Laman Webantu KM2A1: 3126 File Size: 3.3 Kb * |
5 November Yang Penuh Bermakna By Dahlia 4/11/2000 6:22 am Sat |
[Nampaknya banyak pihak memberi bintang kepada rencana ini..
Tahniah kepada saudari Dahlia kerana masih dapat menulis. Kami
difahamkan beliau kurang sihat dan agak sibuk ketika ini. Semoga
lekas sembuh dan senang untuk bersama berada di sana. - Editor]
Panggilan 5 November, 2000 Bagi orang jauh, mungkin sukar nak datang, walaupun itupun
bukanlah alasannya. Kalau zaman ketika penjajahan atau menjelang
kemerdekaan negara, rakyat sanggup berjalan kaki dan berbasikal
meredah hutan rimba untuk bersama-sama masyarakat di KL ketika
itu untuk menjadi sebahagian daripada sejarah. Mereka sanggup
berkorban demi meraikan sebuah kebebasan dari penjajahan dan
kezaliman! Kepada rakyat Malaysia, khususnya di sekitar Lembah
Kelang/Seremban dan Selangor, marilah kita bersama-sama
berhimpun pada tarikh ini. Kita mungkin tak punya keupayaan dalam
bentuk yang lain untuk melawan kezaliman demi kezaliman yang tak
henti-henti. Kalau rakyat Palestine masih bergelut untuk hidup dan
terpaksa berhadapan dengan maut saban detik untuk mengecapi
sebuah kemerdekaan, mengapa kita yang masih kuat, masih upaya
untuk bergerak, masih punya semangat dan kesungguhan, masih
ada akal untuk befikir, masih belum terlambat untuk menyatakan
kemarahan dan kebencian kita pada kezaliman, masih mahu
berpeluk tubuh? Menipu diri sendiri seolah-olah tidak ada apa-apa
yang akan terjadi? Tanpa sedikitpun ada rasa keresahan di lubuk
hati? Ah! Malunya..!! Kalau begitulah jadinya... memang benarlah agaknya Allah sudah
menutup pintu hati saudara-saudara yang hanya layak duduk
sebaris dengan ahli-ahli umno (yang sudah bisu dan pekak )dek
kerana menjaga hati seorang memanda tua! Bagi orang umno yang
sudah terbuka fikiran, marilah bersama kami. Kita bukan membenci
Malaysia, kita bukan ingin menjadi pengkhianat negara! Kerana kita
cintakan dan kasihkan negara inilah, maka kita tidak sanggup
terus-terusan membiarkan Diktator tua bermaharajalela, bagai
negara ini bapak dia punyer! Marilah kita menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
Jom! |