Laman Webantu KM2A1: 3135 File Size: 21.1 Kb * |
TJ MGG: Wang Rompakan Ataupun Wang Ehsan By Marhain Tua 5/11/2000 9:59 am Sun |
MGG114 WANG ROMPAKAN ATAUPUN WANG EHSAN
(MGG: Trengganu Royalty Dispute: 'Wang Rompakan' Not 'Wang Ehsan'.
Rais Yatim, menteri yang menjaga hal ehwal perundangan negara, bertegas
bahawa selepas 25 tahun, Terengganu tidak berhak kepada royalti itu kerana
perjanjian di antara Petronas dan Terengganu sudah tidak laku lagi.
Mengikutnya, royalti adalah untuk petroleum dan gas yang digerudi dalam
kawasan yang jaraknya adalah tiga batu daripada pantai dan bukannya untuk
kawasan yang lebih jauh di samudera. Dia tidak pula memberikan penjelasan
bagaimanakah kerajaan pusat boleh membuat tafsiran ini selepas barisan
nasional dihenyak malu dalam pemilu 1999 dulu. Rais mahukan kita semua
percaya apa yang pelajar undang-undang tahun dua pun sedar perkara ini
sesuatu yang salah. Bagaimanakah pihak ketiga boleh memansuhkan perjanjian
ini? (Bukankah pelik, Kuala Lumpur yang tidak pernah mengarahkan Petronas
bertindak memansuhkan perjanjian itu bertindak pula dengan pihak lain dalam
perjanjian itu, yakni Terengganu). Rais berkata, Kuala Lumpur tidak perlu berbincang ataupun berunding dengan
Terengganu. Terengganu harus mencabar "keputusan rasmi dan muktamad" itu di
mahkamah. Bukankah mahkamah Malaysia itu terkenal dengan kebebasannya dan
berkemungkinan menolak sahaja cabaran Terengganu itu? Dengan lain
perkataan, Barisan Nasional dan juga UMNO mahukan satu struktur kerajaan
persekutuan di mana kerajaan pusat menguasai kerajaan negeri dalam bidang
politik dan pengabdian keperluan kewangan. Kuala Lumpur memang tidak
menyenangi mana-mana kerajaan negeri yang mampu menyanggahnya seperti
Terengganu. Kerana itu kerajaan PAS di Terengganu mesti dimusnahkan. Yang
lebih menakutkan Kuala Lumpur ialah kalau harga minyak semakin naik secara
mendadak yang memungkinkan royalti kepada Terengganu itu berlipat-ganda
sementara pengaruh UMNO di negara itu semakin menjunam.
Tetapi Terengganu bernasib baik kerana ada bekas ketua hakim negara di
sebelahnya. Tun Salleh Abas yang kini merupakan ahli exco dewan undangan
Terengganu merupakan insan yang bertanggungjawab merangka draf Akta
Pembangunan Petroleum 1974. Walaupun dia tidak bertanggungjawab merangka
Akta Persisiran Pantai 1966 penjelasan beliau mengenai semua itu masih tidak
berjawab. Seroang lagi insan yang boleh memberikan penjelasannya ialah
Ketua Pengarah Petronas satu ketika dulu, Tengku Razaleih Hamzah. Tetapi,
dia enggan berbuat demikian dan cuma bersuara mengatakan Terengganu
seharusnya tidak dibayar royalti itu lagi. Alangkah anihnya perkara ini.
Selama enam tahun beliau menjadi menteri kewangan dan ditambah lima tahun
lagi sebagai ahli kabinet, dia tidak pernah mengemukakan soalan ini.
Terengganu telah pun menyiarkan perjanjian royalti itu. Tidak ada pun
disebut bahawa perjanjian itu hanya menyangkuti petroleum dan gas yang
digerundi dalam jarak tiga batu daripada persisiran pantai. Kalau itulah
tujuannya tentu sekali ada disebut perkara itu dalam perjanjian tersebut.
Kalau pun perkara itu dimasukkan, tentu sekali menteri besar ketika itu yang
merupakan orang UMNO tidak akan menandatangani perjanjian tersebut.
Terengganu dan Kelantan, seperti juga Kedah dan Perlis merupakan wilayah
Siam sehinggalah 1931 apabila diberikan kepada Britain. Satu ketika dulu
dua negeri itu (Kelantan dan Terengganu) telah menyerlahkan
ketidak-senangan mereka terhadap Bangkok dengan memberikan tumpuan kepada
Islam. Kini sikap itu dihalakan kepada Kuala Lumpur pula. Sikap Terengganu
terhadap Kuala Lumpur semakin menebal sehingga menyisihkan ideologi parti.
