Laman Webantu KM2A1: 3142 File Size: 4.0 Kb * |
Jalan Kebun: Lebih 100,000 & 168 tertangkap By Kapal Berita 6/11/2000 11:05 am Mon |
Berikut sedikit berita mutakhir yang diadun dengan
sedikit lapuran jam 10pm dari Taman Melewar
1- Lebih 100,000 rakyat mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.
Lebuhraya Kesas sesak disemua laluan sepanjang kira2 10 km. Ada
yang bersolat di atas jalanraya. Menurut DSWA, 168 reformis ditangkap, termasuk seorang YB PAS.
Enam orang diketuk oleh polis anjing sehingga berdarah dikepala.
Ramai yang dipukul lagi walaupun sudah berada di depan pintu trak
yang sudah ternganga. Mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok.
2- Polislah sebenarnya yang menunjuk perasaan dan melakukan huru-hara.
Kenyataan DSWA disokong oleh Ustaz Fadhil Nor. Seperti yang kita maklum
semua laluan ke Jalan Kebun telah disekat. Malah ia bermula sejak malam
lagi, di mana beberapa orang yang tidak dikenali masuk kemarkas PAS
untuk solat dan tidur. Kemudian mereka menguasai markas tersebut.
3- Pihak polis telah terpedaya dengan kebijaksaan penganjur. Ramai yang
datang berjalan kaki lebih 3 km untuk berkumpul di satu tempat di mana
ceramah diadakan. Tetapi polis nampaknya kurang senang, Mereka mungkin
"naik berang" kerana merasa "tertipu" dan ter'jam'. Mereka juga kesal
kerana ceramah tidak dapat digagalkan sebagaimana arahan sulit. (-spy)
Besar kemungkinan ada orang besar marah (siapa lagi ye?) kerana polis
kurang cekap kali ini dan telah di 'outsmart' oleh penganjur perhimpunan.
4- Pihak BA memohon polis agar membenarkan perhimpunan itu namun mereka
nampaknya tidak mahu mengalah. Akhirnya pemimpin BA dan reformis bersurai.
KETIKA INI-lah polis tiba-tiba mengganas dan menjadi liar. Ada kereta yang
dipecahkan cermin oleh polis. Dengar cerita ada siput babi dipukul
oleh pejuang kerana sebab yang tidak perlu dinyatakan lagi. Helikopter
polis pula menembak gas dari atas. Maka bertempiaranlah lari semua. Anak Syed Husin Ali hilang tetapi ditemui kembali 3 km dari bapanya. DSWA yang
masih cedera kaki dan beroda itu diusung oleh ramai pejuang ketempat
yang selamat. Begitu juga pemimpin2 BA yang lain, semuanya terselamat - cuma
seorang YB PAS sahaja ditahan. 5- Ada satu akhbar cina yang melapurkan kejadian ini esok. Oleh itu
cubalah tengok2, mungkin ada gambar menarik di sana. Seorang pemberita
malaysiakini dirampas kamera digitalnya lalu dibuang filem disc oleh polis.
Ini berlaku ketika beliau merakamkan polis sedang memusnahkan cermin
dan "mengunyah" sebuah kereta. 6- Lapuran tv3 dan yag sewaktu dengannya nyata bohong dan dusta. Tidak mungkin
dua tiga orang ke sana tetapi berpuloh yang masuk trak berpuaka. Sekaligus
Ust Fadhil Nor menyifatkan tembelang tv pecah juga. Mahathir dijangka tidak
nyenyak tidur malam ini kerana dia sendiri tidak percaya berita tv. Pada
masa berita ini ditulis Mahathir sudah diberi lapuran (spy).
7- Kesimpulannya perhimpunan kali ini amat berjaya. Yang disangka padam
rupanya tetap dan masih menyala. Pelbagai kaum dan bangsa dari kecil
hinggalah tua memenuhi jalanraya. Mereka berjalan lebih 5 km dari pelbagai
arah itu berjaya juga untuk bertemu dan dapat mendengar ceramah juga akhirnya.
8- Pihak polis nampaknyat tidak bersifat adil dan professional. Mereka
meminta geran tanah pula sedangkan itu tidak perlu kerana ia memang
tanah persendirian. 8- Kapal Berita mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana memikirkan
pelbagai suasana dalam program yang tak seberapa ini dan ternyata ia
berjaya serta mendapat sambutan hebat yang tidak terduga. Inilah satu hak
bersuara yang cuba dipadamkan oleh diktator malaysia kerana dia bimbang
kejatuhannya. Sikap polis hari ini jelas menunjukkan mereka semua adalah
alat seekor maharaja - itu sahaja. Merekalah pengkhianat negara dan
pencetus huru hara. Tanpa mereka Mahathir sudah lama masuk penjara.
|