aku jalan kaki untuk sampai di Tol Kesas itu. Menurut mereka yang aku tanya ... lebih kurang 5km. Di sepanjang perjalanan itu, ramai yang sembahyang Asar di tepi jalan... atas rumput... berlapikkan kertas akhbar ... menggunakan air mineral ... menggunakan air dari parit kecil di sepanjang lebuhraya itu. Subhanallah ... betapa besar kuasaMU ya Allah ....

Aku terus berjalan ... di udara helikopter polis tidak jemu-jemu mengawasi ... setiap kali melintas, setiap kali itulah laungan penghinaan terhadap polis tersembur dari mulut orang ramai. Di sebelah aku mendengar seorang India berkata, "Dah lebih pukui lima ini, ceramahpun dah abih", aku renung matanya, dalam hati sah ini polis/sb. Beliau mungkin berharap agar aku mengiyakan kata-katanya, dan mungkin juga berharap aku dan kumpulan aku bersurai. Aku jawab, "Kami datang bukan untuk dengar ceramah, kalau nak dengar ceramah, kat kampungpun ada. Kami datang untuk memberi tekanan kepada Madey, untuk menunjukkan kepada Madey yang kami tidak akan berhenti selagi Madey dan kroni di ambang kuasa". Polis tadi dah mula bergerak keluar dari kumpulan kami. Dalam hati aku, lantak kamu ler polis.

Kami mendengar satu letupan dan kelihatan asap berkepul di hadapan. Serentak dengan itu juga satu kumpulan yang membawa kain rentang sambil melaungkan reformasi dan takbir bergerak di jalan sebelah menuju ke arah kami. Kami berhenti untuk turut sama dalam kumpulan yang datang dari arah hadapan itu. Tak lama nampak pula Kak Wan di Wira Putih melambai tangan. Fadhil Noor di kereta belakang. Kami terus berarak dan berarak.

Aku pandang kanan ... di sebelah aku ada Ezam dan Lokman ... aku menyertai mereka ... Lokman memang mengenali aku ... aku bersalaman dengan mereka. Kami bertiga jalan seiringan. Biarlah apapun yang berlaku. Tindakan aku berjalan seiringan dengan mereka bermakna mendedahkan identiti diri aku. Aku dah sedia menghadapi sebarang risiko. Walaupun risiko dibuang kerja. Aku berbual dengan Ezam dan Lokman sambil melambai tangan kepada reformist yang lain. Aku menahan sebuah kereta yang lalu. Minta ditumpangkan Ezam dan Lokman kerana perjalanan masih jauh lagi. Ezam tak mahu ... tapi kerana desakan reformist yang tak sampai hati melihatnya berjalan kaki, beliau naik juga kereta tersebut. Ezam dan Lokman sekali lagi bersalam dengan aku ... Ezam berkata, "Jumpa nanti di Lunas"

Aku meneruskan perjalanan. Kumpulan aku tadi entah di mana perginya. Laungan reformasi dan takbir bergemuruh. Reformist yang lain menceritakan yang seorang sb telah dipukui. Cermin sebuah kereta volvo telah dipecahkan oleh polis. Tuan punya Volvo jawab, "Tak mengapa, ini baru sedikit jihad". Pukui 7.30 malam, aku sampai ke kereta aku. Kawan-kawan telah berada di situ.

Kami bergerak ... seseorang mencadangkan agar kami balik ikut Kelang. Beliau suruh ikut simpang Kota Kemuning. Banyak sangat bulatan di sepanjang jalan tersebut. Jalan tanah merahpun ada. Rupa-rupanya jalan ini tembus ke Jalan Kebun. Kami melihat tapak perhimpunan yang masih dikawal polis. Sempat juga melihat banyak kenderaan polis di satu sekolah. Aku tak tahu nama sekolah itu, sebab hari mula gelap.

Nampak simpang ke Kelang. Jalan sesak tapi masih boleh bergerak perlahan-lahan. Sampai di Tanjung Karang, kami singgah makan. Kemudian cari masjid. Di sepanjang jalan pulang terdapat tiga sekatan polis kepada kenderaan yang menuju ke arah Kuala Lumpur. Dalam hati, "...takut benar Madey ni..."

Akhirnya aku sampai ke rumah jam 2.30 pagi.

Pukui 8.00 pagi aku dah berada di pejabat dengan satu suasana. Suasana ceria...