Dalam hal ini UMNO pun turut sama menyokong PAS.
Kuala Lumpur, jadinya sudah menjolok sarang tebuan (yang berisi, semestinya
- penterjemah). Dato Rais sudah pun memperakukan adanya satu perjanjian.
Tetapi dia telah menafikan adanya persamaan mengikut perlembagaan di antara
negeri dan kerajaan persekutuan. Kerana itu Sarawak dan Sabah diberikan apa
yang dinafikan kepada Terengganu. Tun Salleh telah memberitahu kita
bagaimana kedua negeri itu pernah mengugut untuk menarik diri daripada
gagasan persekutuan kalau mereka dinafikan hak royalti petroleum dan gas
dalam jarak lingkup 200 batu yang dikira Zon Ekonomik Eksklusif itu.
Mereka bertegas kerajaan negeri yang sepatutnya meraih kemudahan daripada
aktibiti ekonomi dalam kawasan 197 batu itu dan bukannya kerajaan pusat.
Kawasan sempadan itu telah diubahsuai untuk faedah kerajaan negeri dan
bukannya kerajaan pusat. Inilah bom jangka yang akan menggugat perbalahan
perlembagaan di masa hadapan. Kuala Lumpur mengalah ketika itu dan diam membisu untuk 25 tahun. Kini
masalah itu dicetuskan semula sebagai bahan politik dan bukannya bahan
perlembagaan ataupun perbalahan undang-undang. Ia dicetuskan kerana sebuah
parti pembangkang menubuhkan pentadbiran kerajaan di Terengganu. Inilah
yang mencetuskan perbincangan di merata tempat. Kalau Terengganu dinafikan
royalti, kenapa pula ia diberikan wang ehsan yang dinafikan kepada negeri
yang lain? Inilah yang memperakukan adanya satu perjanjian yang sah di
antara Petronas dan Terengganu yang mahu dibatalkan oleh Kuala Lumpur.
Tetapi, kalau Terengganu dinafikan wang royalti itu, ia sepatutnya tidak
berhak kepada apa-apa lagi. Kuala Lumpur tidak boleh membuat keputusan
memberikan sumbangan pula dan mengagehkannya mengikut seleranya.
Ketika Tun Salleh masih menjadi ketua hakim negara dan diperlekehkan untuk
disingkir oleh kerajaan, satu syarikat daripada Taiwan yang melabur di Klang
tiba-tiba bertindak menarik diri. Tuanpunya syarikat di Taipei telah berkata
kalau seorang ketua hakim negara tidak boleh diberikan keadilan di
mahkamahnya sendiri, apakah peluang yang ada kepada syarikat luar
seandainya tercetus perbalahan dengan rakan tempatannya. Syarikat asing
memang amat liat membuat perjanjian dengan syarikat negara ini di mana
kerajaan mempunyai sebahagian sahamnya. Masalah kewangan MAS boleh terus
melonjak kerana kerajaan memegang saham emas yang bersamaan dengan 51
persen saham yang ada. Senarai semacam itu memang panjang. Apa yang
dilakukan oleh Kuala Lumpur memang mencetusakan lebih banyak masalah
kepada pelaburan luar jika dibandingkan dengan apa juga bentuk kempen yang
telah dilakukan oleh penyokong Anwar Ibrahim.
Kuala Lumpur telah mencemarkan kesucian hubungan baik kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri dan mencetuskan satu risiko dengan membuat terjemahan kepada
perkataan royalti itu. 'Wang Ehsan' bererti pemberian yang dilakukan
berdasarkan kasihan dan kasih sayang, tentunya ini memberikan satu cetusan
rasa yang sungguh mengaibkan. Inilah yang menggugat struktur persekutuan itu
dalam perlembagaan Malaysia. Kalau perkara ini tidak dibincangkan dalam
parlimen yang sedang bersidang itu, seperti yang memang dijangkakan,
perkara ini akan menjadi tarikan pihak negeri pula untuk memikirkan peranan
mereka dalam persekutuan itu. Apa juga kemusykilan kerajaan pusat, ia telah merampas hak politik
Terengganu dan memberi iktibar yang mendalam kesannya. Ia tidak lagi dapat
ditakrifkan sebagai "wang ehsan". "Wang rompakan" mungkin lebih bersesuaian
lagi. Kuala Lumpur tidak boleh mengagehkan sesuatu yang bukan haknya. Ia
akan hanya mencaapai kejayaan kalau Terengganu mencabarnya di mahkamah.
