Laman Webantu KM2A1: 3147 File Size: 10.2 Kb * |
Jalan Kebun: Satu Kisah Detik-Detik Hak Rakyat DiSerang By Kapal Berita 6/11/2000 9:27 pm Mon |
Sumber: alternatif-net egroups From: Abdul Razak Adham Perhimpunan Kembalikan Hak Rakyat 5/11/2000
Our family weekend outing bermula di masjid negeri shah alam. Ini
setelah mendapat message dari kawan-kawan bahawa semua jalan ke jalan
kebun telah ditutup. pada malam nya (hari sabtu, malam ahad) kami
membuat lawatan ketapak perhimpunan. tapi tiada apa-apa yang menarik.
cuma terdapat beberapa sepanduk basi yang mungkin dibuat oleh kuli-kuli
umno yang tidak berotak langsung serta trak setan dan dua road block
yang dibuat. antara isi kandungan banyak berkisar hal pengkhianat.
Porah!!!! kami terpaksa ke taman sri andalas untuk mendengar "taklimat"
dari raja komando dan rakan-rakan beliau.
Diberitakan kira-kira pukul 1:30 ptg sudah ramai pencinta-pencinta
keadilan dan keamanan berkumpul di tempat R&R di awan besar di lebuhraya
kesas. kami berada di masjid negeri shah alam kira-kira selama setengah
jam. lebih kurang pukul 2 petang mereka yang berkumpul disana mula
bergerak secara konvoi keluar. sebenarnya saya sendiri ketika itu tak
tahu kemana arah yang ingin dituju. asalnya perjalanan diketuai oleh
mereka yang bermotosikal besar. tapi pada masa yang sama, hujan
renyai-renyai sudah mula turun. jadi mereka ni berhenti separuh jalan
dan ianya diketuai pula oleh kereta. kami semua bergerak melepasi tapak
ekspo shah alam, daihatsu, bulatan menuju ke arah kilang proton dan
seterusnya masuk ke lebuhraya kesas. Tiba di lebuhraya, hujan bertambah lebat (memang lebat betul). kereta
terus bergerak pelahan dalam konvoi. sampai disatu persimpangan kami
berhenti seketika untuk menunggu arahan seterusnya. ada jalan menghala
ke awan besar dan ada ke pelabuhan. kami akhirnya berkonvoi menghala ke
pelabuhan. Which is jalan lebuhraya ke tempat perhimpunan asal.
Perjalanan kami tidak dapat diteruskan kerana sudah ada perhimpunan yang
dianggotai oleh pihak FRU (baca disini sebagai setan mahathir). setan
mahathir sudah pun menawan tempat tol yang menghala ke pelabuhan. semua
kenderaan yang ingin kepelabuhan terpaksa berpatah balik. tapi akhirnya
mereka ini terpaksa juga tersekat dalam kesesakan jalan raya. termasuk
jugak lori ayam. nasib baik ayamnya tak ada. kalau tidak terpaksalah
disembelih kat situ jugak. Pada masa kami tiba berhampiran tol plaza tersebut, hujan sudah
berhenti. cuaca begitu selesa sekali. mungkin rahmat dari ALLAH kerana
niat suci kita semua disana. kami memenuhi semua lorong lebuhraya
kecuali lorong yang paling luar (buat ketika ini dulu) untuk memberi
jalan kepada lalulintas yang ingin pergi entah kemana, sebab kena buat
U-turn semula. kereta yang tiba makin lama makin banyak. Radio malaysia
selangor hanya melaporkan bahawa terdapat kesesakkan lalulintas dan cuba
elakkan jalan tersebut. tak beritahupun kenapa. pada lebihkurang pukul
3:15 lalulintas sudah tak boleh pergi kemana-mana lagi. kedepan ada
setan-setan mahathir. kebelakang memang tak boleh. ketika ini, semua
lorong lebuhraya dikedua-dua hala sudah dipenuhi dengan kereta, bas dan
lori (termasuk lori ayam- wow bau dia ni memang power betul). para
reformis mula bergerak berjalan kaki kedepan. meninggalkan kereta
masing-masing. Pada lebihkurang pukul 3:30 ptg, sisetan mahathir mula menunjukkan
tanduk-tanduk mereka. gas pemedih mata sudah dilepaskan. reformis
berteraburan lari. setan mahathir ini lebih teruk dari setan ISRAEL.