Penulis: Cyber Narrator

YB Mat Sabu bagaikan pahlawan

Sumber: www.mahazalimtwo.tripod.com

Usaha Madey dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik uniform polis dan FRU untuk menyekat perhimpunan Rakyat di Jalan Kebun, Klang meskipun nampak macam berjaya namun pada hakikatnya mereka telah gagal sama sekali. Walaupun tidak disiarkan di dada TV kononnya untuk menunjukkan bahawa perhimpunan itu tidak penting namun melihatkan usaha dan cara mereka menghalang limpahan rakyat dengan cara membuat sekatan jalanraya membuktikan mereka sentiasa bimbang dan resah. Malah tindaktanduk ganas mereka berhadapan rakyat tidak bersenjata dan tidak mahu bertempur dengan pihak beruniform menunjukkan betapa terdesaknya Madey dengan jika jayanya perhimpunan ini. Perhimpunan ini saya sifatkan berjaya kerana memang jelas , ratusan ribu rakyat turun memberikan sokongan sekaligus membuktikan rakyat sentiasa bersetuju bahawa kerajaan sekarang sememangnya pincang dan korupsi. MMemang mereka berjaya menyekat rakyat berhimpun tetapi kejayaan mereka hanya setakat itu.

Kami tiba di satu lorong perkampungan kira-kira 2 km dari tapak perhimpunan merupakan jarak terdekat boleh sampai setelah 3 jalan biasa disekat dengan hebat. Kenderaan untuk ke Pekan Banting disekat sama sekali untuk laluan walaupun urusan apapun. Demikian ketakutannya mereka ini. Laluan kedua juga menemui kegagalan namun ribuan rakyat tidak berpuashati berdiri sepanjang 1 km dari sekatan jalanraya dibuat. Mencari laluan ke 3 akhirnya membawa ke satu simpang terdekat lebihkurang 2 km dari tapak perhimpunan. Sejurus kami tiba, YB Mat Sabu juga tiba bagaikan pahlawan serta disambut dengan takbir oleh rakyat . Tanpa gentar, beliau terus ke saf hadapan berdepan dengan FRU dan Polis. Keberanian beliau disertai lebihkurang 4,000 rakyat. Lorong bertar ini sebenarnya agak padat dengan rumah orang kampung. Oleh kerana sekatan dibuat, akhirnya persimpangan ini dengan sekejap dipenuhi oleh rakyat. Namun seperti biasa, FRU seperti hilang pertimbangan dan peri kemanusiaan dengan biadapnya menembak bertin-tin pemedihmata dan jirusan air berasid kepada rakyat tanpa mengira kehadiran kanak-kanak dan wanita. Mereka juga mengenepikan sifat perikemanusiaan mereka dan rakyatlah yang sebenarnya membayar gaji mereka dengan balasan semburan air berasid dan pemedih-pemedih mata tanpa mengira perkampungan orang.

Dengan sekelip mata., perkampungan itu penuh dengan asap yang menyiksa. Namun bukan mudah untuk menewaskan rakyat kerana dengan sekelip mata rakyat kembali mengukuhkan benteng. YB Mat Sabu memang teruji kepetahan berpidato malah merupakan wira yang teruji kelasakan fisikal, tegak beliau basah dipancut namun berganjak tidak juga. Syabas YB.. Ramai membasuh muka dengan air di surau berdekatan. Babak menghambat rakyat dengan ugutan pukulan dan sebagaimya. Sedikit pun rakyat tidak bertindak balas walaupun dilorong itu terdapat batu-batu kecil dan kayu-kayu.Namun jangan diuji kesabaran rakyat, takut-takut trend bertindak rakyat Palestin berjangkit ke Malaysia pulak!!

Sketsa ini bukan satu drama tetapi hakikat yang sedang berlangsung dan ini hanya satu sudut lorong satu kampung dimana rakyat cuba menghampiri tapak perhimpunan. Dari perkhabaran melalui handphone, rakyat beribu-ribu berkumpul di Highway Bukit Kemuning, Jalan Klang-Banting, Jalan Kapar juga beberapa lokasi lagi menunjukkan hakikat sokongan rakyat untuk membasmi kezaliman belum terpadam malah terus menyala dengan marak yg akhirnya akan membakar hangus unggun-unggun diktatorship Madey, insyallah.............