Inilah perkara yang tidak akan dilakukan oleh Terengganu. Terengganu pula
lebih selesa mencari ruang lain seperti membangkitkan hal itu kepada
pengetahuan Majlis Raja-raja yang merupakan satu forum kerajaan yang
disertai oleh kedua pihak. Mungkin penyelesaian dapat dicapai cara itu. Kuala
Lumpur sengaja mahu menjerat Terengganu ke dalam paya lumpur sambil
menutupkan matanya. Kerana itu Terengganu terpaksa berwaspada. Kerana itu
juga PAS berjaya menonjolkan diri di arena politik. Tinggallah UMNO
terkulat-kulat di mana ia berada dan tidak semestinya di Terengganu
sahaja. -MGG Pillai- Rencana Asal: Trengganu Royalty Dispute: "Wang Rompakan" Not "Wang Ehsan"
THE PRIME MINISTER nibbles at straws to deny Trengganu royalty for
Petroleum off its shores. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi, goes in for the kill: The RM432 million in royalties paid
in February is the only cash due it would ever get; the second, for RM480
million, due October, is denied. Kuala Lumpur would decide from now on
how a sum equal to royalties due is disbursed, not as royalties but as
"wang ehsan" (solatium payments). The state should not question how its
monies are spent on its behalf. Why so is clear: to rebuild its
collapsed power base at the state's expense. Kuala Lumpur insists
Trenddanu is denied her due, offers charity instead.
The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, insists, 25 years after
the fact, Trengganu is disallowed this royalty, since Petronas' agreements
with Trengganu is "null and void", indeed void ab initio. Royalties are
only for petroleum and gas within three miles off its coast, not for
discoveries further afield. He explains not why the federal government
discovers this only after the National Front is humiliated in the 1999
general elections. He wants us to believe what a second-year law student
knows is wrong, that an uninvolved third party can vitiate a contract.
(Curiously, Kuala Lumpur does not order its wholly-owned subsidiary,
Petronas, to nullify the pact, but acts against the other party,
Trengganu, instead!) Kuala Lumpur therefore need not discuss or negotiate with Trengganu,
says Dato' Rais. Trengganu should challenge this "official and final"
decision in the courts if she she disagrees. The courts after all is so
fearlessly and awesomely independent that it would eventually dismiss the
Trengganu complaint. In other words, the National Front's, and UMNO's,
wants a federal structure in which the centre dominates and the states
perpetually in political and fiscal servitude. Kuala Lumpur looks askance
at any state against the trend, as Trengganu does. So, it must be
destroyed. What frightened Kuala Lumpur is the sudden rise in oil prices
worldwide which doubled royalties to Trengganu just as UMNO is neutralised
there. Politics, not law, threatens Malaysian federalism. Trengganu, in
Kuala Lumpur's view, must under no circumstance get that money, and taunts
her to challenge this in the courts. That way, UMNO reasons, PAS could
not discuss it in public since it becomes sub judice and contempt of court
if it did. PAS officials in Kuala Lumpur tell me they rule out the courts
to raise it politically in its ceremahs from now on.
Its strongest card is the former Lord President, Tun Saleh Abas, now
a Trengganu state executive councillor, in its ranks: he drafted the
Petroleum Development Act of 1974, though not the Continental Shelf Act of
1966, his explanations why and how unchallenged. Another who could shed
light is the then managing director of Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah,
but he choses not to to insist Trengganu should be denied its
royalties. It is strange, though, that in the six years he held the
finance portfolio and in the further five in the cabinet, he did not raise
this. Trengganu has since published the royalty agreements; no mention is
made if it applies only to petroleum and gas in her territory within three
miles off the coast. If that had been the intention, it would have been
mentioned in it. But then, had it been, even the UMNO mentri besar of
Trengganu would not have signed it. Trengganu and Kelantan, like Kedah
and Perlis, were Siamese provinces until 1903 when they were ceded to
Britain. At once time, the two states showed their displeasure of distant
Bangkok by revelling in their Islam; today that displeasure is towards
Kuala Lumpur. That strengthens Trengganu's resolve in this dispute,
cutting across party lines. In a clash with Kuala Lumpur, even UMNO in
the state would rather back PAS. Kuala Lumpur therefore opens a hornet's nest. Dato' Rais confirms an
agreement exists. He denies the constitutional equality of states in the
federation, since Sarawak and Sabah is allowed what Trengganu is denied.