sekurang-kurangnya di ISRAEL mereka berdepan dengan mereka yang
membaling batu dan sebagainya. tapi pada hari ini para reformis tiada
apa yang dibalingkan. mereka berhadapan dengan setan mahathir
berbekalkan semangat, kebenaran dan perjuangan yang suci. ALLAHUAKBAR!!!
pihak setan mahathir sungguh kejam dan penuh peri kebinatangan.
Ada seorang hamba ALLAH ini berada dalam kereta proton perdana telah
dipaksa dan diheret keluar. kereta beliau telah dirosakkan oleh
puak-puak setan mahathir ini. tiada sorang reformis pun sepanjang
pengamatan saya yang merosakkan harta benda. semua nya dirosakkan oleh
sisetan mahathir ini. mereka seolah-olah bukan manusia lagi. setan-setan
ini bertindak seperti mereka yang kehilangan akal dan gila. selayaknya
mereka inilah bergelar setan yang bertopengkan manusia sahaja.
Seorang hamba ALLAH lagi (badan memang kurus-maaf) telah dibelasah oleh
6 setan mahathir. ada yang menyepak, memukul dengan cota dan belantan
serta mengoyakkan baju kuning beliau. saya tak pasti samada beliau ini
akhirnya pengsan ataupun tidak, sebab jelas selepas itu beliau
seolah-olah tidak bermaya langsung. diheret begitu sahaja oleh setan
mahathir. Dalam masa yang sama kami dapat melihat beberapa setan mahathir ini
termuntah-muntah dan keluar ledir putih yang banyak dari hidung mereka.
mereka tewas dengan gas yang mereka lepaskan sendiri. ada satu can gas
itu betul-betul jatuh ditengah-tengah kelompok mereka sendiri.
ALLAHUAKBAR!!!. Selepas beberapa ketika setan-setan mahathir ini menyerang, menghentam
dan melakukan segala macam kemusnahan pada kereta-kereta reformis,
mereka dipanggil untuk berpatah balik. kami dapat lihat, setan-setan
yang agak terjauh dari kelompok, memecut lari 100m untuk balik semula
kekandang mereka. takut jugak mereka ini. selepas setan-setan berundur,
para reformis mula berkumpul semula. pada ketika ini, kereta-kereta
disaran kehadapan rapat-rapat supaya trak air tak dapat mara kedepan
lagi. strategi baru diatur semula. Masuk waktu asar, para reformis membuat jemaah bersembahyang diatas
jalanraya. kami sama-sama berdoa untuk sejahteraan semua dan supaya
tiada insiden yang tidak diingini berlaku. niat kami baik dan suci.
nasib baik ada sumber air bersih berhampiran dengan lebuhraya tersebut.
keadaan agak tenang untuk seketika waktu, walaupun rasa kemarahan pada
setan-setan mahathir serta bapak setan itu sendiri begitu meluap-luap.
kira-kira pukul lima lebih sikit, ada lagi gas yang dilepaskan dan
begitu jugak penyerbuaan. kami rasakan dari atas. mungkin dari
helikopter yang berlegar tu. tak pasti. apa yang dapat kami lihat lagi
ialah satu lagi kebinatangan setan-setan mahathir. kali ni terhadap
penumpang kereta iswara merah (plate no. TQ ****). cermin hadapan pecah
diremuk oleh setan-setan mahathir dan penumpang dihadapan diheret keluar
dengan cara yang penuh kebinatangan. Laknat kau mahathir!!!!.
keadaan yang kelam kabut serta serang setan kali kedua ini tidak
mengendurkan semangat para reformis langsung.