Cyber Narrator




Penulis: Kelawar de Bat [avatar7@email.com]

B1: [alternatif-net] Rakyat nak ke KEBUN pun di halang

Kereta-kereta penyokong reformasi berderetan di tepi highway. Kenderaan lain sedang bergerak dengan sangat perlahan dilorong tengah. Laluan dari arah Klang boleh dikatakan kosong. Reformis pula berada di merata-rata diatas highway. Ramai sedang duduk di tengah atas divider highway.

Lebih kurang pukul 4, kami dengar khabar jalan naik ke h'way telah dibuka. Kami pun bergegas turun naik memandu naik ke KESAS h'way untuk join penyokong reformasi yang lain.

TV3/4 kata perhimpunan semalam tak mendapat sambutan, sambil menyiarkan view kawasan yang sudah dikepung polis. Dia orang tak tunjuk siapa pula yang mengepung polis semalam. Siapa yang dia nak kelentong pun tak tahu le. Pengguna lebuhraya KESAS boleh nampak betapa ramai reformis yang berkumpul di luar blockade polis, salah seorangnya ofis-mate bangsa cina yang duduk di Kota Kemuning - pagi tadi dia sibuk cerita pengalaman pada geng sebangsanya. Dah le tu, ada diantara penyokong- penyokong yang saya temui, ada yang datang jauh dari P.Pinang dan Ipoh. Ada penyokong berbangsa Cina yang datang dari Banting.

Dah le tu, saya nampak ada satu bas penyokong dari Perak, dan satu lagi dari Negeri Sembilan. Bila dia orang ni balik ketempat masing-masing, pecah la tembelang berita rekaan TV3/4 tu. Jumlahnya, kalau dilihat dari bilangan kenderaan yang berkumpul atas h'way, katakan 3-4 orang satu kereta, rasanya dah lebih dari 100,000. Itu tak campur group-group lain yang berkumpul dijalan-jalan lain untuk masuk ke Jalan Kebun.

Masa tengah berkumpul tu, ada sebuah kereta penyokong UMNO dengan stiker 'DULU, KINI DAN SELAMANYA....' sedang bergerak dengan perlahan meredah kawasan penyokong reformasi. Nasib dia kurang baik...kena perli gila-gila (kelakar..utk kita ler).

Akhirnya, mungkin kerana memikirkan terpaksa melalui kawasan reformis sejauh beberapa km, dia menyuruh anaknya menanggalkan stiker tersebut. Kalau tidak, merah telinga le nak menahan...

Lebih kurang pukul 6, jalan masuk ke KESAS telah di tutup dan kenderaan pengguna sudah berkurangan. Ini membolehkan kami memandu ke arah Jalan Kebun sebelum jalan menjadi sesak semula...kebanyakannya kenderaan para penyokong BA.

Kami memandu keluar melalui exit Kota Kemuning dan berhenti di atas flyover yang merentasi atas h'way. Jelas nampak kenderaan reformis yang masih memenuhi lebuhraya, dan juga jalan-jalan kecil melalui kebun kelapa sawit yang juga berderetan dengan kereta reformis. Ada yang meredah hutan kelapa sawit untuk join para penyokong di h'way. Tidak lama kemudian saya nampak sekumpulan penyokong berarak dari arah tol...di barisan hadapan ialah saudara Mahfuz. Saya kurang pasti jika ada para pemimpin lain. Yang jelas, sorakan 'Reformasi' dan takbir mula bergema. Apabila perarakan ni melintasi bawah flyover tersebut, saya dan kawa-kawan terus ke kereta untuk join sekali. Ini adalah penutup kepada perhimpunan 'Kembalikan Hak Rakyat' untuk kami, tapi dengar cerita, sampai pukul 8 malam pun still jem lagi. Tak dapat stadium, padang pun tak bagi, highway pun boleh...

*si Baik Toyo tu mesti pening punya sekarang ni...




Penulis: Kelawar de Bat [avatar7@email.com]

B2: Rakyat nak ke KEBUN pun di halang

Inilah dia bukan Malaysia Boleh tetapi Mahathir Boleh, nak ke Kebun pun di halang.

Sudahlah dihalangdan disekat, disembur, ditembak dengan pemedih mata, badan dan tekak pula. Tak cukup tu, dibalun ditangkap pula.

Mata ini pedih lagi , tekak dan dada ini rasa pedih dan terbakar lagi, Namun . . . . INILAH DIA REFORMASI !!!