Tun Saleh tells us the two states threatened to secede if denied royalties
for petroleum and gas within the 200-mile exclusive economic zone. The
states, not the centre, benefits, they argued, from economic activity in
the 197-mile economic zone; the borders were pushed back to the state's,
not the centre's, advantage. It is a minefield for future constitutional
disputes. Kuala Lumpur backed down then. And kept quiet for 25 years, to raise
it, as a political not constitutional or legal argument, when an
opposition party forms the state administration in Trengganu. This raises
shackles elsewhere. If Trengannu should not get the royalties, why is she
paid "wang ehsan" denied other states? It confirms, if nothing else, a
valid contract between Petronas and Trengganu which Kuala Lumpur now wants
dishonoured. But if Trengganu is denied royalties, it is entitled to
nothing. Kuala Lumpur cannot creatively decide it would offer charity
instead, which it would disburse as it liked.
This in turn raises questions of federal-state propriety. Is
Trengganu meted for special federal largesse because PAS, an opposition
party, controls it? Must a state be in opposition hands to expect it?
Should petroleum and gas be found off the three-mile limits of other
states, would they be denied royalties, too, and a sum equal to the
royalties dispensed as "wang ehsan"? Why is Trengganu treated differently
from Sarawak and Sabah? Or does Kuala Lumpur insist now that Malaysia is
a federation of three entities -- Malaya, Sarawak and Sabah -- with the
eleven states in the peninsula having only such rights as the centre would
allow it? Federal policy of keep them in financial and fiscal subjugation
causes anti-Kuala Lumpur feelings. This mess over Petronas and Trengganu
would re-assert state rights as an unintended byproduct.
Disturbingly, Dato' Rais' asserts an uninvolved third party could
vitiate a contract. Petronas is, as lawyers say, a "corporate sole", an
independent legal entity even if the federal government controls it. But
Kuala Lumpur tells Trengganu Petronas' royalty agreement with her is null
and void. Curiously, Petronas informs Trengganu otherwise. Indeed, it
negotiates with Trengganu to offset this commercial and public relations
disaster. Foreign investment must wither if contracts are abrogated for
political whims and fancies; why then come to Malaysia when other
countries provide stronger legal guarantees? And Malaysian firms, linked
to the government, would need to prove they could act in their own
judgement and not at the behest of the government when the going gets
tough. When Tun Saleh was drummed out of his own court, when Lord President,
a large Taiwanese investment in Klang dried up: its principal in Taipei
said if the chief justice could not expect justice in his own court, when
hope then for it in a dispute with its local partners. Foreign companies
would rather not enter into contracts in companies in which the government
has a share. MAS's financial problems would escalate since the government
holds the golden share equal to 51 per cent of the votes. The list goes
on. What Kuala Lumpur has done is more damaging to foreign investment
than any campaign the supporters of the jailed deputy prime miniter, Dato'
Seri Anwar Ibrahim, could dream up. Kuala Lumpur puts federal-state relations, and therefore the sanctity
of the federation, at risk by its creative interpretation of what royalty
means. "Wang ehsan" is a culturally offensive term to refer to payments
made out of pity and compassion. Kuala Lumpur spuriously and illegally
denies Trengganu her due to offer "wang ehsan". This challenges the
federalist structure in the Malaysian constitution. If parliament does
not discuss it in this session, now under way, as it most certainly would
not, it raises state concerns about its role in the federation.
Whatever Kuala Lumpur's gloss, it robs Trengganu to return it as it
deems for political advantage, an antithesis to Robin Hood robbing from
the rich to help the poor. It is not "wang ehsan" but "wang rompakan"
(stolen money). Kuala Lumpur cannot dispense what is not its. It can
succeed only if Trengganu challenges it in the courts. That she would
not. She could take other routes: raising it in the Conference of
Rulers, and in governmental forums both are members of. That could well
work. Kuala Lumpur wants to drag Kuala Trengganu through the mud. For
that, Trengganu must blink. But she would not. Instead, PAS seizes the
political ground. And leave UMNO worse off now than ever, not just in
Trengganu. M.G.G. Pillai |