Pada ketika yang sama, kami mendapat info bahwa para pemimpin BA yang
tersekat dalam lalulintas dari R&R awan besar akan mara kehadapan untuk
cuba berbincang dengan mereka yang berkenaan. tapi kita semua tahu,
setan mana boleh dibawa berbincang. akhirnya para pemimpin utama BA
berjalan kaki, dan menyampaikan ucapan ringkas masing-masing berhampiran
dengan jambatan. pada satu ketika, keadaan menjadi kelam kabut dikala
diberitakan bahawa saudara ezam akan berucap. kami tidak dapat
memastikan apa yang sebenarnya berlaku pada masa ini. sejurus selepas
itu, setan-setan mahathir melepaskan tembakan gas kearah mereka yang
berkumpul. kami dapat melihat, ustaz fadzil terpaksa digegas keluar.
roslan kassim cepat-cepat dibawa lari. kami hanya dapat melihat sedikit
kelibat dr. syed husin. keadaan begitu kelam-kabut untuk berlindung dari
gas pemedih tersebut. dalam serangan setan mahathir kali ketiga ini,
hari sudah agak petang. setelah suasana agak tenang, para reformis
bekumpul dan masing-masin bersetuju bahawa matlamat untuk menyampai
message kepada dunia telah dapat kita sampaikan.
Perhimpunan kali ini, kami jangkakan sudah melebihi 150,000 orang. Ini
tidak mengambil kira mereka yang tersekat dijalan biasa sebelah dalam
untuk ke taman sri andalas dan bukit kemuning. perhimpunan ini sudah
mencapai kejayaannya. jutaan TAHNIAH kepada pihak penganjur serta
REFORMIS yang berjiwa waja dan kental semangatnya.
Sekali lagi kami berkonvoi untuk pulang. kami disambut dan menyambut
pejuang-pejuang bangsa yang tidak dapat mara kehadapan kerana
kesesakkan. mereka begitu bersemangat sekali. ada beberapa bas
(rombongan?) yang diletakkan ditepi jalan dengan pejuang-pejuang yang
begitu handal sekali. RE-FOR-MA-SI. perhimpunan kali ini kami rasakan
benar-benar diluar jangkaan. lautan manusia dan kenderaan begitu hebat
sekali. Dunia sudah mengenali dan mengetahui bagaimana suasana dan perjalanan
demokrasi di malaysia ini. para reformis bukannya pengkhianat dan
penghancur demokrasi di malaysia. para reformis bukannya yang membelasah
anak bangsa sendiri. para reformis bukannya mereka yang merosakkan harta
benda anak bangsa sendiri. kepada semua setan-setan mahathir yang ada
disana, kami ingin berpesan, selagi kami masih ada dimuka bumi ini,
tidak akan kami HALALKAN segala hasil pekerjaan kamu selagi kamu tidak
bertaubat nasuha. Jangan beri kami alasan bahawa kamu hanya menurut
perintah. kalau kamu betul-betul manusia yang bermaruah, kamu berhenti
saja dari apa yang kamu buat sekarang ini. sesungguhnya maruah kamu
ketika ini begitu MURAH dapat dibeli oleh bapak setan mahathir itu
sendiri. tak pernahkah kamu berfikir apa akan terjadi pada darah
keturunan kamu nanti. ingat!! balasan dari ALLAH tak kan ada kuasa setan
mahathir itu mampu menahanya. sesungguhnya kamu mengundang balasan
LAKNAT dari ALLAH. doa kami yang dizalimi dan dianiaya ini lebih hampir
kepada ALLAH. sama-sama kita doakan semoga setan-setan mahathir ini
terbuka hati mereka untuk bertaubat nasuha. sesungguhnya taubat itu
mesti diiringi dengan hati dan meninggalkan perbuatan tersebut. tidak
cukup dengan hanya menyatakan kamu terpaksa melakukannya. ketua kamu
yang berpaku-paku itu tidak akan dapat menjamin kamu serta mendokong
dosa kamu pada ketika kamu berhadapan dengan ALLAH. Anak bangsa kamu
juga ada hak mereka sendiri. Jangan kamu CENDERONG hati pada kezaliman
yang ada. Wassalam
|