Syabash kepada semua yang turut serta semalam,

Yang kena sembur atau tak kena

Yang pedih mata dan sakit tekak dan dada

Yang bermotor tak dapat berlindung

Yang masuk kekereta kepanasan sebab semua cermin perlu dinaikan

Yang jauh berbatu-batu di belakang konvoi dalam kesesakan, mengharap maklum balas dari telepon bimbit kekawan yang didepan.

Namun semua terus bersemangat subur,

Sampai waktu, perintah Allah tetap dilaksanakan, walau terpaksa hanya ditepi jalan.

Kerana pihak yang mengikut arahan Mahathir enggan memberi laluan.

Syabas semua kekawan, syabas !!!

Sebenarnya setiap semburan dan setiap letupan gas pemedih yang diletupkan, sebenarnya semankin menaikkan lagi semangat kita semua.

Dalam kepedihan mata dan sakit tekak dan dada, laungan REFORMASI dan TAKBIR terus kedengaran.

Dengan halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang mengikut telunjuk Mahathir semalam, menghalang kemaraan rakyat untuk ke KEBUN, pihak polis sebenarnya telah membantu meyemarakkan lagi dan telah menambah semangat dan kekuatan seluroh rakyat untuk terus BERREFORMASI dan menentang Mahathir.

Sekarang sudah sampai ketika . . . Pimpinan BA sebut sahaja keMana , rakyat akan pergi !!!

Takbir !
Rreformasi !

-=-=-=-=-




Penulis: Kelawar de Bat [avatar7@email.com]

B3: [alternatif-net] Rakyat nak ke KEBUN....resend (additional)

Saya agak lewat menuju ke tempat reformasi semalam sebab terpaksa menunggu kawan yang terpaksa pergi kenduri saudaranya dulu. Pukul 3ptg baru sampai area Proton. Jalan naik ke KESAS h'way semua dah kena blok. Kami terpaksa memnadu terus ke arah USJ sebelum buat U-turn dan berkumpul dengan para reformis di tepi jalan depan pejabat EON tu. Masa tu dah nampak di atas flyover h'way tu, semua kenderaan tak bergerak, dan bendera-bendera BA berkibaran. Kami terus berjalan kaki naik ke atas highway. Sampai dia atas, tengok sepanjang-sepanjang highway penuh sesak.



Kereta-kereta penyokong reformasi berderetan di tepi highway. Kenderaan lain sedang bergerak dengan sangat perlahan dilorong tengah. Laluan dari arah Klang boleh dikatakan kosong. Reformis pula berada di merata-rata diatas highway. Lebih kurang pukul 4, kami dengar khabar jalan naik ke h'way telah dibuka. Kami pun bergegas turun naik memandu naik ke KESAS h'way untuk join penyokong reformasi yang lain.

TV3/4 kata perhimpunan semalam tak mendapat sambutan, sambil menyiarkan view kawasan yang sudah dikepung polis. Dia orang tak tunjuk siapa pula yang mengepung polis semalam. Siapa yang dia nak kelentong pun tak tahu le. Pengguna lebuhraya KESAS boleh nampak betapa ramai reformis yang berkumpul di luar blockade polis. Dah le tu, ada diantara penyokong-penyokong yang saya temui, ada yang datang jauh dari P.Pinang dan Ipoh. Ada penyokong berbangsa Cina yang datang dari Banting. Dah le tu, saya nampak ada satu bas penyokong dari Perak, dan satu lagi dari Negeri Sembilan. Bila dia orang ni balik ketempat masing- masing, pecah la tembelang berita rekaan TV3/4 tu. Jumlahnya, kalau dilihat dari bilangan kenderaan yang berkumpul atas h'way, katakan 3-4 orang satu kereta, rasanya dah lebih dari 100,000. Itu tak campur group-group lain yang berkumpul dijalan-jalan lain untuk masuk ke Jalan Kebun.

Masa tengah berkumpul tu, ada sebuah kereta penyokong UMNO dengan stiker 'DULU, KINI DAN SELAMANYA....' sedang bergerak dengan perlahan meredah kawasan penyokong reformasi. Nasib dia kurang baik...kena perli gila-gila (kelakar..utk kita ler). Akhirnya, mungkin kerana memikirkan terpaksa melalui kawasan reformis sejauh beberapa km, dia menyuruh anaknya menanggalkan stiker tersebut. Kalau tidak, merah telinga le nak menahan...

Lebih kurang pukul 6, jalan masuk ke KESAS telah di tutup dan kenderaan pengguna sudah berkurangan. Ini membolehkan kami memandu ke arah Jalan Kebun sebelum jalan menjadi sesak semula...kebanyakannya kenderaan para penyokong BA. Kami memandu keluar melalui exit Kota Kemuning dan berhenti di atas flyover yang merentasi atas h'way. Jelas nampak kenderaan reformis yang masih memenuhi lebuhraya, dan juga jalan-jalan kecil melalui kebun kelapa sawit yang juga berderetan dengan kereta reformis. Ada yang meredah hutan kelapa sawit untuk join para penyokong di h'way. Tidak lama kemudian saya nampak sekumpulan penyokong berarak dari arah tol...di barisan hadapan ialah saudara Mahfuz. Saya kurang pasti jika ada para pemimpin lain. Yang jelas, sorakan 'Reformasi' dan takbir mula bergema. Apabila perarakan ni melintasi bawah flyover tersebut, saya dan kawa-kawan terus ke kereta untuk join sekali. Ini adalah penutup kepada perhimpunan 'Kembalikan Suara Rakyat'. Tak dapat stadium, padang pun tak bagi, highway pun boleh...




Penulis: Azahari

[naqib-net] Di antara realiti dan lakonan - media pemerintah

Oh! hanya 1,000 orang yang berhimpun.Oh ! perhimpunan 100,000 rakyat gagal.

Puluhan ribu mata menjadi saksi.
Deretan berbelas Kilometer kenderaan menjadi bukti. Sekatan-sekatan jalan raya di sana sini menjadi rujukan.

Orang ramai melihat sendiri 80 % kenderaan yang lalu lalang menyokong padu.

Biarlah musuh kebenaran tertipu dengan khayalan mereka yang palsu. Yang pasti,putik kesedaran rakyat jelata terus bertunas.

Biarlah musuh Allah swt terus alpa dengan ke egoan mereka. Keangkuhan hati mereka itu lah akhirnya akan memerangkap mereka. Sebab nya.. mereka menolak kebenaran hakiki. Mereka hanya berkokok dengan kepalsuan. Biarkan mereka begitu.
Kelak janji Allah s.w.t pasti menimpa orang-orang yang zalim.

Bagi para pejuang kebenaran, hiduplah di atas realiti. Hiduplah dengan ilmu Islam dan amal perbuatan. Jagalah niat supaya sentiasa ikhlas hanya kepada Allah s.w.t. Allah bersama orang yang sabar. Amin.

Wassalaam

Sekian.

Azahari




Penulis: Azahari

[naqib-net] Berita - berita perhimpunan 100,000 rakyat

Assalaamualaikum,

DERITA RAKYAT

Rakyat yang tidak berdosa dibelasah,disembur dengan air beracun dan ditembak gas pemedih mata tanpa diberi peluang yang sewajarnya untuk bersurai. Rakyat yang hanya mahu berkumpul dan menyatakan hak dan tuntutan mereka diserang tanpa belas kasihan. Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali dari dikasari.

Kenderaan awam dibocorkan tayar,dipecahkan lampu, dikemekkan badan,cermin dipecahkan, dirempuh trak dan dibaling ketepi sehingga patah tayar oleh agen-agen upahan pemerintah yang zalim.

Orang awam ditahan dengan sewenang-wenang nya seperti hanya mahu melepaskan dendam kesumat .

Namun demikian rakyat akan terus berjuang dan dengan pertolongan Allah swt ,kemenangan pasti datang.

Rahmat Allah swt boleh dirasai sedikit sebanyak. Bagus juga perhimpunan tersekat di atas lebuh raya dan tidak di jalan kebun.Kalau tidak ramai lagi yang dikepung dan dikasari.Bagus juga di atas jalan raya,deretan kenderaan menjadi perisai dari kekasaran bersangatan FRU. Bagus juga di atas lebuh raya,orang awam yang berkecuali dapat melihat sendiri santunan rakyat yang dahagakan keadilan Islam,dan dapat menyaksikan sendiri kezaliman orang upahan pemerintah yang sudah terkenal seantero dunia dengan kemahazalimannya. Hujan yang pada mulanya lebat, berhenti dan menyejukkan cuaca.

Wassalaam.

Azahari